The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by siti nurshahadah, 2020-02-20 01:53:04

NUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE-47 SK OLAK LEMPIT TAHUN 2020

Buku Program Mesy PIBG 2020

SK OLAK LEMPIT

42700 BANTING, SELANGOR

DIRASMIKAN OLEH :
YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA DSPN, DGSM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA)

Tarikh :

Masa :

Tempat :

(14 muka termasuk kulit)

i

“Ya Allah
bukakanlah pintu hati kami
seperti mana orang-orang

yang arif dan
kurniakanlah kepada kami
kefahaman para Nabi, ilham
para malaikat yang begitu
hampir dengan rahmat-Mu.
Wahai Tuhan yang Maha

Pemurah lagi Maha
Penyayang

Ya Allah, ampunilah kami
dan ibu bapa kami, anak-
anak kami dan guru-guru
kami dalam agama dan
orang-orang yang memberi
nasihat baik kepada kami

dan orang-orang yang
mengajar kami dengan

berdoa
dan seterusnya kaum
mukminin dan mukminat
muslimin dan muslimat”.

1

2

3

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK OLAK LEMPIT 2019 / 2020

Bismillahirrahmannirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin-Nya kita dapat mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG SKOL bagi kali ke-47 pada hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepada
semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini.
Di sebalik kesibukan tugas harian, ibu bapa semua dapat juga mencuri masa untuk hadir. Tidak
dilupakan kepada para guru yang telah berusaha dengan gigih selama ini. Saya rasa berbesar hati dan
saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan prihatin semua ibubapa dan
guru-guru.
Peranan PIBG dalam membantu meningkatkan imej dan pencapaian sekolah memang tidak dapat
dinafikan lagi. Umumnya kita mengetahui bahawa PIBG yang kuat pastinya akan memberi manfaat
yang besar kepada sekolah. Selain daripada hasil kecemerlangan pengurusan sekolah, tanpa bantuan
dana dari PIBG sesuatu program peningkatan itu tidak dapat dijalankan dengan baik. Kesepakatan dan
kerjasama yang jitu amat diperlukan bagi mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan.
Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Kita semua
mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan
kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina
menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah , akademik serta kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
( Pn. Norida binti Hj Hanafiah)

Penasihat PIBG

4

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SK OLAK LEMPIT 2019 / 2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang saya hormati,

Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya bersyukur
ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-
aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke - 47, PIBG SK Olak Lempit. Syukur Alhamdulillah.

Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK
PIBG, dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG SK
Olak Lempit sesi 2019/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, saya rasa
usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya.

Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita
dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita
khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas. Tahniah diucapkan kepada warga SK Olak Lempit
kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang dan kejayaan-kejayaan dalam bidang
Kokurikulum yang lain.

Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan infrastruktur sekolah yang kian
hari kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan / puan kepada pihak sekolah.

Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu
bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama
menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.

Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019 / 2020 ingin memohon maaf sekiranya
ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG sesi 2019
/ 2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang dari
kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( En. Mohd Azman bin Mohd Nor )
Yang Dipertua PIBG

5



6

Pn. Siti Norlaila Samzura Bt Bakar (K)
Pn. Siti Suhadah Binti MohdSarif
Pn. Norra Binti Misman
Cik. Nur Amirah Syahirah Bt Nazamuddin
Pn. Rima Binti Maon

7

8

9

10

PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
EN. ALI BIN MUDA
PEGAWAI TUGAS - TUGAS KHAS

YANG MEWAKILI
YB DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA DSPN, DGSM
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ( AGAMA )

EN. MOHD AZMAN BIN MOHD.NOOR
YDP PIBG SK OLAK LEMPIT

PN. NORIDA BINTI HAJI HANAFIAH
GURU BESAR SK OLAK LEMPIT

SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG

KALI KE-47
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKOL

11


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Mesyuarat PIBG Sri-U 2020
Next Book
โรงเรียนปากช่อง