Kesalahan ejaan: Hukum D-M
Hukum D-M Menurut Nik Safiah Karim et.all (2015) hukum D-M bermaksud (D) iaitu perkara yang diterangkan manakala (M) iaitu perkara yang menerangkan. Selain itu, hukum ini juga dapat difahami dengan peraturan penyusunan kata nama dan frasa majmuk sebelum perkara yang hendak diterangkan (D) dan kata adjektif penerang (M).
Analisis 11
Kain rentang tersebut menunjukkan kesalahan ejaan daripada aspek peraturan hukum DM. Kesalahan yang berlaku ialah pada perkataan ‘Goreng Pisang’. Perkataan tersebut harus dieja seperti ‘Pisang goreng’ kerana perkataan tersebut mengikut peraturan hukum D-M. Hal ini kerana perkataan ‘pisang’ merupakan unsur yang diterangkan (D) dan perlu hadir pada kedudukan pertama. Selain itu, perkataan ‘goreng’ merupakan unsur yang menerangkan (M) dan hadir pada kedudukan kedua. Menurut Zin Nordin et. all (2014) frasa nama khas iaitu ‘Pisang Goreng’ akan terbentuk apabila kedua-dua unsur digabungkan mengikut peraturan hukum D-M.Jelaslah bahawa hukum D-m juga memberi impak yang besar bagi menerangkan unsur-unsur tertentu.