The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-002-02-10051983 (2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by areefzain, 2023-03-01 03:25:21

PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA 2023

Perlembagaan Pertubuhan - PPM-002-02-10051983 (2)

PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN (PPM-002-02-10051983) PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PPM-002-02-10051983) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama : PEKIDA MALAYSIA (3) Taraf Pertubuhan : Kebangsaan FASAL 2 TEMPAT URUSAN 1. Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah NO 100, LENGKOK CEMPAKA 1, PERSIARAN CEMPAKA AMAN JAYA, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH dan alamat untuk surat-menyurat adalah NO 100, LENGKOK CEMPAKA 1, PERSIARAN CEMPAKA AMAN JAYA, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; 2. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT 3. TUJUAN/ MATLAMAT BAHASA RASMI 1


Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu. 3.1 Menegak dan memperjuangkan Syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis. 3.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan Pemerintah serta memaatuhi Perlembagaan dan PrinsipPrinsip Rukun Negara. 3.3 Mengutip derma daripada orang-orang awam untuk tujuan PEKIDA MALAYSIA dengan persetujuan Perhimpunan Agung PEKIDA MALAYSIA serta tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak-pihak berkuasa tertentu diperolehi terlebih dahulu. 3.4 Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh PEKIDA MALAYSIA ini hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan atau perlaburan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan PEKIDA MALAYSIA ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan itu digunakan untuk membayar faedah keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli PEKIDA MALAYSIA, sungguhkan begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran atau kedua-dua daripada sebarang ahli atau pekerja PEKIDA MALAYSIA ini. 3.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat. 3.6 Mendirikan Institusi Pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak meraka dan mesyarakat umum. FASAL 4 KEAHLIAN 4. KEAHLIAN 4.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA keahlian terbuka semua Orang Melayu beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam serta mematuhi PeraturanPeraturan dalam perlembagaan. 4.2 JENIS AHLI Ahli PEKIDA MALAYSIA terbahagi kepada dua (2) katagori: a. Ahli Biasa b. Ahli Seumur hidup 2


4.3 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI PEKIDA MALAYSIA a. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari lapan belas (18) tahun. b. Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan mematuhi perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA MALAYSIA. 4.4 TANGGUNGJAWAB SYARAT DAN HAK AHLI PEKIDA MALAYSIA a. Setiap ahli mestilah i. Membayar wang pendaftaran dan Yuran Tahunan ii. Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. iii. Menjalankan semua arahan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan patuh kepada segala keputusan yang telah dicapai dan diarah. iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, perancangan dan kegiatan PEKIDA MALAYSIA. v. Berusaha menyatupadukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA, berbangsa Melayu dan Warganegara keseluruhnya. vi. Mengadakan dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah mengembang, memperkukuhkan dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA MALAYSIA. b. Tiap-tiap ahli PEKIDA MALAYSIA mempunyai hak seperti berikut i. Berhak bercakap dan bersuara, mengemukakann pendapat dan mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat PEKIDA MALAYSIA. ii. Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dan PEKIDA MALAYSIA iii. Berhak mendapat pertolongan, bantuan dan lain-lain faedah sebagai ahli. 4.5 PERMOHONAN MENJADI AHLI PEKIDA MALAYSIA Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat didalam satu borang khas dan mestilah dicadangkan dan disokong oleh orang lama yang telah menjadi ahli lebih daripada setahun. Permohonan mestilah dihantar kepada Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia melalui Pengerusi PEKIDA Daerah. 4.6 PENERIMAA MENJADI AHLI PEKIDA MALAYSIA a. Setiausaha PEKIDA Daerah hendaklah mengemukakan permintaan dan permohonan ahli di Mesyuarat JawatanKuasa PEKIDA dengan seberapa segera dan seterusnya mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kelulusan Majlis 3


Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. b. Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA hendaklah menimbang segala permintaan menjadi ahli dan memutuskan samada menerima, menolak atau menangguhkan permohonan . Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan sebab keputusan tersebut. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI 5. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN ATAU PELUCUTAN AHLI PEKIDA MALAYSIA a. Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA, keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya. b. Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpanya. c. Gagal menjelaskan Yuran Tahunan setelah diberi notis tiga (3) kali d. Menarik diri e. Menjadi ahli pertubuhan (berdaftar)lain yang perjuangan asasnya sama dengan PEKIDA. Nama Pertubuhan-Pertubuhan tersebut akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dari masa ke semasa. f. Gugur keahlian secara automatik jika seseorang ahli membawa sebagang kes yang bersangutan dengan pertubuhan ini (PEKIDA MALAYSIA ) ke Mahkamah, atau cuba mendapatkan sebarang Injunksi Mahkamah tujuan menghentikan sebarang mesyuarat atau apa-apa keputusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. RAYUAN BAGI AHLI PEKIDA MALAYSIA YANG DI PECAT. a. Ahli yang di pecat boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dengan mengemukakan permohonan melalui Pengerusi PEKIDA Daerah dan disokong oleh Pengerusi Negeri. b. Bagi seorang ahli yang di pecat, kelayakan untuk memohon kembali menjadi ahli, tempoh edahnya selama setahun. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN 6 SUMBER KEWANGAN 6.1 bayaran masuk / yuran a. Bayaran masuk menjadi ahli sebanyak Ringgit Malaysia Dua puluh sahaja 4


(RM20.00) b. Yuran Tahunan sebanyak Ringgit Malaysia Lima Belas sahaja (RM:15.00) c. Yuran seumur Hidup Ringgit Malayisa: Dua Ratus Lima Puluh sahaja (RM 250.00) d. Yuran Sukarela diberi oleh ahli dengan jumlah yang tidak terbatas. 6.2 SUMBER-SUMBER LAIN a. Hasil-hasil lainnya kegiatan yang dilancarkan oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan JawatanKUasa Perhubungan PEKIDA Negeri. b. Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau penganjur untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat kelulusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA c. Sumber daripada badan-badan tertentu. 6.3 PEMBAHAGIAN/ PERUNTUKAN KEWANGAN a. Waang Pendaftaran msuk dan lain-lain sumber i. Seratus peratus (100%) diserah kepada PEKIDA Pusat b. Wang Yuran Tahunan i. Dua puluh peratus (20%) di serahkan kepada PEKIDA Daerah ii. Lapan puluh peratus (80%) di serah kepada PEKIDA Pusat 6.4 AKAUN SEMASA Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA, Majlis JawatanKuasa Perhubungan Negeri dan Jawataan Kuasa PEKIDA Daerah hendaklah mengadakan kira-kira dan membuka Akaun Semasa. 6.5 AKAUN CADANGAN UMUM. Kira-Kira kewangan yang dimasukan kedalam akaun ini adalah a. Semua derma, wakaf, sedekah hadiah dan sebaginya. b. Semua wang yang telah diluluskan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN 5


7. MESYUARAT-MESYUARAT PEKIDA 7.1 MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA Mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah seperti berikut a. PERHIMPUNAN AGUNG PEKIDA MALAYSIA Perhimpunan Agung hendaklah dijalankan tiap-tiap tahun mengandungi i. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap ii Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA iii. Timbalan Pengerusi Negeri atau wakil iv. 8 wakil Daerah, Jika ahli yang menjelaskan yuran lebih 100 orang ahli, satu (1) perwakilan ditambah bagi 50 ahli yang menjelaskan yuran. v. Notis Mesyuarat Agung PEKIDA MALAYSIA Notis mnesyuarat Agung PEKIDA MALAYSIA Hendaklah di keluarkan sekurangkurangnya embpat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat. vi. Korum Korum untuk Perhimpunan adalah setengah (1/2) daripada jumlah perwakilan yang berhak pada tahun tersebut. Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang di tetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah di tangguhkan kepada suatu tarikh yang di tetapkan oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan berkuasalah wakilwakil yang hadir mejalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang PEKIDA MALAYSIA Dan membuat keputusan mengenainya. 7.2 TUGAS DAN KUASA PERHIMPUNAN/ MESYUARAT a. PERHIMPUNAN AGUNG i. Membentang Peringatan Mesyuarat tahun sebelum, Penyata Tahunan PEKIDA MALAYSIA dan Penyata Kewangan PEKIDA MALAYSIA. ii. Menentukan dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya. iii. Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para Perwakilan yang telah dikemukan dua (2) minggu terlebih dahulu. 6


7


8


iv. Memilih presiden, Timbalan Presiden Tiga (3) Naib Presiden dan 25 orang Ahli Majlis Tertinggi setiap tiga (3) tahun sekali. v. Memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Tetap setiap tiga (3) tahun sekali. vi. Melantik dua (2) oang Pemeriksa Kira-Kira setiap tiga (3) tahun sekali vii. Menerima, membahas dan meluluskan Pindaan Perlembagaan. viii. Mengawasi pergerakan Ahli Majlis tertinggi PEKIDA MALAYSIA yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. ix. Melantik Pemeriksa Kira-Kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan jika difikirkan mustahak. 7.3 TUGAS MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI/ JAWATANKUASA a. Membahas, menimbang dan mengesahkan catitkan mesyuarat yang lalu b. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PEKIDA MALAYSIA yang lalu c. Membincang perkembangan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa. d. Membuat rancangan yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa e. Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikan PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya. 7.4 PENGERUSI TETAP DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP a. Dua (2) orang ahli biasa di pilih di dalam Perhimpunan Agung dan Mesyuarat Agong PEKIDA Daerah b. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan menjalankan tugas secara bergilit-gilir semasa perhimpunan Agung dan Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah. c. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap di pilih mengikut masa pemilihan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presidn, Pengerusi Negeri, Timbalan Pengerusi Negeri, Pengerusi Daerah dan Timbalan Pengerusi Daerah. d. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan membuat keputusan apabila undi didapati sama dalam Perhimpunan Agung dan mesyuarat Agung PEKIDA Daerah. e. Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi tetap sementara hendaklah dilantik diklangan ahli mesyuarat sekiranya kedua-dua Pengerusi Tetap dan Timbalan pengerusi Tetap tidak hadir. 9


FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT 8.1 JAWATAN DI UJUDKAN 1. PENAUNG PEKIDA MALAYSIA Majlis tertinggi PEKIDA MALAYSIA berkuasa untuk melantik Penaung PEKIDA MALAYSIA di peringkat PEKIDA Pusat. 2. PENASIHAT KEHORMAT PEKIDA MALAYSIA/ PEKIDA NEGERI a. Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA berkuasa melantik Penasihat Kehormat PEKIDA MALAYSIA bagi peringkat PEKIDA Pusat. b. Pengerusi JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri boleh melantik seorang Penasihat Kehormat PEKIDA Negeri bagi peringkat PEKIDA Negeri dengan Persetujuan Presiden PEKIDA MALAYSIA. 3. MAJLIS AYAHANDA PEKIDA MALAYSIA. a. PEKIDA MALAYSIA boleh mengujudkan sebuat Majlis Ayahanda PEKIDA MALAYSIA i. Presiden dan Timbalan Presiden PEKIDA MALAYSIA secara automatik mejadi Yang Di Pertua Majlis Ayahanda dan Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA MALAYSIA. ii. Presiden atau Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA MALAYSIA berkuasa melantik Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri setelah berbincang dan mendapat persetujuan Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA Daerah-Daerah. iii. Majlis Ayahanda berhak mengujudkan satu (1) Peraturan Kecil Majlis Ayahanda PEKIDA meliputi Majlis Ayahanda PEKIDA Pusat, Negeri dan Daerah. iv. Melanggar dan menyeleweng daripada kehendak perlembagaan PEKIDA dan Undang-Undang Kecil Ayahanda secara sendiri gugur daripada menjadi Ayahanda PEKIDA MALAYSIA. 8.2 MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA menjadi Badan Tertinggi yang berkuasa menjalankan segala urusan pentadbir dan hal-ehwal PEKIDA MALAYSIA di bawah kuasa dan perintah Perhimpunan Agung, Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya, tetapi segala langkah dan tindakan tersebut mestilah dimaklukan kepada Perhimpunan Agung. 8.3 MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA HENDAKLAH MENGANDUNGI a. Presiden 10


b. Timbalan Presiden c. Tiga(3) orang Naib Presiden d. Setiausaha Agung e. Penolong Setiausaha Agung f. Bendahari Agung g. Ketua Penerangan h. Dua puluh lima (25) Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA di pilih dalam Perhimpunan Agung i. Tidak lebih tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden PEKIDA MALAYSIA sebagai Ahli Majlis Tertinggi. j. Pengerusi atau wakilnya k. Yang Di Pertua Majlis AYahanda PEKIDA Pusat 8.4 Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, bendahari Agung, Ketua Penerangan dan tujuh (7) orang Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA hendaklah dilantik oleh Presiden PEKIDA MALAYSIA. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 9.1 TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA a. PRESIDEN i. Bertanggungjawab penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan PEKIDA MALAYSIA ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA iii. Melantik Pengerusi PEKIDA Negeri,Melantik Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri setelah berbincang dengan Pengerusi-Pengerusi PEKIDA Daerah kecuali Negeri Perlis iv. Menandatangani cek bersama dengan Setiausaha Agung atau Bendahari Agung bagi semua akaun atas nama PEKIDA MALAYSIA.Tandatangan Bendahari Agung adalah wajib v. Boleh menubuhkan JawatanKuasa Kecil yang dipanggil Majlis Presiden bagi menyelesaikan masalah yang timbul yang memerlukan perhatian dan tindakan 11


Presiden akan dibentangkan samada untuk makluman atau tindakan Majlis Tertinggi. b. TIMBALAN PRESIDEN i. Membantu tugas-tugas Presiden PEKIDA MALAYSIA ii. Bertanggungjawab sebarang Pemangku Presiden PEKIDA MALAYSIA dan tanggungannya sewaktu ketiadaan Presiden PEKIDA MALAYSIA. iii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA sewaktu ketiadaan Presiden PEKIDA MALAYSIA. c. NAIB PRESIDEN i. Membantu tugas-tugas Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Timbalan Presiden PEKIDA MALAYSIA. ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA sewaktu ketiadaan Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Timbalan Presiden PEKIDA MALAYSIA. iii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden PEKIDA MALAYSIA dan tanggunganya apabila ketiadaan Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Timbalan Presiden PEKIDA MALAYSIA. d. SETIAUSAHA AGUNG i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden PEKIDA MALAYSIA ii. Bertanggungjawab melaporkan kepada Presiden PEKIDA MALAYSIA segala tindakan dan perjalanan PEKIDA MALAYSIA iii. Menyediakan Penyata Tahunan PEKIDA MALAYSIA,menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. iv. Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan Perhimpunan Agung PEKIDA MALAYSIA. v. Berhak menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. e. PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA. ii. Menjalankan segala tugas Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA sewaktu ketiadaan beliau. 12


f. BENDAHARI AGUNG i. Bertanggungjawab dan "accountable" atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA MALAYSIA. ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan PEKIDA MALAYSIA untuk diperiksa oleh JuruKira yang dilantik oleh Perhimpunan Agung. iii. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-Kira Kewangan yang telah disahkan oleh Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-Kira Kewangan yang telah diperiksa oleh JuruKira dan disahkan oleh Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA. g. KETUA PENERANGAN i. Bertanggungjawab bagi mengendalikan kegiatan Penerangan dan Dakwah PEKIDA MALAYSIA. ii. Menjadi pengerusi JawatanKuasa Penerangan dan Dakwah PEKIDA MALAYSIA. iii. Berhak memilih dan melantik Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah PEKIDA MALAYSIA dengan persetujuan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. iv. Melaporkan kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA kedudukan dan kegiatan Penerangan dan Dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya. h. AHLI MAJLIS TERTINGGI i. Menghadiri Mesyuarat Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. ii. Menjadi wakil Majlis Tertinggi ke Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri dan JawatanKuasa PEKIDA Daerah. iii. Menjadi Pengerusi dan Ahli JawatanKuasa Biro-Biro PEKIDA MALAYSIA yang akan ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. 9.2 Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan mesyuarat tidak dapat diadakan,maka bolehlah Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA secara mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA secara pengedaran surat pekeliling.Syarat-syarat mengenainya seperti berikut: a. Hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA boleh dianggap sebagai telah diterima. b. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat 13


pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. c. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu. d. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat. 9.3 Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA yang mungkir menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletak jawatan didalam Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. 9.4 Jika seseorang Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA meninggal dunia atau meletak jawatan,calon kepada mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu.Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu,maka berkuasalah Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA melantik Ahli PEKIDA MALAYSIA yang lain untuk memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung diadakan. 9.5 Jika Presiden PEKIDA MALAYSIA berhenti atau meletak jawatan apa sebab sekalipun,maka Timbalan Presiden PEKIDA MALAYSIA hendaklah memangku jawatan itu sehingga tarikh Mesyuarat Agung akan datang. 9.6 Seseorang Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA boleh meminta berhenti daripada jawatannya dan jika diterima,Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA berkuasa melantik penggantinya. 9.7 Jika Presiden PEKIDA MALAYSIA dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatan mereka,Naib Preisden PEKIDA MALAYSIA hendaklan memangku jawatan Presiden PEKIDA MALAYSIA sehingga Presiden PEKIDA MALAYSIA yang baru dipilih. 9.8 Jika dua pertiga (2/3) daripada ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA berhenti dengan serentak,maka majlis itu dianggap telah terbubar dengan sendirinya dan ahli-ahli yang tinggal hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada tarikh peerletakan jawatan secara beramai-ramai itu mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk menubuhkan semula Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. FASAL 10 KEWANGAN 10. KEWANGAN 10.1 PENGERLUARAN WANG 14


a. Pengerluaran wang yang lebih dari Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM:50,000.00) hendaklah mendapat persetujuan dari Majlis tertinggi PEKIDA MALAYSIA b. Presiden, Setiusaha Agung dan Bendahari Agung PEKIDA MALAYSIA berhak mengeluarkan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu sahaja (RM 50,000.00) untuk keperluan PEKIDA MALAYSIA c, Bendahari Agung Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu sahaja (RM:1,000.00) 10.2 BANTUAN TAMBAHAN DAN BANTUAN KHAS Sebarang permintaan yntuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas darpada semua peringkat (Majlis JwatanKuasa ) hendaklah di kemukakan kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA untuk diluluskan. FASAL 11 JURUAUDIT 11. JURUAUDIT ( PEMERIKSA KIRA-KIRA ) a. Dua (2)orang ahli biasa akan dilantik didalam Perhimpunan Agung dan Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah sebagai Pemeriksa Kira-Kira untuk tempoh tiga (3) tahun dan boleh dilantik semula. b. Pemeriksa Kira-Kira bertugas menyemak dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan dan Kira-Kira untuk Perhimpunan Agung dan Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah. c. Pemeriksa Kira-Kira dilantik mengikut jangka masa perlantikan Majlis JawatanKuasa. d. Satu Firma Audit yang bertauliah bileh dilantik jika difikirkan perlu. FASAL 12 PENTADBIR HARTA 12. PENTABDIR HARTA ( PEMEGANG AMANAH ) 12.1 Tiga (3) orang (Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari) sebagai Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam mana-mana Perhimpunan Agung/ Mesyuarat Agung dan meraka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh PEKIDA MALAYSIA. Kepada mereka diamanahkan semua harta tetap kepunyaan PEKIDA MALAYSIA dengan menandatangi satu surat Amanah (Deed Of Trust) 12.2 Pemegang Amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta kepunyaan PEKIDA MALAYSIA dengan tidak ada persetujuaan dan kuasa yang 15


diberikan oleh mana-mana Mesyaurat Agung. 12.3 Seseorang pemegang amanag boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. 12.4 Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang Amanah, maka kekosongan boleh dilantik oleh Majlis JawawatanKuasa. FASAL 13 PEMBUBARAN 13. PEMBUBARAN PEKIDA MALAYSIA a. Pembubaran PEKIDA MALAYSIA hanya boleh dilakukan sekiranya Perhimpunan Agung sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan. b. Pembahagian wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang dan segala tanggungan akan diputuskan oleh Perhimpunan Agung. c. Jika sekiranya ada tanggungan lagi, maka tanggunglah kepada Ahli PEKIDA MALAYSIA yang ada pada masa itu FASAL 14 PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN 14. SUSUNAN ORGANISANI 14.1 BENTUK SUSUNAN a. PEKIDA Pusat - Perhimpunan Agung b. PEKIDA Negeri - Ahli Majlis JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri terdiri daipada Pengerusi yang dilantik oleh Presiden,Timbalan Pengerusi dilantik oleh Presiden setelah berbincang dengan Pengerusi-Pengerusi PEKIDA Daerah. c. PEKIDA Daerah - Ahli JawatanKuasa PEKIDA daerah dipilih oleh Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah. 14.2 JAWATANKUASA PEKIDA a. PEKIDA PUSAT Mengandungi Ahli Majlis tertinggi PEKIDA Malaysia yang di pilih didalam Perhimpunan Agung PEKIDA MALAYSIA. b. PEKIDA NEGERI 16


Mengandungi Pengerusi yang dilantik oleh Presiden. Timbalan Pengerusi dilantik oleh Presiden setelah berbincangan dengan Pengerusi-Pengerusi PEKIDA Daerah dan JawatanKuasanya. c. PEKIDA DAERAH i. Di Persetujui dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi ii. Tertakluk dialam sebuah Daerah, negeri Pentadbiran Kerajaan dan Majlis Dalam Wilayah persekutuan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan ) iii. Negeri perlis adalah sebuah Daerah bertaraf negeri. pengerusi dan Timbalan Pengerusi serta JawatanKuasanya diujudkan melalui proses pemilihan. TANGGUNGJAWAN DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA a. Menubuhkan JawatanKuasa Perhubungann PEKIDA Negeri dan JawatanKuasa PEKIDA Daerah serta menentukan aktiviti menurut perlembagaan PEKIDA Malaysia. b. Merangka tatacara untuk memberhentikan mana-mana Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA termasuk yang dipilih melainkan Presiden PEKIDA MALAYSIA dengan persetujuaan sekurang-kuranya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli, jika tindakan meraka didapati bertentangan dengan dasar PEKIDA MALAYSIA atau meraka telah tidak menjalan kewajiban msing-masing dengan cekap dan sempurna dan Presiden PEKIDA MALAYSIA berkuasa melantik pengganti mereka yang berhenti. c. Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah dan Mesyuarat Perwakilan JawatanKuasa Perhubungan Negeri. d. Menyelesaikan permasalahan dan perselisihan yang berbangkit di peringkat JwatanKuasa Perhubungan Negeri dan JawatanKuasa PEKIDA Daerah. e. Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA dan berkuasa mengantung dan melucutkan keahlian mana-mana ahli. f. menggantung atau membubarkan Jawatankuasa PEKIDA Daerah g. Menetapkan Yuran Daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke Perhimpunan Agung. h. Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi ahli i. Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara yang berkaitan permintaan menjadi ahli k. Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah di tolak menjadi ahli oleh 17


JawatanKuasa PEKIDA Daerah atas permintaan hendak menjadi ahli biasa. l. Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah di pecat atau menarik diri daripada PEKIDA MALAYSIA yang di terima semuala menjadi ahli. m. menjalankan sebarang pekerjaan atau aoa-apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA MALAYSIA. n. Menubuhkan Bebarapa JawatanKuasa Kecil yang di fikirkan perlu dan menerapkan tugas masing-masing mengikut perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. o. Melantik Firma Akauantan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia Akuan PEKIDA MALAYSIA jika difikirkan perlu. 14.2 Majlis tertinggi PEKIDA MALAYSIA boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung PEKIDA MALAYSIA dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan PEKIDA MALAYSIA. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA atau kerana sebab-sebab yang difikrkan boleh merosakan kepentingan PEKIDA MALAYSIA. FASAL 15 MESYUARAT AGUNG CAWANGAN 15.1 MESYUARAT AGUNG PEKIDA DAERAH Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi i. Ahli JawatanKuasa PEKIDA Daerah ii. Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran tahunan iii. Korum Mesyuarat Agung Daerah Korum untuk Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah ialah setengah (1/2 daripada ahli yang menjelaskan yuran tahun berkenaan atau dua (2) kali jumlah JawatanKuasa PEKIDA Daerah atau mana-mana yang lebih rendah jumlahnya. iv. Notis Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah Notis Mesyuarat PEKIDA Daerah hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnyan empat belas hari )14) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan. 15.2 MESYUARAT AJAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI i. Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PEKIDA Negeri hendaklah diadakan 18


sekurang-kurangnya dua(2) bulan sekali. ii. Lebih dari separuh Ahli JawatanKuasa adalah cukup bilangan bagi menjalankan Mesyuarat Perhubungan PEKIDA Negeri. 15.3 MASA MESYUARAT AGUNG PEKIDA DAERAH i. Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb, Julai, tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. ii. Sekiranya terdapat sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka mesyuarat tersebut boleh ditunda kepada satu tarikh yang sesuai yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. iii. Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali kalau diputuskan oleh perwkilan dengan cara undi sulit maka satu borang khas hendaklah digunakan untuk undian tersebut. 15.4 TUGAS MESYUARAT AGONG PEKIDA DAERAH i. Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa PEKIDA Daerah ii. Memilih JawatanKuasa PEKIDA Daerah iii. Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap iv. Melantik Dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira. v. Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA jika difikirkan perlu supaya meminda Perlembahaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari masa ke semasa untuk meningggikan Syiar Islam kepda taraf kehidupan Umat Islam FASAL 16 JAWATANKUASA CAWANGAN 16.1 JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI Jawatankuasa Perhubungan PEKIDA Negeri menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. sebarang langkah yang hendak diambil mestilah mendapat persetujuan Mahlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA untuk makluman dan tindakan 16.2 JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI HENDAKLAH MENGANDUNGI 19


a. Pengerusi b. Timbalan Pengerusi c. Setiausaha d. Bendahari e. Ketua Penerangan f. Tidak lebih daripada lima (5) orang ahli JawatanKuasa yang dilantik oleh Pengerusi PEKIDA Negeri. h. Setiausaha, Bendaharidan Ketua Penerangan PEKIDA Negeri dilantik oleh Pengerusi PEKIDA Negeri. i. Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA Negeri. 16.3 JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH a. JawatanKuasa PEKIDA Daerah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal JawatanKuasa PEKIDA Daerah. b. Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA melalui Majlis JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi pihak Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. c. Jawatankuasa PEKIDA Daerah perlu menubuhkan Biro Kebajikan dan Kairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan jenazah. 16.4 JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH HENDAKLAH MENGANDUNGI a. Pengerusi b. Timbalan Pengerusi c. Setiausaha d. Bendahari e. Ketua Penerangan f. Tidak lebih daripada lima (15) belas JawatanKuasa yang dipilih atau di sahkan oleh Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah. e. Tidak lebih tiga (3) orang JawatanKuasa PEKIDA Daerah yang dilantik oleh Pengerusi PEKIDA Daerah. f. Yang Di Pertua Majlis Ayahanda PEKIDA Daerah 20


16.5 Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEKIDA Daerah dipilih didalam Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah pada tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan meraka akan memegang jawatan itu selama tiga (3) tahun. 16.6 Setiausa, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang JawatanKuasa PEKIDA Daerah dilantik oleh Pengerusi PEKIDA Daerah dengan persetujuan JawatanKuasa PEKIDA Daerah dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau di berhentikan. FASAL 17 TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN 17.1 TUGAS JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI a. PENGERUSI PEKIDA NEGERI i. Menjadi Pengerusi PEKIDA Negeri dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri. ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan Negeri. iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha PEKIDA Negeri atau Bendahari PEKIDA Negeri bagi akaun semasa atas nama PEKIDA Negeri. b. TIMBALAN PENGERUSI PEKIDA NEGERI i. Membantu tugas-tugas Pengerusi PEKIDA Negeri. ii Menggantikan dan menjalankan tugas Pengerusi PEKIDA Negeri termasuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PEKIDA Negeri sewaktu ketiadaan Pengerusi PEKIDA Negeri. c. SETIAUSAHA PEKIDA NEGERI i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi PEKIDA Negeri ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Negeri iii. Bertanggungjawab bagi melaporkan kepada Pengerusi PEKIDA Negeri segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Negeri. iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Negeri dalam Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan Negeri. v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. vi. Berhak menubuhkan Sekretariat dalam memilih pegawai-pegawai yang 21


dipersetujui oleh Majlis JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. d. BENDAHARI PEKIDA NEGERI i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Negeri. ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kira-Kira untuk PEKIDA Negeri. iii. Membentang kenyataan dan butir-butir yang telah disahkan oleh Pengerusi PEKIDA Negeri dan Setiausaha PEKIDA Negeri dan Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. d. KETUA PENERANGAN i. Bertanggungjawab atas kegiatan Penerangan dan Dakwah PEKIDA Negeri. ii. Menjadi Pengerusi JawatanKuasa Penerangan dan Dakwah PEKIDA Negeri. iii. Berhak memilih Ahli JawatanKuasa Penerangan dan Dakwah PEKIDA Negeri. iv. Melaporkan kepada Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan Negeri kedudukan Penerangan,Dakwah dan lain-lain yang berkaitan dengannya. f. JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI i. Menghadiri Mesyuarat JawatanKuasa PEKIDA Negeri. ii. Mewakili JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri ke Perhimpunan Agung. iii. Menjadi Pengerusi PEKIDA Negeri dan Ahli JawatanKuasa Biro-Biro yang akan ditubuhkan oleh JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. 17.2 Jika Pengerusi PEKIDA Negeri berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya,maka Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri hendaklah memangku jawatannya itu sehingga seorang Pengerusi PEKIDA Negeri baru dilantik. 17.3 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA JAWATANKUASA PERHUBUNGAN PEKIDA NEGERI a. Mengiktiraf JawatanKuasa PEKIDA Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. b. Menjalankan sebarang tugas-tugas atau apa-apa langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. c. Menubuhkan Biro Kebajikan dan Khairat antara lain untuk pengurusan jenazah. 17.4 JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH 22


a. JawatanKuasa PEKIDA Daerah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal JawatanKuasa PEKIDA Daerah. b. Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA melalui Majlis JawatanKuasa Perhubungan Negeri dan menjalankan penguasaan bagi pihak Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA. c. JawatanKuasa PEKIDA Daerah perlu menubuhkan Biro Kebajikan dan Khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan jenazah. 17.5 TUGAS JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH a. PENGERUSI i. Menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah dan bertanggungjawab atas kesempurnaan pentadbiran PEKIDA Daerah ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat JawatanKuasa PEKIDA Daerah iii. Menandatangani cek bersama Bendahari atau Setiausaha PEKIDA Daerah bagi Akaun Semasa atas nama PEKIDA Daerah. b. TIMBALAN PENGERUSI i. Membantu tugas-tugas Pengerusi PEKIDA Daerah ii. Bertanggungjawab sebagai Pengerusi PEKIDA Daerah dan tanggungjawabnya ketika ketiadaan Pengerusi PEKIDA Daerah. iii. Bertanggungjawab melaporkan kepada Pengerusi PEKIDA Daerah segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Daerah. c. SETIAUSAHA i. Bertanggungjawab secara langsung kepada Pengerusi PEKIDA Daerah ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Daerah. iii. Bertanggungjawab melapor kepada Pengerusi PEKIDA Daerah segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Daerah. iv. Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Daerah kepada Mesyuarat Perwakilan JawatanKuasa PEKIDA Daerah. d. BENDAHARI i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Daerah ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kira-Kira untuk diperiksa oleh 23


Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik oleh Perwakilan PEKIDA Daerah. iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir kira-kira dalam Mesyuarat JawatanKuasa PEKIDA Daerah. iv. Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Setiausaha PEKIDA Daerah bagi Akaun Semasa PEKIDA Daerah. e. KETUA PENERANGAN i. Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan dan Dakwah PEKIDA Daerah. ii. Berhak melantik Ahli JawatanKuasa Penerangan dan Dakwah PEKIDA Daerah. iii. Melapor kepada JawatanKuasa PEKIDA Daerah kedudukan Penerangan dan Dakwah diperingkat PEKIDA Daerah dan lain-lain kegiatan yang berkaitan dengannya. f. AHLI JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH i. Menghadiri Mesyuarat JawatanKuasa PEKIDA Daerah ii. Menjadi Pengerusi PEKIDA Daerah dan Ahli JawatanKuasa Biro-Biro PEKIDA Daerah yang akan ditubuhkan oleh JawatanKuasa PEKIDA Daerah. 17.6 Jika Pengerusi PEKIDA Daerah berhenti dengan apa-apa sebab sekalipun daripada jawatannya,maka Timbalan Pengerusi PEKIDA Daerah hendaklah memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi PEKIDA Daerah baru dilantik. 17.7 Seseorang Ahli JawatanKuasa PEKIDA Daerah yang dipilih boleh meminta berhenti daripada jawatannya.Keputusan menarik diri tersebut tidak boleh diganti semula kecuali JawatanKuasa PEKIDA Daerah yang dilantik. 17.8 Jika dua pertiga (2/3) Ahli JawatanKuasa PEKIDA Daerah berhenti dengan serentak maka JawatanKuasa PEKIDA Daerah tersebut dianggap telah bubar. 17.9 TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA PEKIDA DAERAH a. Menyediakan Laporan Tahunan PEKIDA Daerah,menerangkan aktiviti PEKIDA Daerah kepada Perhimpunan Agung. b. Menjalankan sebarang kegiatan atau apa-apa langkah selain daripada perkaraperkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA Daerah. FASAL 18 KEWANGAN CAWANGAN 18. KEWANGAN CAWANGAN 24


1. Pengerusi, Setiausaha, bendahari JwatanKuasa Perhubungan Negeri berhak mengeluarakan wang tidak lebih daripada Ringgit Malaysia sepuluh ribu sahaja (RM10,000.00) untuk keperluan JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. 2. Pengerusi, Setiausaha, Bendahari PEKIDA Daerah berhak mengeluarakan wanng tidak lebih daripada Ringgit Malaysia Lima ribu sahaja (RM5,000.00) untuk kegunaaan JawatanKuasa PEKIDA Daerah. 3. Bendahari JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima ratus sahaja (RM 500.000 4. Bendahari PEKIDA Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Tiga ratus lima puluh sahaja (RM350.00). FASAL 19 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN 19. PERKARA-PERKARA AM 1. Semua Ahli Majlis/ JawatanKuasa PEKIDA MALAYSIA ini dan lain-lain pegawai yang menjalankan tugas dalam PEKIDA MALAYSIA ini hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan berAgama Islam. 2. Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan atau penggabungan di luar Malaysia kecuali dengan kebenaran bertulis kepada YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. 3. Tahun Kewangan PEKIDA MALAYSIA ini bermula pada 01hb. Januari dan berakhir 31hb. Disember, tiap-tiap tahun. 4. Ahli Majlis/ JawatanKuasa melantik lain-lain ahli bagi memenuhi kekosongan di dalam Majlis/ JawatanKuasa tersebut dan beberapa JawatanKuasa Kecil. FASAL 20 PINDAAN PERLEMBAGAAN 20. PINDAAN PERLEMBAGAAN a. Pindaan Perlembagaan di lakukan oleh Perhimpunan Agung. Ahli- Ahli boleh mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan dalam Mesyuarat PEKIDA Daerah dan kemudian dikemukakan semula dalam perhimpunan Agung melalui Mesyuarat Perwakilan PEKIDA Daerah. b. Permohonan Pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada keputusan pindaan itu di buat. c. Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasa setelah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. 25


FASAL 21 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN 21. TAFSIRAN PERLEMBAGAAN Sekiranya berlaku salah pengertian tentangan penafsiran dalan beberapa perkara dalam perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA adalah muktamat kecuali di rombak oleh keputusan Perhimpunan Agung. FASAL 22 LARANGAN 22. LARANGAN TIADA FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera Keterangan : Bendara PEKIDA MALAYSIA adalah a. Warna hijau diatas b. Warga Kuning di tengah c.Warna Meah di bawah d. Logo PEKIDA MALAYSIA terletak di tengah-tengah bendera 2. Lambang Keterangan : LOGO PEKIDA MALAYSIA a. Buku/ Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa. b. Obor menggambarkan memberi penerangan dan penyampaian ilmu pengetahuan serta kemahiran hidup. 26


c. Tangan berjabat dalam melambangkan persahabatan dan silatulrahim diantara satu dengan lain d. Tulisan Jawi di bawah buku kiri dan kanan berwarna kuning bermakna PEKIDA e. Tulisan Jawi bermakna Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia 3. Lencana Keterangan : a. Warna hijau melambangkan Agama Islam b. Warna Kubing melambangkan Kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu c. Warna Merah melambangkan keberanian, keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan. d. Warna Putih melambangkan kesucian hati e. Warna Hitam melambangkan perpaduan yang tidak berbelah bagi diantara ahli. FASAL 24 SINGKATAN-SINGKATAN 1. PEKIDA PUSAT a. PA - Perhimpunang Agung b. MTPM - Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA c. MMTPM - Mesyuarat Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA d. MA - Mesyuarat Agung e. MAK - Mesyuarat Agung Khas f. MP - Majlis Penasihat g. MPA - Majlis Pemegang Amanah h. MAPM - Majlis Ayahanda PEKIDA MALAYSIA 2. PEKIDA NEGERI a. MJPPN - Mesyuarat JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. 27


b. MMMJPPN - Mesyuarat Majlis JawtanKuasa Perhubungan PEKIDA Negeri. c. AMJPPN - Ahli Jawatankuasa Perhubungan PEKIDA Negeri d. PDPN - Penerangan dan Dakwah PEKIDA Negeri 3. PEKIDA DAERAH a. MAPD - Mesyuarat Agung PEKIDA Daerah b. JPD - Jawatankuasa PEKIDA Daerah c. MPJPPD - Mesyuarat Perwakilan JawatanKuasa Perhubungan PEKIDA Daerah d. MJPD - Mesyuarat Jawatankuasa PEKIDA Daerah e. MPJPD - Majlis Perwakilan JawatanKuasa PEKIDA Daerah f. PDPD _ Penerangan dan Dakwah PEKIDA Daerah. 28


Click to View FlipBook Version