1
APAKAH PROGRAM MeKAR?
Program MeKAR ini membawa maksud meningkatkan lagi kebolehan Ar-
Rayyan (Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Kefungsian Rendah) daripada
kebolehan semula jadi yang terhad kepada peningkatan kebolehan mengikut
potensi individu.
Pelaksanaan Program MeKAR ini memerlukan kepada pembinaan
modul khusus bagi memenuhi keperluan kemahiran Murid
Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) secara komprehensif. Justeru,
pembinaan modul secara kolaboratif dalam kalangan guru-guru
pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) ini
berteraskan kepada tunjang-tunjang yang terdapat di dalam Kerangka
Kurikulum StandardSekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas seperti
tunjang Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,
Keterampilan Diri, Perkembangan Diri dan Estetika serta Sains dan
Teknologi. Penyelarasan kandungan modul ini dengan Kerangka
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diharapkan penyerapan
ilmu secara merentas kurikulum dapat diasimilasikan dalam setiap
aktiviti yang dilaksanakan.
Fokus utama aktiviti Program MeKAR ini menjurus kepada empat kemahiran
iaitu Kemahiran Komunikasi & Rekreasi yang diadaptasi melalui matapelajaran
Asas 3M dan Pendidikan Jasmani, Kemahiran Pengurusan Kehidupan yang
disesuaikan melalui komponen Pengurusan Diri, Kemahiran Sahsiah dan
Kerohanian diasimilasikan melalui subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
serta Kemahiran Motor Halus & Motor Kasar pula diselaraskan melalui komponen
Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual serta Pendidikan Muzik.
Kemahiran-kemahiran ini diselaraskan dengan mata pelajaran atau komponen
yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas
(KSSR PK) Tahun satu (semakan 2017) secara modular dan dijadualkan secara
terancang dengan personal guru sebagai tunggak utama dengan dibantu oleh
Pembantu Pengurusan Murid.
2
MATLAMAT PROGRAM MeKAR?
Melahirkan modal insan yang berdikari,
berketrampilan, berpengetahuan, berfikiran
kritis dan menghayati nilai-nilai murni
berteraskan keagamaan.
OBJEKTIF PROGRAM MeKAR
1. Menyediakan peluang pendidikan peringkat asas khususnya
dalam aspek kemahiran hidup berdikari MBPKdengan Kefungsian
Rendah.
2. Menyediakan ruang dan peluang MBPK membina dan
meningkatkan potensi diri secara berperingkat/ansur maju.
3. Menyediakan peluang pembelajaran secara ‘hands on’ bagi
meningkatkan kefahaman MBPK.
4. Menyediakan aktiviti pembelajaran yang boleh dipraktikkan
secara langsung semasa MBPK berada di rumah.
5. Memenuhi keperluan pendidikan MBPK seiring dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan jugaFalsafah Pendidikan
Khas.
6. Memenuhi keperluan komuniti setempat yang mempunyai
keyakinan tinggi terhadap pendidikan MBPK di sekolah.
3
KUMPULAN SASARAN PROGRAM MeKAR?
Kumpulan MBPK Kefungsian Rendah yang dikenal pasti melalui;
1. Rujukan Pakar Perubatan melalui Borang Permohonan Pendaftaran Orang
Kurang Upaya BPPOKU(Pindaan 2019)
*(borang ini kebiasaannya disertakan semasa murid mendaftar ke sekolah
iaitu pengesahan sebagaiMurid Berkeperluan Khas oleh pakar perubatan)
2. Ujian saringan penempatan sedia ada (versi dalam atau luar negara-mengikut
kesesuaian MBPK)
3. Ujian saringan penempatan dalaman (disediakan oleh pihak sekolah
berdasarkan lokaliti)
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM MeKAR
1.0
4
2.0
3.0
4.0
5.0
5
6
6.0
7.0
8.0
7
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MeKAR
PENGERUSI
ENCIK ROSLAN BIN ABU BAKAR
(GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI
PUAN HAJAH HANISAH BINTI BADOR
(GPK PENDIDIKAN KHAS)
NAIB PENGERUSI 1
ENCIK MOHD.RAFFI BIN ABU BAKAR
(GPK PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2
ENCIK ROHAIDEE BIN MUSTAFA
(GPK HAL EHWAL MURID)
NAIB PENGERUSI 3
PUAN SERINAH BINTI JAPAR
(GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS PROGRAM MeKAR
HAJAH SITI HAMIDAH BINTI SELAMAT
(GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)
PEN.PENYELARAS PROGRAM MeKAR
EN. MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
(PENYELARAS PPKI)
BENDAHARI PROGRAM MeKAR
PUAN KHUZAIMAH BINTI MOHD NOH
(BENDAHARI PPKI)
8
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MeKAR
PENJADUALAN PENGERUSI PENTAKSIRAN
ENCIK ROSLAN BIN ABU BAKAR
(GURU BESAR)
TIMBALAN PENGERUSI
PUAN HAJAH HANISAH BINTI BADOR
(GPK PENDIDIKAN KHAS)
PENYELARAS PROGRAM MeKAR
HAJAH SITI HAMIDAH BINTI SELAMAT
(GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU)
PEN.PENYELARAS PROGRAM MeKAR
EN. MOHD ZULQARNAIN BIN ABDOL RAHMAN
(PENYELARAS PPKI)
BENDAHARI PROGRAM MeKAR
PUAN KHUZAIMAH BINTI MOHD NOH
(BENDAHARI PPKI)
AHLI JAWATANKUASA
PENYELARASAN
MODUL
DOKUMENTASI PERSEDIAAN
BAHAN
BANTU BELAJAR
9
10
11
12
13
14
15
16
17
DATA PROGRAM MeKAR TAHUN 2022
MBPK KATEGORI MASALAH PENDENGARAN
SATU ORANG
MBPK KATEGORI MASALAH PEMBELAJARAN
18 ORANG
JUMLAH KESELURUHAN 19 ORANG
18
MENGAPA PERLU
DILAKSANAKAN PROGRAM MeKAR?
19
KEMENJADIAN MURID
YANG MENGIKUTI PROGRAM MeKAR
20
SANJUNGAN BUDI
KALUNGAN KASIH
WARGA PENDIDIKAN KHAS
SK TUN SYED AHMAD SHAHABUDIN, MELAKA
MENGUCAPKAN
SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN
DAN
TERIMA KASIH
KEPADA
BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH YANG TERDIRI DARIPADA
GURU BESAR DAN GURU-GURU PENOLONG KANAN,
KETUA-KETUA PANITIA MATA PELAJARAN,
SEMUA GURU, SEMUA ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA,
PEKERJA PEMBERSIHAN, PENGAWAL KESELAMATAN,
MURID-MURID
SERTA
YANG DIPERTUA PIBG DAN JAWATANKUASANYA,
PENGERUSI
BADAN KEBAJIKAN PENDIDIKAN KHAS DAN
JAWATANKUASANYA,
IBU BAPA SERTA INDIVIDU
YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG
MAHUPUN TIDAK LANGSUNG
DALAM PELAKSANAAN
PROGRAM MeKAR
INI.
21
22