The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nabilah Hafizah, 2021-12-19 10:25:58

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

MPU21032 PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN

Tajuk Tugasan:

PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK

DI MALAYSIA

Senarai Editor

Nama Pensyarah
Puan Zaleha Binti Sulong

Nama Pelajar

Bil Nama No.Matrik

1 NUR AZMAH BINTI AHMAD 26DAT21F1018
ZAKI

2 NOR NABILAH HAFIZAH 26DAT21F1002
BINTI MOHD ALIAS

3 NURHANIS BINTI JAILANI 26DAT21F1013

4 WAN MUHAMMAD ARIFF 26DAT20F1018
BIN WAN ZULMUJAHIDIN

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1
2
PENGENALAN 3
4-7
OBJEKTIF
8-14
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARKAT 15
MAJMUK DI MALAYSIA 16-18
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SEBELUM MERDEKA 19-21
KONSEP MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 22-24
25
JENIS-JENIS MASYARAKAT MAJMUK BERDASARKAN AGAMA DAN 26
KEPERCAYAAN
CIRI-CIRI PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 27
28
FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERBINANYA MASYARAKAT DI MALAYSIA 29

KELEBIHAN MEMPUNYAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

KEBURUKAN TIDAK MEMPUNYAI MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA
STRATEGI MENGUKUHKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
RUMUSAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
limpah kurnianya, kami dapat menyelesaikan
tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami
mengucapkan sepenuh penghargaan kepada
Puan Zaleha Binti Sulong kerana telah
meletakkan kepercayaan beliau kepada kami
untuk menyiapkan e-folio ini dalam tempoh yang
ditetapkan.

Puan Zaleha Binti Sulong, pensyarah Pengajian
Malaysia, beliau telah banyak membantu
sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau
dan juga semua pihak yang telah banyak
mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses
penyiapan tugasan ini.

Syukur Alhamdulillah, dalam menyiapkan
tugasan ini banyak yang telah kami pelajari
sepanjang proses penyiapan e-folio ini dijayakan.
Ianya memberi saya seribu satu pengalaman
yang amat bermakna.

PENGENALAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari
Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian Kaum dan Etnik inilah maka wujud
pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

Tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan India.
Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun
1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang Melayu. Hanya
sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang
manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh

Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina
dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial
British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-
tapak perlombongan dan dalam sektor ekonomi.

Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah
pembentukan masyarakat negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian
cara hidup dan keturunan. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah
mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan
pendekatan ‘pecah dan perintah di Tanah Melayu. Kaum pendatang
dibiarkan untuk mengekalkan identiti dan budaya masing-masing
sementara perhubungan langsung dengan kaum-kaum lain tidak
digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk seterusnya
berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

Objektif Pembentukan • Memupuk rasa kecintaan dan
Majmuk Di Malaysa kebersamaan dalam kalangan
individu terhadap komuniti yang ada
di persekitaran

• Membentuk keperibadian dan
memahami konsep Kerjasama serta
tolong-menolong antara satu sama
lain

• Menjadi warganegara yang bertolak
ansur anatara masyarakat tanpa
mengira kaum

• Memupuk semangat hidup bersama
dalam suatu komuniti tanpa mengira
agama,bangsa,kepercayaan dan
ideology

• Tidak hidup secara berpuak-puak di
dalam suatu penempatan

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Setiap kaum mempunyai latar belakang dan
identiti yang berbeza. Mayarakat majmuk biasanya dikaitkan dengan
Malaysia. Ini kerana negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum dan budaya yang tersendiri. Kini, negara Malaysia telah
didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Corak masyarakat Malaysia berlaku disebabkan oleh perubahan
masa dan keadaan perubahan struktur politiknya. Dengan adanya
kepelbagaian kaum, maka wujudlah kepelbagaian adat resam, budaya,
bahasa, agama dan sebagainya.

Masyarakat majmuk merupakan mayarakat yang terdiri daripada
pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan
budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai
latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyararakat majmuk
dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti ras, etnik, agama,
ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005),
masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersama-sama
di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat
wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan
bersemuka. Contohnya seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang
terdiri daripada bangasa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum
pada abad ke-19 adalah kesan daripada Kolonialisme yang mutlak.
Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal
abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, imigrasi kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah
struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di
Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara
hidup, pola penempatan,pekerjaan dan pendidikan.

Dari Masyarakat Melayu:

Setiap bangsa Malaysia mempunyai sejarah yang tersendiri seperti
Kaum Melayu dahulunya tinggal di perkampungan.Selain
itu,mereka juga bekerja sebagai petani,peternak, menangkap ikan
dan mengutip hasil hutan. Pada mulanya kaum Melayu menganut
agama buddha.Namun sejak kedatangan Islam datang ke tanah
Melayu, kaum Melayu telah menganut agama Islam. Dengan
kedatangan Islam juga, masyarakat Melayu telah mengamalkan
syariat yang wajib diamalkan dalam Islam contohnya solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengerjakan haji dan lain-lain
lagi.

Dari Masyarakat Cina:

Seterusnya, masyarakat Cina biasanya menetap di
perbandaran. Kedatangan buruh dari Cina secara besar-
besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang
kebanyakkan mereka berasal dari wilayah selatan China
seperti Kwangtung, Fukien dan Kwangsi. Kebanyakan
masyarakat Cina bekerja sebagai peniaga. Sesetengah
kaum Cina bekerja sebagai pelombong semasa era
penjajahan British. Kedatanagn buruh ini ke Tanah
Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket
kredit, sistem pengambilan kakitangan dan pengambilan
rumah kongsi. Sesetengah kaum Cina menganut agama
Kristian namun kebanyakan kaum Cina menganut agama
Buddha.

Dari Masyarakat India:

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di
kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki
Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka
terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam
wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-
20, penjajah British mendapati India sebagai tempat
mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan
senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low
dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada
kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari
India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di
Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa
suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu,
Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil
bekerja di ladang-ladang adalah dari golongan Tamil.

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

• Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu ,
Cina dan India.

• Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh Long Jaafar pada tahun
1848, majoriti penduduk Tanah Melayu ialah orang Melayu.

• Sebilangan kecil orang Cina hanyalah pedagang dan membuka
petempatan mereka di Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Johor, Sungai
Pahang dan Kelantan.

• Sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh di ladang kopi
dan tebu dan terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

• Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina
dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu.

• British telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bukan
sahaja untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan, malah di sector
ekonomi lain juga.

• Penghijrahan besar-besaran ini telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu.

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

KAUM MELAYU

Dari segi peratusan , peratus penduduk Melayu semakin
kecil dari 54 % merosot menjadi 49 % pada tahun 1921
dan menurun lgi kepada 45% pada tahun 1931 . Jumlah
penduduk mengikut kaum sebelum Perang Dunia Kedua
ditunjukkan dalam jadual.

Peratusan (%)

Tahun Cina India Melayu Lain-lain
66.6
1921 Jumlah 13.8 16.0 3.6
1931 921,000 14.8 15.9 3.9
1947 11.4 17.4 2.9
1,284,000 65.4

2,054,000 68.3

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

KAUM MELAYU

• Orang Melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal

Tanah Melayu.

• Sehingga tahun 1957, keseluruhan penduduk Melayu di

Tanah Melayu berjumlah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8%
daripada penduduk Tanah Melayu.

• Penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor

ekonomi di negeri masing-masing semakin berubah dan
merosot akibat campur tangan British dalam hal ehwal
politik tempatan.

• Kaum Melayu masih kekal diperkampungan masing-

masing walaupun peratusan penduduk bandar meningkat
dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu
di bandar-bandar baharu tetap kecil.

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

KAUM CINA

• Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat

Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakkannya
bekerja sebagai peniaga sahaja.

• Kemasukan masyarakat Cina secara beramai-ramai

berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh
British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786.

• Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan

perkembangan aktiviti perlombongan.

• Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di

Sungai Ujong hampir 10,000

• Di larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai

40,000 orang.

• Antara lombong-lombong bijih timah yang

diusahakan oleh buruh-buruh Cina di Kuala Lumpur
ialah di Ampang, Sungai Kanching dan Klang.

• Selain aktiviti perlombongan, kemasukan orang Cina

ke Tanah Melayu di salurkan melalui aktiviti
perladangan lada dan gambir.

• Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem

Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran
yang dipanggil Surat Sungai.

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

• Bilangan dan peratusan Penduduk Cina di Tanah

Melayu antara 1901-1941.

• Walaupun kemasukan orang Cina secara besar-

besaran tetapi bilangan ini tidak menentu ekoran
ramai yang sering keluar masuk. Jumlah orang Cina
lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.

Tahun Bilangan Penduduk Bilangan Penduduk Peratus Penduduk

Tanah Melayu Cina Cina

1901 1,227,195 583,396 48
1911 2,644,489 914,143 35
1921 3,338,545 1,170,551 36
1931 4,345,503 1,703,528 39
1941 5,545,173 2,418,615 44

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

KAUM INDIA

• Kedatangan India ke Tanah Melayu hanya ketara pada

abad ke-19 dan ke-20.

• Hubungan antara India dan Semenanjung Tanah Melayu

berlaku sejak awal lagi.

• Hubungan yang bermula sejak abad pertama Masihi

apabila penganut Hindu-Budha menyebarkan agama
mereka di Nusantara.

• Penhijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku

secara besar-besaran mulai tahun 1840-an dan
tumpuan masyarakat India ialah di kawasan-kawasan
utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri
Sembilan.

• Catatan menunjukkan 90% daripada golongan

penghijrah ialah orang Tamiil yang berasal dari Chennai,
manakala yang selebihnya ialah Telegu dan Malayalam.

• Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan

Ceylon.

• Kumpulan etnik yang terbesar ialah orang Tamil yang

membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India
di Tanah Melayu sementara orang Malayati meliputi 7%
dan orang Telegu pula berjumlah 4%.

• Sistem yang paling popular dalam usaha membawa

masuk buruh-buruh India ialah Sistem Kangani.

• Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja

di Tanah Melayu dan pulang ke India perlu mencari
buruh-buruh baharu untuk bekerja dengannya di Tanah
Melayu dan oaring ini dipanggil Kangani.

• Namun, sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.

KOMPOSISI DAN TABURAN
PENDUDUK SEBELUM MERDEKA

• Penduduk India di Semenanjung Tanah Melayu

antara tahun 1911-1931.

Wilayah/Tahun 1911 1921 1931
Negeri-negeri selat 82,055 104,628 132,277
Negeri-negeri Melayu Bersekutu 172,465 305,219 397,996
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 12,639 61,781 110,951
Jumlah 267,159 471,628 623,224

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK
Di MALAYSIA

Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat
yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di
mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-
kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial, menurut
J.S.Furnivall (1939). Oleh itu, ia telah mewujudkan
kelompok-kelompok yang terdiri daripada pelbagai ragam
dalam satu kelompok unit politik. Kelompok-kelompok
pelbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu
bercampur tetapi tidak bergabung tambah J.S.Furnivall
lagi. Agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara –
cara kehidupan sendiri adalah ciri-ciri pegangan kuat
setiap kelompok. Masyarakat majmuk yang terdiri
daripada pelbagai komuniti hidup secara berdekatan
tetapi terpisah dalam unit politik yang sama. Dalam
bidang ekonomi pula, sistem pembahagian buruh adalah
berasaskan ras di mana setiap ras dalam masyarakat itu
mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan.

Jenis- Jenis Masyarakat
Majmuk Berdasarkan

Agama Dan Kepercayaan

AGAMA

Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza
mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan
sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat
dibahagi kepada 2 jenis :

1. Agama Monoteisme
merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni
mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.

2. Agama Politeisme
merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud
secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh
berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya,
agama Hindu, Agama Rakyat China.

Kepentingan Masyarakat Majmuk Terpelihara adalah
memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah
yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya

KEPERCAYAAN

secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap
sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh
kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh
perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang
berkenaan.

Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah
sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam
konteks ini, kepercayaan dikenali
sebagai Akidah ataupun Iman.

Cth;
Malaysia - masyarakat pelbagai bangsa yang hidup dalam
suasana harmoni dan aman damai.

masyarakat majmuk, keadilan sosial, kesaksamaan ekonomi,
demokrasi berpolitik dan liberalisme budaya.
Gerakan percaya dan yakin dlm untuk membangunkan
sesebuah masyarakat.

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

Konsep masyarakat majmuk mula dipelopori oleh
seorang pakar antropologi iaitu J.S
Furnivall berdasarkan kajian yang dibuatnya
di Indonesia dan Burma (Myanmar) pada tahun 1948.
Konsep ini digunakan secara khusus untuk merujuk
kepada masyarakat tropika yang berada di bawah kuasa
penjajah dengan bercirikan perpecahan dan konflik
antara kelompok yang berlainan keturunan di bawah satu
sistem politik.
Menurut beliau, masyarakat majmuk merujuk kepada
masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun
campuran ini dalam erti kata yang sebenar bergaul, tetapi
tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama
dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara
hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup
bersebelahan, tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari
segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan
mengikut kaum dan etnik.

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

Menurut pandangan seorang penulis sejarah, penduduk di Tanah

Melayu sebelum merdeka digambarkan sebagai hampir tidak

mempunyai sebarang persamaan dalam setiap perkara hidup

mereka, melainkan mereka tinggal di dalam sesebuah

negara.

Dalam konteks memahami kerangka masyarakat Malaysia

beberapa konsep perlu diteliti serta difahami untuk memudahkan

pemahaman tentang perkara tersebut. Antaranya

konsep masyarakat majmuk dan masyarakat pelbagai kaum.

Menurut J.S Furnival, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang

hidup berdampingan, tetapi berlainan dalam satu entiti

politik. Walaupun pendapat Furnival itu mengambil contoh Burma

dan Indonesia tetapi sebenarnya perkara yang sama juga turut

berlaku di sekitar Tanah Melayu.

Dengan kata lain, pendapat Furnival itu dapat difahami sebagai

satu masyarakat yang hidup bersama tetapi tidak bersatu. Setiap

kaum mempunyai bahasa, budaya, agama dan nilai pemikiran

yang berbeza. Setiap perhubungan itu lebih bersifat ekonomi iaitu

dalam urusan jual beli.

Masyarakat pelbagai kaum yang tidak lagi dicirikan oleh

perbezaan yang besar di kalangan mereka. Ini bermakna

masyarakat kepelbagaian mempunyai ciri-ciri yang berlawanan

dengan ciri-ciri masyarakat majmuk.

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK DI

MALAYSIA

Pelbagai jenis manusia

Bercampur tetapi tidak bersatu

Berdekatan tetapi berpisah
dalam sistem politik yang sama
atau penempatan berasingan

Berpegang kepada budaya,
agama, bahasa, idea, dan
kaedah sendiri

Bergaul tetapi tidak bercantum

Pengasingan pekerjaan
mengikut kaum

FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TERBINANYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

MASYARAKAT MELAYU

Kedatangan orang Melayu daripada
Indonesia ke Tanah Melayu disebabkan

beberapa faktor :

1. Kemiskinan.
2. Kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi

di Tanah Melayu.
3. Ciri-ciri penduduk Tanah Melayu.
4. Kestabilan politik di Tanah Melayu.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TERBINANYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

MASYARAKAT CINA

Kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu disebabkan beberapa faktor :

1. Masyarakat Cina daripada negara China
ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan.

2. Menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk
daripada pengaruh masyarakat Cina yang
semakin bertambah.

3. Kemudahan untuk berhijrah.
4. Pertumbuhan perusahaan bijih timah dan

getah.
5. Kestabilan politik di Tanah Melayu
6. Membentuk masyarakat baru iaitu Baba

Nyonya dan Cina Muslim.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TERBINANYA MASYARAKAT DI MALAYSIA

MASYARAKAT INDIA

Kedatangan orang India ke Tanah
Melayu disebabkan beberapa faktor :

1. Negara India dilanda kemiskinan dan
kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah.

2. Migran datang sejak pembukaan
Pulau Pinang oleh Inggeris.

3. Bilangan mereka kecil dan bertambah
setelah Inggeris berjaya menguasai
negeri-negeri Melayu.

KELEBIHAN MEMPUNYAI
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Mengajar Membentuk
individu bertolak perpaduan
rakyat berbilang
ansur
kaum

Menerapkan sivik Membentuk rasa
dan hormat kepada

kewarganegaraan kebudaya
individu berbeza

Membentuk Merasai dan
meningkatkan menyaksikan
prestasi,kemahiran maknan,pakaian,dan
dan pengetahuan adat tradisi kaum

Mengenali
adat resam
kaum lain

keburukkan jika tidak
mempunyai masyarkat

majmuk

● Perkembangan ● Politik dalam negara

ekonomi negara tidak stabil
perlahan

● Tidak dapat

meningkatkan
perpaduan antara
masyarakat majmuk

Strategi meningkatkan
semangat perpaduan antara
masyarakat majmuk

1. Hindari sebarang tindakan yg boleh menceus
provokasi kaum

2. Meraikan hari perayaan kaum bersama-sama
-kunjung mengunjungi antara satu sama lain
-mengeratkan silaturahim antara kaum
-memahami perayaan masing-masing
-makan dan minum Bersama

3. Melakukan aktiviti dan sukan bersama

4. Media massa yg menyebarkan mesej positif tentang
kepentingan perpaduan

Rumusan

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur
kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah
ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang
ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan negara saya
kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan
tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman
dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang
besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya ukhuwah
dan rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara
ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara
yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang
pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan
menyerap sebarang perbezaan baik agama , budaya , bahasa
dan adat kepercayaan .

SUMBER RUJUKAN
▪ https://anyflip.com/dayrg/oeff/basic
▪ https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-

majmuk-di-malaysia/

▪ http://thipasha.blogspot.com/2015/03/konsep-masyarakat-majmuk-di-malaysia.html
▪ http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/10/pengenalan.html
▪ http://ohmypengajianadui.blogspot.com/2015/09/sejarah-latar-belakang-

pembentukan.html

▪ http://pengajianmalaysiadep1b.blogspot.com/2014/09/rumusan.html
▪ http://dee1akemasyarakatandanperpaduan.blogspot.com/
▪ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/786274/3-objektif-utama-dasar-

perpaduan-negara-pm

▪ https://www.scribd.com/embeds/319335741/content?start_page=1&view_mode=scroll

&access_key=key-fFexxf7r1bzEfW

▪ https://balebaleblogs.blogspot.com/2020/06/ciri-ciri-masyarakat-majmuk-di-

malaysia.html

▪ http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/08/bab-1-pengenalan-padatahun-

1948-seorang.html

▪ https://www.pressreader.com/
▪ https://www.coursehero.com/file/41155201/41pptx/
▪ http://girlshuhu.blogspot.com/2015/08/komposisi-dan-taburan-penduduk-sebelum.htm
▪ https://www.penerangan.gov.my/japenv2/index.php/2020/03/18/


Click to View FlipBook Version