TEMA : KENEGARAAN / NEGARA BANGSA
Sekolah sebagai
teras perpaduan
kaum
SDN 1033 KENEGARAAN
MALAYSIA (GROUP L)
ISI KANDUNGAN
SENARAI AHLI 1
KUMPULAN
PENGENALAN 2
KAJIAN 3
CABARAN YANG
DIHADAPI
USAHA YANG 5
DIJALANKAN
KEBERKESANAN 9
USAHA
KESIMPULAN 13
SUMBER RUJUKAN 14
i
i
AHLI KUMPULAN
CHIN MING JUN RUZAIMI BIN
(296353) ABDUL RAHIM
(296016)
ADZLAN AFIQ BIN SYARIFAH ARINAH
ABDUL AZIZ ILYANA BINTI SYED
(296056) AHMAD (294268)
NUR IZZAH NUR LIYANA
SYAZWANI BINTI NADHIRAH BINTI
MOHD JAFREE MUHAMAD NASRUL
(296377) NIZAR (296326)
1
1
PENGENALAN KAJIAN
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh .Cogan kata ini menggambarkan
kepentingan perpaduan kaum di Malaysia. Malaysia merupakan sebuah
negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum
utama di Malaysia ialah Melayu,Cina dan India yang telahpun menetap
di tanah ini selama 5 abad. Terdapat juga kira kira 80 etnik di Malaysia
seperti etnik Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Kepelbagaian
masyarakat yang terdiri dari berbilang etnik, budaya dan agama
menjadikan Negara ini begitu unik. ( Wikipedia. feb 2022)
Kepelbagaian kaum di Malaysia
menjadikan Malaysia unik dengan
budaya dan kepercayaan yang pelbagai
dalam membentuk negera yang
harmoni dalam hidup bersama.
kepelbagain cara didikan keluarga
Malaysia dan usaha kerajaan Malaysia
dalam memupuk perpaduan sesama
kaum di Malaysia membuahkan hasil.
Antara pihak yang memainkan
peranan yang penting dalam
meningkatkan perpaduan kaum di
Malaysia ialah Sekolah.
sekolah [se.ko.lah] | سکوله, ialah tempat utk belajar dan mengajar dan
menimba ilmu ,sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar
atau guru untuk memberi pelajaran. Kebanyakan negara mempunyai
sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini,
pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah (Kamus Dewan Edisi
Keempat).
Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah sekolah, sebagai
Alma Mater kepada rakyat di Malaysia berupaya menjadi teras
penyatuan kaum berbilang bangsa di Malaysia demi melestarikan
keharmonian berpanjangan untuk negara. 2
CABARAN YANG
DIHADAPI
Sikap individulistik dalam kalangan
pelajar
Sikap seseorang pelajar yang tidak
mengambil berat tentang permasalahan
kaum lain telah menjadi cabaran untuk
memupuk perpaduan kaum. Pelajar yang
bersikap individulistik ini tidak akan
mengambil berat tentang hal-hal orang lain
kerana ia tidak membawa apa-apa faedah
ataupun kebaikan kepada mereka diri
sendiri. Sebab mereka yang bersikap
individulistik berkemungkinan yang besar
ialah kekurangan pengajaran daripada ibu
bapanya. Pelajar akan mengikut perlakuan
ibu bapanya kerana ibu bapa adalah teladan
bagi anak-anak mereka. Bak kata perpatah
bagaimana acuan, begitulah kuaihnya. Jika
masalah tersebut tidak diselesaikan dengan
betul, Sikap individulistik ini akan
bertambah serius kepada pelajar.
Kewujudan pelbagai aliran sekolah
Malaysia adalah sebuah negara pelbagai
kaum dengan majoriti penduduknya terdiri
daripada bangsa Melayu diikuti oleh kaum
Cina dan India. Namun, perpaduan di
kalangan pelajar di Malaysia kini sukar
dicapai kerana sistem sekolah pelbagai aliran
wujud di negara membolehkan sekolah-
sekolah berkenaan menggunakan bahasa
ibunda etnik dan bukannya bahasa
kebangsaan sebagai medium pengajarannya.
Sekolah-sekolah vernakular di Malaysia telah berakar umbi daripada penghijrahan besar-
besaran kaum Cina dan India dari Tanah Besar China dan India ke Tanah Melayu, yang
dijajah British pada abad ke-19, dengan masyarakat berkenaan membangunkan sekolah
dan kurikulum mereka sendiri di bawah dasar pecah dan perintah di bawah kerajaan
Britain. Walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, Perlembagaan
Persekutuan membenarkan sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa Mandarin
dan bahasa Tamil masing-masing untuk masyarakat etnik Cina dan India selain sekolah-
sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu.
3
3
CABARAN YANG
DIHADAPI
Pergaulan antara kaum-kaum yang berlainan adalah terhad
Masyarakat Malaysia lebih suka bergaul dengan kaum mereka sendiri dan jarang bergaul
dengan kaum lain. Sebagai contoh, pelajar-pelajar di sekolah lebih suka berkawan dengan
kawan yang sama kaum dengannya. Mereka telah mewujudkan rasa perkauman yang
secara langsung menghalang perpaduan dan intergrasi national. Mereka hanya bergaul
apabila difikirkan perlu sahaja. Keadaan ini telah menunjukkan satu jurang yang jauh
wujud dalam interaksi kaum-kaum di Malaysia. Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan
Sekolah Wawasan tujuannya adalah untuk memupuk konsep perpaduan di kalangan pelajar.
Sekolah Wawasan merupakan gabungan tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan
seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina [SJK(C)] dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
[SJK(T)] di bawah suatu kawasan yang sama di mana ketiga-tiga jenis sekolah ini
berkongsi segala kemudahan yang disediakan. Sekolah Wawasan ini diadakan untuk
menggalakkan pergaulan serta persefahaman di antara tiga kaum ini. Dengan wujudnya
ketiga-tiga kaum dalam satu sekolah sudah tentu masalah pergaulan antara kaum-kaum
yang terhad dapat diatasi kerana pelajar-pelajar yang berlainan kaum akan berkongsi
menggunakan kemudahan yang disediakan dan secara tidak langsung akan bergaul dan
memahami diantara satu sama lain
Kekurangan kesedaran tentang bertapa pentingnya perpaduan dan intergrasi
nasional
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan berbilang kaum. Rakyat yang terdiri
daripada etnik dan hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada
masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu keperluan
bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana yang aman damai. Perpaduan dan intergrasi
merupakan dua konsep yang berkait rapat dan kedua-dua konsep ini sering digunakan.
Perpaduan merupakan proses penyatuan dari semua aspek seperti aspek fizikal, sosial,
eknomi dan politik tetapi bukan biologikal manakala integrasi merujuk kepada semua aspek
yang dirangkumi perpaduan dan termasuk khasnya aspek biologikal. Sifat biologikal ini
yang membezakan proses integrasi daripada konsep yang terdahulu.
4
USAHA YANG DIJALANKAN
Penghayatan dan rasa bangga
menjadi rakyat Malaysia
Penghayatan dan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia. Contonya satu program
anjuran PPD Kota Setar iaitu ‘Kembara Warisan Perpaduan’ yang telah mengabungkan jenis
tiga jenis buah sekolah berlainan bangsa dan agama SRK,SRJK(C) dan SRJK (T). Antara
aktiviti yang dilaksanakan ialah aktiviti tarian tradisional, aktiviti membuat kuih tradisional
dan permainan tradisional. Program ini telah menerapakan eleman adat dan tradisi dari
bangsa dan budaya lain untuk dipamerkan. Keadaan ini dapat dicapai ketika menyambut
perayaan pelbagai kaum di Malaysia dan sekali gus menimbulkan sentimen perpaduan dan
semangat bekerjasama.
Aktiviti membangunkan perpaduan dan patriotism pelajar boleh dimasukkan dalam aktiviti-
aktiviti sama ada di bilik kuliah atau di luar bilik kuliah, aktitivi akademik atau buka
akademik, aktiviti formal dan bukan formal kerana pembangunan nilai perpaduan da
patriotism bukan perkara yang boleh diwarisi tetapi mesti dibina dan dibangunkan. Elemen
perpaduan dan patriotism adalah saling berkait antara satu sama lain dimana jika cintakan
negara dan inginkan keharmonian bernegara antara elemen utamanya adalah perpaduan.
Sekiranyanya rakyat saling membahu dan bersatu padu bermakna rakyat sayangkan
negaranya dan ingin hidup dalam keharmonian dan kesejahteraan.
Konsep Sekolah Penyayang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat
penyayang. Antara elemen penting untuk sekolah penyayang adalah untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama. Apabila sekolah menyediakan
suasana kodusif dan baik akan menarik minat pelajar ke sekolah. Minda mereka dapat diisi
dan dibina dengan unsure-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warganegara
Malaysia yang membesar mengikut acuan kita sendiri. Guru-guru di minta mengamalkan
menyambut kedatangan pelajar di pintu pagar sekolah untuk mewujudkan hubungan yang
erat antara satu sama lain.
5
Menekankan nilai-nilai rohani
dan budaya bersama-sama dalam
pelbagai kaum
Dalam bidang akademik, sentimen perpaduan
dapat kita bangkitkan di sekolah dengan
menekankan nilai – nilai rohani dan budaya
bersama-sama dengan pelbagai kaum. Nilai – nilai
ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Dasar
penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan
ketiga-tiga sekolah rendah iaitu SRK,SRJK(C) dan
SRJK (T) turut menyumbang ke arah perpaduan
antara kaum. Selain berkongsi segala kemudahan,
pelajar di sekolah berkenaan akan bergaul ketika
bersukan, makan di kantin atau semasa hari
tKerebmueknat.erian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan pelbagai usaha untuk mewujudkan integrasi
panentaurbauphealnajaSrekpoellbahagaWi akw
auamsand,i
negara kita. Sebagai contoh, penggubalan kurikulum standard,
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan
kurikulum untuk perpaduan. Dalam pengurusan pelbagai budaya di sekolah pula, murid-murid
berlainan kaum diletakkan di bawah satu kumpulan dalam pelan kedudukan murid di dalam kelas.
Hal ini untuk memastikan murid-murid tidak hanya bergaul dengan kaum masing-masing tetapi
untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang baik antara murid-murid pelbagai kaum. Dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru-guru haruslah menggunakan pendekatan dan
teknik PdPc yang baik. Misalnya, guru haruslah membuat aktiviti di dalam kelas yang melibatkan
semua murid pelbagai kaum dalam kelas tersebut. Kumpulan-kumpulan belajar yang terdiri
daripada murid pelbagai kaum boleh diwujudkan oleh guru sebagai usaha memupuk perpaduan
dalam kalangan murid.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan pelbagai usaha untuk mewujudkan integrasi
antara pelajar pelbagai kaum di negara kita. Sebagai contoh, penggubalan kurikulum standard,
penubuhan Sekolah Wawasan, Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dan
kurikulum untuk perpaduan. Dalam pengurusan pelbagai budaya di sekolah pula, murid-murid
berlainan kaum diletakkan di bawah satu kumpulan dalam pelan kedudukan murid di dalam kelas.
Hal ini untuk memastikan murid-murid tidak hanya bergaul dengan kaum masing-masing tetapi
untuk mewujudkan interaksi dan komunikasi yang baik antara murid-murid pelbagai kaum. Dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru-guru haruslah menggunakan pendekatan dan teknik
PdPc yang baik. Misalnya, guru haruslah membuat aktiviti di dalam kelas yang melibatkan semua
murid pelbagai kaum dalam kelas tersebut. 6
Memanfaatkan
kegiatan aktiviti
kokurikulum
Kegiatan kokurikulum di
sekolah juga mampu memupuk
perpaduan dalam kalangan
pelajar melalui aktiviti
pelbagai kaum seperti keluarga
angkat, persatuan dan badan
beruniform.
Melalui cara ini, maka perpaduan dan integrasi nasional dapat dicapai dalam kehidupan
masyarakat majmuk di Malaysia dan seterusnya melahirkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera. Perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmoni,
saling bekerjasama dan persefahaman, serta sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah
dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Menurut Jawatankuasa Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, kegiatan kokurikulum
dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan berdisiplin. Penyertaan pelajar
dalam kegiatan kokurikulum dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi
nasional. Dapat dilihat melalui kegiatan kokurikulum ini, interaksi dan pergaulan antara pelajar
banyak berlaku. Tamsilnya, melalui penyertaan sukan dan permainan, pembentukan pasukan
yang memupuk semangat berkumpulan dapat diwujudkan manakala aktiviti kelab dan
persatuan serta pasukan badan beruniform pula lebih menekankan kepada interaksi dan
khidmat masyarakat.
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi
kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira
agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat
dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar
dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah
persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus
kepada tercapainya integrasi nasional.
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat
perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan
bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga
untuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan
persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan
diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan,
semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti
permainan, perarakan dan perhiasan khemah
dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua
tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini
menuju ke arah perpaduan di antara palajar-
pelajar.
7
Komunikasi antara
murid dan guru
Kajian Miller (1995) mendapati bahawa peranan
guru penting dalam memupuk interaksi antara
pelajar dengan kaum lain di sekolah. Ini
menyatakan bahawa guru perlu menghindari
perasaan yang negatif seperti mempunyai
tanggapan negatif terhadap kaum-kaum yang
tertentu.
Manakala, guru perlu ada kemahiran
berkomunikasi dengan pelajar daripada pelbagai
budaya supaya pembelajaran menjadi lebih
berkesan. Dalam konteks ini, guru perlu sentiasa
menerapkan nilai budaya daripada pelbagai kaum
dalam bilik darjah supaya pelajar dapat mengenali
dan memahami budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Berdasarkan kajian lepas, guru berperanan sebagai agen sosialisasi
yang penting dalam pembinaan bangsa negara terutamanya generasi
muda. Guru juga merupakan penjaga impian kepada negara dalam
aspek perpaduan kaum. Malaysia merupakan sebuah negara yang
didiami oleh masyarakat majmuk yang bukan sahaja berbeza
budaya tetapi juga berbeza agama. Struktur masyarakat seperti ini
adalah sensitif dan mudah terjebak dengan api perkauman dan
permusuhan berdasarkan agama, ekonomi dan politik. Seharusnya
Malaysia telah mempunyai agen perpaduan, iaitu guru yang
memiliki semangat perpaduan yang tinggi dan mantap tetapi apa
yang berlaku adalah sebaliknya.
Kajian Sarimah et al. (2011) pula
mendapati bahawa sikap prihatin
guru dalam masalah pelajar dan
menjadi suri teladan yang baik
boleh dicontohi oleh pelajar,
dapat meningkatkan penghayatan
akhlak pelajar. 8
Menganalisis
keberkesanan usaha-
usaha tersebut
Untuk mengkaji keberkesanan usaha-usaha tersebut,
kami telah melaksanakan satu penyelidikan
menggunakan kaedah soal selidik di mana
kami telah mengumpul data daripada 25 orang
responden untuk memahami pandangan
mereka terhadap isu berkenaan.
Berikut merupakan dapatan hasil
daripada soal selidik tersebut :
Berdasarkan carta di atas, majoriti responden adalah berbangsa
Melayu iaitu 66.7%, diikuti dengan responden berbangsa Cina dan
India, yang berkongsi peratusan yang sama, iaitu 12.5%. Selain
itu, terdapat juga responden Bumiputera Siam dan Sabah.
9
Carta pai ini menunjukkan
sekolah kebangsaan
memperoleh 64%, manakala
sekolah jenis kebangsaan (C)
sebanyak 20% dan sekolah
jenis kebangsaan (T) sebanyak
8% sahaja. Ini membuktikan
bahawa sekolah kebangsaan
menjadi pilihan utama ibu bapa
untuk anak-anak mereka
mendapatkan pendidikan. Di
samping itu, terdapat juga
responden yang bersekolah di
sekolah swasta dan MRSM.
Berdasarkan carta pai di atas,
sebanyak 96% respoden
bersekolah di sekolah
menengah kebangsaan. Hal ini
menunjukkan majoriti
masyarakat memilih untuk
bersekolah di sekolah
menengah kebangsaan
berbanding dengan sekolah
menengah jenis kebangsaan,
sekolah swasta atau MRSM.
10
Menurut graf di atas, 52% daripada responden soal selidik
tersebut, berpendapat bahawa sekolah-sekolah di Malaysia
berjaya memupuk perpaduan di kalangan pelajar.
Menurut penilaian Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) yang dijalankan oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2014, 87.2%
sekolah di Malaysia menunjukkan peningkatan interaksi
antara pelajar berlainan etnik ketika pembelajaran dan
kokurikulum (Kamalanathan, 2015).
Jelas terbukti bahawa usaha-usaha seperti Kembara
Warisan Perpaduan (KWP) dan Rancangan Integrasi
Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) berkesan dalam
memupuk harmonisasi antara pelajar yang berlainan kaum.
11
PANDANGAN
RESPONDEN
Terdapat banyak smk telah
menjalankan program-
program yang mampu
memupuk perpaduan antara
kaum secara efektif dan
berterusan.
Ya saya mempunyai Kebanyakan pelajar di
ramai kawan berbilang sekolah masih mengamalkan
sikap berkelompok di mana
kaum dan mereka pelajar melayu hanya duduk
semua saling
menghormati bersama pelajar melayu,
begitu juga pelajar cina dan
India
masih ada guru-guru yang
bersifat perkauman
12
KESIMPULAN
Sekolah telah menjadi salah satu pusat
interagrasi antara pelajar pelbagai kaum.
Oleh itu, dapat disimpulkan peranan
sekolah dan juga guru amat penting
dalam memastikan perpaduan antara para
pelajar yang berbilang kaum hidup
secara harmonis dan saling hormat-
menghormati antara satu sama yang lain.
Pelajar-pelajar dapat mengenali budaya
kaum yang lain dengan aktiviti dan
persembahan yang diadakan oleh pelajar
dari kaum Melayu, Cina dan India.
Perpaduan juga merupakan salah satu
aspek yang penting untuk dicapai oleh
pelajar semasa di bangku sekolah lagi
untuk membentuk perpaduan kerana
perpaduan merupakan asas bagi
pembentukan negara bangsa.
Pendedahan berkaitan perpaduan
diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah
dan Pendidikan Sivik dan juga mata
pelajaran yang lain.
Aktiviti kokurikulum juga merupakan
salah satu aktivtiti untuk pelajar dapat
mewujudkan perpaduan dalam kalangan
pelajar berlainan kaum sekali gus
menerapkan nilai-nilai murni yang ada.
Oleh itu, para pelajar perlu sedar bahawa
peranan mereka penting untuk
melahirkan generasi yang bersatu-padu,
bersemangat patriotik yang tinggi dan
dapat menyumbang kepada
kesejahteraan negara bagi mencapai
perpaduan.
13
SUMBER RUJUKAN
14