PROTOKOL MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI Disediakan oleh : RAFIZAH BINTI RAMLI PENYELARAS PROTOKOL SKPA 2 2024 SEKOLAH KEBANGSAAN PUNCAK ALAM 2
ISI KANDUNGAN • Pendahuluan • Kedudukan Guru • Aturcara Majlis • Pakaian Rasmi • Pengacara Majlis (Pengawas) • Teks Ucapan Pengacara Majlis (Pengawas) • Ikrar • Doa • Lagu Negaraku/ Lagu Negeri/Lagu Sekolah • Guru Bertugas • Teks Ucapan Pengerusi • Tasbih Kifarah • Penutup
PENDAHULUAN.. • Majlis perhimpunan rasmi sekolah merupakan acara rasmi (formal) yang diadakan pada hari persekolahan setiap hari Isnin. Bagi sesi pagi dan petang, perhimpunan diadakan pada waktu pertama. • Kehadiran dan penyertaan guru dalam majlis tersebut adalah wajib. Kehadiran guru perlu dicatatkan dalam rekod kehadiran perhimpunan.
Ketika perhimpunan rasmi diadakan, guru diminta berada di tapak perhimpunan dalam kedudukan seperti berikut : 1. Duduk di barisan hadapan ( Pentadbir sekolah, Penyelaras aliran, Guru Media, Guru UBK) 2. Duduk di barisan kedua dan ketiga ( Penyelaras aliran, Ketua Panitia, Ketua Unit, S/U Peperiksaan, S/U Akademik, S/U HEM/ S/U Koko) 3. Duduk di barisan belakang ( Guru-guru yang lain sekiranya tiada ruang di barisan hadapan) UBK PK2 GB PK1 PK3 MEDIA KEDUDUKAN GURU BARIS 2 BARIS 4 BARIS 3 P4 P6 P5 ( P = Penyelaras )
Susunan perjalanan majlis perhimpunan rasmi adalah seperti berikut : • Murid-murid mengambil tempat di tapak perhimpunan • Guru-guru dan pentadbir mengambil tempat • Pengacara majlis (pengawas bertugas) memulakan majlis • Nyanyian Lagu Negaraku • Nyanyian Lagu Negeri Selangor • Nyanyian Lagu Sekolah • Ikrar (pengawas) • Doa (pengawas) • Ucapan guru bertugas - pesanan dan pengumuman - penyampaian hadiah dan sijil - persembahan • Ucapan guru disiplin • Ucapan guru besar / pentadbir / penyelia petang • Ucapan YDP PIBG ( sekiranya ada) • Ucapan penutup & tasbih kifarah • Bersurai ATURCARA MAJLIS
PAKAIAN RASMI KE PEJABAT / SEKOLAH ETIKA PEMAKAIAN BAJU KEMEJA LELAKI • Baju kemeja berwarna putih / cerah . • Berlengan Panjang berbutang dan berkolar • Baju dimasukkan ke dalam dan tangan baju tidak dilipat. • Kolar dibutangkan • Memakai tanda nama • Memakai tali leher • Tali leher di atas @ mencecah kepala tali pinggang . • Seluar Panjang ‘slack’ berwarna hitam atau gelap. (disesuaikan dengan warna baju dan tali leher. • Memakai kasut bertutup. ETIKA PEMAKAIAN BAJU KURUNG • Tidak mencolok mata dan menutup aurat. • Memakai baju kurung (baju kebangsaan) • kemas dan selesa serta longgar. • Dilarang memakai pakaian yang ketat, terlalu beropol dan fesyen yang pelik. • Memakai tanda nama disebelah bahu kiri • Bertudung kemas. • Memakai kasut bertutup dan bertumit.
ETIKA PEMAKAIAN BLAZER 1. Lelaki: • Dicadangkan memakai kemeja putih dan blazer. • Memakai tali leher berwarna merah. • Dipadankan dengan seluar ‘slack’ berwarna hitam. • Memakai tanda nama disebelah kiri. • Memakai kasut hitam bertutup . 2. Perempuan : • Dicadangkan memakai kemeja putih /blouse putih dan blazer • Dicadangkan memakai tudung berwarna merah. • Memakai skirt hitam atau seluar htam. • Memakai tanda nama di sebelah kiri. • Memakai kasut hitam bertutup dan bertumit 2 inci. 3. Syarat pemakaian blazer • Mengenakan blazer dengan pakaian kebangsaan (baju kurung) merupakan etika pemakaian yang salah • Bagi majlis rasmi blazer mesti mempunyai butang, blazer tanpa butang untuk pergi berjalan-jalan. • kancingkan butang baju. Biarkan butang yang paling bawah dibuka. • Bahu blazer betul-betul terletak pada bahu. ( jangan terlebih dan terangkat) • Labuh lengan tidak terlalu panjang atau terlalu singkat. • Membuka butang baju Ketika duduk. Jika berdiri kancingkan semula.
LAMPIRAN BERGAMBAR ETIKA PEMAKAIAN PENJAWAT AWAM Baju melayu & seluar slack (x)
LAMPIRAN BERGAMBAR ETIKA PEMAKAIAN PENJAWAT AWAM TATACARA PEMAKAIAN BAJU GURU SETIAP HARI ISNIN (SKPA2)- Cadangan daripada Puan Hairuzi binti Miskun (Penolong Kanan Pentadbiran) MINGGU 1 : Lelaki : Kemeja putih@hitam & pakai blazer Perempuan : Blouse putih @ kemeja putih, tudung merah & pakai blazer. MINGGU 2,4 & 5 : Lelaki : Baju Kemeja & blazer Perempuan : Baju Kurung & blazer MINGGU 3 : Baju Unit Uniform
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS BERTUGAS PENGACARA MAJLIS • Seorang pengawas mengikut jadual yang ditetapkan. • Bersedia 10 minit sebelum perhimpunan bermula. • Mengenalpasti nama pengawas bertugas bagi bacaan doa dan ikrar. • Mengenalpasti guru bertugas dan guru yang ingin berucap. • Mengenalpasti pentadbir yang hadir. • Membaca teks dengan jelas, intonasi yang betul dan teratur. MEMIMPIN BACAAN IKRAR • Seorang pengawas bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. • Bersedia 10 minit sebelum perhimpunan bermula. • Mengetuai bacaan ikrar murid dengan sebutan yang jelas, intonasi dan teratur. MEMIMPIN BACAAN DOA • Seorang pengawas lelaki bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. • Bersedia 10 minit sebelum perhimpunan bermula. • Mengetuai bacaan doa dengan sebutan yang betul dan jelas.
TANGGUNGJAWAB PENGAWAS BERTUGAS BENDERA • Seorang pengawas lelaki bertugas mengikut jadual yang ditetapkan. • Memastikan bendera sudah sedia 10 minit sebelum perhimpunan bermula. • Memastikan bendera dinaikkan seiring dengan lagu. • Berdiri tegak dan menaikkan bendera penuh hormat. KAWALAN DISILPIN • Pengawqas bertugas di bahagian belakang barisan kelas murid. ( duduk sekiranya diarahkan oleh guru bertugas). • Memastikan barisan kelas lurus, senyap dan dalam keadaan terkawal. • Menegur murid yang berbuat bising, berbual dan bermain semasa perhimpunan berlansung. • Melaporkan kepada ketua guru yang mengendalikan bahagian barisan murid jika kesalahan berulang/ kerap. TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS ( PENGAWAS BERTUGAS) https://drive.google.com/file/d/1jlqW1GSHyct0p4pIwREAFXgRBmrbfWYv/view?usp=sharing TEKS BACAAN IKRAR https://drive.google.com/file/d/145fK5xlSMpOdTBjps20vNfDZNFpj6gw5/view?usp=sharing TEKS BACAAN DOA https://drive.google.com/file/d/1WXowO1bqntrU_3io3axiOxs8hJS4cIhF/view?usp=sharing
LAGU NEGARA KU LAGU NEGERI SELANGOR LAGU SEKOLAH (PUNCAK GEMILANG) Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu dan maju, Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan, Raja Kita, Selamat bertakhta Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan, Raja Kita, Selamat bertakhta Duli Yang Maha Mulia, Selamat Di Atas Takhta, Allah Lanjutkan Usia Tuanku, Rakyat Mohon Restu, Bawah Duli Tuanku, Bahagia Selamalamanya, Aman dan Sentosa Duli Yang Maha Mulia Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, Di sini kejayaan ditempa Menuju ke puncak jaya Cemerlang di bidang pelajaran, Gemilang dalam segala lapangan, Terbilang itu satu wawasan, Itu ikrar kami, Jati diri Tonggak kejayaan kami, Berdisiplin dan berwawasan, SK Puncak Alam 2, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang SK Puncak Alam 2 LAGU PERHIMPUNAN
TANGGUNGJAWAB KETUA GURU BERTUGAS PENYELARAS BAHAGIAN ATAS PENTAS Menyelaras kelancaran atur cara majlis perhimpunan. PENYELARAS BAHAGIAN BAWAH ( KAWASAN MURID) Menyelaras kedudukan pengawas dan memastikan keadaan murid dalam keadaan terkawal. MENYEDIAKAN AGIHAN TUGASAN KUMPULAN GURU BERTUGAS Memastikan setiap ahli kumpulan guru bertugas melaksanakan tugasan yang diberi. Contoh jadual guru bertugas : https://drive.google.com/file/d/1ZiphYdu1qrBPggGkA bXTrQKtNfxWnF3z/view?usp=sharing
TANGGUNGJAWAB KETUA GURU BERTUGAS Selaku ketua kumpulan yang bertugas perlu melaksanakan persediaan rapi untuk perhimpunan : ✓ Memastikan perhimpunan bermula pada pukul 7.30 pagi tepat. ✓ Kerusi pentadbir & guru telah disusun awal dan rapi. ✓ Keadaan PA Sistem baik. ✓ Lagu yang dipasang tidak tersekat. ✓ Pengawas bertugas telah siap sedia. ✓ Penyuraian murid rapi dan tertib (selesai perhimpunan). ✓ Murid yang lewat terus diasingkan barisan di tepi dataran dan dicatat namanya oleh pengawas. ✓ Memastikan penyampaian ucapan hanya 3 pihak sahaja. Guru Disiplin memulakan ucapan sebelum guru besar sekiranya tiada tetamu. 1. Guru Besar /Pentadbir 2. YDP PIBG 3. Tetamu Kehormat /VVIP ✓ Melengkapkan laporan yang disediakan setiap hari.
AUDIO LAGU RASMI CONTOH TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS https://drive.google.com/file/d/1C2QcnOmym J0OLZBWUPdAoCZ3Sv8DBCLO/view?usp=shari ng
BACAAN TASBIH KIFARAH & SURAH AL-ASR (DOA PENUTUP MAJLIS)
MAKLUMAT TAMBAHAN 1. Sebarang ucapan atau pengumuman semasa perhimpunan perlu dimaklumkan kepada guru bertugas sebelum perhimpunan. 2. Jika ada majlis penyampaian hadiah atau sijil, guru berkenaan perlu bersedia dan memaklumkan kepad guru bertugas sebelun jam 7.30 pagi hari perhimpunan. 3. Guru berkaitan perlu memastikan penerima sijil/hadiah siap sedia naik ke pentas apabila nama disebut dan tidak menyebabkan majlis tertangguh kerana ketiadaan murid ataulambat naik ke pentas. 4. Guru bertugas perlu memastikan murid bersedia sebelum menyerahkan majlis perhimpunan kepada pengawas bertugas untuk memulakan majlis. 5. Guru tidak harus membuat sebarang pengumuman semasa peperiksaan sedang berlangsung. 6. Guru tidak dibenarkan meninggalkan majlis sehingga selesai.
MAKLUMAT TAMBAHAN LARANGAN PENGACARA MAJLIS/UCAPAN GURU BERTUGAS 1. Elakkan menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ . Seharusnya menggunakan kata ganti nama diri ‘majlis’ atau ‘kami’. Contoh : bagi pihak majlis, kami mengalu-alukan kehadiran…. / majlis ingin mengalu-alukan ketibaan…. 2. Dilarang berkata-kata kecil di mikrofon. Contoh : “alamak, lambat lagi ke nak habis”. 3. Tidak berjalan-jalan semasa majlis berlangsung. Tetap berada di tempat anda.
PENUTUP.… • Semoga makluman ini dapat menjadi panduan yang jelas tentang majlis perimpunan rasmi sekolah. Semua pihak diharap dapat mengambil perhatian yang sewajarnya ke atas perkaraperkara yang dinyatakan. • Sebarang pindaan ke atas makluman ini dan pembatalan ke atas majlis perhimpunan rasmi yang sepatutnya diadakan setiap minggu akan diberitahu dari semasa ke semasa.
SEKIAN… TERIMA KASIH