1
1. Domain kognitif
1.1 Definisi kognitif
Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran murid. Aktiviti-aktiviti mental
yang dikaitkan dengan domain kognitif adalah berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk
konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya.
Terdapat banyak teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan kognitif. Antaranya
adalah Teori Pembelajaran oleh Kohler, Piaget, Gagne, Bruner dan Ausubel. Selain daripada
teori pembelajaran, seorang lagi tokoh yang sangat berkaitan dengan domain kognitif adalah
Bloom. Beliau mengetengahkan perkembangan pembelajaran murid secara berperingkat.
Taksonomi Bloom (1959) memperlihatkan perkembangan dalam pemikiran murid kepada
enam peringkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Dalam konteks Rancangan Pendidikan Individu, domain kognitif adalah lebih berfokus kepada
aras yang paling rendah iaitu pengetahuan dan kefahaman.
1.2 Masalah-masalah murid
Murid yang mempunyai ketidakupayaan dalam domain kognitif sering dikenal pasti lemah
dalam pengamatan. Ciri-ciri murid yang mengalami masalah pengamatan adalah;
i. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satu-
satu himpunan mengikut jenisnya.
ii. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya kepada
situasi baru.
iii. Cepat lupa oleh itu mereka memerlukan ulangan yang kerap.
iv. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi keputusan tanpa
berfikir.
v. Lemah koordinasi motor mata-tangan.
vi. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.
vii. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana mereka
tidak dapat mengikut corak permainan ini.
viii. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.
ix. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.
x. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada
situasi yang lain.
xi. Mereka selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakukannya.
xii. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.
xiii. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.
xiv. Mereka juga kadangkala menunjukkan sifat kurang bekerjasama.
xv. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.
xvi. Membuat sesuatu kerja tanpa mengetahui di mana harus berhenti.
2
1.3 Cadangan Kemahiran Domain Kognitif
Bil. Kemahiran Objektif
1. Pengamatan
1.1 Kemahiran mendiskriminasi 1.1. Murid boleh memadan
objek objek/bentuk yang sama
1.2 Kemhairan mendiskriminasi 1.2 Murid boleh
bentuk menyambung
1.3 Kemahiran mendiskriminasi titik-titik
saiz
1.4 Kemahiran menyambung
titik
2. Pra Nombor
2.1 Kemahiran membeza 2.1 Murid boleh menanda
bentuk haiwan yang lebih besar
2.2 Kemahiran membeza saiz 2.2 Murid boleh menanda
2.3 Kemahiran menyambung objek yang paling
titik panjang
2.3 Murid boleh menanda
pada bilangan yang lebih
banyak
2.4 Murid boleh menanda
pada bilangan yang
sedikit
3. Nombor
3.1 Kemahiran membilang objek 3.1 Murid boleh menanda
3.2 Kemahiran mengenal angka yang sama
nombor 3.2 Murid boleh membilang
3.3 Kemahiran memadankan objek dan menanda pada
objek dengan nombor nombor yang betul
3.4 Kemahiran menyusun 3.3 Murid boleh membilang
nombor dengan urutan objek dan memadankan
menaik dan menurun pada nombor yang betul
3.4 Murid boleh mengisi
nombor yang tertinggal
mengikut turutan menaik
dan menurun
3
1.4 Strategi Intervensi Domain Kognitif
Kaedah VAKT
Kaedah ini melibatkan penggunaan pelbagai deria iaitu penglihatan, pendengaran dan
sentuhan. Penggunaan pelbagai deria secara tidak langsung menerapkan elemen terapi
dalam pendidikan seperti pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran, motor kasar,
motor halus, pertuturan, terapi cara kerja.
i) Penglihatan (visual)
Penglihatan murid dirangsang melalui gambar-gambar yang bergerak atau suku kata yang
berwarna-warni yang disokong oleh bunyi sebutan menggunakan bahan teknologi komunikasi
maklumat (TMK). Contoh-contoh aktiviti penglihatan ialah:
• Melihat
• Memerhati - berfokus
• menggambarkan
• melukis
• menulis
• membuat kolaj
ii) Pendengaran (auditori)
Murid mendengar sebutan serta melihat pergerakan mulut guru. Murid menyebut perkataan
tersebut. Contoh-contoh aktiviti pendengaran ialah:
• mendengar rakaman
• mendengar sebutan
• menyebut semula
• mengecam bunyi
• mengambil imlak
iii) Pergerakan (kinestetik)
Kinestetik bertujuan untuk membolehkan murid belajar sambil bermain, belajar sambil
menyanyi serta bertukar-tukar kemahiran. Contoh-contoh aktiviti pergerakan ialah:
• main peranan (lakonan)
• permainan
• aktiviti luar bilik darjah
• mereka cipta
• simulasi
• nyanyian dan gerakan
iv) Sentuhan (Taktil)
Sentuhan melibatkan penggunaan organ deria sentuh seperti jari dan tapak tangan. Kaedah
sentuhan dapat meningkatkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan motor halus
kerana unsur terapi diaplikasikan. Contoh aktiviti sentuhan adalah;
• memegang dan merasa objek, kad rajah timbul
• membina objek, huruf atau nombor menggunakan tali, doh
• memadan objek mengikut acuan
• menggunakan stensilan
4
1.5 Cadangan Analisis tugasan
Objektif : 1.1. Murid dapat mengenal dan mengecam nombor 1 hingga 3
1.2. Murid boleh memadan nombor 1 hingga 3
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Kenali Nombor
2. Memilih &
Menyebut Nombor
3. Mengisi Stensilan
Nombor
4. Memadan Nombor
5. Mewarna Nombor
1.6 Contoh Perincian Analisis Tugasan Kemahiran Mengenal Nombor
Aktiviti Isi Pelajaran Aktiviti Murid Catatan
Aktiviti 1 Kenali Nombor 1. Murid ikut Nombor-nombor
(5 minit) 1. Guru meletakkan disediakan dalam
menyebut nombor dulang.
Unsur terapi: nombor diatas dulang. yang disebut oleh Langkah ini dibuat
pengamatan (Satu, Dua, Tiga) guru. berulang kali untuk
penglihatan, 2. Guru menyebut peneguhan.
pendengaran, nombor dan
pertuturan menunjukkan kepada
murid.
Aktiviti 2 Memilih & Menyebut 1. Murid menyebut
(10 minit)
Nombor nombor dan
Unsur terapi:
pengamatan 1. Guru meletakan mengambil
penglihatan
& nombor dalam dulang. nombor dalam
pendengaran,
pertuturan, 2. Guru sebut nombor dulang dan
motor halus
dan meminta murid meletakannya
mengecam nombor. dalam raga.
3. Guru menyuruh murid 2. Murid mengambil
mengambil nombor nombor dari raga
dan meletakkan dalam dan
dulang dan menyusun meletakkannya
mengikut urutan. dalam dulang.
3. Murid menyusun
nombor mengikut
urutan di dalam
dulang.
5
Aktiviti 3 Mengisi Stensilan 1. Murid mengambil
(10 minit)
Nombor nombor 3D dan
unsur terapi:
motor halus 1. Guru menyediakan memadankan
stensilan nombor 1 pada stensilan
hingga 3 dan meminta nombor.
murid memadan 2. Murid menyurih
nombor ikut stensilan. stensilan dengan
2. Guru meminta murid jari dan menyebut
mengikut stensilan nombor pada
dengan jari bagi stensilan.
mengecam nombor.
Aktiviti 4: Aktiviti Memadan 1. Murid Guru boleh
Aktiviti 1. Guru mengedarkan memadankan mengubah
Pengukuhan nombor yang langkah-langkah
(5 minit) lembaran kerja. sama dalam pengajaran
2. Guru meminta murid lembaran kerja. mengikut
unsur terapi: kesesuaian dan
pengamatan memadan nombor 2. Murid mewarna menambah
penglihatan, yang serupa. nombor 1,2 dan 3 lembaran kerja
motor halus 3. Guru memberi arahan dengan warna atau aktiviti
kepada murid untuk yang dinyatakan. mengikut aras
mewarna nombor 1, 2 murid
dan
6
2. Domain Bahasa dan Komunikasi
2.1 Definisi Domain Bahasa dan Komunikasi
Domain menurut kamus Elektronik Dewan Bahasa dan Pustaka
bermaksud kawasan liputan pengetahuan dalam bidang kecerdasan.
Bahasa pula didefinisikan sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia (antara individu dengan individu yang lain). Sistem daripada
lambang (tanda) yang berupa sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai
orang untuk meluahkan fikiran dan perasaan. Manakala komunikasi secara
umum adalah suatu proses pembentukan ,penyampaian, penerimaan dan
pengolahan pesanan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di
antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.
2.2 Masalah-masalah murid
1. Murid tidak boleh mengajuk bunyi haiwan yang diperdengarkan.
2. Murid tidak boleh menama dan membunyikan huruf.
2.3 Cadangan kemahiran domain bahasa dan komunikasi
Bil Kemahiran Objektif
1. Kemahiran Mendengar dan
Bertutur
1.1. Keupayaan mengenal dan 1.1. Murid boleh menunjukkan
mengecam objek /anggota badan gambar yang disebut oleh guru
1.2. Murid boleh menyebut
anggota badan yang ditunjukkan
oleh guru
1.2. Keupayaan mengenal dan 1.1. Murid boleh mengajuk
mengajuk bunyi yang didengar sekurang-kurangnya 3 bunyi
haiwan yang diperdengarkan
1.2. Murid boleh mengajuk bunyi
berdasarkan gambar yang diberi
2. Kemahiran bacaan
1.1. Keupayaan mengajuk nama 1.1. Murid boleh mengajuk 10
huruf huruf yang disebut oleh guru
1.2. Keupayaan menamakan huruf 1.2. Murid boleh menamakan
a-z huruf a-z
2.4 Cadangan Analisis tugasan
Objektif: Murid boleh mengenal dan mengajuk bunyi haiwan yang
diperdengarkan
Bil Objektif Tarikh Menguasai /tidak
mula menguasai/ tarikh
1. Menama dan mengajuk
bunyi kucing
2. Menama dan mengajuk
bunyi anjing
3. Menama dan mengajuk
bunyi kambing
7
4. Mengajuk bunyi kucing dan
anjing
5. Mengajuk bunyi
kucing .anjing dan kambing
6. Membezakan bunyi kucing,
anjing dan kambing
7. Murid mengecam bunyi
kucing ,anjing dan kambing
2.5 Contoh Perincian Aktiviti Intervensi Domain Bahasa Dan Komunikasi
Tajuk : Mengajuk Bunyi Haiwan
Kemahiran : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Mengenal tiga jenis haiwan.
2. Mengajuk bunyi haiwan yang didengar.
3. Membunyikan bunyi gambar haiwan yang ditunjukkan.
4. Melukis dan mewarnakan gambar haiwan.
AKTIVITI ISI PELAJARAN AKTIVITI MURID CATATAN
Muzik
Aktiviti 1 Menyanyi lagu bunyi 1. Murid menyanyi lagu : Pertuturan
Unsur terapi
haiwan bersama-sama guru.
Pertuturan
Aktiviti 2 Saya ayam kok ! kok!kok! Saya ayam kok ! kok!kok! kok! Kok!
kok! Kok! Saya itik kuek! Kuek! Kuek! Kuek!
Saya itik kuek! Kuek! Kuek! Kuek!
Kuek! Kuek! Saya burung cip!cip! cip! Cip! Cip!
Saya burung cip!cip! cip! Kami bunyiKok! Kok! Kok! Kok!Kok!
Cip! Cip! kuek! Kuek! Kuek!kuek! kuek! Cip! Cip!
Kami bunyi Cip!Cip! cip!
Kok! Kok! Kok! Kok!Kok!
kuek! Kuek! Kuek!kuek! Murid mendengar dan mengecam
kuek! Cip! Cip! Cip!Cip! cip! bunyi-bunyi haiwan.
Guru memainkan CD bunyi
haiwan.
Aktiviti 3 Guru memainkan CD bunyi Murid diminta menyebut nama haiwan
haiwan. yang didengar.
Aktiviti 4 Guru membunyikan bunyi 1. Murid diminta mengajuk bunyi
haiwan secara lisan. haiwan yang dibunyikan oleh guru
(moo! Moo! Kuek! Kuek! berulang kali secara individu.
Dan meow! Meow!) 2. Murid diminta memakai topeng
haiwan yang dibunyikan.
Aktiviti 5 Guru mengedarkan 1. Murid menyambung titik-titik gambar Motor halus
Aktiviti 6 lembaran kerja gambar haiwan dan mewarnakan
kucing, itik dan lembu.
Guru memainkan CD lagu Murid menyanyi beramai-beramai lagu
bunyi haiwan. bunyi haiwan.
8
3. Domain Pengurusan Tingkah laku
3.1 Definisi Pengurusan Tingkah laku
Menurut Martin & Pear (1996) tingkah laku adalah aktiviti, aksi, perbuatan, bergerak balas,
dan reaksi. Ia merupakan apa sahaja yang dicakap atau dilakukan oleh seseorang.
Apakah maksud tingkah laku?
• Apa yang dicakap atau diperkatakan
• Ada satu atau lebih dimensi yang boleh
diukur
• Boleh diperhati, diterangkan
• Memberi kesan kepada persekitaran
• Berlakunya tingkahlaku dipengaruhi oleh
persekitaran
• Mungkin overt atau covert
(Miltenberger (2001)
• Overt – tingkah laku yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang.
• Covert – ia merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang
lain
Profesor Dr Ansary et.Al (2007)
Kandungan Domain Pengurusan tingkah laku
A. Perlakuan agresif
i. Merosakkan harta benda sendiri
ii. Merosakkan harta benda orang lain
iii. Mencederakan diri sendiri
iv. Mencederakan orang lain
v. Bergaduh dengan rakan
B. Perlakuan negatif
i. Tidak memberi kerjasama dalam kumpulan
ii. Tidak mengikut arahan guru
iii. Kerap bercakap perkara yang tidak berfaedah
iv. Berbahasa kasar
v. Kerap mengambil barang tanpa kebenaran
9
3.2 Masalah murid
Masalah : Tidak mengikut arahan guru
Strategi intervensi yang digunakan adalah strategi ABC
A : Antecedent – peristiwa yang berlaku
B : Behaviour – Tingkah laku murid yang disasarkan
C : Consequence – Akibat daripada tingkah laku positif & negatif
3.3 Cadangan kemahiran domain pengurusan tingkah laku
Bil. Kemahiran Objektif
1. Perlakuan negatif Murid boleh mengikut arahan
1.1 Tidak mengikut arahan guru sekurang-kurangnya 2
guru daripada 3 arahan yang
diberikan
3.4 Cadangan Analisis Ttugasan
Objektif:
Murid boleh mengikut arahan guru sekurang-kurangnya 2 daripada 3 arahan yang diberikan.
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Menonton video akibat
tidak mengikut arahan
2. Guru memberi arahan
mudah sambil
menunjukcara dan
sentuhan
i. duduk
ii. berdiri,
iii. angkat tangan
3 Guru memberi arahan
mudah secara lisan dan
tunjuk arah
i. duduk
ii. berdiri,
iii. angkat tangan
4 Guru memberikan arahan
mudah secara lisan
i. duduk
ii. berdiri,
iii. angkat tangan
10
Analisis Tugasan
Nama murid :_______________________________________
Kelas :_______________________________________
Masalah Tingkahlaku :_______________________________________
Kaedah Intervensi :_______________________________________
Langkah-langkah:
1. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
2. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
3. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
4. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
6. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
11
SENARAI SEMAK MODIFIKASI TINGKAHLAKU HARIAN
Nama murid : Catatkan bilangan kekerapan murid melakukan tingkahlaku
Tahun / Kelas :
Tingkah laku Negatif :
Pengurusan Tingkahlaku :
Catatan :
Hari :
Tarikh :
Arahan :
negatif.
MASA 7.30- 8.00- REKOD KEKERAPAN 10.30- 11.00- 11.30- 12.00-
8.00 8.30 11.00 11.30 12.00 1.00
MATA pagi pagi 8.30- 9.00- 9.30- 10.00- pagi pagi ptg
PELAJARAN 9.00 9.30 10.00 10.30 tgh
KEKERAPAN pagi pagi pagi pagi
BILANGAN
JUMLAH
12
4.1 Kemahiran Motor Kasar
Kemahiran motor kasar adalah amat penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.
Kemahiran motor kasar ini melibatkan otot besar badan seperti anggota tangan,
lengan, kaki atau keseluruhan badan yang membolehkan fungsi seperti berjalan,
melompat, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan membaling bola.
Kemahiran motor kasar seseorang kanak-kanak bergantung kepada kedua-dua
nada otot dan kekuatan. Nada otot yang rendah adalah ciri-ciri keadaan
melumpuhkan seperti sindrom down,gangguan genetik atau otot atau gangguan
sistem saraf pusat.
Pergerakan motor kasar boleh ditingkatkan dengan melakukan pelbagai aktiviti.
Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya
dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Kanak-kanak
akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang dirancang tersebut mencabar.
Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan pergerakkan kaki dan tangan
sepenuhnya. Antara aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kemahiran kanak-
kanak ialah seperti berjalan,melompat, berlari,skipping,mengimbang
badan,membaling dan meyambut bola.
4.2 Masalah-Masalah Murid
7.2.1 Murid tidak dapat melompat dan mendarat menggunakan dua kaki
dengan selamat.
7.2.2 Murid tiada keyakinan diri untuk melakukan aktiviti melompat (sentiasa
bergantung dengan pimpinan guru)
4.3 Cadangan Kemahiran Domain Kemahiran Motor Kasar
Bil. Kemahiran Objektif
1. Melompat dan mendarat Memastikan murid dapat
dengan selamat. melompat dan mendarat dengan
selamat tanpa bantuan atau
bimbingan
4.4 Cadangan Analisis Tugasan
Objektif: Memastikan murid dapat melompat dan mendarat dengan selamat.
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /
tidak menguasai/
tarikh
1. Melompat setempat
dan mendarat
menggunakan kedua
belah kaki
2. Melompat setempat
dan mendarat
13
menggunakan
sebelah kaki
3. Melompat bintang
sambil bertepuk
tangan di atas kepala
4. Melompat ketinting
14
5. Domain Kemahiran Motor Halus
5.1 Definisi kemahiran motor halus
Pergerakan motor halus adalah kebolehan menggunakan kumpulan otot-
otot kecil di bahagian tengah dan jari-jari tangan. Ianya memerlukan
koordinasi mata dan tangan yang baik. Seperti perkembangan
pergerakan motor kasar, pergerakan motor halus juga berkait rapat
dengan perkembangan sistem serat dan otot. Kematangan kedua-dua
sistem akan menghasilkan pergerakan halus yang lebih khusus dan
berkoordinasi.
5.2 Kepentingan Motor Halus
• Membina otot-otot tangan dan jari
• Membina koordinasi mata, jari dan tangan
• Mengoyak kertas dan menampal pada kertas yang disediakan
• Bermain dengan bongkah atau blok binaan
• Mewarna bentuk, corak dan objek
• Melakukan aktiviti permainan air dan permainan pasir
• Dapat meningkatkan keupayaan membina koordinasi di antara
mata dan tangan
• Menggunakan otot-otot untuk membina sesuatu objek
• Menggunakan otot-otot untuk menguasai kemahiran yang boleh
digunakan dalam kehidupan seharian.
5.3 Masalah-masalah murid:
1. Murid tidak boleh meramas doh dengan baik.
2. Murid tidak boleh mengoyakkan kertas dengan baik.
3. Murid tidak boleh memasukkan tali menggunakan lubang manik.
4. Murid tidak boleh menggunting kertas mengikut bentuk.
5.4 Cadangan kemahiran domain kemahiran motor halus
Bil. Kemahiran Objektif
1. Meramas doh Murid boleh meramas dan
membentuk doh.
15
5.5 Analisis tugasan
Objektif: Murid boleh meramas dan membentuk doh.
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Murid boleh
membuka dan
menggenggam
tangan.
2. Murid dibimbing
meramas jari
kedua-dua tangan.
3. Guru memberi doh
dan membimbing
murid meramas
doh.
4. Murid membentuk
doh
16
6. Domain Sosioemosi.
6.1 Definisi Sosioemosi
Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi
dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Perkembangan sosial adalah satu proses
apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat
diterima oleh masyarakat dan budayanya.
Secara amnya, emosi merujuk kepada keadaan mental yang menunjukkan reaksi
seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan yang menghasilkan perubahan dalam
fikiran, tingkahlaku, perasaan dan pengalaman (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Emosi boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu emosi yang positif dan emosi
yang negatif.
Menurut Dr. Sharifah Nor, dalam perkembangan sosioemosi, kanak-kanak dapat
mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina
kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan
harian.
Jenis-jenis Perlakuan Sosioemosi :
i. Perlakuan sosioemosi emosi positif
a. Bertindakbalas terhadap senyuman guru
Murid membalas senyuman guru.
b. Menjawab salam / ucap selamat guru
Guru memberi salam / ucap selamat dan murid menjawab salam / ucap selamat
guru
c. Menjawab ucapan terima kasih
Guru memberikan ucapan terima kasih dan murid membalas ucapan.
d. Memberitahu guru sebelum keluar kelas.
Guru meminta izin daripada guru sebelum keluar kelas.
e. Memberi tumpuan ketika guru sedang bercakap secara individu
Guru memerhati mata murid ketika memberi arahan atau penerangan.
f. Memberi tindakbalas apabila dipuji oleh guru.
Guru memerhati reaksi murid setelah dipuji contoh tersenyum, mengucap terima
kasih.
g. Mudah bergaul dengan rakan sebaya.
Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
h. Berkongsi alat tulis dengan rakan.
Murid bersedia / boleh berkongsi alat tulis.
i. Membantu guru tanpa arahan.
Murid kerap membantu guru apabila diperlukan walaupun tanpa diminta.
j. Menggunakan tandas tanpa bantuan.
Murid boleh menggunakan tandas dengan betul tanpa bantuan.
17
ii. Perlakuan sosioemosi emosi negatif (ringan)
a. Murid suka mengasingkan diri
Murid tidak suka bergaul dan sering menyendiri terutama di dalam kelas.
b. Murid suka berkhayal ketika guru sedang mengajar.
Murid tidak memberi fokus atau mudah hilang tumpuan semasa guru mengajar.
c. Murid suka mengganggu rakan di dalam dan luar kelas.
Murid mengusik atau mengejak rakan untuk menarik perhatian.
d. Selalu ketawa tanpa sebab.
Murid kerap ketawa dengan kuat di dalam kelas.
e. Selalu mengadu untuk menarik perhatian.
Murid kerap berjumpa guru untuk memberitahu sesuatu hal yang remeh.
iii. Perlakuan sosioemosi emosi negatif (teruk)
a. Mudah mengamuk tanpa sebab
Murid melakukan tingkah laku luar biasa seperti menjerit, menendang meja,
berang.
b. Kerap membuat bising
Murid menjerit, mengetuk meja, menyanyi sehingga mengganggu pengajaran
guru.
c. Kerap memeluk tanpa sebab
Murid suka memeluk rakan atau guru secara tiba-tiba.
d. Kerap menangis dalam kelas
Murid menangis apabila diusik oleh rakan atau sebab-sebab lain.
e. Membuat perlakuan tidak senonoh
Murid menunjukkan isyarat lucah, meraba, membuat perlakuan lucah atau
menyebut perkataan lucah.
6.2 Masalah-masalah murid
1. Murid mengamuk tanpa sebab (contoh :menjerit )
2. Murid kerap membuat bising (contoh : mengetuk meja)
18
6.3 Rancangan intervensi domain sosioemosi
Bil. Kemahiran Objektif
1. Perlakuan sosioemosi negatif
1.1. Murid boleh mengawal kemarahan
(berat) dengan kadar berkurangan
1.1. Mudah mengamuk tanpa sebanyak 80%. Contoh : Perlakuan
sebab. negatif dapat dikurangkan daripada
10 kali kepada 2 kali sahaja
seminggu.
1.2. Kerap membuat bising. 1.1. Murid boleh mengawal keinginan
membuat bising sewaktu
pembelajaran dan pengajaran
dijalankan dengan kadar
berkurangan sebanyak 80%.
Contoh : Perlakuan negatif dapat
dikurangkan daripada 10 kali kepada
2 kali seminggu.
6.4 Cadangan Analisis tugasan
6.4.1. Objektif: Murid boleh mengawal kemarahan dengan kadar berkurangan
sebanyak 80%.
Contoh : Perlakuan negatif dapat dikurangkan
daripada 10 kali kepada 2 kali sahaja seminggu.
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Membuat pemerhatian
melalui senarai semak
modifikasi sosioemosi
negatif (berat).
2. Menonton video klip
perlakuan negatif (berat)
3. Melihat gambar kartun /
foto perlakuan negatif.
4. Time Out (pengasingan)
5. Ganjaran
19
6.4.2. Objektif : Murid boleh mengawal keinginan membuat bising sewaktu
pembelajaran dan pengajaran dijalankan dengan kadar
berkurangan sebanyak 80%. Contoh : Perlakuan negatif dapat
dikurangkan daripada 10 kali kepada 2 kali seminggu.
Bil. Objektif kecil Tarikh mula Menguasai /tidak
menguasai/ tarikh
1. Melibatkan murid secara
aktif di dalam PdP.
2. Melantik murid sebagai
ketua kumpulan aktiviti.
3. Beri pujian
4. Beri ganjaran
5. Menggalakkan murid
memberi pendapat / buah
fikiran
6.5 Cadangan Analisis Tugasan
DOMAIN SOSIOEMOSI
PERLAKUAN SOSIOEMOSI NEGATIF ( BERAT )
TOPIK SUBTOPIK SITUASI PELAJAR
1.0 Sosioemosi 1.0 Emosi 1.1 Mengamuk tanpa sebab
1.2 Kerap membuat bising.
1.3 Kerap memeluk tanpa
sebab.
1.4 Membuat perlakuan
tidak senonoh.
20
6.6 Contoh Perincian Domain Sosioemosi
CONTOH SITUASI CADANGAN KAEDAH LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
1) Murid mengamuk 1. Tayangan video/ a. Bersoal - jawab dengan murid
tanpa sebab ( contoh; drama/ kartun akibat
menjerit, menendang meja suka mengamuk. mengenai emosi yang ditonjolkan
dan membaling objek ).
dalam tayangan tersebut dan
memberi penekanan terhadap
emosi yang ingin
2) Murid kerap membuat diintervensikan.
bising ( contoh; menjerit,
mengetuk meja, menyanyi 2. Dendaan ( bersifat a. Guru berbual-bual dengan murid
hingga mengganggu positif ) ; mengenai persekitaran yang
pengajaran guru ). dilawati.
Mengasingkan murid
3) Murid kerap memeluk ke satu tempat b. Guru menjelaskan kepada murid
tanpa sebab ( contoh; suka contoh; kolam, taman akibat melakukan perilaku tersebut
memeluk rakan atau guru bunga, taman sains dan berjanji memberi token
secara tiba-tiba ). atau kebun. sekiranya perilaku itu dapat diubah.
4) Murid membuat perlakuan 3) Dendaan ( bersifat a. Guru mengarah murid berdiri disudut
tidak senonoh ( contoh; positif ) ; kelas.
isyarat lucah, menyebut
perkataan lucah, meraba b. Guru meminta murid mengangkat
dan membuat perlakuan tangan kanan tinggi-tinggi dan
lucah). meletakkan tapak tangan kanan ke
mulut. Kemudian, guru meminta
Mengasingkan murid murid mengangkat tangan kiri di
disudut kelas. atas tangan kanan tadi.
c. Guru mengira dalam kiraan 10 dan
meminta murid melepaskan
tangan.
d. Kemudian murid diminta menarik
nafas dan menghembus nafas
perlahan-lahan.
e. Murid diminta mengulangi semula
langkah b dan c sebanyak 2 kali.
4. Dendaan ( bersifat a. Guru menerangkan mengenai
positif ) ; kesalahan memeluk rakan-rakan dan
guru.
Mengasingkan murid
di sudut kelas. b. Guru menjelaskan senarai ahli
keluarga terdekat yang boleh dipeluk
seperti ibu bapa, adik beradik, datuk
dan nenek.
c. Guru akan memberikan token
sekiranya murid tidak memeluk
rakan-rakan dan guru dalam sehari.
21
5. Peneguhan positif ; a. Guru menempatkan murid berkenaan
Pujian disudut yang lain.
b. Guru memberi peluang murid
berkenaan menangis dengan
sepuasnya.
c. Kemudian guru menerangkan kesan
akibat selalu menangis. Contoh;
muka akan menjadi tidak cantik.
d. Guru memuji muka murid akan
bertambah cantik sekiranya tidak
menangis.
6. Pelaziman Negatif ; a. Guru mengarahkan murid berdiri.
b. Guru meminta murid “menjelir”
Mengulangi perkara yang
tidak senonoh. Contoh; secara berulang-ulang (contoh: 15
isyarat lucah dan menjelir kali) sehingga menimbulkan
lidah perasaan jemu terhadap perbuatan
tersebut.
22
SENARAI SEMAK MODIFIKASI SOSIOEMOSI NEGATIF ( BERAT )
Hari : Isnin
Tarikh : 1 April 2013
Nama murid : Hakim bin Hassan
Tahun / Kelas : PK Amanah
Sosioemosi Negatif : Suka Menangis
Pengurusan Sosioemosi : Kontrak Bertulis dan Peneguhan Positif
Catatan : Kekerapan murid mengulangi sosioemosi
Jangkamasa negatif setiap 30 minit
(satu tempoh masa PdP)
: Satu bulan ( 01 April hingga 30 April)
MASA 7.30- 8.00- 8.30- 9.00- 9.30- 10.00- 10.30- 11.00- 11.30- 12.00-
8.00 8.30 9.00 9.30 10.00 10.30 11.00 11.30 12.00 1.00
MATA pagi pagi pagi pagi pagi pagi pagi pagi ptg
PELAJARAN tgh
KEKERAPAN PJ BM MUZIK REHAT BI BI PSV PSV SN
BILANGAN SN
IIIIII IIIIIII IIIII IIIII IIIIIIII IIIIIII IIII III II II
6755 8 7 4 3 2 2
JUMLAH 50
23