The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Myra Syikin, 2021-11-15 10:07:07

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu

Keywords: spbm,sistem ejaan rumi,kerja kursus,DBP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

(PROGRAM PPISMP)
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)

(SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU)
( BMMB1074)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NURUL AMIRA ASYIKIN BINTI NOR ALI
2021192310149
ANGKA GILIRAN
030221080778
NO. KAD PPISMP H6
PENGENALAN BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
KUMPULAN MELAYU
KOD DAN NAMA e- Portfolio
KURSUS
TAJUK TUGASAN

NAMA PENSYARAH
BADRUL HISHAM BIN GHAZALI

AKADEMIK

TARIKH HANTAR 15 NOVEMBER 2021

TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan....................................................................................................................... 1
2.0 Sistem Ejaan Rumi..........................................................................................................1

2.1. Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka ....................................1
2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson...................................................................................... 1
2.1.2 Sistem Ejaan Zaaba ..........................................................................................2
2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia..................................................................................... 3
2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres.............................................................................. 3

2.2. Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka ..................................... 4
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972....................................................... 4

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi........................................................................................................................ 5

4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini.....................................................................6
5.0 Kesimpulan....................................................................................................................... 7
Rujukan

1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan ungkapan melalui pertuturan seseorang untuk menyampaikan
maknanya dan diaplikasikan oleh satu komuniti masyarakat untuk berkomunikasi.
Manakala tulisan pula wujud apabila manusia meneliti kaedah untuk menyampaikan
fikiran dan perasaannya melalui sebuah lambang berbentuk coretan kepada bahasa
yang difahami oleh diri sendiri dan orang lain yang membaca. Seterusnya, lahirlah
sistem ejaan yang membina pelengkap sesebuah komunikasi. Terdapat dua jenis
tulisan bagi bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Menurut sejarah,
tulisan rumi datang ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang
Eropah.

2.0 Sistem Ejaan Rumi

2.1 Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Sebelum Merdeka

Menjelang awal abad ke-20, keperluan kepada sistem ejaan rumi menjadi amat
penting berikutan ejaan Jawi tidak dapat menjelaskan sistem bunyi bahasa Melayu
yang sepatutnya bagi mereka yang tidak faham akan apa yang yang sedang
disampaikan. Tambahan pula, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar
dalam sistem pendidikan negara. Lantaran itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi
yang teratur dan seragam serta lebih mudah difahami bagi menggantikan tulisan
Jawi pada masa itu.

Terdapat beberapa sistem ejaan Rumi yang pernah diaplikasikan misalnya :

a) Sistem ejaan Wilkinson

b) Sistem ejaan Zaaba

c) Sistem ejaan Fajar Asia

d) Sistem ejaan Rumi Kongres

2.1.1 Sistem Ejaan Wilkinson
Bermula pada tahun 1902, kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu mengambil
langkah inisiatif untuk mendirikan sebuah jawatankuasa ejaan yang dipimpin oleh
R.J. Wilkinson, ketua sekolah-sekolah pada ketika itu untuk menguruskan
perancangan ejaan yang pertama kalinya di Tanah Melayu. Ejaan Wilkinson
diperkenalkan berdasarkan rumusan daripada nama Romanised Malay Spelling dan

1

diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Sistem ejaan
rumi Wilkinson yang diterapkan secara meluas di semua sekolah-sekolah umum
adalah bersinonim dan seragam dengan yang diterapkan dalam semua kamus dan
penerbitan dari karya Wilkinson sendiri dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an.
Wilkinson menjelaskan bahawa terdapat dua sistem yang logis bagi perumian
bahasa Melayu iaitu sistem yang pertama adalah perumian secara harafiah
berdasarkan ejaan dan seterusnya sistem yang kedua pula ialah perumian secara
fonetik iaitu menurut sebutan sesuatu kata perkataan. Kebaikan yang dapat dilihat
dari kaedah harafiah adalah kerana kaedah ini dapat menjurus kepada keseragaman
dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala
kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk
disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Selanjutnya, kelemahan kaedah
fonetik pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu adalah berlain-lainan menurut
sesuatu tempat tersebut.

2.1.2 Sistem Ejaan Zaaba

Zainal Abidin Ahmad, lebih dikenali sebagai Za’ba telah melakukan
penambahbaikan kepada sistem ejaan Wilkinson. Sistem ejaan sekolah atau juga
lebih dikenali sebagai sistem ejaan Rumi Za’ba telah digunakan di sekolah-sekolah
di Tanah Melayu. Buku tatabahasa yang telah dikarang oleh beliau ialah Pelita
Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal Kedua (1946), dan Penggal Ketiga (1949).
Karya-karya lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926), Kitab Rahsia Ejaan Jawi
(1929), Ilmu Mengarang Melayu (1951) dan Petua-petua Ejaan Rumi Melayu di
Malaya.

Sistem ejaan ini telah bermula di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Walaubagaimanapun , terdapat beberapa kelemahan yang dikesan misalnya sistem
ini agar sukar untuk difahami kerana terdapat pengejaan kata yang masih terdapat
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Di samping itu, adanya ketidakseragaman pengejaan
kata dalam penulisan yang menggabungkan penggunaan tulisan Rumi berpunca
daripada kaedah penggunaan aneka ragam lambang huruf serta beberapa sistem
ejaan rumi yang lain yang diterapkan ke dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan
dwibahasa. Lantaran daripada itu, kelemahan-kelemahan daripada sistem
berkenaan dan kaedah penggunaan yang beraneka itu telah menggalakkan
sebahagian pihak untuk turut hadir menghasilkan beberapa sistem baru ejaan rumi
dalam anggaran tempoh dari tahun 1940 hingga 1959.

2

2.1.3 Sistem Ejaan Fajar Asia

Sistem Ejaan Fajar Asia merupakan kaedah ejaan yang digunakan dalam majalah
dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di
bawah pimpinan daripada Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Dari
sudut aspek pengejaan kata dan cara penulisan keharmonian vokal, didapati sistem
ejaan Fajar Asia boleh dikatakan sebagai percubaan yang pertama dalam inisiatif
menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia. Malah,
ejaan Fajar Asia diangkat untuk menjadi sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan
Sasterawan 50 yang telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Persatuan ini dibentuk
oleh satu angkatan penulis generasi muda seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, A.
Samad Ismail dan Masuri S.N. Asraf. Para penulis Melayu mulai memikirkan betapa
wajarnya mereka bergerak dalam pertubuhan penulis agar dapat disepakatkan
tuntutan yang berhubungan dengan politik, bahasa dan sastera Melayu.

2.1.4 Sistem Ejaan Rumi Kongres

Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah
dilangsungkan di Singapura seterusnya yang kedua pada tahun 1954 di Seremban
dan diikuti pada 16 hingga 21 September 1956 di Singapura dan Johor Bahru.
Dalam Kongres Bahasa Melayu yang ketiga (1956), isu ejaan rumi dipandang serius.
Justeru itu, ahli perserta kongres telah sepakat menambahbaikan beberapa
pembaharuan yang agak terperinci dan lebih jelas, contohnya membaiki sistem ejaan
Za’ba. Sistem ejaan Kongres telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Hasil daripada rumusan, terdapat empat dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi antaranya ejaan di Malaya dan di
Indonesia hendalah disatukan atau disamakan. Selain itu, peraturan ejaan haruslah
mudah difahami, maka sistem fonologi diterima sebagai sistem yang lebih baik
daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah dijelaskan dengan hanya satu
tanda huruf sahaja. Seterusnya, cara pengejaan hendaklah tetap sekata
bersandarkan kaedah yang satu dan semacam. Selanjutnya, kata-kata dari bahasa-
bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum
berdasarkan fonoloji Melayu.

3

2.2. Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Selepas Merdeka
2.2.1 Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu 1972
Seiring dengan peredaran masa, akhirnya sistem ejaan baru untuk Bahasa Melayu
serta Bahasa Indonesia berjaga menggapai kemuncak kepada segala kegiatan
pelengkap bagi semua sistem ejaan. Sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu telah
dirasmikan oleh YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri Malaysia
bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB), Kuala Lumpur Sistem dan di
Jakarta oleh Presiden Soeharto pada 16 Ogos 1972 . Pada hari ini, sudah 49 tahun
Sistem Ejaan Rumi Baru Malaysia-Indonesia diisytiharkan. Sistem ejaan yang
digunakan secara meluas pada hari ini telah dipersetujui bersama oleh kerajaan
Malaysia dengan pemerintah Republik Indonesia berikutan dengan perisytiharan
serentak di kedua-dua buah negara . Di Malaysia, sistem Ejaan baru bersama ini
dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama yang digunakan sehingga kini. Ejaan yang
baharu ini merupakan hasil muafakat Malaysia–Indonesia yang mengenyahkan
tradisi ejaan lama dan menggantikan Ejaan Za‘ba di Malaysia dan Ejaan Soewandi di
Indonesia (Buletin JendelaDBP, 16 Ogos 2021).
Terdapat enam aspek utama Sistem Ejaan Rumi 1972 iaitu :
a) Mempunyai beberapa jenis huruf dalam bahasa Melayu iaitu huruf vokal, diftong

serta huruf konsonan.
b) Wujudnya sistem pola keselarasan huruf vokal.
c) Terdapat penulisan kata bahasa Melayu seperti penulisan rangkai kata.
d) Penggunaan huruf besar dan kecil.
e) Penggunaan tanda bacaan di dalam ayat.
f) Penulisan partikel seperti lah, kah dan tah yang dieja berangkai dengan

perkataan yang berada di hadapannya.

4

3.0 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi

Pada 22 Jun 1956 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Dewan
Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru hasil daripada resolusi Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3. Selepas mendapat kelulusan Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, DBP yang pada awal penubuhan bertaraf
jabatan kerajaan bertukar menjadi badan berkanun. DBP diletakkan di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat DBP mengikut Akta DBP (Semakan
1978, Pindaan dan Perluasan 1995) ialah membina dan menjulang tinggi bahasa
kebangsaan ibunda negara.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyeragamkan sistem
ejaan rumi misalnya memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa
kebangsaan. Bagi mencapai misi dan objektif tersebut, DBP telah giat menjalankan
program dari semasa ke semasa iaitu Minggu Penulis Remaja dengan tujuan
mencanai dan memupuk penulis muda. Program sebegini dilaksanakan untuk
melahirkan pewaris generasi ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam inisiatif
mengukuhkan ilmu kesusasteraan melalui sistem ejaan rumi ini, DBP sekali lagi
menerapakan cara penganugerahan bagi memberi galakan para sasterawan
menerokai bidang ini. Tidak dapat dinafikan kepentingan Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga mendapat pengiktirafan oleh jabatan
kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada tahun 1959 dalam
memperkasakan lagi dunia bahasa sastera dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu.

Seterusnya peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi iaitu
membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam
bahasa kebangsan. Penggerakan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP
dilaksanakan melalui dasar bahasa yang menerapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi penggajian
tinggi. Jawatankuasa Istilah (JKI) telah banyak ditubuhkan oleh DBP dengan
kerjasama institusi pengajian tinggi awam bagi mengumpul, membentuk dan
menggembangkan istilah dan ejaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan sains
gunaan. Perubahan ini menggambarkan perancangan korpus bahasa Melayu
berkembang dengan pesat sekali dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi dan
sebutan.

5

Di samping itu, peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi iaitu
dengan mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan
buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus dan lain-lain lagi bentuk persuratan serta
bahan ilmiah dalam bahasa kebangsaan. Hal ini demikian kerana pihak DBP
merupakan salah sebuah organisasi yang penerbitan yang terbesar di Malaysia.
Tambahan pula, pihak DBP juga telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku
dalam tulisan rumi untuk sekolah-sekolah misalnya buku teks dan buku rujukan
yang merupakan bahan ilmiah yang utama bagi para pelajar sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Selanjutnya, DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan
buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris dalam
ejaan rumi. Hal ini seterusnya membuktikan peranan yang dimainkan oleh DBP
adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang
kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara. Hal ini juga
diperkukuhkan lagi kepentingan peranan yang ditunjukkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu apabila berjaya menerbitkan tidak kurang
daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini memaparkan DBP juga
bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya asing melalui sistem ejaan
bahasa Melayu kini.

4.0 Cabaran Sistem Ejaan Rumi Masa Kini

Pada masa ini, tidak dapat disangkal bahawa sistem ejaan bahasa Melayu
masa kini menghadapi cabaran dalam menjaga kedaulatan serta martabatnya. Sama
ada sedar atau tidak, hanya sebilangan sahaja rakyat Malaysia yang menggunakan
ejaan perkataan bahasa Melayu dengan betul dalam penulisan. Hasil dari
pemerhatian mendapati sebahagian besar daripada mereka menggunakan bahasa
dan ejaan bahasa Melayu yang tidak betul daripada yang sepatutnya. Sebagai
analoginya, didapati kebanyakkan komuniti masyarakat menggunakan bahasa pasar
dalam bahasa perhubungan komunikasi harian mereka. Bukan setakat itu sahaja,
malahan terdapat juga notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang disebarkan
majoritinya tidak menerapkan unsur ejaan perkataan bahasa Melayu yang
sepatutnya dan terdapat pelbagai kesalahan yang dapat dilihat dari sudut tatabahasa
dan kesalahan ejaan. Justeru itu, pihak DBP perlu memainkan tanggungjawab yang
sangat besar untuk mendapatkan solusi bagi masalah yang telah bermaharajalela
hingga ke hari ini dengan menghasilkan buku-buku dan risalah-risalah serta akhbar-
akhbar yang menerapkan dan memperbaiki penggunaan ejaan dan bahasa Melayu
yang tidak betul di kalangan rakyat di negara ini.

6

Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi, komunikasi dalam ruang
siber yang tidak melibatkan interaksi bersemuka semakin mendapat perhatian.
Ruang siber meliputi ruang yang sangat luas. Menurut Noriah Mohamed (2014),
ruang siber merupakan kacukan ruang fizikal, mental dan sosial. Dalam ruang siber
wujud variasi dalam bahasa, termasuk bahasa pengaturcaraan yang dianggap
sebagai unsur fizikal, virus sebagai entiti kehidupan, dan ruang sosial yang
melibatkan komuniti berkomunikasi yang melangkaui sempadan dunia serta ruang
mental yang melibatkan perkongsian maklumat, berinteraksi secara sosial dan
mencambahkan fikiran. Pada era ini, media sosial termasuk Twitter, WhatsApp,
Telegram, WeChat, Viber , Instagram, Facebook dan Youtube membuka ruang
jaringan seluasnya kepada ahli masyarakat di seantero dunia berinteraksi dan
berkomunikasi dalam bahasa pertuturan dan penulisan. Dalam inisiatif menjaga
kedaulatan bahasa melalui ruang siber, pengguna bahasa Melayu tidak boleh
mencemarkan keaslian bahasa kebangsaan ini melalui penggunaan singkatan
perkataan dalam sistem ejaan. Sebagai contohnya, singkatan bagi perkataan ejaan
‘pk’ (fikir), mcm (macam) dan lain-lain lagi. Penggunaan singkatan dalam ejaan
perkataan ini merupakan perubahan yang amat merisaukan akan mencemarkan
nilai-nilai asli dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Tambahan pula, perkataan ejaan
yang tidak lengkap ini tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa Melayu dan
kelihatan janggal apabila dibaca (Syamsul Aizuwani, Suhasni Dollah dan Zurihan
Yusof, 2020) .

5.0 Kesimpulan

Bermula pada abad ke-18 iaitu apabila pengaruh bahasa Inggeris dari penjajah
mula bertapak ke dalam bahasa Melayu, maka tulisan rumi telah diterima dan
menggantikan tulisan jawi. Sistem ejaan rumi dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu perkembangan sistem ejaan rumi sebelum dan selepas merdeka.
Seterusnya, terdapat beberapa Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) dalam
menyeragamkan sistem ejaan rumi antaranya ialah memajukan bakat
kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan, membakukan ejaan dan
sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsan serta
mencetak, menerbitkan, membantu usaha bagi percetakan atau penerbitan buku-
buku, risalah-risalah, kamus-kamus dan lain-lain lagi bentuk persuratan serta bahan
ilmiah dalam bahasa kebangsaan. Namun seiring dengan peredaran masa, adanya
cabaran sistem ejaan dalam masa kini. Oleh hal yang demikian, pihak-pihak berwajib
seperti pihak kerajaan dan DBP haruslah berganding bahu bersama rakyat Malaysia
untuk meneruskan usaha menjaga kedaulatan sistem ejaan bahasa Melayu ini. Hal-

7

hal seumpama ini perlu disedari dan dipandang serius oleh semua masyarakat agar
tidak menggunakan sistem ejaan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira
soal peraturan yang sedia ada.

Rujukan
Hal Mohamad .( 2021, Ogos 5 ). Apa peranan DBP membela nasib penulis?. BH

Online.
https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2021/08/847356/apa-
peranan-dbp-membela-nasib-penulis
Muhammad Ariff Ahmad. (2019). Ejaan baru (1).
Norsuhaila Ibrahim. (2021, Ogos 16) . Sistem ejaan yang bermanfaat- Dewan
Bahasa. Buletin JendelaDBP.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/08/16/sistem-ejaan-yang-bermanfaat/
Norhafiza Alias. (2016). Perbandingan sistem ejaan jawi dalam surat sultanz zainal
abidin III dengan sistem ejaan wilkinson, za’ba dan baharu. Universiti
Putra Malaysia.
Syamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah & Zurihan Yusoff (2020). Sejarah
perkembangan bahasa melayu. Kuala Lumpur : Global Mediastreet Sdn
Bhd.
Zainal Abidin Muhamad. ( 2021, Oktober 24 ). Sayembara DBK 2021 dalam talian.
Utusan Malaysia.
https://www.utusan.com.my/gaya/sastera/2021/10/sayembara-dbk-2021-dalam-
talian/

8


Click to View FlipBook Version