The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Laman Ilmu, 2020-11-10 19:44:26

BAB 11

BAB 11

• Jatuh bebas sebenarnya hanya berlaku dalam keadaan vakum,
iaitu di dalam ruang yang tiada udara.

• Di dalam kebuk vakum, sehelai bulu ayam dan bola tenis yang
dijatuhkan dari ketinggian yang sama akan mendarat pada masa
yang sama.

Graf Gerakan untuk Objek yang Mengalami
Keadaan Jatuh Bebas

• Objek yang dilepaskan pada ketinggian tertentu

Graf Halaju-masa

Graf Sesaran-masa

Graf Gerakan untuk Objek yang Melawan Daya
Graviti (Antigraviti)

• Objek yang dilontarkan menegak ke atas

Graf Halaju-masa

Graf Sesaran-masa

Jisim

• Jisim ialah kuantiti jirim yang
terkandung di dalam suatu objek.

• Unit S.I. - kilogram (kg).
• Nilai jisim bagi sesuatu objek itu

tetap jika kuantiti jirim di dalam
objek itu tidak berubah.

Inersia

• Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung
menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam
keadaan pegun atau sedang bergerak.

• Inersia bukan kuantiti fizik,
– tidak boleh diukur
– tiada nilai
– tiada unit.

• Inersia sejajar dengan Hukum Gerakan Newton Pertama oleh
Sir Isaac Newton.

• Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa sesuatu
objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu sama ada pegun
atau sedang bergerak dengan laju malar (dalam garis lurus) jika
tiada daya luar yang bertindak terhadapnya.

• Apabila kadbod disentap dengan laju, duit syiling akan terjatuh
ke dalam gelas. Inersia duit syiling itu mengekalkan keadaan
asal duit syiling, iaitu keadaan pegun.

• Duit syiling itu tidak bergerak bersama kadbod, sebaliknya
jatuh ke dalam gelas akibat daya graviti.

• Apabila kereta api bergerak,
penumpang di dalam kereta api itu juga
bergerak bersama-sama.

• Apabila kereta api itu diberhentikan
secara tiba-tiba, badan penumpang
kekal bergerak ke hadapan.

• Inersia penumpang - mengekalkan
keadaan asal penumpang, iaitu keadaan
bergerak.

• Maka, penumpang itu meneruskan
gerakannya ke hadapan.

Hubungan antara Jisim dengan Inersia

• Inersia dipengaruhi oleh jisim objek
• Semakin besar berat/jisim sesuatu objek, semakin besar

inersianya

• Jisim troli yang kosong adalah lebih • Jisim troli yang dipenuhi dengan
kecil, maka inersianya juga lebih barang adalah lebih besar.
kecil.
• Inersianya adalah lebih besar.
• Troli itu mudah digerakkan dari • Lebih susah untuk digerakkan dari
keadaan asainya.
keadaan asalnya.

Neraca inersia

• Hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji
menggunakan neraca inersia.

• Neraca inersia dicipta oleh pihak NASA untuk menentukan
jisim objek di stesen angkasa lepas.

Kesan Inersia dalam Kehidupan Harian

• Inersia boleh memberikan kesan positif dan negatif dalam
kehidupan.

Kesan Positif Inersia

• Kepala tukul yang longgar boleh diketatkan
dengan menghentakkan bahagian pemegang
tukul pada permukaan keras.

• Hentakan yang laju menyebabkan kepala tukul
bergerak ke bawah disebabkan oleh inersia.

Kesan Positif Inersia

• Payung yang basah dapat dikeringkan dengan
memutarkan payung itu dengan laju.

• Disebabkan inersia, titisan hujan akan terus
bergerak walaupun payung sudah berhenti
berputar.

• Maka, titisan hujan akan jatuh daripada payung.

Kesan Negatif Inersia

• Kesan inersia boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu
kereta.

• Oleh itu, kereta dilengkapi dengan beg udara, penyandar kepala
dan tali pinggang keselamatan untuk mengurangkan kesan
inersia.

Kesan Negatif Inersia

• Semasa mendarat, kapal terbang yang berjisim besar tidak
dapat berhenti dalam jarak yang pendek disebabkan inersia.

• Oleh itu, landasan yang sangat panjang diperlukan untuk kapal
terbang mendarat dengan selamat.

Latihan

1. Rajah menunjukkan eksperimen untuk mengkaji perhubungan
antara jisim objek dengan inersianya.

Keputusan yang diperolehi dicatatkan dalam Jadual di bawah.

Jisim (g) Tempoh objek berayun sehingga berhenti / minit
50 9
10 5

a) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
i) Pembolehubah dimanipulasikan: ....…………………….
ii) Pembolehubah bergerakbalas: ....……………………….

b) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini.
…………………………………………………………………….
……………………………………………………………………..

c) Nyatakan satu pemerhatian daripada eksperimen ini
…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….

d) Nyatakan satu inferens berdasarkan kepada pemerhatian anda
…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….

e) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi
bagi inersia.
…………………………………………………………………….
…………………………………………………………………….

f) Ramalkan masa yang di ambil untuk berhenti ayunan jika 5g
pemberat digunakan
…………………………………………………………………….


Click to View FlipBook Version