The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

nota CU02.1 penglibatan bidang yang berkaitan dengan jamuan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOAY KHOON GIN Moe, 2021-05-16 11:26:28

nota CU02.1 penglibatan bidang yang berkaitan dengan jamuan

nota CU02.1 penglibatan bidang yang berkaitan dengan jamuan

1.5 Penglibatan Jabatan yang Berkaitan dengan Jamuan

i. Steward/Pramusaji
 Pramusaji merupakan orang yang bertugas atau bekerja dalam bidang penyajian makanan

dan minuman, melayani pesanan makanan dan minuman sesuai dengan permintaan.
 Pramusaji boleh terdidri daripada lelaki atau perempuan.
 Pramusaji mesti tampil dengan perwatakan yang kemas, berpakaian seragam dan sentiasa

menjaga penampilan dan tingkah laku.
 Antara tugas pramusaji makanan dan minuman adalah:

Menyediakan meja untuk tetamu makan
Mengambil pesanan makanan
Menghidang makanan dan minuman
Membersikan meja sebelum, semasa dan sesudah makan

ii. AV/Audio Visual

 Penyediaan AV yang bersesuaian dengan majlis yang diadakan.
 Kelengkapan PA system yang berfungsi dengan baik.
 Rostrum

iii. Housekeeping/Pengemasan tempat

 Bertugas menjaga dan membersihkan serta memelihara bilik dan persekitaran agar bersih
dan nyaman.

 Menjaga kebersihan linen hotel
 Merawat peralatan kerja housekeeping
 Menghias bilik agar sentiasa kelihatan indah dan bersih

iv. Maintenance/Penyelenggaraan

Kakitangan harus dilatih untuk membersihkan peralatan yang beroperasi dengan betul
supaya peralatan akan tahan lama dengan penjagaan dan penyelenggaraan rutin yang betul.
Peralatan dan perkakas yang digunakan diperbuat daripada pelbagai bahan, seperti besi
tuang (cast iron), tembaga, keluli tahan karat, aluminium, kayu, kaca dan enamel.

 Peralatan besar dan kecl mesti dibersihkan dengan kerap selepas digunakan.
 Peralatan elektrik dan gas pula mesti kerap diperiksa dan diservis.
 Setiap peralatan mesti dibersihkan mengikut jenis bahan buatannya.

v. Security/Keselamatan

Keselamatan adalah tanggungjawab semua orang yang tidak akan pernah berakhir. Setiap
pekerja bertanggungjawab menjaga keselamatan persekitaran tempat kerja mereka dalam
segala segi. Setiap pekerja mesti menggunakan peralatan dengan cara yang tidak
membahayakan diri sendiri atau pun orang lain. Patuhi peraturan-peraturan yang disediakan
bagi menghindari kemalangan di ruang kerja, antaranya adalah:

 Jangan menghidupkan peralatan elektrik sewaktu tangan masih dalam keadaan basah.
 Gunakan alas pemegang untuk mengangkat peralatan yang panas.
 Pakai kasut yang tapaknya tidak licin supaya tidak mudah jatuh.
 Pakai kasut yang bertutup bahagian hadapan untuk mengelakkan terkena cecair panas yang

tumpah.
 Bersihkan dengan segera minyak yang tumpah atau percikan minyak semasa menggoreng.
 Tanggalkan kepala gas daripada tong gas sebaik selesai menggunakannya.

vi. Kitchen/Dapur

Pastikan dapur mempunyai peti pertolongan cemas dan manual untuk membantu pekerja
melakukan pertolongan cemas dengan prosedur yang betul. Empat peraturan penting yang
harus dipatuhi semasa di dapur:

 Jangan berlari
 Jika anda jatuhkan bahan, ambil kembali
 Jika anda tumpahkan bahan, lap kembali
 Ingat apa yang anda sedang lakukan

Sekiranya kemalangan berlaku:
 Jangan cepat panik – terus bertenang seboleh mungkin
 Elakkan diri daripada berada dalam keadaan yang bahaya
 Ambil tindakan segera untuk mengurangkan kecederaan
 Dapatkan pertolongan yang selamat secepat mungkin


Click to View FlipBook Version