SMK KHIR JOHARI,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
TEKS UCAPAN
ENCIK MOHD ISA BIN ABU BAKAR
PENGETUA CEMERLANG
SMK KHIR JOHARI
SEMPENA
MAJLIS APRESIASI
DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN
TAHUN 2022
Tarikh : 12 November 2022
(Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : D1ewan K’Josa
Yang Berusaha saudari pengacara majlis,
Yang Berbahagia Yang Dipertua Majlis Pengetua Malaysia Negeri
Kedah Darulaman, Tuan Haji Yazi bin Yusof,
Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, Encik Rhymizafri Bin Abd.
Rahim,
Yang Berusaha Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Khozari Bin
Othman,
Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mat Juhari Bin Hussain,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Rosli Bin Yaacob,
Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Syariza Binti Salleh,
Penolong Kanan Tingkatan 6, Encik Ahmad Yazi Bin Seraj ,
Penolong Kanan Kokurikulum Tingkatan 6, Encik Mazlan Bin
Mansor,
Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru kaunselor,
Guru-guru, para ibu bapa dan hadirin sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat
sejahtera.
2
Saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah swt atas
limpah perkenan-Nya, dapat kita bersama-sama dalam Majlis
Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SMK Khir Johari bagi
tahun 2022 ini.
Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan tetamu
terhormat kita, Yang Berbahagia Tuan Haji Yazi bin Yusof serta
ibu bapa sekalian yang sudi menghadiri majlis ini di samping
kesibukan dan tuntutan tanggungjawab yang tidak putus-putus.
Kehadiran ini menjadi bukti padunya sokongan Yang Berbahagia
Tuan Haji dan ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak pelajar.
Setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan
keprihatinan semua pihak dalam menjayakan majlis ini.
Bagi pihak PIBG sekolah, saya yakin kehadiran kita akan dapat
tambah menyemarakkan semangat ibu bapa untuk terlibat secara
aktif dalam program-program sekolah. Gemblengan tenaga
profesional guru-guru SMK Khir Johari dan ibu bapa yang prihatin
dan peduli atas kecemerlangan anak-anak, semoga menjadi
pemangkin kecemerlangan yang berterusan. Anak-anak pelajar
yang diraikan, semoga semarak semangat terus membara
mencipta kegemilangan keluarga. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada pelajar-pelajar hari ini.
3
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Pada hari ini, kita mendapati peranan pendidikan melibatkan
semua aspek iaitu akademik, sahsiah dan kokurikulum. Setiap
pelajar mestilah menyiapkan diri untuk menyerlahkan potensi
terbaik aspek-aspek tersebut tanpa jemu dan ragu.
Semoga semua pihak sudi memberikan kerjasama dengan warga
sekolah untuk membantu SMK Khir Johari ke arah kecemerlangan
pendidikan. Semoga ini bukan hanya angan-angan kosong
semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya
bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan.
Tuan/Puan dan hadirin sekalian,
Sehingga hari ini, jumlah pelajar di SMK Khir Johari ialah seramai
1276 orang iaitu 1092 orang dalam aliran perdana dan 184 orang
pelajar tingkatan 6.
i. Berikut ialah enrolmen keseluruhan pelajar mengikut
tingkatan :
4
Tingkatan 1 – 224
Tingkatan 2 – 206
Tingkatan 3 – 214
Tingkatan 4 – 247
Tingkatan 5 – 201
Tingkatan 6A – 96
Tingkatan 6R - 88
Sekolah ini juga mempunyai asrama dan berikut ialah maklumat
berkaitan asrama sekolah :
● WARDEN ASRAMA : KETUA WARDEN – 1 ORANG
WARDEN – 5 ORANG
● BILANGAN DORM : ASPURI – 7 BUAH
ASPURA – 6 BUAH
● BILANGAN BILIK PREP : ASPURI – 6 BUAH
ASPURA – 1 BUAH
Enrolmen pelajar asrama
TING LELAKI PEREMPUAN BILANGAN
1 15 30 45
2 21 20 41
3 7 18 25
4 13 35 48
5 8 14 22
1 6 7
6 ATAS 2 11 13
6 RENDAH
67 134 201
JUMLAH
5
Tuan-tuan, puan-puan dan hadirin sekalian,
Kecemerlangan sesebuah organisasi atau sekolah ialah padunya
kerjasama 3 unit penting iaitu kurikulum, HEM dan kokurikulum.
Unit - unit ini perlu bergerak bersama dan seiring. Sehubungan
dengan itu, pihak sekolah telah merancang banyak program untuk
membantu perkembangan kurikulum murid-murid secara intensif.
Program secara lebih spesifik telah dirancang dalam panitia
masing-masing mengikut tingkatan. Di sini saya lebih fokus kepada
program untuk pelajar SPM dan STPM pada tahun ini.
Antara program yang telah dijalankan untuk pelajar tingkatan 5
ialah :
i. Dialog Prestasi
ii. Progam Menggilap Permata Waris Pelajar SPM bersama
Pengetua
iii. Majlis Aku Janji (Kumpulan Mutiara)
iv. Bengkel Kecemerlangan Akademik (Kumpulan Permata,
Belian, Akik)
v. Perjumpaan Pengetua bersama Pelajar SPM (Harapan
LULUS mata pelajaran Sejarah)
6
vi. Perjumpaan Pengetua bersama pelajar SPM (Harapan
LULUS mata pelajaran Sains)
vii. Program Tuisyen PINTAR (Kumpulan INTAN)
viii. Bengkel/Ceramah Teknik Menjawab dan Kelas Fajar :
1) Pendidikan Moral (5UM, 5USM, 5UUM, 5UPM, 5UiTM)
2) Sains (5 UPSI)
3) Sejarah (Modul KA@MPOI & Modul HOT)
4) Bahasa Melayu (Kertas 1 dan kertas 2)
Antara program yang masih dalam perancangan kepada pelajar
tingkatan 5 ialah :
i. Kem Kecemerlangan Akademik (Kumpulan Mutiara)
13 dan 14 Disember 2022
ii. Kem Kecemerlangan Akademik (Kumpulan Berlian)
13, 14 dan 15 Disember 2022
iii. Kem Kecemerlangan Akademik (Kumpulan Permata)
18, 19 dan 20 Disember 2022
iv. Kem Kecemerlangan Akademik (Kumpulan AKIK)
20, 21 dan 22 Disember 2022
v. Kem Kecemerlangan Akademik (Kumpulan Mutiara)
27, 28 dan 29 Disember 2022
vi. Teknik-teknik menjawab setiap mata pelajaran
7
Untuk makluman semua, berikut adalah penetapan Headcount
untuk SPM 2022/23. Penetapan Headcount ini bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian akademik semasa (TOV) setiap
pelajar, mengenal pasti keupayaan sebenar pelajar (OTI)
seterusnya membantu pelajar menentukan target pencapaian
secara objektif (ETR). Selain itu, kita juga sedang bergerak ke
arah menjayakan visi dan misi untuk menjadi sekolah yang dapat
menjana pencapaian GPS 4.00 dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) melalui peningkatan profesionalisme guru,
mempelbagaikan kaedah PdPc serta menyediakan prasarana
yang kondusif.
Berikut ialah pencapaian SPM dan sasaran ETR SPM sesi 2022/23
JENIS KPI TREND PRESTASI SASARAN
SEMASA
GPS PENCAPAIAN JUM.CALON
LAYAK SIJIL
% LULUS 2019 2020 2021 203 TOV OTR1 AR1 OTR2 AR2 ETR
203 5.86 5.3 5.81 4.8 5.74 3.74
STRAIGHT A’S 4.55 4.64 4.4 203 139 155 149 181 151 100
STRAIGHT A+ 203 27 64 24 100 39 173
93.78 97.06 97.42 203 324
2 000 3 5
74.69 71.69 67.81 0 0 3
40 1
00 0
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai tempat untuk pelajar
STPM, pihak sekolah turut menekankan pencapaian cemerlang
STPM. Semua kepakaran digembleng untuk mencatat keputusan
8
peperiksaan yang membanggakan. Untuk makluman hadirin
semua, keputusan STPM 2021 yang lalu adalah sangat
menggembirakan apabila seramai 5 orang pelajar telah
memperolehi keputusan 4.0; pencapaian terbaik peringkat STPM.
Berikut ialah rumusan keseluruhan keputusan STPM yang saya
maksudkan.
ITEM Keputusan Keputusan PENCAPAIAN
Keseluruhan STPM
Keseluruhan STPM +0.23
2021 (ETR) +4
2020 (TOV) 3.01 +2
5
GPS 2.78 6 +0.81
98.7 -nil
Bil Calon 4+ 1 77
Bilangan Calon 4 A/A- 4
% Lulus 97.89
Bil. Calon 95
Kita akan terus mencabar para pelajar tingkatan 6 untuk
mencatatkan kejayaan yang lebih gemilang. Sehubungan dengan
itu, ETR STPM sesi 2022 ditetapkan seperti berikut :
BIL ITEM TOV ETR (Sasaran)
STPM 2021
1. GPS 3.01 3.15
2. Bil Calon 4+ 5 11
3. Bil Calon 4 A/A- 6 11
4. Bil Calon Lulus 76 98.70 96 100.00
(Mendapan minimum 1P)
5. Bil Calon 77 - 96 -
9
Antara program yang telah dijalankan untuk pelajar tingkatan 6
ialah :
i. Dialog Prestasi STPM
ii. Program Kecemerlangan Berfokus
1) Guru Muda
2) Program Mentor-Mentee
iii. Program Kelas Intensif
iv. Program Budaya Pembelajaran (Ujian Topikal)
v. Program Aplikasi Modul Pembelajaran Efektif dan Kerja
Kursus
vi. Program Folio Gemilang
vii. Program Ceramah/Bengkel Teknik Menjawab
viii. Program Gempur STPM
ix. Program Pecutan Akhir
x. Program Motivasi dan Penghargaan Pelajar
Tuan/Puan dan hadirin sekalian,
Pengurusan Hal Ehwal Murid ( HEM ) telah menggariskan 2
bidang keberhasilan utama iaitu;
Pertama : berkaitan bidang peningkatan pengurusan sumber
manusia. Objektifnya adalah untuk memantapkan pengurusan
10
sumber manusia dalam keselamatan sekolah, di samping
meningkatkan penglibatan komuniti dalam program sekolah.
Kedua : bidang berkaitan peningkatan pengurusan HEM.
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kehadiran murid ke
sekolah, meningkatkan tahap disiplin murid dan meningkatkan
tahap kemenjadian murid dalam aspek sahsiah dan kepimpinan.
Kerjasama semua guru amat diperlukan untuk membantu unit
HEM mencapai objektif yang diharapkan.
Tuan/Puan dan hadirin sekalian,
Dalam meniti era tanpa sempadan, pihak sekolah semakin giat
menjalankan aktiviti demi memperoleh kejayaan yang memberi
manfaat kepada murid. Semua sekolah di Malaysia mewajibkan
para pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang
memberi 1001 manfaat dan kepentingan. Kokurikulum bermaksud
aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan selepas masa
pembelajaran dan pemudahcaraan. Semua aktiviti kokurikulum ini
akan memberi pelbagai kepentingan dan kebaikan kepada pelajar
demi masa depan mereka.
Justeru itu, saya juga ingin berkongsi maklumat berkaitan unit
kokurikulum di sekolah ini.
11
Perjumpaan kokurikulum bagi Unit Beruniform, Persatuan dan
Kelab serta Unit Sukan dan Permainan adalah sebanyak 10 kali.
Surat makluman juga telah diedarkan kepada murid untuk
makluman ibu bapa.
BI UNIT KELAB / SUKAN /
L UNIFORM PERSATUAN PERMAINAN
1 PENDAFTARAN ONLINE KOKURIKULUM
(31 MAC 2022)
2 6 APRIL 13 APRIL 20 APRIL
3 11 MEI 18 MEI 27 APRIL
4 15 JUN 1 JUN 16 JUN
5 6 JULAI 29 JUN 30 JUN
6 27 JULAI 3 OGOS 10 OGOS
7 20 JULAI 13 JULAI 28 SEPT
8 14 SEPT 21 SEPT 19 OKT
9 5 OKT 12 OKT 9 NOV
10 26 OKT 2 NOV 30 NOV
⮚ Berikut adalah takwim aktiviti kokurikulum yang telah
dirancang :
12
1. 3 Ogos 2022 – Kursus Kepimpinan dan Fail
Kokurikulum kepada Pengerusi dan Setiausaha Unit
(u.p Penyelaras Kelab Persatuan)
2. Sepanjang Julai – Latihan Rumah Sukan
3. 20 – 23 Jun 2022 - Sukantara
4. 26 – 30 Jun 2022 – Acara Separuh Akhir dan Acara
Akhir serta Raptai Kejohanan Sukan
5. 30 Jun 2022 - Kejohanan Sukan Tahunan
6. Sepanjang bulan Ogos – Pertandingan Bulan
Kemerdekaan (u.p KP Sejarah)
7. 27 Oktober 2022 – Perkhemahan Perdana (u.p
Penyelaras Badan Uniform)
8. 12 November 2022 – Majlis Apresiasi Kokurikulum dan
HEM
⮚ GPS PAJSK 2022 ialah 2.40 berbanding 2.43 pada
tahun 2021.
● Semua unit kokurikulum perlu melaksanakan sekurang-
kurang 2 pertandingan dalam unit masing-masing bagi
memberi peluang kepada murid mendapat markah dalam
PAJSK di peringkat sekolah.
● Pada tahun ini, pencapaian pelajar dalam bidang
kokurikulum sangat memberangsangkan.
13
Tahniah diucapkan kepada anak-anak yang berjaya memperoleh
kejayaan dalam bidang kokurikulum pada tahun ini. Setelah hampir
2 tahun tiada aktiviti bersemuka, sesi 2022 membuka gelanggang
megahnya. Pelbagai pertandingan dan aktiviti berjaya dijalankan
dan mendapat maklum balas yang sangat membanggakan
daripada pelajar. Beberapa kejayaan telah dibuktikan oleh pelajar
sehingga mencapai kejayaan di peringkat negeri dan kebangsaan.
Berikut ialah pelajar yang berjaya melakar nama dalam
pertandingan pelbagai lapangan dengan catatan kejayaan
sehingga peringkat kebangsaan :
A. Peringkat Kebangsaan
Bi Pertandingan Keduduka
l Nama n
Anugerah Nilam Pendidikan
YOUSEF MOHD Khas Peringkat Ketiga
1 HAZRIL Kebangsaan
MUNIF@OMAR Silat Peringkat Kebangsaan Emas
PUTERI NUR
2 ARIANNA BT. Silat Peringkat Kebangsaan Gangsa
SHAHAFIZAN
MUHAMMAD Kem Pendidikan Marin
3 KAISAN USAID B. Pengakap Laut peringkat
ABDULLAH
Kebangsaan
MUHAMMAD
4
IRFAN DANISH
14
MUHAMMAD Merentas Desa MSSK Kedua
5 AIMAN BIN MOHD Bola sepak MSSM
Bola sepak MSSM
ZAIDI Bola sepak MSSM
MUHAMMAD AFIQ Bola sepak MSSM
6 DANISH MOHD.
LUTFI Boling Tenpin MSSM
MUHAMMAD Olahraga MSSM
7 DANISH
NOORIZAN BOLA BALING MSSM
MUHAMMAD ALIF
8
NAJMIE
MUHAMMAD
AJWAD
9 ASAMUDDIN
MUHAMMAD
ISYRAF DANISH
10 BIN HAFIZAN
MUHAMMAD
11 AIMAN ZAIDI
MUHAMMAD FAIZ
FARHAN B
12 SHUHAIMI
B. Peringkat Negeri : Pertandingan Kedudukan
Pertandingan Papan Ikatan Ketiga
Bil Nama
100 tahun pengakap
MOHD LUTFIL Peringkat Negeri
1
HADI
15
2 IRFAN DANISH Pertandingan Papan Ikatan Ketiga
100 tahun pengakap Ketiga
3 FATIN NUR AIN Peringkat Negeri Ketiga
Emas
NYLEA ADRIANA Pertandingan Papan Ikatan Emas
4 MOHAMED 100 tahun pengakap Emas
Peringkat Negeri Emas
KAMEL Pertandingan Melukis Emas
MUHAMMAD Emas
5 Poster Peringkat Negeri Gangsa
AIMAN ZAIDI Olahraga MSSK Ketiga
MUHAMMAD
6 HARIS BIN Olahraga MSSK
SHAHRIL
NIK SHAFIQ Olahraga MSSK
7 QADIMI BIN NIK
QAUSBEE Olahraga MSSK
MUHAMMAD
8 Olahraga MSSK
AIMAN ZAIDI
MUHAMMAD Olahraga MSSK
9 HARIS BIN
SHAHRIL Olahraga MSSK
NIK SHAFIQ Akuatik MSSK
10 QADIMI BIN NIK
QAUSBEE
MUHAMMAD
11
AIMAN ZAIDI
MUHAMMAD
12
AKMAL NAUFAL
16
MUHAMMAD Memanah MSSK Naib Johan
13 AFFIQ SYAZWAN
Memanah MSSK Naib Johan
BIN AZLAN
MUHAMMAD Hoki MSSK Johan
14 RAJAUDIN
AZFAR ATHAR Hoki MSSK Johan
AMIR HAKIMI
15 Hoki MSSK Johan
MOHD IZUAN
TAUFIQ Hoki MSSK Johan Johan
16 IZZUDDIN MOHD
NOR Hoki MSSK Naib Johan Naib Johan
PUTERA AHMAD
17 SAJAK KARNIVAL Naib Johan
IZDIHAR YUSUFF BAHASA PERINGKAT Ketiga
HARIES SHAFI
18 NEGERI-naib johan
ILMI PIDATO KARNIVAL
DAMIA QISTINA BAHASA PERINGKAT
19
MOHD FISAL NEGERI-ketiga
SHAFFI AKRAM TENPIN BOLING MSSK- Kedua
20 ke2
BIN SHAHARIZAL TENPIN BOLING MSSK- ketiga
ke3
21 NEMILA RAJ
TENPIN BOLING MSSK- Johan(beregu
MUHAMMAD
22 ISYRAF DANISH beregu Johan )
BIN HAFIZAN
NUR ALYA
23 BATRISYIA BT
MOHD SHUKRI
HARIS BIN
24
HISHAM
17
YOUSEF MOHD Anugerah Nilam Pendidikan Johan
25 HAZRIL Khas Peringkat Negeri
MUNIF@OMAR
Inilah sebahagian anak-anak yang kita raikan. Syabas dan tahniah
atas kejayaan. Semoga kekal bersemangat dan berjaya selalu.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Untuk makluman semua, banyak program pembangunan sekolah
dan penambahbaikan infrakstruktur sedang dalam pelaksanaan.
Antara penambahbaikan tersebut ialah proses pendawaian semula
elektrik seluruh sekolah. Pihak sekolah sedang menunggu
keputusan kelulusan untuk memulakan gerak kerjanya.
Berikut adalah antara tindakan yang sedang ditambah baik.
1. Bangunan lama berdekatan pondok jaga telah mendapat
kelulusan untuk dirobohkan dan perkara tersebut telah
selesai dilaksanakan.
2. Dewan makan asrama masih dalam proses baik pulih.
Dengan ini, saya berharap permohonan yang telah dibuat akan
mendapat perhatian dan kelulusan pihak berkuasa dalam kadar
segera. Pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur ini
18
adalah demi kemaslahatan, keselesaan, keselamatan seterusnya
kecemerlangan SMK Khir Johari. Semoga semua gerak kerja ini
dipermudah , amiinn.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua hadirin kerana sudi bersama-sama berada dalam majlis ini.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
19