The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG PANDU PUTERI (TUGASAN 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR FADHILAH BINTI MOHD YAACOB IPG-Pelajar, 2024-02-22 07:32:38

BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI (TUGASAN 1)

PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh: 20 FEBRUARI 2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB KELANTAN DARUL NAIM MPU3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 – PENULISAN (TUGASAN 1) Nama : NUR FADHILAH BINTI MOHD YAACOB No. K/P : 030116140628 Angka Giliran : 2021082340294 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021/2026 Unit : BAHASA MELAYU 1 Nama Pensyarah : PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL PUAN NURZIANA BINTI CHE HASHIM Tarikh Hantar : 20 FEBRUARI 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar: TARIKH: 20 FEBRUARI 2024 Tandatangan Pelajar: _ Tarikh: 27 FEBRUARI 2023


BUKU LOG PANDU PUTERI NUR FADHILAH BT MOHD YAACOB DIGITAL


ISI KANDUNGAN TAJUK Biodata Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan Prinsip Asas Pandu Puteri Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Laporan Aktiviti Mingguan


BIODATA NAMA: NUR FADHILAH BINTI MOHD YAACOB TARIKH LAHIR: 16 JANUARI 2003 UMUR:21 TAHUN TEMPAT LAHIR: KUALA LUMPUR ANGKA GILIRAN: 2021082340294 KUMPULAN BERENAM: KENANGA


ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGK KB 1.0 PENGURUSAN & PENTADBIRAN PASUKAN 03 02 01


ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPG KPM


ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGKKB KAPTEN PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL LEFTENAN PUAN HJH NURZIANA BINTI CHE HASHIM KETUA PASUKAN (PENGERUSI) NURIN ALIAH BINTI BUHARI NAIB PENGERUSI NUR ARISSA AZRA BINTI CHE KAMARUDDIN SETIAUSAHA NUR INSYIRAH BINTI KHAIRIL ANUAR NAIB SETIAUSAHA NURULJANNAH BINTI ABDUL RAZAK BENDAHARI RABIATUL ADAWIYAH BINTI MOHAMAD IDRUS SAIDI NAIB BENDAHARI NUR NADIAH BINTI HALIM


07 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI COGAN KATA DAN LAMBANG PANDU PUTERI ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI 2.0 PRINSIP ASAS PANDU PUTERI 03 02 01 01 05 06 04 BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA LAGU-LAGU PANDU PUTERI & PANDU PUTERI TUNAS BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAN BENDERA DUNIA BERSERTA MAKSUD


Perlembagaan ini telah diluluskan oleh satu mesyuarat Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, di Kota Kinabalu, Sabah, pada harl Jumaat, 9 Jun 2006. Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya. 1. PERLEMBAGAAN


11 PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI ➢ Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. ➢ Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. ➢ Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan, yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Setiap ahli digalakkan untuk melafaz Persetiaan dan Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2.1 KAEDAH Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar vill. Simbolisme 2.2 KEANGGOTAAN Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan. Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:


Bahagian Kepanduan 5 - 25 tahun 6 TAHUN KE BAWAH PANDU PUTERI PRA TUNAS 6-12 TAHUN PANDU PUTERI TUNAS 12-15 TAHUN PANDU PUTERI REMAJA 15-18 TAHUN PANDU PUTERI RENJER +18 TAHUN PANDU PUTERI KADET +18 TAHUN PANDU PUTERI SISWI +18 TAHUN PANDU PUTERI DEWASA BAHAGIAN DEWASA +18 TAHUN PEMIMPIN TIDAK BERWARAN +18 TAHUN PENOLONG PEMIMPIN +21TAHUN PEMIMPIN +24 TAHUN JURULATIH +24 TAHUN PESURUHJAYA +30 TAHUN GUILD MANTAN PESURUHJAYA +18 TAHUN GUILD PANDU PUTERI RAJA +24 TAHUN GUILD TREFOIL Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu PuterI dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat.


Ahli Kehormat ➢ Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan ➢ Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. ➢ Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan PengakapPengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran. ➢ Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Perletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan-keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu Court of Honour akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad. PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip-


prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu : A) B) C) mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas:| melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanakkanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan hidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia: menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia. D)| untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 4 – LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia * di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hak cipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripad anya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan. PERKARA 5 – PENAUNG


Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: • mengisyitharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu. 6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawal-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1. Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2. Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4. Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri USUL 7: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan ahli ex officio yang dilantik dari semasa ke semasa 6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemillhan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdin daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Yang Dipertua


Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah isteri Perdana Menteri Malaysia. Sekiranya Perdana Menteri Malaysia seorang wanita, maka Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia Timbalan Yang Dipertua USUL 2: Calon yang dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua akan memegang jawatan tersebut untuk tempoh tiga tahun. Apabila tempoh tersebut berakhir, calon boleh terus dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua untuk tempoh tiga tahun selanjutnya, tanpa had tempoh keseluruhannya. 6.3 Kekerapan Mesyuarat Mesyuarat akan diadakan sekali setiap tiga bulan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya. Timbalan Ketua Pesuruhjaya akan dilantik sebagai pengerusi semasa ketiadaan Ketua Pesuruhjaya. Sekiranya Timbalan Ketua Pesurujaya juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut. 6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undangundang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. PERKARA 7- BADAN PERUNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis Kebangsaan


Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wak untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan, Kesepuluh (10) wakil tersebut pertu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. Sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18 - 35 30 tahun Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi. 7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Malis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, laitu pemilihan yang baharu akan berlangsung Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari tarikh jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Mallis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini. mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan biangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, laitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti.


7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti yang berkut: i. Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia; i. Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malaysia: i. Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahl Aktif dan Ahli Tidak Aktif tentang isuisu penting: PERKARA 8 – KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: i. kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahli, dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. II. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Kebangsaan. Semua harta dan sumber ialah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: i. Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. ii. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. li. USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. iv. Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi-polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahliahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan. PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA ➢ Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. ➢ Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. ➢ Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. ➢ Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis ➢ Kebangsaan, iaitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama


➢ dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005, dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


2. Persetiaan Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja, dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa, dan mematuhi Undang-Undang Kepanduan Ahli pandu puteri perlu melafazkan Persetiaan Pandu Puteri dengan penuh kesetiaan dan tanggungjawab. Mereka juga perlu memahami dan mengamalkan falsafah dan matlamat Persatuan Pandu Puteri.


2. UNDANG-UNDANG ● Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai ● Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia ● Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain ● Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain ● Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan-santun ● Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar ● Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah ● Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan ● Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat ● Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan ○


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pengenalan Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. la juga menjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Setiap ahli pandu puteri berjabat tangan menggunakan kedua kedua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam. Hal ini bersesuaian dengan budaya kita. Seterusnya, Ahli Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Berjabat tangan adalah tanda hormat yang lebih mesra bagi Pandu Puteri sejak dahulu lagi. Ini juga sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord and Lady Baden-Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden-Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri.


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara melakukan hormat kepanduan:- 1) Ahli Pandu Puteri mestilah berada dalam keadaan sedia. 2) Tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri (disisi) dirapatkan lurus ke badan. 3) Kedudukan jari sama seperti dalam Hormat Kepanduan . 4) Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan Hormat ialah tabik Pandu Puteri atau perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan kepada Pegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, kerua dan juga sesama ahli kumpulan. Isyarat hormat ini turut diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi.


LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya.


OUR WORLD SONG Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song. All those who loved the true and good, Whose promises were kept With humble minds whose acts were kind Whose honour never slept Those were the free and we must be Prepared like them to live To give to all both great and small All we can give All we can give


LAGU TAPS SIANG kami puji nikmat diberi matahari, bintang-bintang, langit biru mana pergi hidup kami tuhan saksi thanks and prise for the day neath the sun neath the stars neath the sky as we go this we know god is nigh


LAGU TAPS MALAM malam datang siang hilang dari laut, dari gunung dari langit semua selamat sihat rehat berkat tuhan day is done gone the sun from the sea from the hills from the sky all is well safely rest god is nigh


LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS LAGU PANDU PUTERI TUNAS PUTERI TUNAS BERTUJUAN MENOLONG DAN BERKAWAN LAGU AHLI BARU AHLI BAHARU SUKA HATI MENJADI PUTERI TUNAS LAGU LOCENG TUNAS TUHANKU, SERUAN HAMBAMU, BERI KAMI NIKMAT, SEPANJANG HAYAT , SELAMAT TINGGAL 3 X


LAGU-LAGU KUMPULAN BERENAM SIANTAN – SIANTAN DATANG BERKAWAN , BERANI MACAM PAHLAWAN MELOR – MELOR TAAT DAN SETIA BERUSAHA SETIAP MASA KENANGA – KAMI BERNAMA KENANGA BERJASA BERTENAGA CEMPAKA - CEMPAKA BERSUKA RIA MENOLONG ORANG DUKA TERATAI - TERATAI NAMA KAMI BEKERJA TIAP HARI KESIDANG - KAMI KESIDANG DATANG MENOLONG PAGI PETANG


BENDERA MALAYSIA


BENDERA DUNIA 1. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan TIGA bahagian Persetiaan. 2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. 3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


BENDERA PERSATUAN 1. Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan TIGA bahagian Persetiaan. 2. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. 3. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOSIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI 02 01


SEJARAH WAGGGS 1909 ● Pada tahun ini, munculnya sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan pengakap di Crystal Palace bagi menjadi pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari tersebut. ● Pengasas pergerakan Pengakap telah tertarik dengan "pengakap perempuan* tersebut dan seterusnya memilih nama "Girl guides" dengan merujuk kepada Guides Corps di India. 1910 ● Agnes iatu adik Baden-Powell telah mengadaptasikan buku "Scouting For boys untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya melahirkan pergerakan Pandu Puteri. 1918 ● Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom setelah berkahwin dengan Sir Robert lalu meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia.


SEJARAH WAGGGS 1919 • Olave Baden-Powell telah membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada Wagggs dalam usaha untuk menyatupadukan ahli Pandu Puteri. • Pada Ketika itu, Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia manakala pada tahun 1930, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. 1920 • Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan setelah majlis itu mendapat sambutan yang sangat baik. • Persidangan ini diadakan bertujuan untuk Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran serta pengalaman. • Hal ini telah menyebabkan mereka telah mula merancang lawatan ke luar negara buat pertama kali. 1924 • Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan yang kini dikenali sebagai *Our World News'. 1926 ● Selepas persidangan keempat yang diadakan di Amerika Syarikat, wakil dari beberapa buah negara telah bertemu dengan Baden-Powell. ● Hal ini bertujuan untuk membentuk satu persatuan


1930 Bendera dunia telah dikibarkan buat pertama kali di persidangan Dunia di United Kingdom. 1931 Keahlian persatuan ini telah melebihi satu juta setelah pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri diadakan di Hungary. 1945 • Pergerakan ini telah dihidupkan semula dan terus berkembang setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan. • Lord Bawell-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu 1957 Pembukaan Our Cabana 1966 Pembukaan sangam pada tahun 1966 1977 • Olave Baden-Powell telah meninggal dunia pada waktu itu. • WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urus setia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge) yang bertujuan untuk mengingati beliau. 1985 70 tahuan Kepanduan disambut seluruh dunia 1988 Sambutan 60 tahun WAGGGS


SEJARAH PANDU PUTERI MALAYSIA ● Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. ● Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, ● Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. ● Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. ● Akta ini telah disemak pada tahun 1991. ● Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. ● Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.


ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH 4.0


RANCANGANPENGAJARANHARIANPANDUPUTERITUNAS Mata Pelajaran Kokurikulum Unit Beruniform- Pandu Puteri Tunas Tarikh 16 Oktober 2024 Hari Rabu Waktu 2:30-4:30 Tempoh 2 jam Medium Padang sekolah Tajuk Ikatan tali Tunjang Pembelajaran Kemahiran ikatan Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Psikomotor: menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 jenis simpulan dan membuat sekurang-kurangnya 2 jenis ikatan dengan betul Kognitif: Mengetahui perbezaan setiap fungsi simpulan serta memahami cara untuk menghasilkan simpulan Afektif: yakin untuk melibatkan diri dengan aktif di dalam aktiviti perkhemahan/ Bahan Bantu Mengajar Video cara-cara membuat simpulan, slaid pembentangan dan tali Pengisian Kokurikulum 1. EMK: kreativiti-menjana idea 2. NILAI SAMPINGAN: kerjasama


Teknik Simulasi, tunjuk cara, perbincangan dan sesi soal jawab Kemahiran Abad Ke-21 KBAT, Kolaboratif, komunikasi, kreativiti ISI PEMBELAJARAN MASA LANGKAH/ AKTIVITI IMPAK/ REFLEKSI Tatacara Perjumpaan Unit Beruniform Pandu Puteri Tunas Sekolah Rendah Set Induksi (10 minit) 1. Murid berkumpul di padang 2. Murid membaca doa mengikut kepercayaan masingmasing 3. Murid menyanyikan lagu dunia dan melafazkan ikrar persetiaan Kehadiran murid MANOK Mengikat benda yang licin contohnya hujung pancang khemah dan botol BUKU SILA Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz LANGKAH 1 (45 minit) 1. Guru menunjukkan slaid pembentangan. 2. Guru memperkenalkan 6 jenis simpulan 3. Guru menjelaskan fungsi setiap jenis simpulan BBM: Tayangan gambar, slaid pembentangan NILAI: Fokus dan integriti


LILIT BALAK Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu BUNG A GHETI Menyambung dua hujung tali yang berlainan saiz dan jenis TINDIH KASIH Membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatan g dan sebagainya SIMPU L BELIT Simpulan mudah tapi kemas yang digunakan untuk mengikat hujung tali pada mata kail dan sebagainya. AMALI ASAS SIMPULAN Langkah 2 (30 minit) 1. Guru menayangkan video cara-cara membuat simpulan BBM: tali Nilai: kreativiti dan inovasi


2. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan 3. Satu Kumpulan diarahkan untuk membuat satu jenis ikatan Ujian Amali Asas Langkah 3 (20 minit) 1. Secara individu murid diminta untuk menghasilkan 3 jenis simpulan 2. Seterusnya murid diminta untuk menerangkan fungsi setiap simpulan 3. Guru memberikan markah kepada murid BBM: Tali Penilaian: Formatif KP: -Kinestetik Interpersonal KB: menjana idea, kreatif Kepentingan simpulan dalam kehidupan Penutup 10 minit 1. Guru memberikan pujian kepada murid-murid 2. Guru melaksanakan sesi soal jawab Nilai: berani


LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 5.0


AKTIVITI MINGGUAN • PERJUMPAAN: KALI PERTAMA • 8 JANUARI 2024 • PENASIHAT: PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL & PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM • MASA: 2:30-4:30 • PENGENALAN TENTANG MK Melalui perjumpaan pertama ini, ahli-ahli pandu puteri diberikan pendedahan mengenai MK kursus ini. Melalui perjumpaan ini kami berupaya untuk mengetahui tentang kandungan kursus yang kami akan pelajari sepanjang semester ini. Hal ini membolehkan kami membuat persediaan awal. Bukan itu sahaja, perjumpaan pertama ini juga bertujuan untuk membentuk Kumpulan berenam bagi ahli Pandu Puteri. Kumpulan berenam saya adalah Kumpulan Kenanga. • PERJUMPAAN: KALI KEDUA • 15 JANUARI 2024 • PENASIHAT: PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL & PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM • MASA: 2:30-4:30 • BELAJAR MENGENAI SIMPULAN MANOK Mengikat benda yang licin contohnya hujung pancang khemah dan botol BUKU SILA Menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz


LILIT BALAK Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu BUNGA GHETI Menyambung dua hujung tali yang berlainan saiz dan jenis TINDIH KASIH Membuat ikatan yang pantas dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan sebagainya SIMPUL BELIT Simpulan mudah tapi kemas yang digunakan untuk mengikat hujung tali pada mata kail dan sebagainya. Pada perjumpaan kali kedua. Kami didedahkan kepada beberapa jenis simpulan yang digunakan oleh Pandu Puteri. Setelah itu kami dalam Kumpulan berenam diarahkan untuk membuat simpulan-simpulan tersebut. Melalui aktiviti ini, kami berupaya untuk mengetahui jenis simpulan serta kegunaan simpulan tersebut. Simpulan ini juga turut saya gunakan dalam menghasilkan gajet untuk tugasan amali.


• PERJUMPAAN: KALI KETIGA • 22 JANUARI 2024 • PENASIHAT: PUAN NADIMAH BINTI ISMAIL & PUAN HAJAH NURZIANA BINTI CHE HASHIM • MASA: 2:30-4:30 • BELAJAR MENGENAI IKATAN DAN ANDUH IKATAN SERAYA Mengikat dua batang kayu/buluh yang bersilang dalam bentuk (+) IKATAN LILIT KACANG Digunakan untuk mengikat batangbatang kayu untuk membuat lantai gajet IKATAN SILANG TUNGKU Digunakan untuk membuat gajet atau menyambung kayu yang kayunya sama besar IKATAN SILANG GUNTING Digunakan untuk membuat jambatan dan sebagainya IKATAN SERONG Digunakan untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya Pada perjumpaan kali ketiga pula, kami didedahkan dengan beberapa jenis ikatan dan anduh. Melalui aktiviti ini kami berupaya untuk mengetahui cara membuat ikatan dan apakah kegunaan ikatan tersebut. Tujuan ikatan dan anduh ini diperkenalkan kepada kami adalah kerana kami akan melaksanakan amali anduh dan ikatan pada minggu ke-5. Dengan adanya pengetahuan asas tentang anduh, kami mampu memberikan pertolongan cemas kepada ahli yang tercedera.


Click to View FlipBook Version