PENGUASAAN TULISAN JAWI SUKU KATA TERTUTUP
DI KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH KUALA KRAI
NORHASHIDAH BT HASHIM
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2018
1
PENGUASAAN TULISAN JAWI SUKU KATA TERTUTUP
DI KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH KUALA KRAI
NORHASHIDAH BT HASHIM
Kertas Projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan
untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
2018
2
PERAKUAN
Nama : NORHASHIDAH BT HASHIM
No Matrik : 850928035608001
Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil kerja saya sendiri,
kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.
Tandatangan :………………………. Tarikh : 25 November 2018
3
PENGUASAAN TULISAN JAWI SUKU KATA TERTUTUP
DI KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH KUALA KRAI
NORHASHIDAH BT HASHIM
September 2018
ABSTRAK
Projek ini bertujuan mengkaji masalah tahap penguasaan Tulisan Jawi Suku Kata
Tertutup di kalangan murid-murid Tahun Lima yang terlibat dengan Kem Cemerlang
Jawi (KCJ). Kajian ini akan dijalankan secara Soal Selidik,Ujian Bertulis, Pemerhatian
dan Temubual. Sampel terdiri daripada 10 orang murid iaitu 5 murid lelaki dan 5 murid
perempuan di salah sebuah sekolah di Daerah Kuala Krai iaitu Sekolah Kebangsaan
Banggol Guchil Kelantan. Pemilihan sampel akan berdasarkan tempat pengkaji bertugas
sebagai Guru Kafa dan memudahkan untuk menjalankan kajian. Ujian secara bertulis
dan temubual bersama guru akan digunakan untuk mengukur tahap pencapaian
penguasaan tulisan Jawi dan untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang
dihadapi oleh pelajar dalam mempelajari tulisan Jawi. Selain itu,kajian ini dijalankan
untuk mengetahui latar belakang murid-murid dan guru serta faktor yang
mempengaruhi kebolehan sampelan menulis Jawi. Oleh itu, untuk memantapkan lagi
penggunaan Jawi beberapa saranan akan dibuat seperti memantapkan lagi Modul Kem
Cemerlang Jawi (KCJ) iaitu program j-QAF yang menggantikan Kelas Pemulihan Jawi.
4
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan kurnianya, akhirnya saya telah
menyiapkan tesis ini. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan sekalung budi dan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Pn Nor Aznida bt Noorul-Din selaku penyelia
yang tidak pernah jemu memberikan bimbingan, motivasi dan tunjuk ajar di sepanjang
tempoh menyiapkan tesis ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru
serta rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tesis ini.
Teristimewa khas buat suami dan anak-anak saya, yang memahami kesibukan saya dan
banyak memberi semangat kepada saya untuk meneruskan tesis ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak. Semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat keberkatan
dari Allah SWT. Mudah-mudahan projek ini akan memberi manfaat kepada semua yang
terlibat dalam bidang pendidikan.
5
ISI KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN MUKA SURAT
PERAKUAN 2
ABSTRAK 3
PENGHARGAAN 4
ISI KANDUNGAN 5
SENARAI JADUAL 6
SENARAI GRAF 9
SENARAI SINGKATAN 10
11
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian 12
12
1.1.1 Sejarah Tulisan Jawi 13
1.2. Pernyataan Masalah 15
1.3. Soalan-Soalan Kajian 15
1.4. Objektif Kajian 15
1.5. Hipotesis 16
16. Had Kajian 16
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1. Konsep dan Teori 17
17
2.1.1 Teori-Teori 19
2.1.2 Kajian Terdahulu Berkaitan Tulisan Jawi
6
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 20
3.1. Reka Bentuk Kajian 20
20
3.1.1 Sampel dan Persampelan 21
3.1.2 Lokasi Kajian 21
3.2. Contoh Prosedur 21
3.2.1 Mengenal Pasti Aspek Amalan 21
3.2.2 Perancangan 22
3.3. Kaedah Kajian 22
3.3.1 Kaedah Penyelidikan Kualitatif 22
3.3.2 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif. 22
3.4. Pengumpulan Data 22
3.4.1 Soal Selidik 23
3.4.2 Ujian Bertulis 23
3.4.3 Pemerhatian 23
3.4.4 Temubual 24
3.5. Penganalisaan Data 24
3.5.1 Analisa Soal Selidik 30
3.5.2 Analisa Ujian Bertulis 31
3.5.3 Analisa Soalan Kajian. 39
3.5.4 Analisa Pemerhatian 41
3.5.5 Analisa Temubual
7
BAB 4 HASIL TEMUAN & PERBINCANGAN 44
BAB 5 KESIMPULAN 47
RUJUKAN 49
LAMPIRAN 50
8
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1. Latar belakang Responden Mengikut Jantina Dan Kelas. 21
2. Taburan Responden Mengikut Jantina. 24
3. Taburan Tahap Tertinggi Pendidikan Bapa/Penjaga. 25
4. Taburan Tahap Tertinggi Pendidikan Ibu/Penjaga. 25
5. Taburan Pendapatan Keluarga. 26
6. Taburan Minat Responden Mempelajari Pelajaran Jawi. 27
7. Taburan Pandangan Responden Mengenai Pembelajaran Jawi. 27
8. Taburan Sumber Lain Yang DigunakanResponden Dalam 28
Meningkatkan Penguasaan Jawi.
9. Bilangan Kekerapan Responden Berkaitan Dengan Amalan 29
Pembelajaran Jawi Khususnya Dalam Kemahiran Menulis Suku
Kata Tertutup.
10. Markah Ujian Diagnostik Jawi Dan Ujian Pos Jawi. 30
11. Tahap Penguasaan Responden Menyambung Huruf Menjadi Suku 33
Kata Tertutup.
12. Tahap Penguasaan Responden Dalam Menukarkan Tulisan Rumi 35
Kepada Tulisan Jawi Suku Kata Tertutup.
13. Bentuk Suku Kata Tertutup Yang Tidak Dapat Dikuasai Responden. 37
14. Pemerhatian Responden Secara Keseluruhan. 39
15. Ringkasan Maklumat Profil Guru Mata Pelajaran Jawi. 41
9
SENARAI GRAF
NO GRAF TAJUK MUKA SURAT
1. Peratus Tahap Penguasaan Responden Mengenal Suku Kata Tertutup. 31
2. Peratus Tahap Penguasaan Responden Mengenal Suku Kata Tertutup 32
Pola Vokal (a,u,i).
3. Peratus Kebolehan Responden Menukarkan Tulisan Rumi Kepada 36
Tulisan Jawi.
4. Pemerhatian Keseluruhan Responden (sikap positif semasa PDP). 40
5. Pemerhatian Keseluruhan Responden (sikap negatif semasa PDP). 40
10
SENARAI SINGKATAN
1. KCJ : KEM CEMERLANG JAWI
2. GPI : GURU PENDIDIKAN ISLAM
3. KPM : KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
4. j-QAF : JAWI, AL-QURAN, BAHASA ARAB, FARDHU AIN
5. KAFA : KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN
6. LDP : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN.
7. UPKK : UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA
8. IQ : INTELLIGENCE QUOTIENT
9. EQ : EMOTIONAL QUOTIENT
10. PDP : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
11. BBM : BAHAN BANTU MENGAJAR
11
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan
dan dipelihara. Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat
terhadap jawi agak berkurangan.Tulisan Jawi juga terpinggir selepas kerajaan
memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan sebagai medium bagi penyampaian Bahasa
Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam juga menggunakan tulisan rumi sebagai
tulisan rasmi menyebabkan tulisan Jawi semakin hilang daripada masyarakat Melayu di
Malaysia. Namun begitu, tulisan Jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan
mewajibkan Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi dan menyediakan buku teks
Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, bekas Perdana Menteri yang
kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di
sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005 seolah-olah memberikan tulisan Jawi
nafas baru bagi membugarkan semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.
Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan Jawi ini tidak terkubur,suatu usaha yang
bersepadu dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan
Jawi kekal sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata Nusantara.
12
1.1.1 Sejarah Tulisan Jawi
Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, kemudian disebarkan ke Kerajaan
Melaka ,Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini
di Malaysia adalah dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H
atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun
ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding
tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama
Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis
dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan
perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan
Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain
juga tertulis dalam abjad Jawi. Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi. Dokumen
Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 telah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
yang ditulis Jawi dan bahasa Inggeris.
Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tulisan Jawi telah
dijadikan mata pelajaran penting yang diajarkan kepada murid-murid Islam. Ini bertitik
tolak daripada keputusan kerajaan melalui Penyata Pelajaran Razak (1956) yang
13
menegaskan bahawa pembelajaran Jawi adalah satu keperluan bagi murid-murid Islam.
Bagi memantapkan pembelajaran Jawi di sekolah-sekolah,mata pelajaran Jawi juga
diajar di maktab-maktab perguruan. Mohd Sabudin (1985,hlm.iii) menyatakan dalam
mukadimah bukunya bahawa Buku Jawi Untuk Maktab Perguruan disusun berdasarkan
pengalaman penyusun semasa mengajar Jawi di Maktab Perguruan Sultan Idris bermula
awal tahun 1978. Sehingga kini, kerajaan menganggap tulisan Jawi adalah merupakan
khazanah keilmuan,intelektual dan budaya masyarakat Melayu yang penting. Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia(2001) menegaskan melalui Modul
Pengajian Islam Major j-QAF bahawa tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu.
Ia mempunyai ciri keistimewaan sebagai tulisan perantaraan yang telah meletakkan
bangsa Melayu ke tahap mengenal ilmu pengetahuan yang lebih meluas.
Seorang pengkaji naskhah Jawi, Mahayudin Hj Yahaya telah menegaskan dalam
pendahuluan bukunya (1994,hlm.233) masyarakat Melayu Nusantara sebagai salah
sebuah masyarakat terbesar di dunia telah memperlihatkan keunggulan mereka dalam
bidang kebudayaan dan intelektual. Tahap ketinggian kebudayaan dan intelektual
masyarakat Melayu dapat dilihat daripada hasil penulisan mereka yang banyak dan
menggunakan tulisan Jawi. Jumlah naskhah Melayu yang masih wujud di dunia pada
hari ini ialah antara 4000-10,000 buah;naskhah-naskhah tersebut disimpan di
perpustakaan-perpustakaan terkemuka di dunia termasuklah perpustakaan Leiden,
perpustakaan London dan perpustakaan Nasional Jakarta. (Mahayudin,1994,hlm.233).
Kini secara lebih serius, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewujudkan mata pelajaran Jawi khusus di kalangan murid-murid di
sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di bawah Kementerian
Pelajaran. Salah satu perkara yang ditekankan oleh Kurikulum Pendidikan Islam di
peringkat sekolah rendah ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dalam tulisan Jawi.
Melalui aspek tulisan Jawi juga penerapan nilai-nilai islam dapat diperteguhkan. Hal ini
adalah disebabkan tulisan Jawi merupakan pendekatan yang paling baik dalam usaha
menerapkan nilai-nilai Islam kepada murid-murid dan masyarakat selaras dengan
cita-cita ‘Falsafah Pendidikan Negara’.
14
1.2 Pernyataan Masalah
Projek ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran tulisan Jawi
Suku Kata Tertutup di kalangan Murid Tahun Lima. Antara sebab tahun lima dipilih
dan dijadikan penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa
faktor;pertama, adalah kerana murid-murid tahun lima ini adalah murid yang terlibat
dengan Kem Cemerlang Jawi (KCJ). Sewajarnya murid ini telah menguasai asas ini
sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya pada tahap dua.
Kedua, adalah disebabkan murid tahun lima ini akan menduduki UPKK pada hujung
tahun yang akan menentukan hala tuju seterusnya apabila ingin memasuki sekolah
menengah agama. Murid-murid ini sepatutnya telah menguasai kemahiran menulis Jawi
sebelum mereka menduduki peperiksaan ini.
1.3 Soalan-Soalan Kajian
Kajian ini akan memfokuskan kepada permasalahan berikut :-
1. Sejauhmanakah murid-murid tahun lima mengenalpasti Suku Kata Tertutup ?
2. Sejauhmanakah murid-murid tahun lima boleh menguasai kemahiran menyambung
huruf menjadi Suku Kata Tertutup ?
3. Sejauhmanakah murid-murid tahun lima dapat menukarkan tulisan Rumi kepada
tulisan Jawi Suku Kata Tertutup ?
4. Apakah bentuk tulisan Suku Kata Tertutup yang tidak dapat dikuasai murid ?
5. Apakah punca-punca murid-murid tahun lima tidak dapat menulis Tulisan Jawi Suku
Kata Tertutup ?
1.4 Objektif Kajian
1. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun lima dalam mengenalpasti Suku
Kata Tertutup.
2. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun lima menguasai kemahiran
menyambung huruf menjadi Suku Kata Tertutup.
3. Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun lima dalam menukarkan tulisan
Rumi kepada tulisan Jawi Suku Kata Tertutup.
4. Mengetahui bentuk Suku Kata Tertutup yang tidak dapat dikuasai oleh murid.
5. Mengetahui punca-punca murid tidak dapat menulis Tulisan Jawi Suku Kata
Tertutup?
15
1.5 Hipotesis
Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah
perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai
kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Umum juga disajikan dengan beberapa
kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas
utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita
sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang
pertama yang dipersalahkan. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar
sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas.
Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan
di atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan
instrumen yang akan dibina, kajian akan dilakukan untuk mengenalpasti adakah
wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latar
belakang sosioekonomi setempat. Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan
pembacaan pengkaji berkaitan pencapaian UPKK di sekolah bandar, luar bandar,
pedalaman dan pinggir bandar didapati ada trend yang berbeza daripada sudut
pencapaian pelajar.
1.6 Had Kajian
Had kajian ini difokuskan kepada 10 murid di kelas 5 Satria sahaja kerana markah
mereka adalah paling terendah berdasarkan markah Ujian Diagnostik Jawi daripada 27
orang murid. Ini bertujuan untuk mencari penyelesaian terhadap murid yang mengalami
kesukaran menguasai kemahiran menulis Jawi serta memupuk semula minat murid
kepada pelajaran Jawi.
16
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Konsep dan Teori
Kajian ini adalah mengenai kebolehan murid-murid tahun lima dalam menguasai tulisan
Jawi Suku Kata Tertutup. Oleh itu, dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan
mengenai beberapa perkara yang berkaitan seperti berikut :
a) Teori-teori mengenai tulisan.
b) Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di dalam dan di luar
negara.
Justeru bab ini akan meninjau literatur yang berkaitan dengan kajian. Ia akan
memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.
2.1.1 Teori-teori
Pendidikan Jawi juga bermulanya dengan beberapa kemahiran yang perlu
dititikberatkan. Antaranya ialah kemahiran mengingat (menghafaz) membaca dan
menulis. Ia amat berkait rapat di antara satu sama lain untuk mencapai satu objektif
utama yang berkaitan dengan kajian.
Daripada The Discovery of the child,Dr Montessori mendapati bahawa,
“ Penulisan mendahului bacaan………….Penulis adalah tindakan di mana
psikomotor mekanisme amat ketara,sebaliknya dalam pembacaan,kami hanya
mencapai sesuatu pekerjaan yang intelektual”.
17
Biarlah kanak-kanak itu meraih faedah dalam tempoh masa yang lama melalui
aktiviti-aktiviti psikomotor ini sebelum bergerak kepada sesuatu pembacaan yang amat
abstrak. Ingat bahawa masa penulisan yang panjang atau pembinaan perkataan adalah
cara semulajadi untuk seorang kanak-kanak belajar membaca.
Dr Montessori kerap menekankan bahawa tangan itu adalah guru utama kanak-kanak.
Beliau mengambil satu petikan daripada The Absorbant Mind.
Aristotle adalah orang yang pertama mengenali kemampuan unik ingatan manusia
dalam pepatah masyhurnya:
“ Tidak ada apa dalam intelektual ini yang tidak dikesan dalam derianya tetapi ia
wujud dalam inteleknya dalam kaedah yang berlainan daripada dalam deria.”
Bersama-sama dengan pandangan Aristotle, Dr Montessori menegaskan bahawa
pendidikan di peringkat awal kanak-kanak mestilah berdasarkan prinsip ini:
“ Bantulah perkembangan semula jadi kanak-kanak itu, bahawasanya latihan deria
adalah hal yang paling penting dalam pendidikan.”
Begitu juga suatu pandangan dari Hashim Abdullah(1999) menyatakan, “kehilangan
atau kelupusan tulisan jawi bermakna satu lagi daripada sekian banyak ‘warisan
pusaka’ bangsa Melayu yang hilang dan inilah juga yang dikenalpasti kejahilan
anak-anak muda Melayu membaca Al-Quran, disebabkan ketidakbolehan mereka
membaca Jawi.” Ekoran daripada itu pelbagai krisis akhlak dan sosial di kalangan
remaja kerana konsep Islam yang tulen tiada lagi dalam diri mereka. Menyedari hakikat
itulah maka kini, pelbagai pihak tampil ke hadapan dengan pelbagai pandangan untuk
memartabatkan semula Jawi yang pernah mentamadunkan bangsa Melayu.
Menurut Zaidi Osman (1999) ada menyatakan, “peranan tulisan Jawi dalam
perkembangan kebudayaan dan keilmuan Melayu amat besar. Dapat dikatakan semua
manuskrip Melayu terawal dalam tulisan Jawi. Beribu-ribu manuskrip Melayu yang
masih terpelihara yang mengungkapkan berbagai-bagai bidang ilmu seperti
kebudayaan,kesusasteraan,sejarah,keagamaan,perubatan dan sebagainya memberi
gambaran yang jelas tentang tulisan Jawi dalam memupuk perkembangan keilmuan
masyarakat Melayu zaman silam. Kesenian ini tidak akan pupus sekiranya kanak-kanak
18
iaitu generasi muda sekarang ini diberi penekanan di dalam mempelajari Jawi dan
seterusnya mempertahankan martabatnya di mata dunia.”
2.1.2 Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tulisan Jawi sama ada di
dalam dan luar negara.
Ibnu Taimiyyah (1982) menegaskan, “perlunya mempelajari Bahasa Arab (Tulisan
Jawi) sebagai satu mata pelajaran yang tidak ada kaitan dengan kefahaman dalam
bidang Islam.”
Dapatan kajian ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Amir Mohd Rashid
(1991), yang mendapati “tahap penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar adalah
rendah. Ini berlaku disebabkan persaingan dengan tulisan rumi yang diajar dan
digunakan dalam banyak mata pelajaran lain di sekolah.” Atas alasan inilah dikatakan
pelajar lambat menguasai kemahiran Jawi.
Alasan ini disokong pula oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Muhamad b. Endut
(1992) yang mendapati ramai pelajar yang lambat menguasai Jawi disebabkan ia
hanya diberi penekanan dalam masa pelajaran Pendidikan Islam sahaja.
Abu Baker As-sidek seorang peserta Majlis Forum Hari Sastera di Kuantan
menyatakan “ kementerian pendidikan tidak menitikberatkan tulisan Jawi sejak
pengenalan kurikulum lama sekolah rendah dan ini menyebabkan ramai kanak-kanak
sekarang tidak dapat membaca Jawi. Jika usaha tertentu tidak diambil dari sekarang
ramai generasi muda tidak akan dapat membaca dan menulis Jawi.” (Berita Minggu,18
Oktober, 1987)
Pandangan di atas ada kebenarannya, kerana Norlaila Sulaiman (1993) “ mendapati
dalam kajiannya bahawa kedudukan pengajaran Jawi yang tidak menentu dalam
kurikulum sekolah telah menimbulkan masalah dan menjadi sebab kelemahan
penguasaan kemahiran Jawi di kalangan pelajar sekolah.”
19
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan perkara yang amat penting dalam sesebuah kajian. Metodologi
yang digunakan dapat menentukan ketepatan maklumat mahupun data yang diperolehi.
Metodologi kajian menurut Kamus Dewan (1999) adalah satu sistem yang merangkumi
kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kajian.Maka dalam bahagian ini,
pengkaji akan menyatakan metodologi yang akan digunakan dalam melakukan kajian
ini. Perbincangan akan menyentuh beberapa aspek kajian yang berkaitan iaitu reka
bentuk kajian, sampel kajian, tempat kajian, contoh prosedur, kaedah kajian,
pengumpulan data dan penganalisaan data.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Metodologi yang akan digunakan dalam kajian ini ialah Kajian Kes. Menurut
Majid(2000) telah menyatakan bahawa, “kajian kes adalah penyelidikan yang
dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas unit kecil sosial seperti individu, satu
keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat”.
Reka bentuk kajian direka untuk meninjau dan melihat tahap penguasaan tulisan Jawi
suku kata tertutup di kalangan murid sekolah rendah.
3.1.1 Sampel dan Persampelan
Kajian ini akan tertumpu kepada 10 orang murid Tahun Lima iaitu lima orang murid
lelaki dan lima orang murid perempuan. Ia juga melibatkan seorang Guru Pendidikan
20
Islam dalam perbincangan profesional. Jadual berikut menunjukkan latarbelakang
responden.
Jadual 1 : Latar belakang Responden Mengikut Jantina dan Kelas
Jantina Kekerapan Tahun Kekerapan
Lelaki 5 (50%) Tahun 5 Satria 10 (100%)
Perempuan 5 (50%) Jumlah 10 (100%)
10 (100%)
Jumlah
3.1.2 Lokasi Kajian
Kajian ini akan dilakukan di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil yang berada di
bawah Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Krai yang terdiri daripada latar
belakang yang berbeza dari aspek kebolehan, taraf sosioekonomi keluarga dan tahap
kecerdasan otak.
3.2 Contoh Prosedur
3.2.1. Mengenal Pasti Aspek Amalan
Bagi peringkat pertama, masalah yang dihadapi oleh subjek kajian telah dikenal pasti
melalui pemerhatian terhadap gaya belajar serta penguasaan mereka dalam kemahiran
menulis perkataan Suku Kata Tertutup. Aspek amalan juga dikenal pasti melalui
semakan terhadap hasil kerja di dalam buku latihan.
3.2.2 Perancangan
Suatu pelan tindakan yang sistematik akan dirancang bagi melaksanakan kajian ini.
Perancangan pelan tindakan untuk kajian ini seperti tinjauan awal, ujian awal, ujian
akhir.
21
3.3 Kaedah Kajian
Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan yang akan dilaksanakan dalam kajian ini
iaitu :-
3.3.1 Kaedah Penyelidikan Kualitatif
Penyelidikan Kualitatif adalah penggunaan fakta, maklumat, pernyataan, ulasan,
tanggapan, maksud, persepsi, perasaan dan seumpamanya. Kaedah ini melibatkan
penggunaan data kualitatif seperti temubual, dokumen dan pemerhatian untuk
memahami dan menjelaskan fenomena sosial. Kaedah ini umumnya merangkumi
pemerhatian responden, temubual dan soal selidik.
3.3.2 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif.
Kaedah Penyelidikan Kuantitatif pula adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka
dan bilangan dan dikumpulkan dengan kaedah-kaedah yang tertentu. Data-data yang
diperolehi dikemukakan dalam bentuk carta dan jadual. Pendekatan Kuantitatif
melibatkan penggunaan markah Ujian Diagnostik Jawi dan Ujian Pos Jawi serta Ujian
Lembaran Kerja. Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan maklumat yang
diperlukan murid.
3.4 Pengumpulan Data
Proses pengumpulan data merupakan proses yang penting sepanjang penyelidikan yang
akan dilaksanakan. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui cara :-
3.4.1 Soal Selidik
Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada responden untuk mendapat
maklumbalas. Soal selidik akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A,B,C.
Bahagian A : Maklumat Profil Responden.
Bahagian B: Maklumat Pembelajaran Jawi Responden
Bahagian C: Maklumat Amalan Pembelajaran Kemahiran Menulis Jawi Suku Kata
Tertutup .
22
3.4.2 Ujian Bertulis
Ujian ini merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid. Bagi kajian ini tiga jenis ujian akan digunakan iaitu Ujian
Diagnostik Jawi, Ujian Pos Jawi serta Ujian pada lembaran kerja. Masa yang
diperuntukkan untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap tulisan Jawi selama 30
minit seorang. Ianya dilakukan selama 4 minggu berturut-turut.
3.4.3 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan bagi memudahkan pengkaji melihat tahap perkembangan dan
penguasaan subjek kajian sepanjang proses kajian ini akan dijalankan. Proses
pemerhatian akan dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji akan
menggunakan senarai semak sebagai kaedah pemerhatian bagi mendapatkan data secara
terperinci. Senarai semak disediakan untuk merekodkan tentang tingkah laku mereka.
3.4.4 Temubual
Metode temubual atau wawancara ialah cara yang digunakan untuk mendapatkan
keterangan atau pendirian secara lisan. Dalam usaha mendapatkan data serta maklumat,
pengkaji akan menggunakan metode ini dengan memilih seorang Guru Pendidikan
Islam yang mengajar Mata Pelajaran Jawi di dalam kelas tersebut. Pengkaji akan
menemubual kepada 2 perkara utama iaitu maklumat profil dan maklumat berkaitan
dengan amalan pengajaran dan pembelajaran Jawi.
23
3.5 Penganalisaan Data
Bab ini akan membentangkan dapatan data berdasarkan kepada instrumen kajian yang
telah dijalankan iaitu Soal Selidik (responden), Ujian Bertulis, Pemerhatian dan
Temubual.
3.5.1 Analisa Soal Selidik Responden
Bahagian ini merangkumi perkara-perkara berikut :-
a. Maklumat profil responden ( rujuk lampiran 1)
b. Maklumat pembelajaran Jawi responden (rujuk lampiran 2)
c. Maklumat amalan pembelajaran kemahiran menulis Jawi Suku Kata Tertutup
(rujuk lampiran 3).
3.5.1.1 Maklumat Profil Responden
Berikut adalah aspek-aspek yang dihuraikan dalam maklumat profil responden :
1. Jantina
2. Pekerjaan bapa/penjaga
3. Pekerjaan ibu/penjaga
4. Tahap tertinggi pendidikan bapa/penjaga
5. Tahap tertinggi pendidikan ibu/penjaga
6. Pendapatan keluarga.
Jadual 2 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Kekerapan Peratus(%)
Lelaki 5 50%
Perempuan 5 50%
Jumlah 10 100
Responden yang digunakan dalam kajian ini adalah murid-murid tahun lima. Seramai
10 orang murid daripada 110 orang murid-murid bagi sesi persekolahan 2018 telah
dipilih. Jadual di atas menunjukkan bahawa 50% atau 5 orang daripada responden
adalah lelaki dan 50% atau 5 orang responden perempuan dipilih dalam ujian ini.
24
Kesemua responden ini berumur 11 tahun dan telah mempelajari pelajaran Jawi selama
5 tahun bermula dari mereka di tahun satu peringkat persekolahan.
Daripada soalan selidik yang telah dijalankan, didapati sebahagian besar pekerjaan
bapa/penjaga bagi responden adalah peniaga iaitu mewakili 40% atau dengan nilai
kekerapan 4 orang, dan diikuti 30% atau 3 orang bekerja sebagai buruh dan 30% atau 3
orang bekerja di sektor swasta.
Bagi pekerjaan ibu/penjaga pula, didapati peratusan pekerjaan ibu/penjaga rsponden
adalah suri rumah dengan nilai 70% atau dengan nilai kekerapan 7 orang. Seterusnya
diikuti dengan kerani sebanyak 20% atau 2 orang dan pekerjaan jururawat sebanyak
10% atau 1 orang.
Jadual 3 : Taburan Tahap Tertinggi Pendidikan Bapa/Penjaga
Tahap Pendidikan Bapa/Penjaga Kekerapan Peratus(%)
Sekolah Rendah 3 30%
Sekolah Menengah 5 50%
Diploma 2 20%
Jadual di atas menunjukkan peratusan tertinggi adalah bapa/penjaga yang berpendidikan
sekolah menengah iaitu 50% atau seramai 5 orang. Hal ini jika ditinjau kembali
pekerjaan bapa/penjaga majoritinya adalah peniaga. Seterusnya diikuti oleh tahap
pendidikan sekolah rendah iaitu 30% atau 3 orang. Manakala 20% atau 2 orang sahaja
dengan tahap pendidikan diploma.
Jadual 4 : Taburan Tahap Tertinggi Pendidikan Ibu/Penjaga
Tahap Pendidikan Ibu/Penjaga Kekerapan Peratus(%)
Tidak berpendidikan formal 3 30%
Sekolah Rendah 4 40%
Sekolah Menengah 2 20%
Diploma 1 10%
Berdasarkan jadual di atas menunjukkan peratusan tertinggi 40% atau 4 orang dengan
tahap pendidikan sekolah rendah. Hal ini mungkin disebabkan pekerjaan majoriti
ibu/penjaga responden adalah suri rumah sepenuh masa. Seterusnya diikuti oleh 30%
atau 3 orang tidak berpendidikan formal, 20% atau kekerapan 2 orang berpendidikan di
25
peringkat sekolah menengah dan 10% atau 1 orang sahaja berpendidikan di peringkat
diploma.
Jadual 5 : Taburan Pendapatan Keluarga
Pendapatan Keluarga Kekerapan Peratus(%)
40%
RM 1000 dan ke bawah 4 30%
20%
RM 1500-RM 1000 3 10%
RM 2000-RM 2500 2
RM 2500 dan ke atas 1
Jadual di atas menjelaskan peratusan tertinggi adalah keluarga berpendapatan RM 1000
dan ke bawah dengan nilai 40% atau 4 orang. Seterusnya 30% atau 3 orang reponden
keluarganya berpendapatan RM 1500-RM1000,diikuti pula 20% atau 2 orang responden
pendapatan keluarga dengan RM 2000-RM 2500. Manakala bagi pendapatan keluarga
RM 2500 dan ke ke atas adalah 10% atau 1 orang.
3.5.1.2 Maklumat Pembelajaran Pelajaran Jawi Responden
Maklumat pembelajaran Pelajaran Jawi responden tertumpu pada beberapa perkara
seperti berikut :
1. Maklumat pembelajaran Pelajaran Jawi responden secara formal atau tidak.
2. Minat responden mempelajari Pelajaran Jawi
3. Pandangan responden mengenai Pelajaran Jawi
4. Strategi pembelajaran responden dengan jadual khas untuk ulangkaji Pelajaran Jawi
5. Sumber-sumber yang digunakan oleh responden untuk meningkatkan penguasaan
Pelajaran Jawi.
Berdasarkan kepada analisis soal selidik yang telah dijalankan oleh pengkaji, didapati
bahawa 100% atau 10 orang responden mempelajari Pelajaran Jawi secara formal di
dalam kelas pada waktu pagi di sekolah kementerian pendidikan . Manakala hanya 50%
atau 5 orang sahaja yang meneruskan mempelajari pelajaran jawi secara formal di Kelas
Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dan bakinya 50% atau seramai 5 orang tidak
meneruskan pembelajaran Jawi di kelas Fardu Ain (KAFA). Situasi ini mempengaruhi
26
penguasaan Pelajaran Jawi dalam kalangan responden kerana tidak mendapat
pendedahan tambahan dalam pembelajaran mereka.
Jadual 6 : Taburan Minat Responden Untuk Mempelajari Pelajaran Jawi
Minat Mempelajari Pelajaran Jawi Kekerapan Peratus(%)
Sangat berminat 1 10
Berminat 4 40
Kurang berminat 3 30
Tidak berminat 2 20
Jumlah 10 100
Gabungan jumlah responden yang berminat dan sangat berminat mempelajari Pelajaran
Jawi sebanyak 5 orang iaitu 50% daripada keseluruhan responden. Jadual di atas
menunjukkan bahawa 30% atau 3 orang responden kurang berminat dalam mempelajari
Pelajaran Jawi. Manakala 20% atau 2 orang responden tidak berminat dalam
mempelajari Jawi. Pengkaji merasakan hal ini perlu diambil serius bagi menjamin mata
pelajaran Jawi terus diminati oleh murid-murid supaya ia mudah dikuasai. Situasi tidak
minat dalam mempelajari Jawi sangat memberi kesan terhadap penguasaan mata
pelajaran tersebut.
Jadual 7 : Taburan Pandangan Responden Mengenai Pembelajaran Jawi
Pandangan Responden Dalam Kekerapan Peratus(%)
Mempelajari Pelajaran Jawi
Amat susah 1 10
Susah 3 30
Sederhana 6 60
Mudah 00
Jumlah 10 100
Dalam jadual di atas menunjukkan majoriti responden iaitu 60% atau 6 orang
berpendapat bahawa mempelajari pelajaran Jawi adalah di paras sederhana. Seterusnya
30% atau 3 orang mengatakan susah untuk mempelajari pelajaran Jawi, dan 10% atau 1
27
orang responden berpendapat amat susah dalam mempelajari Jawi. Manakala 0% atau 0
orang responden merasakan bahawa mempelajari Jawi adalah mudah.
Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, didapati bahawa sejumlah besar
responden iaitu 80% atau seramai 8 orang tidak mempunyai jadual khas di luar waktu
sekolah untuk mengulang kaji mata pelajaran Jawi. Bakinya 20% atau 2 orang
responden sahaja mempunyai jadual khas dalam aktiviti mengulang kaji mata pelajaran
Jawi di luar waktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Jadual 8 : Taburan Sumber Lain Yang Digunakan Responden Dalam
Meningkatkan Penguasaan Jawi
Sumber Lain Yang Digunakan Kekerapan Peratus(%)
Buku Cerita Jawi 4 40
Kamus Jawi 1 10
Internet 3 30
Tiada 2 20
Jumlah 10 100
Dalam melihat maklumat berkaitan dengan aktiviti pembelajaran Jawi responden,
pengkaji juga menyelidik penggunaan sumber lain oleh responden kajian dalam
meningkatkan penguasaan pelajaran Jawi mereka. Peratusan tertinggi mendapati
bahawa responden menggunakan Buku Cerita Jawi sebagai sumber selain buku teks
dalam meningkatkan penggunaan pelajaran Jawi dengan nilai 40% atau 4 orang
responden. Seterusnya 30% atau 3 orang responden menggunakan Internet, 10% atau 1
orang responden menggunakan Kamus Jawi. Selain daripada itu, ada juga responden
yang hanya bergantung kepada buku teks sahaja sebagai bahan rujukan dalam strategi
menguasai pelajaran Jawi. Nilai peratusan bagi responden yang tidak menggunakan
sumber lain adalah 20% atau 2 orang. Pengkaji yakin dengan strategi responden
menggunakan bahan lain selain daripada buku teks dapat menjamin penguasaan
pelajaran Jawi dengan lebih cepat.
28
3.5.1.3 Maklumat Amalan Pembelajaran Kemahiran Menulis Suku Kata
Tertutup Responden
Bahagian ini memberi penjelasan berkaitan dengan analisis peratusan dan kekerapan
bilangan responden bagi melihat amalan pembelajaran kemahiran menulis sukukata
tertutup responden. Kesemua item mempunyai format skala likert yang sama iaitu
sangat setuju, setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Jadual 9 : Bilangan Kekerapan Responden Berkaitan Dengan Amalan
Pembelajaran Pelajaran Jawi Khususnya Dalam Kemahiran Menulis Suku kata
Tertutup .
Bil Kenyataan SS S KS TS STS
1 Bermasalah dalam mengenalpasti, menyambung 3 4 1 1 1
sukukata tertutup dan menukarkan tulisan Rumi
2 Minat akan aktiviti menulis di dalam kelas 2231 2
3 Hanya membuat latihan dalam buku teks sahaja 2 4 2 1 1
4 Selalu bertanya kepada guru 1232 2
Hasil dapatan dari jadual di atas menjelaskan beberapa kesimpulan berkaitan dengan
amalan pembelajaran pelajaran Jawi khususnya dalam kemahiran menulis. Secara
keseluruhannya, responden bersetuju akan dua perkara sahaja dari lima perkara di atas
iaitu :
1. Responden hanya membuat latihan berdasarkan buku teks apabila diminta berbuat
demikian (40% setuju atau 20% sangat setuju).
2. Responden bermasalah dalam mengenalpasti, menyambung sukukata tertutup dan
menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi suku kata tertutup (40% setuju dan 30%
sangat setuju).
Seterusnya adalah beberapa kesimpulan berkenaan amalan pembelajaran kemahiran
menulis jawi responden berkaitan dengan perkara yang tidak setuju.
29
Kesimpulannya adalah seperti berikut :
1. Responden berminat akan aktiviti menulis di dalam kelas (30% kurang setuju, 20%
sangat tidak setuju dan 10% tidak setuju).
2. Responden selalu bertanya kepada guru. ( 30% kurang setuju,20% tidak setuju dan
20% sangat tidak setuju).
3.5.2 Ujian Bertulis.
Markah Ujian Diagnostik Jawi dan Ujian Pos Jawi responden diambil daripada
Penyelaras KCJ sekolah bagi mendapatkan jawapan kemahiran menulis Jawi Suku Kata
Tertutup kepada peserta kajian yang lemah dalam pelajaran Jawi (rujuk lampiran 4).
Jadual 10 : Markah Ujian Diagnostik Jawi dan Ujian Pos Jawi
Bil Nama Murid Ujian Diagnostik Ujian Pos
1 Ahmad Hanikzal 44 (44%) 60 (60%)
2 Amar Rifqi 32 (32%) 48 (48%)
3 Adam Ashraf 38 (38%) 52 (52%)
4 Atif Al-Ikramie 28 (28%) 46 (46%)
5 Ishfaq Addyan 42 (42%) 56 (56%)
6 Nor Athirah Ramadani 29 (29%) 48 (48%)
7 Nor Farieyana 47 (47%) 58 (58%)
8 Nur Amni Zafirah 43 (43%) 64 (64%)
9 Nur Sumaiyah 40 (40%) 54 (54%)
10 Siti Aina Najihah 43 (43%) 62 (62%)
Berdasarkan jadual di atas markah lulus bagi kedua-dua ujian di atas adalah 60 dan ke
atas. Bagi Ujian Diagnostik Jawi 100% atau semua murid gagal bagi ujian tersebut
manakala Ujian Pos markah murid lulus ialah 30% atau 3 orang yang lulus iaitu 60
markah dan ke atas.
30
3.5.3 Analisa Soalan Kajian.
Skop kajian tahap penguasaan sukukata tertutup adalah merangkumi Suku Kata
Tertutup Pola Vokal (a) Gugur Alif, Suku Kata Tertutup Pola Vokal (i) dan Suku Kata
Tertutup Pola Vokal (u/o).
3.5.3.1 Objektif Kajian 1 : Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun
lima dalam mengenalpasti Suku Kata Tertutup.
Secara keseluruhan, semasa ujian dijalankan hasil kajian menunjukkan 46.7% murid
mengenal suku kata tertutup dan 53.3% murid tidak mengenal suku kata tertutup (rujuk
lampiran 5).
Graf 1 : Peratus Tahap Penguasaan Responden Mengenal Suku Kata Tertutup.
Bagi suku kata tertutup pola vokal (a) gugur alif, hasil kajian menunjukkan 60% atau 6
orang murid sudah mengenal dan 40% atau 4 orang murid tidak mengenal suku kata
tertutup pola vokal (a) gugur alif.
Bagi suku kata tertutup pola vokal (u), hasil kajian menunjukkan 40% atau 4 orang
murid mengenal dan 60% atau 6 orang murid tidak mengenal suku kata tertutup pola
vokal (u).
31
Manakala suku kata tertutup pola vokal (i), hasil kajian menunjukkan 40% atau 4 orang
murid mengenal dan 60% atau 6 orang murid tidak mengenal suku kata tertutup pola
vokal (i).
Graf 2 : Peratus Tahap Penguasaan Responden Mengenal
Suku Kata Tertutup Pola Vokal (a,u,i)
32
3.5.3.2 Objektif Kajian 2 : Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun
lima dalam menguasai kemahiran menyambung huruf menjadi Suku Kata
Tertutup.
Jadual 11 : Tahap penguasaan responden menyambung huruf menjadi Suku Kata
Tertutup (berakhir dengan huruf , , , , , , )yang bermula dengan huruf ( ).
SUKU KATA BOLEH MENYAMBUNG TIDAK BOLEH
TERTUTUP( )
MENYAMBUNG
JUM % JUM %
10 100
0 00.0
10 100 0 00.0
4 40 6 60
4 40 6 60
5 50 5 50
6 60 4 40
(bang) 0 00.0 10 100
㘮 7 70 3 30
㘮 6 60 4 40
㘮 4 40 6 60
㘮 3 30 7 70
㘮 6 60 4 40
㘮 5 50 5 50
㘮(bing) 0 00.0 10 100
7 70 3 30
7 70 3 30
6 60 4 40
5 50 5 50
4 40 6 60
6 60 4 40
(bung) 3 30 7 70
33
Pengkaji melakukan ujian melalui latihan menulis ke atas 10 responden dengan
menggunakan Suku Kata Tertutup Pola Vokal (a) Gugur Alif , Suku Kata Tertutup Pola
Vokal (i), Suku Kata Tertutup Pola Vokal (u/o)(rujuk lampiran 6).
Pengkaji mendapati 100% atau 10 murid tidak dapat menyambung huruf menjadi suku
kata tertutup ( 㘮, ), ini disebabkan oleh huruf (nga) agak susah untuk disambung
oleh murid.
Kajian mendapati 100% atau 10 murid dapat menyambung huruf menjadi suku kata
tertutup ( , ).ini disebabkan suku kata tersebut amat mudah ditulis.
Bagi suku kata tertutup pola vokal (a), 40% atau 4 murid boleh menyambung suku kata
( ) ,40% atau 4 murid suku kata ( ),50% atau 5 murid suku kata ( ) dan 60% atau 6
murid suku kata ( R ).
Bagi suku kata tertutup pola vokal (i) pula 70% atau 7 murid boleh menyambung ( 㘮 ),
60% atau 6 murid suku kata ( 㘮), 40% atau 4 murid suku kata ( 㘮 ), 30% atau 3 murid
suku kata ( 㘮), 60% atau 6 murid suku kata ( 㘮 ) dan 50% atau 5 murid suku kata
( 㘮 ).
Bagi suku kata tertutup pola vokal (u/o) pula 70% atau 7 murid boleh menyambung
( ), 70% atau 7 murid suku kata ( ), 60% atau 6 murid suku kata ( ), 50%
atau 5 murid suku kata ( ), 40% atau 4 murid suku kata ( ) 60% atau 6 murid
suku kata ( ) dan 30% atau 3 murid suku kata ( ).
34
3.5.3.3 Objektif Kajian 3 : Mengetahui tahap penguasaan murid-murid tahun
lima dalam menukarkan tulisan rumi Suku kata Tertutup kepada tulisan Jawi
Suku Kata Tertutup.
Jadual 12 : Tahap Penguasaan Murid-Murid Tahun Lima Dalam Menukarkan Tulisan
Rumi Suku Kata Tertutup Kepada Tulisan Jawi Suku Kata Tertutup.
SUKU KATA BOLEH MENUKAR TIDAK BOLEH MENUKAR
TERTUTUP
TULISAN RUMI TULISAN RUMI
abang
bantal KE JAWI KE JAWI
lambat
tambah JUMLAH % JUMLAH %
ambing
cubit 2 20 8 80
habis
lembut 5 50 5 50
sabun
tabung 5 50 5 50
3 30 7 70
2 20 8 80
4 40 6 60
6 60 4 40
6 60 4 40
7 70 3 30
2 20 8 80
Pengkaji melakukan ujian melalui ujian di lembaran kerja yang diberikan iaitu
menukarkan tulisan rumi suku kata tertutup kepada tulisan Jawi suku kata tertutup ke
atas 10 responden (rujuk lampiran 7).
Pengkaji mendapati 80% atau 8 murid tidak dapat menukar tulisan rumi kepada tulisan
Jawi (abang,ambing,tabung), kesemuanya suku kata yang berakhir dgn huruf “nga”.
Kajian mendapati 70% atau 7 murid dapat menukar tulisan rumi kepada tulisan jawi
suku kata tertutup (sabun) yang merupakan suku kata tertinggi yang dapat ditulis oleh
responden.
Bagi suku kata tertutup vokal (a), 50% atau 5 murid boleh menukar suku kata
(bantal) ,50% atau 5 murid suku kata (lambat) dan 30% atau 3 murid suku kata
( tambah).
35
Bagi suku kata tertutup vokal (i) pula 40% atau 4 murid boleh menukar kepada tulisan
Jawi (cubit) dan 60% atau 6 murid suku kata (habis).
Manakala suku kata tertutup vokal (u), 60% atau 6 murid boleh menukar kepada tulisan
Jawi ( lembut ) dan 70% atau 7 murid suku kata ( sabun ) yang merupakan suku kata
tertinggi yang dapat ditulis oleh responden.
Graf 3 : Peratus Kebolehan Responden Menukarkan Tulisan Rumi Kepada Tulisan Jawi
36
3.5.3.4 Objektif Kajian 4 : Bentuk tulisan suku kata Tertutup yang tidak dapat
dikuasai murid.
Jadual 13 : Bentuk Suku Kata Tertutup Yang Tidak Dapat Dikuasai Responden
BENTUK SUKU KATA TERTUTUP TIDAK DAPAT DIKUASAI
㘮
㘮
㘮
Jadual di atas menunjukkan bentuk suku kata tertutup yang tidak dapat dikuasai dengan
baik oleh 10 responden semasa ujian dilakukan. Suku Kata Tertutup Vokal (a) gugur
alif, yang tidak dapat dikuasai responden ialah ( , , ) manakala Suku Kata Tertutup
Vokal (i) ialah ( 㘮, 㘮, 㘮 ) dan Suku Kata Tertutup Vokal (u) kebanyakkannya dapat
dikuasai responden.
37
3.5.3.5 Objektif Kajian 5 : Mengetahui punca-punca murid-murid tahun lima
tidak dapat menulis tulisan Jawi suku kata tertutup.
Hasil dapatan kajian membuktikan taraf sosioekonomi keluarga mempengaruhi
pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang berpendapatan rendah tidak
menekankan pembelajaran Jawi anak-anak semasa berada di rumah dan juga aspek
agama iaitu mengajar mengaji al-Quran atau menghantar ke pusat-pusat pengajian
al-Quran di mana belajar al-Quran amat berkait rapat dengan pelajaran Jawi. Ini
berpunca daripada kos kehidupan yang tinggi dan kecetekan ilmu di dalam pendidikan
Islam. Manakala yang berpendapatan tinggi, kebolehan anak mereka dalam tulisan Jawi
amat memberangsangkan dan menunjukkan prestasi cemerlang. Ini menunjukkan
ibubapa yang dari sosioekonomi tinggi amat mementingkan pendidikan Islam terhadap
anak-anak mereka.
Bagi ibubapa murid-murid yang berpendapatan sederhana pula, kebolehan anak mereka
dalam tulisan Jawi amat sederhana kerana ibubapa mereka lebih mementingkan mata
pelajaran lain berbanding pendidikan agama terhadap anak-anak mereka. Kajian juga
membuktikan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan pegangan hidup (akidah) dalam
pendidikan Islam amat mempengaruhi pencapaian akademik murid.
Oleh itu, guru, keluarga dan masyarakat yang beragama Islam keseluruhannya
dapat sama-sama mengembleng tenaga membantu masalah murid yang lemah dan
memberi tumpuan kepada penguasaan tulisan Jawi yang semakin dilupai ini. Peranan
guru amat penting untuk memberi motivasi kepada murid serta penggunaan kaedah dan
aktiviti yang boleh menarik minat murid. Keluarga pula perlu merancang ekonomi
dengan mengagihkan lebih peruntukan kewangan kepada pendidikan anak-anak
daripada membeli barang lain yang kurang kepentingannya.
Kementerian Pendidikan perlu memandang masalah murid yang miskin. Murid ini
perlu diberi bantuan kewangan untuk terus menimba ilmu ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, pihak kerajaan dan jabatan agama juga perlu memainkan peranan dalam
menekankan pendidikan Islam dalam pendidikan masa kini.
38
3.5.4 Pemerhatian
Pengkaji menggunakan senarai semak sebagai method pemerhatian bagi mendapatkan
data secara terperinci. Pemerhatian dilakukan lima kali ke atas tingkah laku murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian.
Pengkaji menyediakan senarai semak untuk merekodkan tentang tingkah laku mereka
(rujuk lampiran 8). Senarai semak ini adalah untuk menjawab soalan tentang minat
pelajar terhadap pelajaran Jawi. Aspek yang dilihat oleh pengkaji dalam pemerhatian
ialah TT=Tiada Tumpuan, MT=Mengantuk dan ke Tandas, M=Mengganggu Murid
Lain Semasa PDP Berlangsung, MPG=Mendengar Penerangan Guru, MSS=Menjawab
Soalan Guru Secara Sukarela, T= Berada Dalam Terkawal.
Jadual 14 : Pemerhatian Responden Secara Keseluruhan
Nama Murid Tarikh
16/9 07/10 21/10 28/10 1/11
Ahmad Hanikzal MT MPG MT MPG T
Amar Rifqi TT TT M T MPG
Adam Ashraf M T MSS MPG MPG
Atif Al-Ikramie TT MT M MPG MSS
Ishfaq Addyan M M TT MSS T
Nor Athirah Ramadani MPG MPG MPG MPG MPG
Nor Farieyana MPG MSS MPG MSS MPG
Nur Amni Zafirah MPG MPG MPG MSS MSS
Nur Sumaiyah TT MPG TT MPG T
Siti Aina Najihah M MPG M MPG MSS
39
Graf 4 : Pemerhatian Keseluruhan (sikap positif semasa PDP)
Graf di atas adalah hasil dapatan keseluruhan kaedah pemerhatian. Secara
keseluruhannya semasa pemerhatian,peserta kajian didapati bersikap positif terhadap
pelajaran Jawi dan pengajaran guru di dalam kelas. Peserta kajian yang mempunyai
sikap positif tertinggi ialah Norathirah, Norfareiyana dan Nur Amni dengan kekerapan 5.
Di antara contoh sikap positif semasa PDP berlangsung seperti Mendengar penerangan
guru(MPG),Menjawab soalan guru secara sukarela (MSS) dan Berada dalam terkawal
(T). Peserta kajian yang menunjukkan sikap positif terendah ialah Amar Rifqi dengan
kekerapan 1.
Graf 5: Pemerhatian Keseluruhan (sikap negatif semasa PDP)
40
Graf di atas adalah hasil dapatan keseluruhan kaedah pemerhatian. Secara
keseluruhannya semasa pemerhatian, ada di kalangan peserta kajian menunjukkan sikap
negatif terhadap pelajaran Jawi dan pengajaran guru di dalam kelas. Peserta kajian yang
mempunyai sikap negatif tertinggi ialah Amar dan Ishfaq dengan kekerapan sebanyak 3.
Di antara contoh sikap negatif semasa PDP berlangsung seperti Tiada tumpuan(TT),
Mengantuk dalam kelas (MT), Mengganggu (M). Peserta kajian yang menunjukkan
sikap negatif terendah ialah Norathirah, Norfarieyana dan Nuramni dengan kekerapan
kosong.
3.5.5 Temubual
Temubual atau perbincangan professional ini telah dijalankan terhadap seorang Guru
Pendidikan Islam yang terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran Jawi di tahun Lima.
Pengkaji akan membahagikan dapatan temubual ini kepada dua bahagian utama :-
a. Maklumat profil Guru Pendidikan Islam yang terlibat dengan pengajaran dan
pembelajaran jawi (rujuk lampiran 9).
b. Maklumat berkaitan dengan amalan pengajaran dan pembelajaran Jawi khususnya
dalam aktiviti kemahiran menulis Jawi Suku Kata Tertutup (rujuk lampiran 10).
Antara tujuan utama kaedah temubual ini dijalankan adalah untuk melihat permasalahan
yang dihadapi murid-murid serta guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran Jawi.
3.5.5.1 Maklumat Profil Guru Pendidikan Islam seperti berikut :-
Jadual 15 : Ringkasan Maklumat Profil Guru Mata Pelajaran Jawi
Aspek Butiran
Nama Mohd Nasron Bin Nawawi
Jantina Lelaki
Umur 40 Tahun
Kelulusan Akademik Tertinggi Ijazah Sarjana Muda
Bidang Pengkhususan Pengajian Ilmu Wahyu
Kelulusan Ikhtisas KPLI-j-QAF(PAI)
Institusi Pengajian IPTA (UIA)
Pengalaman Mengajar 12 Tahun
Mengikuti Kursus Jawi 9 Kali
41
Guru yang ditemubual melibatkan seorang guru lelaki yang mengajar matapelajaran
Jawi yang berpengalaman selama 12 tahun. Berkelulusan Ijazah sarjana Muda dalam
bidang Pengajian Islam dan pernah menghadiri kursus jawi sebanyak 9 kali. Selain
daripada beban tugas pengajaran dalam kelas, guru tersebut turut terlibat dengan
tugasan-tugasan di luar bilik darjah seperti Penyelaras LDP dan Pegawai Aset Sekolah.
3.5.5.2 Maklumat Pengajaran dan Pembelajaran Pelajaran Jawi
Bahagian kedua analisa temu bual bersama guru mata pelajaran Jawi berfokus kepada
maklumat berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Jawi. Berdasarkan kepada
soalan yang telah diajukan,didapati guru tersebut menggunakan bahan rujukan seperti
Mahir Jawi Az-Zahra’(Modul Kaedah),Buku Latihan Jawi Az-Zahra’(Modul Tulisan),
Modul Literasi Jawi dan Buku Latihan Jawi terbitan Fargoes dan Nadwa.
Analisa temu bual seterusnya mendapati guru tidak menggunakan waktu lain selain
daripada waktu yang telah dikhususkan oleh pihak sekolah untuk pengajaran dan
pembelajaran Jawi. Situasi ini adalah disebabkan tiada ruang dan peluang antara pihak
guru dan murid dalam menentukan masa yang sesuai. Hal ini kerana kedua-dua pihak
mempunyai aktiviti sendiri selepas waktu belajar sama ada aktiviti ko-kurikulum
mahupun aktiviti bersama keluarga.
Dalam menentukan proses PDP dapat dijalankan dengan baik, guru juga didapati
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM). Antara BBM yang digunakan seperti
permainan Jawi seperti Roda Jawi, kad imbasan, tayangan multimedia, nasyid dan
lain-lain. Menurut guru tersebut, dia menggunakan BBM ini berdasarkan keperluan
iaitu bukan pada setiap sesi PDP digunakan.
Melalui temu bual yang telah dijalankan bersama guru berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis suku kata tertutup di dalam kelas. Melalui temu
bual yang telah dijalankan, guru tersebut memberi penekanan kepada menyambung
huruf menjadi suku kata dan perkataan serta menukarkan suku kata atau perkataan
daripada tulisan rumi kepada tulisan jawi semasa sesi PDP.
Berdasarkan temu bual ini juga, didapati beberapa bentuk latihan kemahiran
menulis kerap digunakan oleh guru dalam memberi latihan pengukuhan kepada
42
murid-murid. Bentuk latihan yang digunakan seperti menyalin semula, penulisan
berulang, menyambung huruf dan suku kata, padanan dan suaikan, isi tempat kosong,
susun ayat dan menukarkan tulisan rumi kepada tulisan jawi dan sebagainya. Guru
tersebut mengatakan bahawa dia kerap memberi latihan kepada murid-murid sama ada
latihan di dalam kelas ataupun latihan sebagai kerja rumah.
Akhir sekali, hasil temubual dengan guru tersebut, kelemahan sebenar murid dalam
matapelajaran Pendidikan Islam ialah berpunca daripada lemahnya murid dalam
penguasaan membaca dan menulis Jawi tetapi pada hakikatnya pengetahuan murid
dalam Pendidikan Islam adalah tinggi. Buktinya sekolah ini telah membuat soalan
Pendidikan Islam dalam tulisan Bahasa Melayu, didapati markah murid tersebut lebih
tinggi daripada soalan dalam tulisan Jawi.
43
BAB 4
HASIL TEMUAN & PERBINCANGAN
4.1 Perbincangan Dapatan Kajian
4.1.1 Persoalan Kajian 1
Sejauhmanakah murid-murid tahun lima mengenalpasti Suku Kata Tertutup ?
Kajian terhadap responden mendapati hanya 46.7% sahaja yang mengenal suku kata
Tertutup manakala bakinya sebanyak 53.3% murid tidak mengenal suku kata Tertutup.
Suku kata Tertutup ialah suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan, berbeza
dengan suku kata Terbuka yang berakhir dengan huruf vokal (alif,wau,ya). Murid tidak
dapat membezakan antara suku kata tertutup dan suku kata terbuka.
4.1.2 Persoalan Kajian 2
Sejauhmanakah murid-murid tahun lima boleh menguasai kemahiran
menyambung huruf menjadi Suku Kata Tertutup ?
Hasil dapatan kajian mendapati suku kata Tertutup pola vokal (a) gugur huruf alif
mendapat peratus tertinggi iaitu 55.7% dapat disambung dengan betul dan tepat dengan
cara kaedah tulisan Jawi yang betul. Ini kerana suku kata yang berakhir dengan huruf
tersebut amat mudah disambung oleh responden kerana bentuknya amat mudah.
Manakala suku kata tertutup pola vokal (i) mendapat 44.2% yang merupakan peratus
terendah dan suku kata tertutup pola vokal(u) mendapat 54.2%. Secara keseluruhannya
hanya 54.1% murid dapat menguasai kemahiran menyambung huruf menjadi suku kata.
44
4.1.3 Persoalan Kajian 3
Sejauhmanakah murid-murid tahun lima dapat menukarkan tulisan Rumi kepada
tulisan Jawi Suku Kata Tertutup ?
Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati 80% responden tidak dapat menukar
tulisan Rumi kepada tulisan Jawi (abang,ambing,tabung), yang mana kesemuanya suku
kata berakhir dengan huruf “nga”. Ini membuktikan murid amat susah untuk menulis
huruf tersebut pada akhir suku kata tersebut dan murid keliru antara huruf “nun” dan
huruf “nga” apabila menukar tulisan Rumi kepada Jawi. Secara keseluruhannya,
didapati 58% responden tidak dapat menukar tulisan Rumi kepada tulisan Jawi dan
hanya 42% responden boleh menukar tulisan rumi kepada Jawi.
4.1.4 Persoalan Kajian 4
Apakah bentuk tulisan Suku Kata Tertutup yang tidak dapat dikuasai murid ?
Hasil dapatan dan pertemuan dengan guru yang bertanggungjawab mendidik anak-anak
ini, didapati beberapa bentuk suku kata tertutup yang masih lagi belum dikuasai
sepenuhnya oleh murid-murid ini seperti suku kata tertutup pola vokal (a) gugur alif dan
suku kata tertutup pola vokal (i). Manakala suku kata tertutup pola vokal (u)
kebanyakannya dapat dikuasai oleh murid. Ini kerana suku kata yang berakhir dengan
huruf tersebut seperti “nga” “mim” dan “ha” amat susah ditulis oleh murid-murid
walaupun kerapkali diberi latih tubi oleh guru mereka.
4.1.5 Persoalan Kajian 5
Apakah punca-punca murid-murid tahun lima tidak dapat menulis Tulisan Jawi
Suku Kata Tertutup ?
Hasil dapatan kajian membuktikan faktor sosioekonomi dan faktor keluarga
mempengaruhi pencapaian tahap penguasaan Jawi murid. Faktor sosioekonomi seperti
ibu bapa yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi sangat mempengaruhi
kepada didikan anak-anak. Hasil pertemuan dengan guru mereka, faktor keluarga juga
mempengaruhi murid-murid ini seperti masalah ibu bapa itu sendiri dalam keluarga
45
contohnya masalah perceraian dan ekonomi serta ada antara anak mereka tinggal
dengan datuk atas alasan mencari kerja di tempat yang berjauhan dengan anak mereka.
Di samping faktor di atas, faktor dalam diri murid itu sendiri yang menyebabkan
kelemahan dalam penguasaan Jawi seperti tidak membuat kerja rumah yang diberikan
guru dan tidak bertanya kepada guru-guru atau kawan-kawan apabila tidak mamahami
sesuatu tajuk yang diajar.
46
BAB 5
KESIMPULAN
Kebolehan menulis jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam sebahagian
besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap menguasai kemahiran
Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar. Walaupun kajian
yang dijalankan ini hanyalah merangkumi sebilangan kecil murid sahaja namun
pengkaji yakin ia dapat menggambarkan secara umum keberkesanan kajian tersebut
untuk membantu guru-guru untuk melihat sejauhmana penguasaan Jawi di kalangan
murid tahun 5 dan secara tidak langsung kita mengetahui faktor yang menyebabkan
kelemahan penguasaan Jawi di kalangan murid-murid di sekolah itu.
Berdasarkan kajian ini, jelaslah bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi murid-murid
dalam mengenal suku kata Tertutup hanya 46.6%, kemahiran menyambung huruf
menjadi suku kata Tertutup sebanyak 54.1%, kemahiran menukarkan tulisan rumi
kepada tulisan Jawi sebanyak 42% dan secara keseluruhan penguasaan murid dalam
tulisan Jawi suku kata Tertutup sebanyak 47.5% separuh daripada murid-murid tidak
dapat menguasai sepenuhnya tulisan Jawi.
Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan
kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar
semua murid dapat memahami bahan Pendidikan Islam yang diajar oleh guru. Kaedah
pengajaran juga boleh dipelbagaikan mengikut keperluan murid yang mempunyai latar
belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk
memudahkan murid-murid sekolah rendah memahami pengajaran guru dan
memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk kembali kepada pengajaran
47
Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana pada peringkat yang lebih tinggi,
murid seharusnya telah memperoleh kemahiran tersebut semasa berada di sekolah
rendah.
Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih besar
merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar supaya dapatan kajian lebih
lengkap.
Dari segi kaedah pengutipan data, kaedah temubual dan pemerhatian di samping kaedah
mendapatkan data melalui soal selidik, responden yang terlibat pada masa akan datang
perlu diperluaskan kepada Guru-Guru Pelajaran Jawi lain, Ketua Panitia Pendidikan
Islam, Penolong-Penolong Kanan ataupun Guru Besar.
Pengkaji juga mencadangkan agar Pejabat Pelajaran Daerah kerap mengadakan kursus
atau bengkel Jawi kepada guru-guru dan juga kepada murid-murid untuk
memperkasakan pelajaran Jawi sebagai contoh mengadakan Bengkel Penulisan Jawi
untuk guru dan Kem Cemerlang Jawi peringkat daerah untuk murid dan sebagainya.
Manakala bagi Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pendidikan Malaysia,
dicadangkan modul yang dibekalkan ke sekolah dalam program Kem Cemerlang Jawi
(KCJ) perlu disemak semula kerana kekangan masa untuk dihabiskan. Ini kerana modul
tersebut perlu dihabiskan dalam masa 2 hari untuk satu kem. Pihak kementerian perlu
menambah bilangan hari kem kepada 2 bulan sekali berbanding sekarang ini hanya 2
kali setahun yang dianggap tidak mencukupi untuk mengatasi murid yang lemah dalam
Jawi. Di samping itu juga pihak kementerian perlu menyemak semula masa pengajaran
pelajaran jawi, dalam seminggu hanya 30 minit sahaja diperuntukkan untuk pelajaran
ini berbanding semasa program j-QAF dahulu iaitu 60 minit seminggu. Kelas
Pemulihan Jawi perlu diwujudkan semula sebagaimana sebelum ini. Di samping itu
juga pihak KPM harus menerbitkan buku teks baharu dan sukatan yang baharu khusus
untuk mata pelajaran Jawi bukan hanya menumpang buku teks pendidikan Islam ketika
ini demi memperkasakan pelajaran Jawi kepada murid-murid seluruhnya.
Oleh itu, guru, keluarga, Kementerian Pendidikan dan masyarakat haruslah
menggembleng tenaga untuk meningkatkan tahap kebolehan kemahiran tulisan Jawi di
peringkat awal kanak-kanak lagi secara optimum agar tulisan Jawi ini dapat
dimartabatkan di seluruh negara di masa kini dan masa-masa akan datang.
48
RUJUKAN
Daftar Ejaan Rumi-Jawi(1988),Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP).
Amat Juhari Moain(1992),Sejarah Tulisan Jawi. Jurnal Bahasa 35(11):101 102
Kang Kyoung Seock(1986),Perkembangan Jawi Dalam Masyarakat Melayu.Kuala
Lumpur.
Profesor Madya Doktor Adi Yasran bin Abdul Aziz(2018),Seminar Pemantapan
Pengkaedahan Jawi Siri 1/2018,Hotel Ansar Kota Bharu:Sektor Pendidikan
Islam(j-QAF Kelantan).
Kementerian Pendidikan Malaysia(2015),Kem Cemerlang Jawi Modul Tulisan,Kuala
Lumpur:Bahagian Pendidikan Islam.
Mansor Muhammad(2017),Modul Literasi Jawi Tahun 1,Kota Bharu:Kumpulan Jawi
Al-Zahra.
Mansor Muhammad(2016),Jawi Al-Zahra Modul Tulisan,Kota Bharu:Kumpulan Jawi
Al-Zahra.
Siti Fatimah Saufee(2006),Penguasaan Tulisan Jawi di Kalangan Murid-Murid Tahap
Satu di Sekolah Rendah di Daerah Meradong. Seminar Penyelidikan Institut Perguruan
Rajang Bintangor,Sarawak.
LAMAN WEB
Tulisan Jawi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
Sejarah jawi
http://fsktm.um.edu.my/-jawinet/belajarJawi/sejarah.html
Kajian Jawi
https://www.slideshare.net/mohammedkhudreyabdhamid/kajian-jawi-d055735
49
LAMPIRAN
SURAT KEBENARAN SEKOLAH
Tarikh : 06 September 2018
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil,
18020 Kuala Krai,
Kelantan.
Tuan,
MEMOHON TEMPAT MEMBUAT KAJIAN TAHAP PENGUASAAN
TULISAN JAWI SUKU KATA TERTUTUP KEPADA MURID TAHUN LIMA
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Norhashidah bt Hashim Guru Kafa di sekolah
ini memohon tempat membuat kajian bertajuk Tahap Penguasaan Tulisan Jawi Suku
Kata Tertutup kepada murid tahun lima di sekolah ini. Butiran lanjut seperti di bawah :-
Tarikh : 10 September- 01 November 2018
Masa : 8.15-8.45 pagi
Mata Pelajaran : Pelajaran Jawi
Kelas : 5 Satria
Jumlah Murid : 10 orang
3. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya merupakan pelajar OUM Kota Bharu
merupakan pelajar tahun akhir dan semester akhir yang perlu menyiapkan tesis untuk
memenuhi kehendak universiti.
50