MODUL
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
MIKROPENGAWAL
Disediakan oleh :
MUHAMAD NASRUL KHUZAINI
MUHAMMAD FADHLI AZIM
ISI KANDUNGAN 1
1.0 Pengenalan
2.0 Apakah Itu Mikropengawal Dan 2
Fungsinya
3.0 Menjelaskan bahagian-bahagian 7
yang terdapat dalam mikropengawal
(microcontroller)
4.0 Gambar Rajah Blok Mikropengawal 12
5.0 Kenali Papan Mikropengawal : 13
Carrotboard
6.0 Kesimpulan 14
7.0 Latihan Pengukuhan 14
Skema Jawapan 15
i
1.0 PENGENALAN
Apa yang akan dipelajari?
1.Apakah Itu Mikropengawal Dan Fungsinya
2.Menjelaskan bahagian-bahagian yang terdapat
dalam mikropengawal (microcontroller)
3.Gambar Rajah Blok Mikropengawal
4.Kenali papan Mikropengawal
Reka bentuk elektronik ialah litar yang
direka bentuk menggunakan komponen
elektronik tertentu yang disusun dan
disambungkan bagi mencapai tujuan
penggunaan yang hendak dilakukan.
1
2.0 MIKROPENGAWAL DAN MIKROPEMPROSES
Pengenalan Kepada Mikropengawal Dan Mikropemproses
MIKROPENGAWAL
Mikropengawal (microcontroller) ialah
peranti kawalan dalam satu cip.
Peranti kawalan ini terdiri daripada
Unit Pemprosesan Pusat (CPU), RAM
(Random Access Memory), ROM Read
Only Memory), dan port Input/Output
yang dibina di dalamnya.
Mikropengawal berfungsi untuk
mengawal peranti elektronik.
Mikropengawal menjalankan kawalan
mudah berdasarkan pengaturcaraan
yang telah dimuatkan di dalamnya.
Contohnya, pintu pagar automatik.
Gambar rajah blok mikropengawal 2
MIKROPEMPROSES
Mikropemproses ialah peranti pemprosesan
mikro dalam satu cip. Peranti ini digunakan
bersama dengan cip-cip sokongan yang lain
seperti Input, Output, RAM, dan ROM. Semua
cip sokongan ini berada di luar
mikropemproses dan dihubungkan melalui
System Bus. Mikropemproses kebiasaannya
digunakan untuk melakukan kawalan yang
besar seperti komputer.
Cip mikropemproses
Gambar rajah blok mikropemproses 3
Rajah ini menunjukkan CPU ialah mikropemproses yang berada di
dalam mikropengawal
memproses isyarat
menerima isyarat
menghasil isyarat
untuk dilaksanakan
Mikropengawal Sering Digunakan Dalam Pelbagai Peranti Disekeliling
Kita. Contohnya
4
KENDALIAN MIKROPENGAWAL
Mikropengawal bertugas untuk menerima input (masukan),
memproses maklumat yang diterima dan mengeluarkan output
(keluaran) yang tepat.
Mikropengawal boleh dianggap sebagai komputer kecil ataupun
otak untuk memproses maklumat
input output
MIKROPENGAWAL
Gambar rajah blok bagi mikropengawal
Secara ringkasnya Mikropengawal Berfungsi Seperti Berikut
INPUT MIKROPENGAWAL
Sebuah mikropengawal Selepas diberi arahan, sebuah
boleh diberi arahan melalui
pengaturcaraan untuk mikropengawal akan
melakukan tugas secara menyimpan arahan tersebut
automatik contohnya data
dihantar melalui laptop ke tanpa memerlukan
penyambungan dengan sebuah
mikropengawal
komputer dan memproses
maklumat tersebut
OUTPUT
Mengeluarkan output
(keluaran) berdasarkan
arahan yang diberikan
melalui pengaturcaraan
5
Antara papan pembangunan mikropengawal (microcontroller
development board) yang digunakan adalah seperti berikut :
6
3.0 MENJELASKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG
TERDAPAT DALAM MIKROPENGAWAL
(MICROCONTROLLER)
Bahagian utama dalam mikropengawal
3.1 BAHAGIAN INPUT
Menerima isyarat dan menghantar kepada Unit Pemprosesan Pusat
(CPU)
7
BEZA ANTARA ANALOG DAN DIGITAL
Analog: Penghantaran isyarat linear
Isyarat Analog mempunyai lebih dari 2 nilai, ia merangkumi 256
nilai iaitu dari 0 – 255. Nilai 0 bermaksud tiada arus elektrik dan
255 ialah nilai maksimum.
Contohnya : jika menyambungkan LED pada pin keluaran analog,
nilai 0 akan memadamkan LED, nilai 127 menjadikan LED menyala
sebanyak 50% dan nilai 255 akan menyebabkan LED menyala
dengan 100% keterangan.
Digital: Penghantaran isyarat ditukarkan kepada kod binari
Peranti Digital akan memberikan isyarat dalam bentuk digital,
iaitu 0 (OFF) atau 1 (ON). Isyarat 0 memberikan nilai isyarat 0V
dan isyarat 1 memberikan nilai 5V untuk dihantar kepada
mikropengawal
Komponen Input dan Output untuk projek elektronik yang mudah
INPUT OUTPUT
8
PERANTI INPUT DIGITAL
PERANTI INPUT ANALOG
9
3.2 BAHAGIAN PROSES
Menerima isyarat daripada input, isyarat akan diproses
oleh CPU dan CPU menghasilkan isyarat kepada output
Dilakukan oleh CPU
ROM (Read-Only Memory)
Menyimpan aturcara dan data secara kekal dalam mikropengawal
RAM (Random Access Memory)
Menyimpan data secara sementara
Data terpadam apabila bekalan kuasa dimatikan
10
3.3 BAHAGIAN OUTPUT
Menerima isyarat daripada CPU dan menghantar kepada peranti
output
11
4.0 PENGENALAN KEPADA GAMBAR RAJAH BLOK
MIKROPENGAWAL
Rajah Berikut Menunjukkan Satu Contoh Gambar Rajah Blok
Mikropengawal
12
5.0 KENALI PAPAN MIKROPENGAWAL : CARROTBOARD
Bekalan Kuasa (5V) Digital Input (DIN)
Analog Input (AIN) Digital Output (DOUT)
Ground (GND)
PWM (PULSE)
Servo Motor (SERVO)
13
6.0 KESIMPULAN
Hasil dari pembalajaran modul ini pelajar dapat membezakan
mikropengawal dan mikropemprosesan. Pelajar juga dapat mengenali
dengan lebih jelas mengenai bahagian-bahagian utama yang terdapat
dalam mikropengawal. Pelajar dapat mengetahui fungsi-fungsi setiap
bahagian mikropengawal. Seterusnya, pelajar dapat mengenali
kedudukan dan label setiap komponen yang terdapat diatas papan
mikropengawal (Carrotboard).
7.0 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Peranti Kawalan terdiri daripada 4 perkara utama. Kecuali......
a. ROM (Read Only Memory) b. Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
c. Mikropengawal d. RAM (Random Access Memory)
2. Apakah maksud mikro pengawal?
a. peranti pemprosesan mikro dalam satu cip
b. peranti kawalan dalam satu cip
c. peranti kecil dalam satu cip
d. peranti besar dalam satu cip
3. Apakah maksud mikropemproses ?
a. peranti kawalan dalam satu cip
b. peranti pemprosesan mikro dalam satu cip
c. peranti kawalan dalam sistem
d. peranti pemprosesan dalam system
4. Mikropengawal ialah peranti kawalan yang terdiri daripada _____, _____, _____,
dan ____ yang dibina di dalamnya.
5. _______ ialah peranti pemprosesan mikro dalam satu cip.
14
SKEMA JAWAPAN
Jawapan :
1.c
2. c
3. b
4. port Input/Output, Unit Pemprosesan Pusat (CPU), RAM, ROM
5. Mikropemprosesan
15