KATA-KATA ALUAN DARIPADA PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD
o
o
o
o
o
o
o
o
o
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan keizinanNya dapat saya
mencatat sepatah dua kata di dalam buku mesyuarat Agung Tahunan,
Persatuan Agen Takaful IKHLAS Se Malaysia bagi sesi 2020/2022.
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Persatuan
Agen Takaful IKHLAS Se Malaysia yang berjaya menjadikan persatuan ini
sebagai satu platform bagi melahirkan ejen-ejen Takaful IKHLAS yang
berkaliber dan profesional.
Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Persatuan yang senantiasa
menyediakan pelbagai latihan dan program agar para ahli mendapat manfaat
serta mengenali produk-produk Takaful IKHLAS dengan lebih mendalam lagi
di samping menangani cabaran yang semakin kompetitif.
Dengan IKHLASnya, saya yakin bahawa kita akan terus mencapai kata
sepakat dan objektif seiring dengan perkembangan zaman yang maju ini.
Akhir kata, selamat bersidang kepada Persatuan Agen Takaful IKHLAS Se
Malaysia. Semoga perhimpunan ini membawa kebaikan yang tidak terhingga
kepada industri Takaful di Malaysia dan khususnya kepada Takaful IKHLAS.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakaatuh.
Mohd Din Merican
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif
Takaful Ikhlas Family Berhad