BAB 2
KOORDINASI BADAN
Memahami Sistem Saraf Manusia
• Sistem saraf manusia terdiri daripada beberapa
organ yang mengandungi rangkaian sel-sel
yang mengkoordinasi tindakan manusia.
– Berfungsi menyampaikan utusan antara
bahagian bahagian badan.
– Terdiri daripada
• sistem saraf pusat
• sistem saraf periferi.
Sistem saraf pusat
• Terdiri daripada otak dan
saraf tunjang.
• Otak berada di dalam
tengkorak manakala saraf
tunjang berada di dalam
tulang belakang
Sistem saraf periferi
• Terdiri daripada:
• Saraf kranium yang
bersambung
dengan otak
• Saraf spina yang
bersambung
dengan saraf
tunjang.
Sistem saraf periferi
• Fungsi: Menerima maklumat dari sistem saraf
pusat dan menghantar semula maklumat ke
sistem saraf pusat.
• Dibahagikan kepada 2:
– sistem saraf somatik - mengawal tindakan
terkawal seperti bercakap, membaca dan
berjalan
– sistem saraf autonomi - mengawal tindakan
luar kawal seperti denyutan jantung,
pernafasan, dan peristalsis.
Neuron
• Sel saraf yang menjadi unit asas dalam sistem
saraf.
• Struktur - panjang dan halus. Tidak memerlukan
ruang yang besar dan boleh tersebar ke seluruh
badan.
• Menerima atau mengirim utusan dalam bentuk
denyutan elektrik yang dikenali sebagai impuls.
• Terdiri daripada badan sel yang mengandungi
nukleus, dendron yang bercabang kepada dendrit-
dendrit dan akson.
Neuron
Jenis-jenis neuron
• Terdapat tiga jenis neuron
– neuron deria - terletak di antara reseptor
dalam organ deria dan sistem saraf pusat
– neuron perantaraan - hanya terdapat dalam
sistem saraf pusat
– neuron motor - terletak di antara sistem
saraf pusat dan efektor.
Neuron Fungsi
deria Mengalirkan impuls
dari reseptor ke sistem
perantaraan saraf pusat
motor Mengalirkan impuls
dari neuron deria ke
neuron motor
Mengalirkan impuls
dari sistem saraf pusat
ke efektor seperti otot.
Koordinasi Saraf
• Neuron deria, neuron perantaraan, dan neuron
motor berkoordinasi dengan reseptor yang
menerima rangsangan dan efektor yang
melakukan tindak balas.
• Apabila reseptor pada organ deria menerima
rangsangan, reseptor akan menghasilkan
impuls.
• Impuls kemudian dibawa oleh neuron deria ke
neuron perantaraan yang terdapat di dalam
sistem saraf pusat.
• Neuron perantaraan menghubungkan neuron
deria dengan neuron motor.
• Kemudian, neuron motor akan membawa
impuls dari sistem saraf pusat ke efektor yang
akan melakukan tindakan yang sesuai.
Koordinasi Saraf
Latihan
1. Dengan menggunakan peta dakap, jelaskan
sistem saraf.
2. Berikan 2 contoh bagi sistem saraf autonomi
dengan somatik.
3. Lukis dan labelkan unit asas bagi neuron.
4. Apakah jenis neuron yang terdapat di saraf
tunjang
5. Apakah yang dimaksudkan dengan impuls
Tindakan Refleks
• Koordinasi saraf yang melibatkan reseptor,
efektor, dan neuron membolehkan kita
bergerak balas terhadap rangsangan.
• Gerak balasnya berlaku dengan pantas.
• Tindakan ini berlaku secara automatik tanpa
kawalan daripada otak
Arka Refleks
Tindakan Refleks
Rangsangan Tindakan refleks
Anak mata
Terdedah dengan cahaya mengecil
terang secara tiba-tiba Mata berkerdip
Serangga tersentuh Air liur dirembeskan
kelopak mata
Berpeluh
Terhidu bau makanan Menggeletar
yang enak semasa perut
lapar
Badan panas
Badan sejuk
Arka refleks tiga neuron.
• Neuron deria memindahkan impuls dari
reseptor ke neuron perantaraan dalam saraf
tunjang.
• Neuron perantaraan kemudiannya
menghantar impuls ke neuron motor.
• Neuron motor seterusnya memindahkan
impuls ke otot bisep yang akan mengecut
untuk mengalihkan tangan daripada objek
panas.
Arka refleks tiga neuron.
- Arka refleks yang melibatkan tiga jenis neuron
apabila anda tersentuh objek yang panas.
Arka refleks dua neuron
• Arka refleks bagi sentakan lutut - melibatkan
neuron deria dan neuron motor sahaja.
Reseptor Regang
• Reseptor yang sensitif terhadap pergerakan,
tekanan atau regangan di dalam badan
• Terdapat di dalam otot, sendi, ligamen, dan
tendon
• Apabila berlaku pergerakan, ketegangan
pada otot, sendi, ligamen, dan tendon akan
berubah.
• Perubahan ini dikesan oleh reseptor regang.
• Reseptor regang akan menghasilkan impuls
yang dihantar ke otak melalui neuron deria
untuk ditafsir.
• Seterusnya impuls dihantar melalui neuron
motor ke efektor untuk tindakan tertentu atau
pergerakan badan yang sesuai.
Otot dalam keadaan tegang (rangsangan)
Reseptor regang (menghasilkan impuls)
Neuron deria (memindah impuls)
Otak (mentafsir maklumat)
Neuron motor (memindah impuls)
Efektor (menghasilkan pergerakan)
Kepentingan Reseptor Regang
• Membolehkan kita sedar tentang kedudukan
dan postur badan kita
• Membolehkan kita mengesan pergerakan
bahagian badan kita tanpa perlu melihat.
• Seorang akrobat menggunakan deria regang
untuk mengimbang dan mengkoordinasikan
tubuhnya semasa berjalan diatas kabel dengan
mata tertutup.
Contoh-contoh lain
Menaip tanpa melihat Mengayuh basikal tanpa
papan kekunci melihat pedal pengayuh
Membutang baju
tanpa melihat
Latihan
1. Seorang pelajar tiba-tiba mengedipkan
matanya apabila seekor kumbang terbang ke
arah matanya, nyatakan jenis tindakan
tersebut?
2. Namakan jenis-jenis neuron yang terlibat di
dalam arka refleks dua neuron.
3. Nyatakan 2 tindakan yang di kawal oleh
sistem saraf somatik
4. Dengan menggunakan peta alir, jelaskan arka
refleks tiga neuron.
5. Berikan 2 contoh fungsi reseptor regang dalam
kehidupan seharian.
Otak Manusia
• Sebahagian daripada sistem saraf pusat.
• Menerima impuls daripada organ deria,
mentafsir, dan kemudian menghantar impuls
ke efektor.
• Boleh menyimpan maklumat.
• Merupakan pusat kawalan yang mengkoor-
dinasikan segala aktiviti badan.
• Terdiri daripada serebrum, serebelum, dan
medula oblongata.
Bahagian otak dan fungsinya
Serebrum Serebelum Medula oblongata
• Bahagian otak • Terletak di • Bahagian otak
yang terbesar. bahagian bawah paling bawah.
• Permukaan luar serebrum. • Bersambung dengan
yang berlipat-lipat • Bahagian otak saraf tunjang
menambah luas kedua terbesar.
permukaan. • Permukaan luar
• Terdapat banyak yang berlipat-lipat
neuron menambah luas
permukaan.
Fungsi: mengawal Fungsi: mengatur Fungsi: mengawal
fungsi deria, pergerakan tindakan luar kawal
tindakan terkawal tubuh, mengekalkan seperti pernafasan,
dan fungsi minda keseimbangan dan denyutan jantung,
postur badan peristalsis dan bersin
Tindakan Terkawal
• Tindakan yang dilakukan dalam keadaan
sedar dan mengikut kehendak walaupun
tanpa rangsangan.
• Dikawal oleh serebrum.
• Contoh: membaca, menulis, bercakap,
berjalan, berfikir
Tindakan Luar Kawal
• Berlaku secara automatik tanpa sedar dan
tidak melibatkan pemikiran.
• Dikawal oleh medula oblongata.
• Contoh: bersin, bernafas, menguap, batuk,
kerdipan mata, peristalsis, degupan jantung
Kesan Kecederaan pada Bahagian
Tertentu Otak Manusia
• Otak dilindungi oleh tulang tengkorak yang
keras.
• Kemalangan boleh menyebabkan kecederaan
pada otak.
• Apabila tercedera, otak tidak dapat pulih
sepenuhnya kerana sel-sel otak tidak dapat
diganti.
Fungsi khusus bahagian otak dan
kesannya apabila tercedera
Latihan
1. Lukis dan labelkan bahagian-bahagian otak.
2. Nyatakan bahagian otak yang mengawal tindakan
seorang pelajar yang sedang membaca buku.
3. Seorang pelajar telah terserempak dengan seekor
anjing, degupan jantungnya telah meningkat,
namakan bahagian otak yang mengawal keadaan
tersebut
4. Mengapakah sebahagian besar otak strukturnya
berlipat-lipat
Koordinasi Hormon
• Maklumat dihantar ke seluruh badan dalam
bentuk hormon.
• Hormon adalah bahan kimia organik yang
dirembeskan oleh kelenjar khas yang dikenali
sebagai kelenjar endokrin.
Kelenjar endokrin
• Kelenjar tanpa duktus / salur.
• Hormon dirembeskan dalam kuantiti yang
kecil ke dalam cecair di sekitar tisu dan
kemudiannya diserap ke dalam kapilari darah.
• Hormon mengalir melalui salur darah sehingga
sampai ke organ sasaran.
• Organ sasaran akan menghasilkan gerak balas
tertentu
Aliran hormon dari kelenjar
endokrin ke organ sasaran.
• Hanya organ-organ tertentu sahaja yang
bergerak balas terhadap hormon tertentu.
• Hormon dibebaskan dalam jangka waktu yang
lama bagi membolehkan perubahan berlaku
dalam jangka waktu yang lama.
• Perubahan ini juga berkekalan.
• Contoh - pertumbuhan manusia
• Hormon mengatur fungsi tisu dan organ
tertentu atau proses dalam badan.
• Contoh – denyutan jantung dan pernafasan
atlet 100 meter akan meningkat sementara
menunggu isyarat mula.
• Ini adalah akibat dari hormon yang direm-
beskan ke dalam jantung.
• Hormon menyebabkan peningkatkan aras
glukosa dalam darah dan menyebabkan
berpeluh sedikit
• Lebih banyak glukosa akan dihantar ke otot
bagi membolehkan lebih banyak tenaga
dihasilkan.
• Ini akan membantu meningkatkan kelajuan
larian
• Apabila perlumbaan 100 meter sudah selesai,
pengeluaran hormon akan dikurangkan.
• Tindakan ini mengurangkan pengangkutan
glukosa ke otot.
Sistem endokrin
• Terdiri daripada kelenjar-kelenjar endokrin.
• Kelenjar-kelenjar ini menghasilkan dan
merembeskan hormon terus ke dalam saluran
darah untuk diangkut ke organ-organ sasaran.
• Setiap hormon yang dirembeskan mempunyai
fungsi tertentu.
Jenis-jenis kelenjar endokrin
Kelenjar Kedudukan Fungsi
Pituitari bawah • Merembeskan hormon tertentu
serebrum yang mengawal aktiviti-aktiviti
kelenjar lain, seperti kelenjar
tiroid dan ovari.
• Merembeskan hormon lain yang
mengawal proses-proses seperti
pertumbuhan dan penghasilan air
kencing.
Tiroid depan trakea • Merembeskan hormon tiroksina
di bawah • Mengawal kadar metabolisme dan
larinks
mengatur pertumbuhan serta
perkembangan tubuh.
Kelenjar Kedudukan Fungsi
Adrenal terletak di atas • Merembeskan hormon adrenalina
ginjal • Meningkatkan aras glukosa dalam
darah, meningkatkan kadar
denyutan jantung, dan
meningkatkan kadar pernafasan
Pankreas berhampiran • Merembeskan hormon insulin dan
perut
glukagon
• Insulin merangsang pertukaran
glukosa kepada glikogen.
• Glukagon merangsang perubahan
glikogen kepada glukosa.
Kelenjar Kedudukan Fungsi
Ovari di kiri dan • Merembeskan hormon estrogen
kanan uterus dan progesteron
• Merangsang dan mengekalkan
ciri-ciri seks sekunder perempuan
Testis skrotum • Merembeskan hormon testosteron
• Merangsang dan mengekalkan
pertumbuhan ciri-ciri seks
sekunder lelaki.
Latihan
1. Dengan menggunakan peta buih senaraikan
jenis-jenis kelenjar.
2. Namakan kelenjar yang membebaskan
hormon insulin.
3. Apakah kelenjar dan hormon yang mengawal
perkembangan ciri seks sekunder bagi
perempuan.
4. Apakah hormon yang menyebabkan degupan
jantung meningkat apabila dalam ketakutan.
Kesan Ketidakseimbangan
Hormon
Hormon Kesan kekurangan Kesan kelebihan
Hormon • Kekerdilan • Kegergasian
pertumbuhan
(Pituitari)
Tiroksina • Kadar metabolisme • Kadar metabolisma
(kelenjar tiroid) rendah tinggi
• Kerdil (kanak- • Peningkatan suhu
kanak) badan
• Goiter • dan denyutan
• Tidak bermaya
jantung
• Kerengsaan
Estrogen dan • Ciri-ciri seks • Ciri-ciri seks
progesteron sekunder
(ovari) sekunder tidak berlebihan
terbentuk dengan
sempurna
• Gangguan kitar haid
Testosteron • Ciri-ciri seks • Ciri-ciri seks
(testis) sekunder tidak sekunder
terbentuk dengan berlebihan
sempurna termasuk
organ seks
Insulin • Diabetes melitus • Hipoglisemia
(pankreas)
Koordinasi antara Sistem
Saraf dan Sistem Endokrin
• Sistem saraf dan sistem endokrin memainkan
peranan penting dalam koordinasi.
• Sistem saraf mengkoordinasi melalui impuls
saraf yang dibawa ke seluruh badan oleh
neuron.
• Sistem endokrin pula mengkoordinasi secara
kimia iaitu melalui hormon.
Perbandingan antara Koordinasi
saraf dan Koordinasi hormon
Koordinasi saraf Koordinasi hormon
melibatkan sistem saraf melibatkan sistem endokrin
• Maklumat dihantar • Maklumat dihantar
dalam bentuk impuls dalam bentuk hormon
melalui neuron melalui darah
• Gerak balas lebih cepat. • Gerak balas lebih
• Kesan hanya bertahan perlahan
dalam jangka waktu yang • Kesan bertahan dalam
singkat jangka masa panjang.