The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by michellerinnai03, 2022-05-11 21:16:27

CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

E-FOLIO

RM 20.00 (SM) RM 27.00 (SS)

CABARAN-CABARAN
DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA
TENTANG PENDIDIKAN

Michelle Rinnai Liana Alin Kimelia Kueh
Daniel Laing
Gabriel Deseh Mok Xiao

MPU23042 SESI 2 2021/2022 Pensyarah : Pn Nurshakhuzaimah Sahmat 1

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

E-FOLIO : CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR KELAS NO.PENDAFTARAN

MICHELLE RINNAI STEPHEN DAT2B 05DAT21F1023

LIANA ALIN ANAK SOLOMON DAT2B 05DAT21F1043
KIMELIA KUEH MEI LI DAT2B 05DAT21F1013
DANIEL LAING PETER DAT2B 05DAT21F1025
DKA2B 05DKA21F1086
GABRIEL DESEH TERUNJAM ANAK ALEXANDER DKA2B 05DKA21F1122
MOK XIAO YUAN

PUAN NURSHAKHUZAIMAH SAHMAT

SESI 2 2021/2022 2

Isi kandungan

❖ Objektif Faktor-faktor Cabaran
❖ Pengenalan • Masalah kewangan
❖ Isi Huraian • Isu gejala sosial
• Suasana yang tidak kondusif

Kesan-kesan Cabaran ❖Rumusan
• Terlibat dalam gejala sosial ❖Rujukan
• Kemerosotan prestasi pelajaran
• Kekurangan Pendidikan

Langkah-Langkah Cabaran
• Pihak ibu-bapa
• Pihak kerajaan
• Pihak sekolah

3

Membantu pelajar dalam Melahirkan golongan yang
berusaha mempersiapkan berpendidikan sebagai
diri menghadapi cabaran tulang belakang
dunia yang akan datang. membangunkan nama
negara.

OBJEKTIF

Memupuk sikap berdisiplin Memahami faktor, kesan
terhadap setiap individu di dan langkah mengatasi

negara Malaysia. dalam pembentukan
pendidikan terhadap
masyarakat Malaysia

4

PENGENALAN Namun, masih terdapat pelbagai
masalah yang telah wujud dalam
Dalam meniti arus kemodenan ini, pendidikan kalangan masyarakat yang menjadi
merupakan asas pendidikan bagi kepentingan awam. cabaran kepada kerajaan dan juga
Sistem Pendidikan yang berkesan adalah melalui sistem pihak yang turut terlibat dalam
persekolahan. Peranan sistem pendidikan sangat usaha membangunkan negara ke
penting dalam sesebuah pembangunan negara. arah sesebuah negara maju.
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan
langkah untuk membangunkan generasi-generasi baru
yang akan dating bagi menggantikan generasi yang
kini. Generasi baru ini akan didedahkan beberapa
elemen penting iaitu ekonomi, politik dan sosial. Sistem
persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi
pelajaran kepada masyarakat semata namun turut
merupakan saluran untuk menyampaikan kepada
masyarakat tentang perjuangan negara yang dulu. Oleh
kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang
kaum, sistem pendidikan negara harus memerlukan
usaha yang strategik serta mampu meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya kepada
masyarakat muda ke arah yang lebih tinggi dan
cemerlang.

5

FAKTOR CABARAN DALAM MEMBENTUK
MASYARAKAT MALAYSIA TENTANG PENDIDIKAN

6

MASALAH KEWANGAN

Dalam meniti arus globalisasi ini, masalah kewangan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah
lama menjadi kudis di negara kita. Tidak dapat dinafikan bahawa isu kewangan adalah salah satu faktor
utama cabaran dalam membentuk rakyat Malaysia tentang pendidikan kerana berlakunya limitasi
menuntut ilmu akibat kecetekan sumber kewangan. Walaupun kerajaan telah mencuba pelbagai insiatif
bagi membelenggu dilema ini namun masalah ini masih lagi menular hingga kini. Apabila pelajar
dibelenggu kesulitan kemiskinan, pelajar menjadi terhad untuk membeli buku-buku rujukan serta alat tulis
yang menyebabkan pelajar menghadapi rintangan menuntut ilmu. Impaknya, hal ini mewujudkan jurang
Pendidikan yang sangat ketara dalam kalangan masyarakat majmuk. Terdapat juga pelajar yang tidak
mempunyai kemudahan pengangkutan akibat kemiskinan dan senario ini membebankan pelajar untuk
menuntut ilmu walaupun sebenarnya mereka bersemangat untuk menuntut ilmu tetapi oleh sebab
masalah kewangan yang mebelenggu, maka berlaku halangan dan cabaran dalam menuntut pendidikan.
Deduksinya, masalah kewangan telah mengundang masalah dalam kalangan masyarakat untuk menuntut
ilmu serta berlakunya jurang pendidikan. Oleh hal yang demikian, berlakunya cabaran dalam membentuk
masyarakat tentang pendidikan. Ramai anak bangsa menjadi mangsa oleh sebab isu kemiskinan dan
menyebabkan mereka terabai daripada menuntut pendidikan.

7

ISU GEJALA SOSIAL

Dalam meluaskan horizon perbincangan, isu gejala sosial dalam kalangan masyarakat majmuk
terutamanya kalangan penuntut ilmu seperti pelajar acap kali menjadi buah mulut yang meniti dari bibir
ke bibir warga Malaysia. Sering kali kita disajikan dengan isu sosial yang dilakukan oleh remaja. Antara
yang lazim ialah isu dadah, merokok, ponteng sekolah dan pembuangan bayi. Isu ini telah menjadi duri
dalam daging kepada sektor pendidikan yang menjadi cabaran dan penghalang perkembangan
pendidikan. Oleh hal yang demikian, dalam masa yang sama akan memberi cabaran membentuk
masyarakat Malaysia tentang pendidikan. Dari semasa ke semasa, isu sosial ini membiak bagai cendawan
tumbuh selepas hujan. Banyak masa, tenaga dan perhatian ditumpukan lebih bagi menangani isu sosial
masyarakat Malaysia ini sehingga alpa terhadap tanggungjawab membentuk masyarakat Malaysia tentang
Pendidikan. Jika masyarkat Malaysia terutamnya pelajar semakin terjebak dengan gejala sosial dan kurang
nilai moral dalam diri, hal tersebut akan menyukarkan lagi sektor pendidikan untuk membentuk
masyarakat Malaysia tentang Pendidikan kerana ilmu sukar diserap ke dalam diri manusia yang kurang
berakhlak. Tuntasnya, bagi memastikan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain dalam aspek pendidikan , kita haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing
demi menangani isu sosial ini dengan efisien. Jika tidak, isu ini akan menyebabkan sistem pendidikan di
negara kita pada hari ini musnah.

8

SUASANA YANG TIDAK KONDUSIF

Dalam menongkah alaf baharu yang serba moden ini, negara Malaysia masih lagi disogokkan dengan
isu suasana bilik darjah atau bilik kuliah yang tidak kondusif. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik
darjah atau bilik kuliah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ semasa menuntut ilmu. Jika diteliti,
masih lagi ada kemudahan seperti kerusi dan meja tidak lengkap atau sudah rosak. Di samping itu,warna
cat bangunan institusi atau sekolah yang lusuh dan kawasan sekolah yang tidak ceria. Hal seperti inilah
yang menjadi cabaran dalam membentuk masyarakat Malaysia tentang pendidikan kerana bagaimanakah
penuntut ilmu dapat menuntut ilmu dengan penuh semangat jika tiada motivasi untuk belajar akibat faktor
exsternal yang masih membelenggu negara kita ini. Pihak bertanggungjawab wajar mengambil bijak bagi
menyelesaikan isu ini. Persekitaran sudah terang lagi bersuluh mampu merangsang minat dan motivasi
untuk menuntut ilmu. Dalam hal ini, motivasi adalah dasar penggerak yang mendorong individu untuk
belajar. Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih, oleh hal yang demikian, kata
sepakat seia sekata perlulah diambil untuk menangani isu suasana ruang menuntut ilmu yang tidak
kondusif ini. Hal ini dikatakan demikian kerana isu inilah yang menjadi benteng dalam membentuk rakyat
Malaysia tentang Pendidikan.

9

KESAN-KESAN

CABARAN DALAM
MEMBENTUK
MASYARAKAT
MALAYSIA
TENTANG
PENDIDIKAN

10

TERLIBAT DALAM

GEJALA SOSIAL

Pada era globalisasi ini, gejala sosial di Malaysia
semakin meruncing. Hal ini demikian kerana
anak-anak muda kurang mendapat pendidikan
formal. Gejala sosial diklasifikasikan sebagai satu
jenayah yang melibatkan etika dan moral
seseorang individu. Jenayah ini bukan sahaja
dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa
malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam
gejala sosial.

Majoriti remaja memilih untuk mencuba hal
yang baru untuk menghibur diri mereka dengan
hal yang tidak berfaedah seperti :

▪ Ponteng sekolah

▪ Merokok

▪ Meminum minuman keras

▪ Mengambil dadah

▪ Lumba haram

▪ Vandalisme

11

KEMEROSOTAN PRESTASI

PELAJARAN

➢ Penggunaan media sosial amat popular dalam
kalangan anak-anak muda contohnya aplikasi
Facebook, Twitter, TikTok, dan WhatsApp.
Mengikut kajian, pelajar zaman sekarang suka
menghabiskan terlalu banyak masa mereka di
media sosial. Hal ini mengundang kerisauan
terhadap ibu bapa kerana anaknya lebih suka
menghabiskan masa di media sosial berbanding
meluangkan masa untuk belajar.

➢ Konsentrasi pelajar terhadap pelajaran akan

terganggu apabila menggunakan media sosial. Hal

ini demikian kerana pelajar menggunakan media

sosial sebagai tempat hiburan dan juga tempat

menghilangkan stres terhadap pelajaran. Apabila

mereka terlalu taksub terhadap media sosial,

mereka akan leka dan lalai lalu tidak mengulang

kaji pelajaran. Hal ini dapat menyebabkan

kemerosotan prestasi pelajaran seseorang pelajar

tersebut. 12

KEKURANGAN PENDIDIKAN

❑ Pada masa kini, ramai yang mengeluh dengan
peningkatan kos sara hidup tidak kira sama ada di
bandar atau luar bandar. Pelajar yang berasal daripada
keluarga yang berpendapatan rendah berisiko tidak
mampu menyambung pelajaran ke peringkat lebih
tinggi. Oleh itu, kebanyakan anak muda mengambil
keputusan untuk tidak meneruskan pengajian ke
universiti dan memilih untuk bekerja membantu
keluarga. Hal ini demikian kerana menyambung
pelajaran akan memerlukan wang yang banyak dan
mereka tidak mahu membebankan ibu bapa mereka
dengan kos pengajian tersebut.

❑ Segelintir pelajar dari golongan miskin pula terpaksa
mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Mereka
memilih untuk bekerja walaupun tidak mempunyai
kelulusan tinggi kerana mereka memerlukan wang untuk
meneruskan hidup mereka.

13

Langkah-langkah
mengatasi
cabaran-cabaran
dalam
membentuk
masyarakat
Malaysia tentang
Pendidikan.

14

Langkah mengatasi

1. Peranan ibu bapa

Ibu bapa merupakan pihak utama yang wajib memainkan peranan
untuk mendidik anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan
peranan mereka terhadap anak-anak mereka sejak dari mereka kecil
lagi. Antara tindakan yang boleh diambil adalah, ibu bapa haruslah
meluangkan masa dengan anak-anak dan bertanyakan mengenai
kehidupan seharian mereka. Ibu bapa juga tidak perlu terlalu
memanjakan anak-anak dengan memberikan wang saku yang
banyak kepada anak-anak. Tindakan-tindakan ini dapat mencegah
anak-anak daripada terjebak dalam gejala ponteng sekolah. Bagi
menangani isu pembuangan bayi ini, ibu bapa seharusnya
mengetahui sesiapa saja yang berkawan dengan anak-anak mereka.
Ibu bapa perlu mendedahkan kepada anak-anak tentang batas
pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka gagal
menjaga batas pergaulan sesama sendiri, hal ini akan menyebabkan
khilaf dan secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti berzina yang
menjurus kepada hamil luar nikah. Perkara ini akan menyebabkan
anak-anak berasa takut dan tidak mahu bertanggungjawab
terhadap kehamilan bayi tersebut. Oleh itu, ibu bapa perlu
mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.

15

Langkah mengatasi

2. Peranan sekolah
Pihak sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mencegah
murid-murid daripada terjebak dalam aktiviti ponteng. Antara langkah yang
boleh diambil adalah, pihak sekolah boleh menyediakan suasana persekolahan
yang indah supaya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah setiap
hari. Selain itu, pihak sekolah mestilah mengetatkan peraturan sekolah agar
murid-murid lebih takut untuk melakukan sebarang kesalahan disiplin seperti
ponteng kelas, merokok, membuli dan sebagainya.

16

Langkah mengatasi

1. Peranan Kerajaan
Pihak kerajaan perlulah menggalakkan dan menyokong setiap sekolah untuk
mengadakan kempen tentang bahaya merokok terhadap kesihatan manusia.
Pihak kerajaan haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing dengan
institusi persekolahan dengan mewajibkan penglibatan semua pelajar untuk
menyertai aktiviti kokurikulum misalnya ‘satu murid satu sukan’. Perkara ini
boleh membantu para pelajar membiasakan diri dengan aktiviti di sekolah dan
bergiat lebih aktif. Dengan itu, para pelajar tidak akan terjebak dalam gejala
sosial seperti merokok.

17

Rumusan

Kesimpulannya, Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Ia
memutuskan sesebuah negara sedang membangun ke arah yang baik. Perkembangan dunia aspek
ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi penunjujuk asas kepada system
Pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan
keilmuan yang berkualiti.

Hanya kerana ada cabaran yang kejam, negara kita mendapatkan perkembangan yang baik dan
maju. Pendidikan yang adil, sumber kecukupan dengan alam sekitar yang selesa, agama dan
budaya yang berbeza, semua ini menjadikan factor yang sangat penting dalam perkembangan
process.

Semangat patriolisme dan kepercayaan agama juga berperanan sebagai watak yang penting untuk
mengukuhkan ketaatan rakyat terhadap negara. pendidik amat diperlukna pada setiap masa. Pada
abad ke-21 hari ini, para pendidik tidak boleh dipandang remeh.

18

Rujukan

• https://www.researchgate.net/publication/3533 • https://tajuk3.blogspot.com/2020/10/pengena
57120_STATUS_KEWANGAN_DAN_TEKANAN_D lan-sistem-pendidikan-melalui_19.html
ALAM_KALANGAN_PELAJAR
• https://www.klceducation.edu.my/ms/news-
• https://theinspirasi.my/sejauhmana-media- feed/article/fakta/kenapa-pentingnya-kelas-
sosial-memberi-kesan-buruk-kepada- yang-kondusif-
masyarakat/
• https://anyflip.com/mhkwy/bxis/basic

• https://cmnacademy.com/kebaikan-dan-
keburukan-media-sosial/

• https://evacalista2001.blogspot.com/

19


Click to View FlipBook Version