4.9 IKATAN LILIT KACANG KEGUNAAN Digunakan untuk mengikat batang-batang kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet. 1.
5.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAKKANAK 5.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAKKANAK
5.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 5.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 5.1 LENCANA AHLI Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut : - 1. Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. 2. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. 3. Lima Prinsip Rukun Negara. 4. Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap. 5. Sejarah Pergerakan Pengakap. 6. Cerita Hutan. 7. Laung Agung.
5.1 LENCANA AHLI Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja.
5.2 LENCANA WAJIB AHLI RENANG Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peaturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lentang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). 1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori) Menunjuk cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori). ATAU 2. 3.Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori). Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala, Gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori). 4. Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seraga pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang). 5. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara dan gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama. 6.
7. Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.
5.2 LENCANA WAJIB PENUNGGANG BASIKAL Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. 1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal. Mengetahui dan menyatakan kepada Penilai basikal 10 peraturan semasa menunggang. 2. 3. Menunjuk cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal.. Menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal. 4. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannya. 5. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki. 6.
5.3 LENCANA KERIS PERAK Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. A. Kesetiaan 1. Mengetahui nama penuh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, D.Y.M.M. Raja Permaisuri Agong, D.Y.M.M Sultan atau Sultanah atau T.Y.T. Yang Di Pertua Negeri dan Isterinya, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri berkenaan. 2. Mengetahui dan mengenali Pesuruhjaya Daerahnya. 3. Mengetahui rukun sembahyang agama masing-masing. B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui cara menjaga kebersihan diri dan persekitaran 2. Mengetahui faedah senaman 3. Mengetahui cara memberhentikan darah yang keluar dari hidung Mengetahui bahaya aliran elektrik dan gas dan cara mengelakkannya bila menggunakan alat elektrik di rumah seperti seterika, kipas angin, pembakar roti, dapur gas dan lain-lain. 4. Mengenal dan mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas. 5.
C. Kecekapan Mengukuhkan pengetahuan asas kawad kaki Lencana Keris Gangsa dan mengetahui Latihan Asas Perbarisan: 1. 1.1 Buka Barisan 1.2 Tutup Barisan 2. Mengukuhkan asas ikatan Buku Sila dan mengetahui cara mengikat Bunga Geti dan Simpul Sentak serta kegunaanya. 3. Mengetahui cara memasang, mengibar, menurun dan melipat bendera. D. Penyertaan 1.Mengetahui 5 jenis haiwan dan sifat khususnya Mengetahui cara tumbuhan mendapatkan makanan serta cara menyimpan makanan. 2. 3.Mengetahui cara mengelakkan makanan menjadi tercemar 4.Mengetahui asas penggunaan komputer Mengetahui penggunaan telefon awam/ persendirian dengan menghunakan wang syiling/ kad telefon ketika mendail dan faham penggunaan Buku Panduan Telefon. 5. E. Perkhidmatan 1.Mengetahui dan memahami isyarat wisel 2.Mendengar syarahan atau ceramah dan membuat catatan Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air dengan menggunakan peralatan ( Ingatan : Pertolongan ini adalah latihan asas sahaja.) 3.
5.4 LENCANA KERIS GANGSA Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetiaan pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga A. Kesetiaan 1. Menyanyi lagu kebangsaan Negara Ku dan memahami bagaimana menghormati lagu itu ketika dimainkan. 2. Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana Pengakap Kanak-kanak itu berada. 3. Mengetahui Lambang pengakap Malaysia 4. Mengenal nama penuh Kuasa penganjur/ Guru Besar, Pemimpin, dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. 5. Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar tempat tinggalnya.
B. Kesihatan dan Keselamatan 1.Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri. Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh orang yang tidak dikenali. 2. 3. Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam. Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api. 4. Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan, mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba dan Penyelamat, DoKor dan Rumah Sakit, tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran. 5. Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas, melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain. 6. C. Kecekapan 1. Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki. 2. Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter). 3. Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti : perhentian bas, keretapi, teksi, Balai Bomba, hospital, Balai Polis, Pejabat Pos dan lain-lain . 4. Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam Pengakapnya dan mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan dalam Daerah dan Negeri. 5. Mengetahui segala lsyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti "ikut arah ini", “jangan ikut arah ini", "di sini ada air", "tunggu di sini dan ”saya sudah pulang". 6. Mengelahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya.
D. Penyertaan Menjadi ahli Perpustakaan Sekolah / perpustakaan awam tempatan, menunjukkan Pengakap Kanak-Kanak telah membaca sekurangkurangnya TIGA buah buku dan dapat menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakap. 1. 2.Membuat satu barang permainan rekaan sendiri dari bahan terbuang. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut, mengambil bahagian dalam persembahan pentas di sekolah ATAU membuka akaun simpanan. 3. E. Perkhidmatan Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempumakan tugasnya itu dengan memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log) 1. Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah (pengesahan dan perakuan guru / kakitangan sekolah dalam buku log). 2.
5.5 LENCANA KERIS EMAS Setelah memperoleh kesemua Lencana Kepandaian iaitu Kategori Kegemaran (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti di bawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-Kanak sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan kepimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas. A. Kesetiaan 1. Menyanyi sekurang-kurangnya 2 buah lagu patriotik. 2. Mengenali Jata Negara dan lambang negeri masing-masing. 3. Mengetahui nama dan mengenali tokoh tempatan. 4. Mengetahui nama penuh dan mengenali Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Daerah 5. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
B. Kesihatan dan Keselamatan Mengetahui sekurang-kurangnya LIMA peraturan hidup sihat dan bahagia 1. Mengetahui bagaimana mengatasi sakit selesema dan menjauhkannya. 2. Mengetahui maksud pertolongan cemas dan cara mendapatkan bantuan kecemasan. 3. Mengetahui bagaimana membuat anduh (kepala, tangan, tapak tangan, lutut dan kaki). 4. Menghasilkan sebuah Buku Skrap dari media surat khabar, majalah atau internet yang ada mesej Anti Dadah ATAU Bahaya Merokok, ATAU Keracunan Makanan. 5. C. Kecekapan Mengukuhkan Latihan Asas Perbarisan Lencana Keris Gangsa dan Perak dan seterusnya mengetahui perintah "Langkah ke Sebelah", "Cepat Jalan", "Berhenti" dan "Hormat". 1. Mengetahui latihan asas Ala Komando seperti : Merangkak, merangkak di bawah jaring / jala, bergayut pada tali, meniti kayu dan bergayut, gayut monyet. 2. Mengukuhkan kemahiran ikatan : Buku Sila (Keris Gangsa), Bunga Geti dan Simpul Sentak (Keris Perak). Mengetahui cara mengikat simpulan Tindih Kasih, Simpul Manuk dan Lilit Dua Simpul serta kegunaannya. 3. Demontrasi mendiri dan menurunkan khemah serta melipatnya dalam sekawan. 4.
D. Penyertaan 1. Menyatakan 5 jenis pokok hutan dan kegunaannya kepada manusia. 2. Membuat SATU daripada perkara-perkara di bawah, mengikut pilihan Pengakap Kanak- kanak sendiri : 2.1. Sebuah kotak tempat menyimpan alat-alat Pertolongan Cemas atau sebuah kotak untuk surat-surat atau sebuah kotak untuk menabung wang semuanya dibuat dari bahan terbuang. ATAU 2.3 Membuat layang-layang yang boleh dinaikkan ke udara ATAU 2.4. Mengetahui membaiki sekurang-kurangnya satu jenis permainan kanak-kanak yang menggunakan bateri. ATAU 3. Menyanyi sekurang-kurangnya DUA buah lagu Pengakap Malaysia. E. Perkhidmatan 1. Bersama sekawan / Pek membersihkan kawasan rumah / sekolah / rumah ibadat / tempat awam 2. Membantu Pemimpin untuk persiapan Pek Bercuti / Perkhemahan. 3. Melukis peta lakar kawasan tempat tinggal sendiri.
6.0 ASAS KAWAD KAKI
6.0 ASAS KAWAD KAKI MAKSUD Kawad kaki ialah pergerakan anggota badan seperti kaki dan tangan untuk tujuan perbarisan. Merupakan asas untuk membentuk tatatertib dalam pasukan. TUJUAN KAWAD KAKI IAITU 1) Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib, cergas dan taat setia. 2) Membentuk anggota kumpulan supaya bekerjasama dalam satu kumpulan. 3) Untuk membentuk ahli pasukan yang mempunyai tahap disiplin tinggi, cergas dan taat perintah. JENIS-JENIS KAWAD KAKI 1) Kawad Statik 2) Kawad Dinamik 3) Kawad Asas 4) Kawad Formasi 5) Kawad Kehormatan
ELEMEN KAWAD KAKI DIBAHAGIKAN TIGA TAHAP 1) Tahap 1 (Kawad Statik Kawad Dinamik) 2) Tahap 2 (Kawad Asas Kawad Formasi) 3) Tahap 3 (Kawad Kehormatan) ASAS KAWAD KAKI YANG UMUM 1) Langkah sejajar: Pastikan langkah kaki kiri dan kanan sejajar satu sama lain. 2) Langkah seragam: Pastikan panjang langkah dan waktu antara langkah kaki kiri dan kanan sama. 3) Hak kaki: Angkat hak kaki setinggi mata kaki. 4) Langkah: Letakkan kaki di tanah dengan telapak kaki menghadap ke bawah. Pastikan langkah cukup kecil untuk menjaga keseimbangan. 5) Sikap badan: Badan harus tegak, bahu rata dan mata dihadap ke depan. 6) Tangan: Tangan rata di samping tubuh dengan ibu jari menjari ke depan. 7) Nafas: Bernafas dengan baik dan teratur saat berjalan. 8) Lengkungan: Pastikan kawad kaki berlangsung dalam formasi atau barisan yang sesuai. 9) Komando: Ikuti perintah komando dengan cepat dan tepat. 10) Keseimbangan: Jaga keseimbangan tubuh saat berjalan, terutama saat melakukan perubahan arah atau gerakan lainnya.
7.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 7.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
7.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 7.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 7.1 ANDUH PERGELANGAN TANGAN CARA- CARA 1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh. 2. Tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan. 3. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. 4. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. FUNGSI Balutan ini digunakan untuk menampal dan menetapkan bebat pada bahagian tapak tangan supaya ubat tidak tertanggal dan luka tidak dijangkiti. 1. 2.Bebat bermaksud proses menutup luka untuk menghindarkan kotoran dan kemungkinan jangkitan kuman.
7.2 ANDUH LENGAN CARA- CARA 1. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. 2. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. 3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. FUNGSI Balutan ini digunakan untuk menyokong lengan, pergelangan tangan yang cedera akibat patah atau terkehel. 1. 2. Mengurangkan pergerakan serta sakit anggota.
7.3 ANDUH KEPALA FUNGSI Balutan kepala digunakan untuk memegang atau menetapkan bebat pada bahagian dahi dan kulit kepala supaya tidak tertanggal. 1.
7.4 CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) MAKSUD: Pemulihan pernafasan dan jantung, atau dikenali sebagai CPR, merupakan suatu kaedah pertolongan cemas yang dilakukan apabila denyutan jantung dan pernafasan seseorang terhenti, serta hilang kesedaran. GARIS PANDUAN CPR UNTUK ORANG DEWASA : (KUNCI INI IAITU: D-R-C-A-B) 1. D – Danger (Berbahaya) Pastikan persekitaran adalah selamat dan tidak membawa bahaya kepada mangsa. 2. R – Response (Tindak balas), Rescue (Penyelamatan) Periksa tindak balas daripada mangsa – tepuk bahu dan tanya “Adakah anda OK?”. Jika tiada tindak balas, dapatkan bantuan seseorang untuk menghubungi 999 dan dapatkan Automated External Defibrillators (AED). Periksa nadi pada arteri karotid(leher) sekurang-kurangnya 5 saat (tidak melebihi 10 saat). Kalau tiada nadi dapat dikesan, lakukan CPR dengan segera.
GARIS PANDUAN CPR UNTUK ORANG DEWASA : (KUNCI INI IAITU: D-R-C-A-B) 3. C – Chest Compressions (Tekanan dada) Pastikan mangsa berbaring atas permukaan yang rata. Kedudukan anda adalah di sebelah mangsa (antara leher dan bahu). Letakkan telapak tangan (satu tangan) anda di atas bahagian tengah dada dan letak lagi satu tangan atas tangan pertama. Pastikan lengan anda sentiasa lurus semasa melakukan tekanan dada. Lakukan tekanan dada dengan kuat, sekurang-kurangnya 5 cm (2 inci) dan tidak melebihi 6 cm (2.4 inci). Kadar tekanan adalah 100 hingga 120 setiap minit. 4. A – Airway (Saluran udara) Untuk memudahkan aliran saluran udara mangsa, donggakkan kepala dan angkat dagunya secara perlahan-lahan (Head Tilt – Chin Lift). Tujahkan rahang apabila berlaku kecederaan kepala atau leher. 5. B – Breathing (Pernafasan) CPR biasanya dilakukan dari mulut ke mulut (Untuk keselamatan, hanya lakukan pernafasan mulut ke mulut apabila topeng muka surgikal boleh didapati. Jika mulut mangsa cedera atau tidak dapat dibuka, lakukan pernafasan mulut ke hidung. Picitkan hidung mangsa apabila memberi hembusan nafas dari mulut ke mulut. Berikan hembusan nafas pertama dan perhatikan kenaikan dada. Jika dada naik, berikan hembusan nafas yang kedua. Kalau dada tidak naik pertama kali, lakukan Head Tilt – Chin Lift lagi sebelum memberi hembusan nafasyang kedua. Satu kitaran lengkap CPR meliputi 30 tekanan dada dan 2 hembusan nafas. Lakukan sejumlah 5 kitaran sebelum memeriksa nadi mangsa. Jika masih tiada nadi dikesan, lakukan lagi 5 kitaran CPR sehingga nadi pulih atau ambulans sampai. Jika nadi pulih tetapi tiada pernafasan, lakukan pernafasan bantuan sahaja dengan 1 hembusan nafas setiap 5 saat (12 hembusan nafas dalam 1 minit). Kalau dapat AED, pasangkan alat tersebut dan ikuti arahan yang diberi. Jika AED tidak didapati, lakukan CPR lagi sehingga ketibaan ambulans.
8.0 CATATAN LAPORAN MINGGUAN 8.0 CATATAN LAPORAN MINGGUAN
8.0 CATATAN LAPORAN MINGGUAN 8.0 CATATAN LAPORAN MINGGUAN MINGGU 1 PENGENALAN PENGAKAP OLEH DR RAMLAN DAN ENCIK ALIZAN
MINGGU 2 PENGENALAN PENGAKAP OLEH ENCIK FALAWANGI
MINGGU 3 PERHIMPUNAN UNIT BERUNIFORM DIPIMPIN OLEH PENGAKAP
MINGGU 4 PENGENALAN ASAS ASAS IKATAN
MINGGU 5 CUTI PERAYAAN TAHUN BARU CINA
MINGGU 6 PEMBENTANGAN DRAF BUKU LOG
MINGGU 7 IKHTIAR HIDUP
MINGGU 8 AMALI IKATAN & SIMPULAN
MINGGU 9 AMALI PERTOLONGAN CEMAS
RUJUKAN Mohd Afizi. (2021, April 18). 16 tatacara pemakaian uniform bagi Persekutuan Pengakap Malaysia yang betul. Sistem Guru Online. https://www.sistemguruonline.my/2021/04/tatacarapemakaian-uniform-bagi-persekutuan-pengakap-malaysia.html#google_vignette Pei Yu Ng. (2023, Oktober 9). Ambil Tahu Cara Melakukan CPR, Boleh Buat Dalam Keadaan Kecemasan. Hello Doktor. https://hellodoktor.com/habit-sihat/pertolongan-cemas/cpr-panduanmelakukannya/ Persekutuan Pengakap Negeri Selangor. (2020). Visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia. https://www.pengakapselangor.org/2019/10/visi-dan-misi-persekutuan-pengakap.html Roshlawaty Md Raieh. (2022, November 11). Kenali 3 jenis balutan anduh yang boleh digunakan pelajar apabila tercedera. Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/gen-z/tip/kenali3-jenis-balutan-anduh-yang-boleh-digunakan-pelajar-apabila-tercedera/ Roshlawaty Md Raieh. (2023, October 16). Nota asas kawad kaki. Sinar Bestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/skil-kerjaya/nota-asas-kawad-kaki Zulhazmi Kassim, Zaidi Othman, Azizah binti Mohamad. (2024). Penyertaan dalam aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan nilai intergrasi dalam kalangan pelajar Politeknik Mersing, 4(1), 1-6. https://www.mand ycmm.org/index.php/taveij/article/view/625