The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by FOO JIA YI IPG-Pelajar, 2025-02-28 09:15:22

BUKU LOG KOR SISPA

BUKU LOG KOR SISPA

BUKU LOG KOR SISPA : FOO JIA YI : 030605010146 : 2022242440185 : PISMP : JUN 2022 : Y6 : ENCIK LIM KENG CHEIAN NAMA NO. K/P ANGKA GILIRAN PROGRAM AMBILAN UNIT NAMA PENSYARAH


ISI KANDUNGAN 1.0 BIODATA...............................................................................05 2.0 PENGENALAN......................................................................06 3.0 SEJARAH KOR SISPA..........................................................08 3.1 PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA............................12 3.1.1 PRINSIP-PRINSIP AWAM DI MALAYSIA.............13 3.1.2 STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA......15 3.1.3 PAKAIAN, PENGANGKUTAN DAN PERALATAN LATIHAN.........................................18 4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA .................................................22 4.1 PROSEDUR PENUBUHAN............................................23 4.1.1 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN.............24 4.1.2 PUNCA KUASA.....................................................26 4.1.3 MATLAMAT...........................................................27 4.1.4 OBJEKTIF..............................................................27 4.1.5 LOGO....................................................................29 4.1.6 LAGU PERTAHANAN AWAM...............................30


ISI KANDUNGAN 4.2 PENUBUHAN KOR SISPA..............................................31 4.2.1 TADBIR URUS KOR SISPA..................................32 4.2.2 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB.......................39 4.3 PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI..........................................................................42 4.4 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN ................48 4.4.1 PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI KADET KOR SISPA .............................................49 4.4.2 TATACARA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM.50 4.4.3 LENCANA DAN PANGKAT...................................54 4.5 PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG...................................57 5.0 ORIENTASI KURIKULUM.................................................59 5.1 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI..........................60 5.2 ORIENTASI KURIKULUM TUSPA DI SEKOLAH RENDAH..........................................................................61 6.0 SUMBER RUJUKAN.........................................................67


BIODATA BAHAGIAN 1.0 MPU3481a


BIODATA NAMA : FOO JIA YI NO. K/P : 030605-01-0146 ANGKA GILIRAN : 2022242440185 PROGRAM : JUN 2022 AMBILAN : PISMP UNIT : Y6 UMUR : 22 MAJOR KURSUS : SEJARAH TEMPAT PENGAJIAN : IPGKI NO. TELEFON : 011110660146


PENGENALAN BAHAGIAN 2.0 MPU3481a


Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA) merupakan salah satu badan beruniform dan kursus kokurikulum yang ditubuhkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia di bawah pengurusan Angkayan Pertahanan Awam Melaysia (APM). Ia bertujuan untuk memperkasakan soft skill di kalangan pelajar dalam bidang pertahanan awam termasuk aspek kesediaan menghadapi bencana, bantuan kecemasan dan kepimpinan. Pasukan ini juga berfungsi sebagai platform bagi pelajar yang berminat untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti kesukarelawanan dan khidmat awam. Melalui menyertai Kor Sispa, pemuda-pemudi Malaysia dapat diterapkan semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cinta kepada tanah air. PENGENALAN


SEJARAH KOR SISPA BAHAGIAN 3.0 MPU3481a


Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) bermula dengan pelaksanaan kurikulum Pertahanan Awam oleh Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPA3) pada tahun 1990-an. Pada peringkat awal, beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), Institut Teknologi Mara (ITM), Universiti Utara Malaysia (UUM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat dalam program ini. UPM Cawangan Terengganu adalah IPT pertama yang menubuhkan pasukan Anggota Pelajar JPA3 pada tahun 1996, diikuti oleh UUM (1997), ITM dan UTM (1998). Pada tahun 1999, UUM dengan kerjasama JPA3 Negeri Kedah menawarkan Kursus Pertahanan Awam berstruktur 4 kredit. Kursus ini melibatkan 30 pelajar serta 10 pensyarah dan kakitangan yang menjalani Kursus Bakal Pegawai di Pusat Latihan Pertahanan Awam, Butterworth. Majlis Pentauliahan diadakan pada 20 Mac 2000 oleh Ketua Pengarah JPA3. SEJARAH KOR SISPA


Pada Disember 2000, JPA3 Negeri Selangor menyelaraskan semula kokurikulum Pertahanan Awam di UiTM dengan melantik seorang Pegawai Penyelaras untuk menguruskan program ini. Pada 16 Januari 2002, kokurikulum ini dilancarkan semula oleh Ketua Pengarah JPA3 Malaysia. Pelancaran semula ini menyaksikan kokurikulum Pertahanan Awam ini diasingkan dari Unit Kesatria HEP UiTM dan bergerak dengan jenama sendiri. Ia turut menggunakan silibus pembelajaran yang digariskan oleh pihak JPA3 dan UiTM. Antara tahun 2008 hingga 2009, beberapa perbincangan berlangsung antara UiTM Shah Alam dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi menubuhkan pasukan beruniform siswazah yang boleh ditauliahkan kepada pihak Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA). Melalui usaha tersebut, Kor Sispa UiTM dilancarkan secara rasmi di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam pada 6 Februari 2010. Pelancaran itu memberi kepercayaan dan keyakinan kepada pihak JPAM untuk membuka peluang kepada IPT lain untuk turut serta dalam penubuhan Kor Sispa.


Pendaftaran dan penubuhan Kor Sispa dilakukan di beberapa kampus UiTM antara 2010 hingga 2011 termasuk UiTM Shah Alam, Kampus Puncak Alam, Jengka, Machang, dan Dungun. Majlis Pentauliahan pertama bagi Pegawai Kadet Sispa berlangsung di UiTM Shah Alam pada 12 hingga 16 Disember 2010. Majlis ini melibatkan lima IPT iaitu UiTM, UMT, UNISEL, UniKL, dan USIM. Pada majlis tersebut, Buku Panduan Pengurusan Kor Sispa diterbitkan dengan kerjasama IPPA, JPAM Selangor, JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Kor Sispa UiTM Shah Alam.


PERTAHANAN AWAM DI MALAYSIA BAHAGIAN 3.1 MPU3481a


PRINSIP -PRINSIP ASAS KOR SISPA BAHAGIAN 3.1.1 MPU3481a


PRINSIP -PRINSIP ASAS KOR SISPA Tidak membahayakan lagi keadaan pesakit Pesakit dipindahkan apabila diperlukan Menggerakkan badan pesakit sebagai satu unit Arahan daripada satu penyelamat sahaja Menggunakan teknik dan cara mengangkat yang betul


STRUKTUR DAN ORGANISASI KOR SISPA BAHAGIAN 3.1.2 MPU3481a


STRUKTUR DAN ORGANISASI


STRUKTUR DAN ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM IPGKI AJUTAN MEJAR BERSEKUTU (PA) EN. LIM KENG CHEIAN PENSYARAH KOKURIKULUM DG48 KETUA KOMPENI KAPT. BERSEKUTU (PA) PN. NIK NOOR NAJMI BT MD IBRAHIM PENSYARAH KOKURIKULUM DG44 PENOLONG AJUTAN MEJAR BERSEKUTU (PA) EN. SASITHERAN A/L DEVARAJAN PENSYARAH KOKURIKULUM DG48 PEGAWAI PENYELARAS APM ANGKATAN NEGERI PERAK LT. (PA) ZAIFUL BIN ABDUL ZAMAN PENGARAH APM NEGERI PERAK PEGAWAI PPAD KINTA LT. KOL (PA) MOHD ZALIMI BIN ABDUL AZIZ TIM. PENGARAH APM NEGERI PERAK LT. KOL (PA) MOHAMMAD AZWANI BIN KUSNIN PEGAWAI PENGURUSAN ANGKATAN NEGERI PERAK KAPT. (PA) MOHAMAD HASPI BIN HAMZAH MEJAR BERSEKUTU (PA) PN. ZAHARAH BT ABD MANAF PENSYARAH KOKURIKULUM DG54 KOSONG KETUA PLAT UN PKS MUDA MUHAMAD AMIRUL SYHMI BIN MOHD SAIFULNIZAL PPISMP JUN 2023 MEJAR BERSEKUTU (PA) PN. SHAHALIZA BT HALIM PENSYARAH KOKURIKULUM DG48 KAPT. BERSEKUTU (PA) PN. AZIZAH BT ALIAS PENSYARAH KOKURIKULUM DG48 KOSONG KAPT. BERSEKUTU (PA) EN. MUHAMAD FAHIMUDDIN BIN MD AMRAN @ AMRAN PEMBANTU OPERASI N14 KAPT. BERSEKUTU (PA) PN. NOOR DALILA BT ISA PENBANTU TADBIR N22 KAPT. BERSEKUTU (PA) EN. VICKNESWARAN A/L BALAKRISHNAN PENSYARAH KOKURIKULUM DG44 KOSONG KOSONG KOL. (PA) ROHAIZAT BIN HADLI KAPT. BERSEKUTU (PA) EN. MUHAMMAD MUHIBBUDDIN AMIN B DARUS AMIN PENBANTU TADBIR N22 PEGAWAI AKADEMIK PEGAWAI PENTADBIRAN PEGAWAI LATIHAN PEGAWAI KEBAJIKAN PEGAWAI DISIPLIN PEGAWAI LOGISTIK KETUA SKUAD KETUA SKUAD PKS TINGGI KETUA SKUAD KETUA SKUAD KETUA SKUAD KETUA PLATUN PKS INTERMIDIATE KETUA SKUAD KETUA SKUAD PKS KANAN KETUA SKUAD KETUA PLATUN PKS SENIOR KETUA SKUAD CARTA ORGANISASI KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 2025 KOMAN DAN KOLONEL KEHORMAT (PA) DR. HAMIDAH BINTI SAMSUDIN PENGARAH GRED DG54 TIMBALAN KOMANDAN LEFT. KOL. BERSEKUTU (PA) DR. MOHD TAUFIK BIN HJ AHMED TIMBALA N PENG ARAH DG52 PEN. KETUA KOMPENI


PAKAIAN, PENGANGKUTAN DAN PERALATAN LATIHAN BAHAGIAN 3.1.3 MPU3481a


PAKAIAN APM akan membekalkan pakaian seragam lengkap No. 3 dan 4 secara stok pinjaman kepada pihak IPT. Pihak pentadbiran Kor Sispa IPT hendaklah menguruskan bekalan ini dan hanya memohon penggantian jika berlaku sebarang kerosakan. Kehilangan stok pinjaman perlulah diganti oleh individu yang bertanggungjawab. Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak IPT sama ada melalui pembelian, pinjaman atau apaapa alternatif yang bersesuaian. Pihak IPT boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan. Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan aksesori wajib bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu adalah di bawah tanggungjawab IPT masing-masing.


Pihak IPT bertanggungjawab untuk menyediakan pengangkutan yang sesuai kepada Kor Sispa untuk menjalankan sebarang program atau latihan. Namun, pihak pengurusan Kor Sispa IPT juga boleh memohon bantuan pengangkutan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah sekiranya pihak IPT tidak mempunyai pengangkutan bagi tujuan program atau latihan Kor Sispa (bergantung kepada ketersediaan kenderaan). PENGANGKUTAN


PERALATAN LATIHAN Bagi tujuan latihan, pihak IPT hendaklah memperuntukkan peralatan pembelajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Perkara ini merangkumi peralatan bagi pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan bencana, melawan kebakaran dan lain-lain. Semua peralatan pembelajaran yang ada hendaklah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh APM dan hendaklah sentiasa disimpan, dijaga, diselenggara dan digunakan dengan kaedah yang betul demi keselamatan pengguna dan kebolehfungsian. Pihak pengurusan Kor Sispa IPT boleh memohon bantuan peralatan latihan daripada Pejabat Pertahanan Awam Negeri / Daerah dan ILPA sekiranya peralatan di IPT tidak mencukupi tertakluk kepada kelulusan Pegawai APM.


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIT BERUNIFORM KOR SISPA BAHAGIAN 4.0 MPU3481a


PROSEDUR PENUBUHAN BAHAGIAN 4.1 MPU3481a


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu menbuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan yang telah disokong kepada Naib Canselor/Presiden/Rektor/Ketua Eksekutif kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Nagen (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor Siapa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih dahulu. 1. Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak Senat/Lembaga Pengarah Pengurus Eksekutif/ Presiden. 2. Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, Iogistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod. 3. Sekiranya pemohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan. 4. Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis beserta sijil penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar ke KPM. 5. 6.PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada IPT.


7. Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi IPT berkenaan seperti berikut: X / SISPA / XX / I / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(A) X / SISPA / XX / I / 600-XXX(S) X / SISPA / XX / C / 600-XXX(S) Cth: B/SISPA/UiTM/I/600-01(A) B/SISPA/UiTM/C/600-02(A) B/SISPA/UNISEL/I/600-03(S) B/SISPA/UNISEL/C/600-04(S) X: Kod negeri yang berkenaan, contoh: BB untuk Selangor SISPA: Kor Sispa XX Nama singkatan IPT yang memohon 1: PT Induk C: IPT Cawangan 600: No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA XXX: Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya. A: IPT Kategori Awam S: IPT Kategori Swasta Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:- a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengiku pengajian Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MOA) c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT


KEANGGOTAAN PKS Warganegara Malaysia Pelajar-pelajar yang berdaftar dalam program ijazah Sarjana Muda di IPT Pelajar lepasan diploma yang melengkapi PS13 dan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di IPT Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika diperlukan) Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain. Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPT. Mengisi dan mengemukakan borang permohonan serta lulus temu duga kemasukan. PUNCA KUASA 1.1.1 Akta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 1961 [Akta 221) 1.1.2 Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 [Akta 30] 1.1.3 Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173] Pindaan 2000 1.1.4 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Akta 555) Pindaan 2017 1.1.5 Akta Syarikat 2016 (Akta 777) 1.1.6 Peraturan/Kaedah Pertahanan Awam yang Berkuatkuasa 1.1.7 Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkaitan 1.1.8 Arahan Jabatan/Pekeliling terkini 1.1.9 Minit Mesyuarat Pengurusan dan Latihan Siswa-Siswi Pertahanan Awam B8 1/2010 pada 31 Mac 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


MATLAMAT Melahirkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam yang berkepimpinan, berkaliber dan profesional serta mampu menghadapi cabaran globalisasi. Melaksanakan penubuhan KOR SISPA di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta yang bertaraf universiti OBJEKTIF Untuk memberi kesedaran dan pendekatan yang lebih efisyen terhadap golongan profesional betapa pentingnya pengurusan bencana dan peranan APM dan menarik minat mereka untuk lebih cenderung berkhidmat sebagai anggota sukarela APM. Menyebar dan mendidik mahasiswa mengenai langkah-langkah keselamatan diri dan orang awam sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Ia juga membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta mempunyai kepakaran khusus dalam APM. Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan APM sebagai Pegawai Pertahanan Awam yang berkaliber, berpendidikan, bertanggungjawab dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas serta dapat menyumbangkan idea kepakaran akademik untuk memantapkan lagi pengurusan bencana dan kecemasan


Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara. MISI “SEDIA PANTAS BERINTEGRITI” MOTO VISI


LOGO Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan. Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa dipertahankan. Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan. Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi. Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan. KONSEP LOGO SEGITIGA SAMA & WARA OREN SENTIASA SIAP SEDIA TAPAK LOGO BUNGA PADI


LAGU PERTAHANAN AWAM Marilah kita semua.. Berganding bahu mengembleng tenaga.. Berbakti dalam Pertahanan Awam Untuk bangsa kita.. Padukan jiwa dan raga.. Sedia berkorban apa saja.. Memberi dengan ikhlas khidmat mulia Negara tercinta.. Malaysia.. Bumi yang bertuah.. Kami sungguh bangga menjadi warga setia.. Penuh azam.. Dan tekad bersama.. Berkhidmat untuk keselamatan rakyatnya.. Kita sentiasa bersedia Menjujung wawasan semua.. Ke arah hidup aman dan sentosa Malaysia Jaya.. SENTIASA BERSEDIA


PENUBUHAN KOR SISPA BAHAGIAN 4.2 MPU3481a


TADBIR URUS KOR SISPA Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah ditunjukkan dalam Rajah di bawah. Rajah : Struktur tadbir urus Kor Sispa


Jawatankuasa Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam Malaysia hendaklah ditubuhkan pada peringkat kebangsaan dan IPT untuk menggubal dasar, menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan IPT. 1. Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan a. Pengerusi Bersama i. Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Ketua Pesuruhjaya APM b. Timbalan Pengerusi Bersama i. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, JPT ii. Timbalan Ketua Pesuruhjaya APM c. Ahli-ahli i. Komandan-komandan Kor Sispa IPT ii. Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan, APM d. Urus Setia Bersama i. Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT


Deskripsi Tugasan: Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar untuk perkembangan Kor Sispa pada peringkat kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya SEKALI (1) dalam setahun. Sebarang dasar baharu, semakan atau rombakan dasar yang diluluskan hendaklah dibuat secara edaran melalui surat pekeliling. Jawatankuasa ini juga hendaklah merancang bajet pengurusan Kor Sispa. 2. Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) b. Timbalan Pengerusi I i. Seorang dilantik dalam kalangan Komandan / Timbalan Komandan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Komandan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Timbalan Pengerusi II i. Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam IPPA


d. Ahli-ahli i. Komandan / Timbalan Komandan ii. Pengarah-pengarah APM Negeri iii. Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan iv. Komandan-komandan Institut Latihan Pertahanan Awam (ILPA) v. Pengerusi / Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ajutan vi. Pegawai Bahagian Mahasiswa Holistik e. Urus Setia i. Bahagian Pengurusan Angkatan, IPPA ii. Bahagian Mahasiswa Holistik, JPT Deskripsi Tugasan: Jawatankuasa ini menyelaras dan menguruskan pelaksanaan Kor Sispa mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dasar Kor Sispa Peringkat Kebangsaan. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun. Sebarang keputusan mesyuarat hendaklah dimaklumkan ke peringkat Jawatankuasa Dasar. 3. Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa a. Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal)


b. Timbalan Pengerusi i. Seorang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT ii. Lantikan secara undian dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT iii. Lantikan selama dua tahun (Maksimum dua penggal) c. Ahli-ahli i. Ajutan-ajutan Kor Sispa IPT ii. Penolong Pengarah Cawangan Sokongan, BPA, IPPA iii. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri iv. Wakil Komandan ILPA d. Urus Setia i. Setiausaha dan Penolong Setiausaha yang dilantik dalam kalangan Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan: Jawatankuasa ini menyelaras dan melaksanakan arahan dan keputusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya EMPAT (4) kali dalam setahun 4. Jawatankuasa Peringkat IPT a. Pengerusi i. Komandan Kor Sispa IPT


b. Timbalan Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri ii. Ajutan Kor Sispa IPT iii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Ajutan Kor Sispa IPT Deskripsi Tugasan: Jawatankuasa ini merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT. Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya DUA (2) kali dalam setahun. 5. Jawatankuasa Peringkat IPT Cawangan a. Pengerusi i. Timbalan Komandan Kor Sispa IPT Cawangan b. Timbalan Pengerusi i. Ajutan Kor Sispa IPT


c. Ahli-ahli i. Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri atau Daerah ii. Pegawai-pegawai Bersekutu Kor Sispa IPT Cawangan iii. Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT Cawangan iv. Pegawai Kokurikulum / HEPA IPT d. Urus Setia i. Setiausaha yang dilantik daripada Pegawai yang sedia ada Deskripsi Tugasan: Jawatankuasa ini adalah merupakan sub kepada IPT induk dan hendaklah merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat IPT Cawangan berdasarkan aspirasi daripada IPT induk. Jawatankuasa ini bersidang sekurangkurangnya DUA (2) kali dalam setahun.


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 1.Angkatan Pertahanan Awam Malaysia a. Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA) i. Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor Sispa. ii. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa. iii. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa. iv. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA Malaysia. v. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan mengesahkannya. vi. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah dipersetujui. vii. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT. viii.Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa. ix. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri.


b. Angkatan Pertahanan Awam Negeri i. Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti Kor Sispa peringkat negeri dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri. ii. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa. iii. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur. iv. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa. v. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat PKS. vi. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor Sispa. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia a. Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama APM. ii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa. iii. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausha dan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa.


iv. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. v. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada IPT. b. Institut Pendidikan Tinggi i. Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa Termasuk kampus cawangan. ii. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Siapa IPT. iii. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT. iv. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa. v. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa pada peringkat negeri. vi. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa. vii. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri. viii. Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri.


PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN 4.3 MPU3481a


BUKU LOG Merupakan satu laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Kadet Kor Sispa yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah. Mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang kadet Kor Sispa. Merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti APM. Kadet Kor Sispa atau pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli APM tersebut dalam buku log. Buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200-300 helaian. Buku log perlu berkulit tebal agar boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama. Seseorang pencatat buku log haruslah: a. Mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya. b. Mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.


1. Saiz dan Ketebalan Saiz: 21 × 32 cm Ketebalan: 200 muka surat dan berkulit tebal 2. Kulit Luar(Cover) Dijaga agar tahan lama dan tidak mudah rosak. Dialut dengan plastik (PVC book wrapper) agar tidak mudah reput akibat basah. Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku0buku log yang ada mengikut isi kandungannya. 3. Halaman Pertama Paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (first impression evaluation). FORMAT ASAS


4. Halaman Kedua Dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin berserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan. 5. Ruangan Catatan Dicadangkan agar ruangan selebar 1-2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log untuk memudahkan perkara-perkara berikut: a. Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku. b. Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan. c. Penambahan fakta. (jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi selepas penulisan nota) 6. Foto, Lakaran dan Sampel Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong nota di dalam buku log. Tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa-apa yang telah dilakukan oleh penulis. Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli APM diarahkan untuk mengumpulkan sampek tertentu seperti tumbuhan dan serangga.


Penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log. Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis Pemeriksa buku log tidak menilai kecantikan lukisan atau tulisan, pentingnya adalah berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri. 7. Bentuk Penulisan dan Isi Nota Penulisan dalam buku log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela. Tatacara perjumpaan 1.Kehadiran - mencatat dan mengambul kehadiran ahli Kor Sispa. 2.Pesanan dari ajutan tentang aktiviti minggu seterusnya. 3.Penutup - menyanyikan lagu tema APM dan bergambar. Cara membuat catatan aktiviti 1.Aktiviti: 2.Tarikh/Hari: 3.Masa: 4.Tempat: 5.Kumpulan:


APAKAH YANG PERLU DIMUATKAN DI DALAM CATATAN PERIBADI Maklumat lengkap penglibatan dalam APM Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki Ujian-ujian yang telah dilepasi berserta salinan sijil berkaitan


PAKAIAN SERAGAMAHLI DAN PEMIMPINBAHAGIAN 4.4 MPU3481a


Jenis Pakaian 1. Pakaian Istiadat No. 1 (pentauliahan) 2. Pakaian Seragam No. 2 (bush jacket) 3. Pakaian Seragam No. 3 (pakaian pejabat) 4. Pakaian Seragam No. 4 (pakaian operasi / kawad) 5. T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No. 3 atau 4 (separuh pakaian seragam) 6. T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan) 7. Tudung biru gelap (PKS wanita) Pakaian Seragam No. 3 dan No. 4 disediakan oleh APM manakala pakaian lain disediakan sendiri oleh PKS. Bagi Tujuan Berkawad atau Acara Majilis dan istiadat, Aksesori berikut boleh dipakai oleh Angota PKS: a. Jambul (Hackle) b. Mafla (Muffler) c. Anklet d. Sarung tangan putih e. Selempang putih f. Selempang oren untuk ketua platun PERATURAN PAKAIAN SERAGAM


Tatacara Pemakaian Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM lelaki dan wanita apabila terlibat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan,negeri mahupun persekutuan. Digunakan dalam acara-acara berikut:- a. Majlis-Mailis Rasmi Kerajaan Persekutuan / Negeri b. Mailis Pembukaan Perasmian Dewan c. Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran d. Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini TATACARA PAKAIAN SERAGAM Pakaian Seragam Istiadat Pegawai Tetap dan Pengawai Pasukan Lelaki dan Wanita Pakaian Nombor 1


Click to View FlipBook Version