GURU By F2E
1 2 3 4 5 6 Ming Wei PENERBIT : F2E PENASIHAT Nurul Safawati Vivian Ang Muizzudin Hanif Siti Hajar KOMPILASI Cheok Ling ISI KANDUNGAN MUKA SURAT TATABAHASA KETUA & PENOLONG EDITOR IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM MAJOR PJ AMBILAN JUN 2023
BIL KANDUNGAN AKAUNTIBILITI GURU CERITA 1 PUNCAK KECEMERLANGAN CERITA 2 KATA-KATA DARI LUBUK HATI CERITA 3 PERJALANAN BERSAMA GURU CERITA 4 GURU ITU LILIN YANG MEMBAKAR CERITA 5 KILAUAN PERMATA JAUHAR GURU SEBAGAI PEMBENTUK MODAL INSAN CERITA 6 PERJUANGAN SEORANG PENDIDIK CERITA 7 GURU ASPIRASI ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN CERITA 8 SAKITNYA KEPERGIAN SELEPAS PERTOLONGAN CERITA 9 GURU INSPIRASI GENERASI MUDA CERITA 10 MASA KELAS GURU CERITA 11 PRIHATINNYA CIKGU CERITA 12 TELADAN GURU CERITA 13 JASA TIDAK AKAN MATI DI TELAN AJAL CERITA 14 GURU PENDIDIK TERBILANG CERITA 15 GURU IBU KEDUA CERITA 16 DEDIKASI ITU GERGASI
BIL KANDUNGAN CERITA 17 MENCARI KEMAJUAN SENDIRI CERITA 18 GURU MODAL INSAN TERBILANG
Penulis : Damia Di sebuah desa kecil yang terpencil, hiduplah seorang guru yang dipandang sebagai cahaya terang bagi murid - muridnya. Nama diberi Cikgu Aziz, seorang pendidik yang penuh dedikasi dan bersemangat. Setiap hari, Cikgu Aziz tidak hanya mengajar pelajaran di dalam kelas, malah menginspirasi para murid dengan cerita - cerita yang bermotivasi dan lengkap dengan nilai - nilai kehidupan. Beliau tidak hanya mengajarkan ilmu pengetahuan, tetapi membimbing mereka untuk menjadi seorang yang berperibadi yang mulia dan berbudi pekerti. Cikgu Aziz bukan hanya seorang guru, tetapi seorang teman yang selalu siap mendengar masalah dan memberikan nasihat kepada murid - muridnya. Beliau selalu hadir untuk mendukung dan mengarahkan anak murid dalam setiap langkah perjalanan hidup mereka. Dengan penuh kesabaran dan kepedulian, Cikgu Aziz tidak pernah mengenal erti menyerah kalah demi membantu murid - muridnya yang menghadapi kesulitan dalam sesi pembelajaran. Beliau turut menciptakan cara pembelajaran yang kreatif dan memudahkan untuk difahami serta diingati sehingga setiap murid merasa termotivasi untuk belajar dengan bersungguh - sungguh. Keberhasilan murid-murid Cikgu Aziz dalam ujian tidak hanya mencerminkan kecemerlangan akademik, malah kesempurnaan dalam karakter dan sikap mereka. Mereka tidak hanya menjadi pintar, tetapi juga berwawasan luas dan bertanggungjawab. Di mata masyarakat, Cikgu Aziz adalah contoh teladan seorang guru yang cemerlang. Beliau tidak hanya memberikan ilmu, malah menanamkan nilai - nilai kehidupan yang akan membimbing murid - muridnya menuju masa depan yang cerah. Puncak Puncak Kecemerlangan Kecemerlangan Kecemerlangan
Kami bukanlah pelajar yang cemerlang. Tegasnya, kami masih dikatakan “murid yang teruk” disebabkan disiplin kelas kami tidak baik. Tidak menghantar kerja rumah, datang lewat, bising dan gagal peperiksaan setiap kali, perkara yang dinyatakan hanya kehidupan seharian kami. KATA-KATA DARI LUBUK HATI Cikgu Aini merupakan seorang guru yang telah mengajar dan mendidik murid-murid dengan penuh keikhlasan lebih daripada 20 tahun. Beliau dihormati oleh anak muridnya dengan sepenuhnya, walaupun sudah graduan, anak muridnya tetap balik ke sekolah untuk melawat beliau. Beliau sangat dihormati oleh anak muridnya disebabkan beliau sangat mesra apabila berhadapan dengan anak muridnya, tetapi beliau juga sangat serius apabila berada di dalam kelas. Beliau sangat sayangi anak muridnya serta benar-benar melayan anak muridnya seperti anak sendiri. Namun lebih daripada 20 tahun yang lalu, Cikgu Aini hanya seorang guru yang baru keluar dari Universiti, beliau bersemangat untuk memberi sumbangan kepada pendidikan. Oleh itu, apabila beliau baru datang ke sekolah kita, beliau cuba sedaya upaya untuk membolehkan anak muridnya iaitu kami yang masih di tingkatan dua. Beliau telah menjadi guru kelas bagi kami. Apabila Cikgu Aini baru mula mengajar kelas kami, kami masih berminat lagi untuk mendengar serta ingin belajar bersungguh-sungguh, disiplin kami juga menjadi baik. Tetapi, masa yang baik tidak panjang. Pada bulan kedua, warna sebenar kami terserlah. Seperti yang kami bayangkan, tidak hantar kerja rumah, bergaduh, datang lewat dan balik awal telah menyebabkan beliau memarah. Suatu hari selepas sekolah, Cikgu Aini meminta kami semua untuk tinggal. Selepas itu, beliau mula memujuk kami bersungguh-sungguh. Beliau tidak memahami mengapa kami terlalu pasrah kepada sendiri. Jelas pada pendapatnya, beliau berasa semua orang boleh menjadi pelajar yang sangat cemerlang. Sememangnya, seperti yang beliau katakana, tiada sebab untuk kami menyerah diri dalam pelajaran, tubuh badan yang sihat dan suasana keluarga yang bahagi telah menjadikan hidup kami lebih lancar. Penulis: Tan Xeu Er
Selepas mendengar luahan hatinya, kita tidak boleh mengelak daripada merenung sama ada apa yang kami lakukan benar-benar menjejaskan niat murni seorang guru. Sejak hari itu, kami seolah-olah telah berubah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Apabila kita bertanya kepada Cikgu Aini tentang masalah yang sukar di dalam kelas, beliau akan sentiasa menjawabnya. Bukan itu sahaja, beliau juga mengorbankan masa sendiri unruk mengajar kita. Sehingga bertahun-tahun selepas kita tamat pengajian, kita masih akan mengingati guru yang sangat baik ini. Seorang guru yang cemerlang bukan sahaja harus menyampaikan ilmu kepada murid supaya menjadinya berjaya dalam akademik, malah seorang guru juga haruslah membentuk nilai moral yang betul supaya murid dapat menjadi keperibadian yang baik dan tidak akan menyesal selama bertahun-tahun.
Di sebuah kampung yang dikelilingi dengan bukit-bukit hijau, terdapat seorang guru yang bernama Puan Aziz yang dipandang tinggi oleh penduduk kampung. Puan Aziz bukan sahaja dihormati kerana kepakaran dalam mengajar, tetapi juga disebabkan sifatnya yang penyayang dan mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan setiap pelajar. Selama bertahun-tahun mengajar di sekolah rendah itu, Puan Aziz telah menjadi modal insan bagi pelajar-pelajar di sekolah. Beliau sering memberikan cerita kepada pelajar bahawa kepentingan mengamalkan nilai-nilai moral seperti kejujuran, kasih sayang, toleransi dan lain-lain lagi. Ceritanya yang menarik amat digemari oleh pelajarnya. Beliau juga mengadakan kelas tambahan setiap minggu untuk memberikan masa tambahan kepada pelajar yang memerlukan bantuan tambahan dan memberi perhatian kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi. Pada satu hari, seorang pelajar yang duduk di hadapan meja guru yang bernama Farid mukanya dipenuhi dengan kegelisahan yang jelas. Puan Aziz yang duduk di hadapannya memerhatikan perubahan Farid pada hari itu. “Dik, apa yang terjadi?” tanya Puan Aziz dengan lembut. Farid menarik nafas dengan mendalam sebelum membuka mulutnya untuk bercerita. “Cikgu, saya mempunyai masalah serius di rumah. Ayah saya menghilangkan pekerjaannya beberapa bulan yang lalu dan kami mengalami masalah kewangan. Saya berasa stres dan tidak tahu apakah yang perlu saya buat,” katanya Farid. Puan Aziz mendengar katanya dengan penuh perhatian dan kebimbangan, “Saya faham kesukaran situasi yang sedang Farid lalui, cikgu nak ingatkan u bahawa kamu bukan bersendirian. Cikgu ada di sini untuk membantu Farid melalui masa sukar ini. Apakah cikgu yang boleh membantu?” Farid terkejut mendengar kata-kata dari Puan Aziz. Beliau tidak mengharapkan kata yang begitu hangat dari guru sekolahnya. Tanpa keraguan, Farid memberitahu kepada Puan Aziz bahawa keperluan kewangan di rumahnya, terutamanya untuk membeli buku-buku sekolah dan alat tulisnya. Puan Aziz tersenyum lembut, “Baiklah Farid, cikgu akan berusaha untuk cuba mendapatkan sumbangan untuk kamu membeli buku dan alat tulis. Jika Farid memerlukan bantuan dalam pelajaran atau perlu seseorang untuk bercakap, cikgu ada di sini.” Dengan kata-kata Puan Aziz, Farid berasa tekanan yang berat telah terangkat daripada bahunya. Hati Farid penuh dengan harapan disebabkan dia menyedari bahawa dia tidak perlu berjuang sendirian dengan berdepan masalahnya. Puan Aziz bukan sahaja seorang guru di sekolah, tetapi juga seorang sahabat, pembimbing dan mentor bagi setiap pelajarnya. Perjalanan Bersama Guru Penulis: Tan Ru Jing
Di sebuah desa kecil, hiduplah seorang guru yang dihormati oleh seluruh masyarakatnya. Namanya guru Halida. Dia bukan hanya seorang pengajar, dia juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencerahkan setiap langkah murid-muridnya supaya ke arah yang betul dan baik. Saya juga merupakan seorang pengajar seperti Halida. Setiap pagi, sebelum loceng berbunyi saya akan berada di sekolah untuk menunggu kedatangan murid-murid. Saya selalu membawa sebatang lilin dan sesuatu yang menarik perhatian murid-murid. Ketika muridmurid datang saya akan mulai menyelaan lilin itu. Cahaya lembut lilin itu menerangi ruang kelas yang gelap dan dengan suara yang tenangnya. Saya akan bertanya bahawa masalah yang dihadapi oleh murid-murid pada setiap hari. Saya akan meluangkan masa bagi mendengar dan memberi pandangan atau cara penyelesaian terhadap murid-murid. Dalam tangapan saya terdapat seorang murid yang bernama Abadin. Abadin adalah seorang pelajar yang sering menghadapi masalah besar dalam kelas saya. Abadin tidak pernah dapat memahami konsep-konsep yang diajar di dalam kelas. Dia sering kali merasa tertinggal dan ketinggalan daripada rakan-rakannya. Perasaan kekecawaan dan putus asa mula menghantui Abadin. Melihat Abadin yang berjuang, Saya tidak boleh duduk diam. Saya sering mengambil inisiatif untuk memberikan bimbingan tambahan kepada dia setiap hari selepas waktu sekolah. Walaupun saya sudah pun letih selepas sehari penuh mengajar, namun semangat untuk membantu pelajar seperti Abadin tidak pernah padam. GURU ITU LILIN MEMBAKAR Penulis: KEE MING WEI
Setiap hari selepas waktu sekolah, Abadin akan bertemu dengan saya di bilik guru sains. Saya akan dengan sabar membantu Abadin memahami konsep-konsep yang sukar. Saya menggunakan pelbagai cara dan strategi untuk menjelaskan dengan jelas dan mudah difahami oleh Abadin. Walaupun terkadang Abadin masih menghadapi kesukaran, namun saya tidak pernah putus asa. Selain daripada membantu Abadin dalam pelajaran sains, Saya juga menjadi seorang telinga yang mendengar dan bahu yang menyokong untuk Abadin. Saya mendengar cerita-cerita Abadin tentang cabaran yang dihadapi di rumah dan di sekolah. Saya memberikan nasihat yang bijaksana dan dorongan yang diperlukan untuk Abadin terus berjuang menghadapi masalah. Masa berlalu, dan dengan bantuan saya, Abadin mulai menunjukkan peningkatan dalam pelajaran sainsnya. Walaupun masih ada cabaran, namun Abadin tidak lagi merasa seorang diri. Dia tahu bahawa saya akan sentiasa ada di sampingnya, membantunya melepasi segala dugaan. Pada hari peperiksaan akhir, Abadin menerima keputusan yang membawa kebanggaan bukan hanya kepada dirinya, tetapi juga kepada saya. Abadin berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Dia tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada saya yang telah memberikan bimbingan dan sokongan yang tidak pernah putus. Setelah melihat Abadin berjaya adalah ganjaran terbesar bagi saya. Saya menyedari bahawa pengorbanan dan usahanya untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah adalah berbaloi. Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya, dan sebagai seorang guru, tanggungjawabnya adalah untuk membantu mereka menemui jalan kejayaan.
Di sebuah sekolah yang berada di tengah kota, hiduplah seorang guru yang sangat disegani oleh semua warga pendidik dan murid-murid yang berada di sekolah tersebut. Sifat dedikasinya yang luar biasa telah melahirkan generasi yang boleh menyumbangkan tenaga kepada nusa dan bangsa. Cikgu Safawati bukan hanya seorang pengajar biasa, tetapi juga seorang pembina bangsa yang peduli akan masa depan negaranya. Setiap hari, cikgu safawati bukan sahaja hanya mengajar pendidikan jasmani dan kesihatan di luar bilik darjah malahan mendidik para muridnya tentang nilai-nilai kebangsaan, kejujuran, dan persatuan. Ia menginspirasi mereka untuk menjadi generasi yang cerdas, bertanggung jawab, dan memiliki rasa cinta terhadap tanah airnya. Dengan penuh semangat, cikgu Safawati memimpin pelbagai aktiviti kokurikulum dan sukan yang bertujuan untuk melahirkan penyambung generasi tokoh sukan yang sedia ada. Hal ini dapat mengharumkan nama negara ke persada dunia dan duduk sama tinggi dengan negara-negara yang kian pesat pembangungan negara. PERJUANGAN SEORANG PENDIDIK NEGARA BANGSA Penulis : Nurul safawati binti abd azis
Di sebuah kampung kecil yang terletak di lereng gunung, tinggal seorang guru bernama Puan Maya. Puan Maya bukan hanya seorang guru biasa, tetapi beliau adalah seorang guru yang sentiasa memberi inspirasi dan memberi impak yang besar dalam kehidupan anak muridnya. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, Puan Maya sudah berada di sekolah. Dia teruja menyambut kedatangan pelajarnya dengan senyuman cerah di wajahnya. Dia bukan sahaja mengajar pelajaran buku teks, tetapi juga mengajar nilai kehidupan yang penting seperti kejujuran, kerja keras, dan empati. Salah satu ciri tersendiri Puan Maya ialah kreativitinya dalam pengajaran. Dia sering menggunakan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Pelajarnya sentiasa bersemangat mengikuti setiap pelajaran yang diajarnya. Selain itu, Puan Maya juga sangat mengambil berat tentang perkembangan diri dan akademik setiap anak muridnya. Beliau sentiasa bersedia membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah. Ramai pelajar berasa terbantu dan termotivasi dengan sokongan dan dorongan yang diberikan oleh Puan Maya. Bukan sahaja di sekolah, Puan Maya juga aktif dalam aktiviti sosial di kampungnya. Beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kebajikan masyarakat dan alam sekitar. Kewujudannya memberi inspirasi kepada ramai orang, bukan sahaja pelajarnya malah seluruh kampung. Pada penghujung tahun persekolahan, para pelajar dan penduduk kampung mengadakan majlis perpisahan untuk Puan Maya. Mereka merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas dedikasi dan sumbangan Cik Maya selama ini. Walaupun meninggalkan kampung untuk bersara, jejak positif dan pengaruh Puan Maya akan tetap terasa di hati dan fikiran setiap orang yang pernah ditemuinya. -Guru AspirasiPenulis: Sofiya
Pada suatu ketika dahulu di sebuah sekolah di pinggiran kota, terdapat seorang guru cemerlang bernama Cikgu Ani. Dia tidak hanya mengajar dengan baik, tetapi juga sangat peduli terhadap perkembangan dan kesejahteraan anak-anak muridnya tanpa mengira latar belakang mereka dan melayan kesemua anak muridnya dengan adil. Salah seorang anak muridnya, Dita, Dita adalah seorang murid yang cerdas dan pintar tetapi kurang percaya diri dan kehidupannya agak kekurangan. Setiap hari, Cikgu Ani meluangkan waktu kosongnya untuk memberikan dukungan tambahan kepada Dita. Dia memberikan perhatian ekstra saat pelajaran, membantu Dita untuk mengatasi kesulitan akademiknya, dan memberikan dorongan motivasi agar Dita tidak menyerah.Namun, suatu hari, Cikgu Ani mengetahui bahwa Dita sedang menghadapi situasi sulit di rumah. Ibunya baru saja kehilangan pekerjaan dan keluarganya berjuang untuk memenuhi keperluan sehari-hari. Ayahnya pula telah lama meninggalkan mereka sekeluarga akibat sakit angin ahmar.Dita menjadi lebih tertekan dan penampilannya di sekolah mulai menurun. Meskipun dirinya sendiri memiliki keterbatasan kewangan, Cikgu Ani tidak pernah mengambil ringan terhadap penderitaan yang dialami oleh muridnya. Dia memberikan bantuan dalam bentuk apapun yang dia mampu, seperti memberikan makanan tambahan, buku-buku pelajaran, dan bahkan mengumpulkan sumbangan dari rakan guru dan masyarakat setempat. Namun, meskipun Cikgu Ani berusaha sekuat tenaga, Dita terus merasa tertekan dan putus asa. Suatu hari, Cikgu Ani mendapat kabar bahwa Dita tidak lagi muncul di sekolah. Dita tidak pun berjumpa dengannya untuk mengucapkan selamat tinggal untuk kali yang terakhir. Setelah melakukan penyelidikan, dia mengetahui bahwa keluarga Dita terpaksa pindah ke kota lain untuk mencari pekerjaan baru. Cikgu Ani merasa sedih dan penuh dengan penyesalan. Meskipun dia telah berusaha sekuat tenaga, dia merasa gagal melindungi Dita dari kesulitan yang dia hadapi. Namun, meskipun Dita telah pergi, kenangan akan perjuangan Cikgu Ani dan cinta kasihnya akan tetap abadi dalam hati semua muridnya yang pernah dia sentuh. Setelah sekian lama Cikgu Ani pun bersara dari perkhidmatannya tiba-tiba ada kunjungan dari orang ternama ke rumahnya. Tidak disangka Dita kembali dengan kejayaan yang membanggakan Dita berterima kasih kepada Cikgu Ani kerena tidak memperlekehnya walaupun dia dalam keadaan yang susah dan memberinya semangat hingga dia berjaya hari ini sakitnya kepergian selepas pertolongan by: Noor Syahzani
GURU INSPIRASI GENERASI MUDA Di sebuah sekolah kecil di pinggir bandar mempunyai seorang guru yang bernama Cikgu Amirul yang dikenali sebagai pendidik yang penuh dedikasi dan berkompeten. Dia percaya bahawa sebagai seorang pendidik, tanggungjawabnya tidak hanya mengajar subjek sematamata, tetapi juga membentuk modal insan yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar. Setiap hari, Cikgu Amirul tidak hanya menjalankan tugasan pengajarannya, tetapi dia juga memberi penekanan kepada nilai-nilai murni seperti kejujuran, kerjasama, dan integriti. Beliau sering mengadakan perbincangan dan aktiviti luar bilik darjah untuk membentuk kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Dia memupuk semangat kecemerlangan dan memberi galakan kepada pelajar untuk berusaha lebih baik dalam pelajaran dan kehidupan.
Bukan itu sahaja, Cikgu Amirul juga memahami kepelbagaian dalam kalangan pelajar. Dia memberikan perhatian khusus kepada pelajar yang menghadapi cabaran atau kesukaran dalam pembelajaran. Beliau tidak pernah berputus asa dan sentiasa memberi sokongan yang diperlukan kepada setiap pelajar untuk mencapai potensi terbaik mereka. Seiring berlalunya masa, pengaruh Cikgu Amirul terhadap pelajar semakin terasa. Mereka tidak hanya menjadi cemerlang dalam akademik, tetapi juga menunjukkan sikap yang positif dan sikap tanggungjawab dalam kehidupan seharian. Ramai bekas pelajar Cikgu Amirul yang mengatakan bahawa dia telah memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang berdaya saing dan berakhlak mulia. Dengan kesabaran, dedikasi, dan kompetensi sebagai seorang pendidik, Cikgu Amirul telah membuktikan bahawa seorang guru bukan sahaja mengajar subjek, tetapi juga membentuk modal insan yang akan membawa impak yang positif kepada masyarakat pada masa depan. Cerita tentang Cikgu Amirul menjadi inspirasi buat semua pihak, mengingatkan bahawa peranan seorang guru sangat penting dalam pembentukan generasi masa hadapan. Penulis: Yannie
MASA KELAS GURU Di sebuah sekolah kecil di pinggir sungai, terdapat seorang guru yang bernama Cikgu Desmond. Beliau adalah seorang guru yang penuh dedikasi dan sentiasa bersemangat untuk memberi pengajaran yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Setiap hari, beliau akan tiba di sekolah dengan senyuman ceria, siap sedia untuk mengajar. Suatu hari, semasa kelas bahasa Melayu, Cikgu Desmond memulakan sesi pengajaran dengan sebuah cerita pendek yang menarik. Cerita itu mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Alvin yang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis terkenal. Pelajar-pelajar di dalam kelas terpaku mendengar cerita tersebut, dengan mata yang berbinar-binar ketika mereka membayangkan kisahkisah yang digambarkan oleh Cikgu Desmond. Setelah selesai membaca cerita, Cikgu Desmond mendorong pelajar-pelajar untuk menggunakan imaginasi mereka sendiri dengan menulis karya kreatif tentang impian dan cita-cita mereka. Beliau berjalan di antara meja-meja, memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada setiap pelajar. Beberapa pelajar mula menulis dengan penuh semangat, sementara yang lain mendapat idea-idea baru yang mengalir bagai air. Selepas sesi menulis tamat, Cikgu Desmond menggalakkan beberapa pelajar untuk berkongsi hasil tulisan mereka dengan kelas. Dengan penuh keyakinan, pelajarpelajar itu membaca karya mereka sendiri di hadapan kelas, menceritakan impian dan cita-cita mereka dengan semangat yang membara. Kelas berakhir dengan riuh rendah dan sorak-sorai kecil dari pelajar-pelajar yang berasa gembira dengan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Cikgu Desmond meninggalkan kelas dengan rasa kepuasan, mengetahui bahawa dia telah memberi inspirasi kepada pelajar-pelajarnya untuk bermimpi dan mencapai impian mereka. Penulis: Desmond
Prihatinnya Cikgu by: Hasif Di sebuah sekolah, terdapat seorang guru bernama Sarah. Sarah adalah guru yang sangat terbuka dan prihatin. Dia selalu tersenyum dan mendengarkan setiap cerita atau pertanyaan dari murid-muridnya. Suatu hari, salah satu muridnya, Aki, mendekati Sarah setelah tamat kelas. Aku adalah seorang murid yang pemalu dan sering merasa malu untuk bertanya di depan kelas. Namun, kali ini, dia ingin tahu lebih banyak tentang topik yang diajarkan di kelas. Dengan penuh perhatian, cikgu Sarah duduk bersama Aki dan menjelaskan dengan sabar setiap perincian yang dia ingin tahu. Beliau bukan hanya memberikan jawapan sahaja, tetapi juga mengajak Aki untuk berbincang dan memahami pembelajaran dengan lebih baik. Aki merasa senang akan bimbingan cikgu Sarah. Dia merasa lebih percaya diri dan nyaman untuk bertanya di kelas setelah pengalaman tersebut. Cikgu Sarah telah menunjukkan betapa pentingnya menjadi guru yang terbuka dan prihatin akan setiap muridnya, tanpa terkecuali.
Namanya Lee Kim Yong, seorang guru Matematik di sebuah SJKC yang bertempat di daerah terpencil. Meskipun beliau mengajar di sekolah dengan fasiliti yang terhad, beliau tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk tidak memberikan pendidikan terbaik kepada murid-muridnya. Encik Lee seorang yang mempunyai kreativiti. Beliau selalu menciptakan cara pembelajaran yang inovatif dan menarik agar murid-muridnya bermotivasi untuk belajar. Cara mengajarnya yang interaktif membuat murid-murid antusias mengikuti pelajaran Matematika. Bukan itu sahaja, kepribadian Encik Lee juga patut diteladani. Beliau sangat ramah, sabar, dan melihat semua murid sama tanpa mengambil kira latar belakang murid-murid. Beliau sentiasa memberikan perhatian dan memotivasikan muridmurid agar tidak berputus asa dalam mencapai cita-cita. Sikapnya yang prihatin membuat murid-murid menganggapnya sebagai bapa sendiri. Encik Lee mencerahkan masa hadapan murid-murid di daerah terpencil. Semangat dan keikhlasannya dalam mengembangkan kompetensi keguruan perlulah dihormati. Beliau adalah teladan guru yang mengorbankan diri sendiri untuk anak-anak bangsa. Teladan Guru Penulis: Cheok Ling
Jasa Tidak Akan Di Telan Mati Dek Ajal by: Hajar Cikgu Ahmad adalah seorang guru yang sangat perihatin dan berdedikasi terhadap pendidikan anak-anak di sekolahnya. Dia tidak hanya mengajar pelajaran akademik, tetapi juga memberikan perhatian dan bantuan kepada murid-murid yang tidak berkemampuan. Salah satu anak muridnya yang sangat dekat dengan Cikgu Ahmad adalah seorang murid bernama Ali. Ali adalah seorang murid yang berasal dari keluarga yang miskin. Dia memiliki potensi yang besar dalam bidang seni, tetapi keluarganya tidak mampu membeli alat-alat seni yang diperlukan untuk mengembangkan bakatnya. Melihat potensi Ali, Cikgu Ahmad dengan tulus membantu Ali dengan memberikan alat-alat seni dan memberikan bimbingan serta dorongan agar Ali dapat mengembangkan bakatnya. Selain itu, Cikgu Ahmad juga memberikan perhatian khusus kepada Ali dalam hal pendidikan. Dia memberikan masa tambahan untuk membantu Ali memahami pelajaran yang sulit dan memberikan motivasi agar Ali tidak putus asa dalam menghadapi kesulitan untuk belajar. Cikgu Ahmad juga sering memberikan nasihat dan membimbing Ali dalam menghadapi masalah di luar sekolah. Ketika Ali menghadapi masalah keluarga yang membuatnya tertekan, Cikgu Ahmad menjadi tempat meluahkan perasaan dan memberikan sokongan moral yang bermakna untuknya. Dia selalu mendengar dengan penuh perhatian dan memberikan nasihat yang bermanfaat kepada Ali. Cikgu Ahmad tidak hanya menjadi seorang guru, tetapi juga menjadi seorang sahabat dan teladan bagi Ali. Hingga akhir hayatnya, Cikgu Ahmad terus berkorban untuk membantu Ali. Meskipun keadaanya semakin lemah karena sakit, dia tetap memberikan bimbingan dan sokongan kepada Ali. Bahkan di saat-saat terakhir hidupnya, Cikgu Ahmad mengucapkan kata-kata terakhirnya kepada Ali, "Teruslah berjuang dan jadilah orang yang berjaya. Cikgu sentiasa bangga dengan kamu." Kisah ini menggambarkan betapa besar pengaruh seorang guru yang berkorban dan berjasa terhadap perkembangan anak muridnya. Dedikasi dan perhatian yang diberikan oleh Cikgu Ahmad kepada Ali tidak hanya membantu Ali dalam pendidikan dan perkembangannya, tetapi juga memberikan inspirasi dan motivasi bagi Ali untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Di sebuah sekolah kecil di pinggiran bandar, terdapat seorang guru yang namanya Cikgu Qira Beliau adalah contoh yang sempurna bagi kompetensi seorang guru yang cemerlang. Setiap hari, Cikgu Qira tiba di sekolah dengan semangat yang membara. Beliau tidak hanya mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai subjek, tetapi juga mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat. Dalam bilik darjah, beliau mampu menjelaskan konsep-konsep yang rumit dengan cara yang mudah difahami oleh pelajarpelajarnya. Selain daripada itu, Cikgu Qira juga sangat peduli terhadap perkembangan emosi dan sosial pelajar-pelajarnya. Beliau sentiasa ada untuk mendengar masalah mereka, memberikan nasihat yang bijak, dan memberi sokongan yang diperlukan. Beliau juga berusaha untuk membina hubungan yang baik dengan ibu bapa pelajar untuk memastikan kerjasama yang baik dalam pembangunan pelajar. Kebolehan Cikgu Qira dalam menguruskan bilik darjah juga patut diberi pujian. Beliau sentiasa memastikan kebersihan dan kekemasan bilik darjah, serta menggunakan teknologi untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, pelajarpelajarnya sentiasa bersemangat untuk belajar. Cikgu Qira juga aktif dalam menyertai latihan dan kursus yang berkaitan dengan pembangunan profesional. Beliau sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada pelajar-pelajarnya. Dalam majlis penilaian tahunan, Cikgu Qira sering kali mendapat pujian dan penghargaan sebagai guru terbaik. Namun, kejayaan sebenar baginya adalah melihat pelajar-pelajarnya berkembang dan berjaya dalam pelbagai bidang. Dengan kesungguhan, kebolehan komunikasi, keprihatinan terhadap pelajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, dan komitmen terhadap pembangunan profesional, Cikgu Qira adalah contoh yang nyata bagi kompetensi seorang guru yang luar biasa “Guru Pendidik Terbilang ”
Di tepian sungai yang jernih, terletak sebuah kampung kecil yang dikelilingi oleh pepohon hijau dan bukit-bukit. Di tengah-tengah kampung itu terdiri daripada sebuah sekolah, di mana seorang guru bernama Puan Anita menjalankan peranannya sebagai pendidik dan pembentuk modal insan di sekolah tersebut. Puan Anita merupakan seorang tokoh yang disegani oleh semua penduduk kampung. Setiap pagi, sebelum matahari terbit, dia sudah berada di sekolah dengan senyuman hangat, bersedia untuk menyambut pelajarnya. Bagi Puan Anita, menjadi seorang guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi panggilan yang memerlukan dedikasi dan cinta yang tulus terhadap pendidikan. Pada suatu pagi yang cerah, seorang budak lelaki bernama Aidil pergi ke kelas Puan Anita. Aidil merupakan seorang anak yatim piatu yang baru berpindah ke kampung untuk tinggal bersama ibu saudaranya. Dengan muka malu, Aidil duduk di kerusi belakang kelas kerana dia berasa takut dan malu dengan latar belakang keluarganya dan terpisah dengan pelajar lain. Puan Anita segera memperhatikan kehadiran Aidil dan ingin memastikan bahawa dia dapat merasa diterima dan disokong di persekitaran yang barunya. Semasa rehat, Puan Anita cuba untuk mendekati Aidil dan memulakan percakapan dengan suara yang perlahan dan lembut. Dengan penuh kehangatan, beliau memberikan bantuan dan dorongan kepada Aidil untuk menyesuaikan diri dengan persekitrannya yang baru. Dari hari ke hari, Puan Anita terus memberikan perhatian khusus kepada Aidil. Beliau membantu Aidil dalam memahami matapelajaran, memberikan waktu belajar tambahan, dan memberikan sokongan dari segi emosi. Puan Anita juga membantu Aidil dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran sosialnya, mengenalkannya pada rakanrakan sekelas dan mengajaknya untuk menyertai aktiviti kokurikulum. Melalui perhatian dan sokongan yang diberi oleh Puan Anita, Aidil mula menjadi lebih berani dan menunjukkan potensi yang luar biasa. Dia mula aktif dalam kelas, menjawab pertanyaan dengan percaya diri, dan bahkan menjadi salah satu siswa yang paling berprestasi dalam ujian-ujian. Namun, kehidupan Aidil tidak selalunya lancar. Dia sering berasa sedih kerana merindui ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Apabila dia berasa sedih, Puan Anita sentiasa ada di sisinya, memberikan sokongan dan mengingatkannya bahawa dia tidak keseorangan. Puan Anita mengajar Aidil tentang kekuatan, kesabaran dan ketabahan, dan memberi inspirasi kepadanya untuk tidak berputus asa dalam menghadapi rintangan hidup. Guru, Ibu Kedua Oleh: Vivian Ang
Pada suatu hari, kampung mereka digemparkan dengan bencana banjir yang memusnahkan sebahagian besar rumah dan ladang pertanian. Ramai keluarga telah kehilangan segala-galanya. Namun, dalam keadaan putus asa dan bimbang, penduduk kampung bersatu untuk memberikan bantuan dan sokongan antara satu sama lain. Puan Anita dan pelajarnya tidak berdiam diri. Mereka melangkah masuk untuk membantu membersihkan rumah yang banjir, menyediakan makanan dan pakaian kepada mereka yang memerlukan, dan menghiburkan mereka yang berasa putus asa. Semasa proses pemulihan, Puan Anita melibatkan pelajarnya dalam pelbagai aktiviti pembangunan masyarakat seperti menanam semula kawasan pertanian yang musnah dan membaiki infrastruktur yang rosak. Melalui pengalaman ini, pelajarnya mempelajari kepentingan saling bekerjasama, mengambil berat dan setiakawan dalam menghadapi dugaan. Apabila penggal persekolahan mereka tamat, pelajar Puan Anita meninggalkan sekolah dengan lebih daripada sekadar pengetahuan akademik. Mereka telah belajar tentang nilai kehidupan yang sebenar, seperti integriti, empati, dan ketabahan dalam menghadapi cabaran. Dan di sebalik kejayaan mereka, terdapat seorang guru yang telah memberi mereka lebih daripada apa yang diajar dalam buku teks. Beberapa tahun kemudian, Aidil menjadi seorang doktor yang berjaya. Dia memutuskan untuk pulang ke kampungnya dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk kampung yang memerlukan. Dia tidak pernah melupakan peranan besar yang dimainkan oleh Puan Anita dalam perjalanan hidupnya, dan dia berjanji akan terus membawa semangat dan nilai yang telah diajar oleh guru kesayangannya itu. Beberapa tahun kemudian, Aidil menjadi seorang doktor yang berjaya. Dia memutuskan untuk pulang ke kampungnya dan memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk kampung yang memerlukan. Dia tidak pernah melupakan peranan besar yang dimainkan oleh Puan Anita dalam perjalanan hidupnya, dan dia berjanji akan terus membawa semangat dan nilai yang telah diajar oleh guru kesayangannya itu.
DEDIKASI ITU GERGASI Penulis: KONG YU CHENG Dalam konteks dunia pendidikan, dedikasi adalah seperti hembusan angin segar yang membawa pelbagai harapan, motivasi dan semangat perjuangan kepada pelajar. Dedikasi bukan bermaksud hanya sekadar-kadar mengajar dalam bilik darjah Sahaja dengen bersungguh-sungguh tetapi dedikasi dalam Pendidikan bertujuan untuk membentuk nilai-nilai moral dalam diri seseorang itu. Guru boleh dikatakan gergasi tonggak utama dalam menyemai dedikasi dalam pendidikan. Mereka adalah pelopor-pelopor yang menghakis jalan bagi generasi akan datang. Guru yang bertindak dengan dedikasi mampu membina ikatan emosi dengan pelajar, menyentuh hati mereka, dan mendorong semangat mereka untuk mencapai kecemerlangan. Saya juga merupakan seseorang guru. Sebagai seseorang guru, kita seharusnya mempunyai semangat dedikasi dalam bidang Pendidikan. Kita sebagai guru yang berjaya boleh dikatakan sebagai gergasi dalam pembinaan Kemahiran dan kemajuan dari segi fizikal dalam diri seseorang pelajar itu. Pada beberapa tahun yang lalu, saya menjumpai seseorang pelajar yang sangat rendah diri terhadap diri sendirinya. Namanya Ali. Pada Ketika itu, saya telah mengedarkan tugasan penulisan karangan yang bertajuk “Langkah-langkah untuk merealisasikan Impian.” Ali merasa tertekan. Dia tidak tahu apa yang harus ditulis. Dia merasa impiannya terlalu besar dan mustahil untuk dicapai sehingga tidak hendak menulis karangan tersebut. Menurut Tindakan yang telah dilakukan olehnya, saya mengetahui bahawa Ali terlalu takut dalam proses pencapaian impiannya.untuk menyelesaikan masalah tersebut saya memberi memberikan kata-kata semangat. " Ali, setiap impian bermula dengan satu langkah kecil. Jangan biarkan ketakutan menghalangimu untuk mencapai apa yang kamu impikan. Selain itu, saya juga mengorbankan masa saya untuk berkomunikasi dengan Ali supaya sentiasa mengetahui apa yang sedang berlaku dalam diri Ali itu. Perkara tersebut bertujuan membantu dalam pembinaan mental yang kuat untuk menghadapi caabran pada masa hadapan. Masa berlalu, dan dengan bantuan saya, Ali mula menunjukkan peningkatan motivasinya sama ada dalam pelajarannya atau tindakan yang dilakukan untuk mencapai impiannya. Walaupun masih ada cabaran, namun Salman tidak lagi merasa seorang diri. Dia tahu bahawa saya akan sentiasa ada di sampingnya, membantunya melepasi segala dugaan. Apa yang telah dibuat oleh saya sebenarnya sudah mewujudkan dedikasi yang seharusnya dilakukan oleh seseorang guru itu dalam perkembangan diri sendiri murid. Katalah bahawa, guru merupakan suatu gergasi yang hebat kerana guru akan membantu murid dalam segala masalah disebabkan ini adalah guru. Guru dilahirkan untuk membantu murid, guru itu perjuangan kepada pendiddikan fizikal dan mental kepada manusia, guru merupakan pelindung kepada masa hadapan, guru merupakan jurutera kerohanian dalam manusia guru adalah gergasi dalam bidang Pendidikan.
Seorang guru bernama Cikgu Irrfan dianggap sebagai "Guru Modal Insan Terbilang" di sekolahnya. Beliau bukan hanya seorang pendidik yang cemerlang tetapi juga seorang teladan yang mengilhami pelajar dan rakan sekerja. Setiap hari, Cikgu Irrfan datang ke sekolah dengan senyuman yang menggembirakan. Beliau tidak hanya mengajar subjeknya dengan penuh dedikasi, tetapi juga memberi perhatian kepada perkembangan emosi dan sosial pelajarpelajarnya. Beliau mengambil masa untuk mendengar masalah mereka, memberi nasihat yang bijak, dan menggalakkan mereka untuk sentiasa berusaha. Cikgu Irrfan juga aktif dalam kegiatan kokurikulum. Beliau menjadi pengawas kelas, penasihat kelab sains, dan penyelia latihan koir sekolah. Kehadirannya dalam aktiviti luar bilik darjah memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk turut serta dan memperluaskan pengalaman mereka. Yang paling istimewa tentang Cikgu Irrfan adalah keupayaannya untuk memahami setiap pelajar secara individu. Beliau mengenali kekuatan dan kelemahan mereka, dan mengajar dengan cara yang sesuai untuk setiap pelajar. Dengan penuh sabar, beliau membantu pelajar-pelajarnya mencapai potensi maksimum mereka. Pada setiap majlis anugerah dan perayaan sekolah, Cikgu Irrfan sentiasa diberi penghargaan sebagai guru terbaik. Namun, penghargaan terbesar baginya adalah melihat pelajar-pelajarnya berkembang menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia, dan berjaya dalam kehidupan. Dengan sikapnya yang penuh kasih sayang, kebijaksanaan dalam mendidik, dan dedikasi yang tinggi, Cikgu Irrfan memang layak dianggap sebagai "Guru Modal Insan Terbilang" yang memberi impak besar dalam dunia pendidikan. Guru Modal Insan Terbilang Penulis: Irrfan
MENCARI KEMAJUAN Di sebuah desa kecil, terdapat seorang guru sekolah rendah yang bernama Ahmad. Ahmad bukan hanya seorang pendidik yang berdedikasi tetapi juga seorang pemimpin yang prihatin terhadap pembangunan negara. Ahmad menyedari bahawa pendidikan adalah landasan utama dalam pembangunan negara. Oleh itu, dia mengambil tanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelajar di sekolahnya mendapat pendidikan yang berkualiti. Beliau tidak hanya mengajar subjek akademik tetapi juga nilai-nilai kemasyarakatan yang penting untuk membentuk insan yang bertanggungjawab dan berketerampilan. Namun, Ahmad tidak berhenti di situ. Dia menyedari bahawa untuk mencapai pembangunan negara yang sebenarnya, perlu ada peluang pendidikan yang sama rata untuk semua lapisan masyarakat. Oleh itu, dia bekerjasama dengan komuniti setempat untuk menubuhkan pusat tuisyen percuma bagi kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan.Selain itu, Ahmad juga memanfaatkan teknologi moden untuk memperluaskan pengaruhnya dalam pendidikan. Beliau menyusun program pembelajaran dalam talian untuk membantu pelajar dari kawasan pedalaman yang sukar untuk mengakses pendidikan berkualiti. Melalui usaha-usaha ini, Ahmad tidak hanya membentuk generasi muda yang berpengetahuan tetapi juga membuka pintu peluang untuk kemajuan ekonomi dan sosial negara. Beliau percaya bahawa dengan memperkasa pendidikan, kita sedang membina asas yang kukuh untuk pembangunan negara yang berkekalan. Penulis : Haikal
Kilauan Permata Jauhar Di sebuah sekolah luar bandar yang terletak di lereng bukit, terdapat seorang guru bernama Budi. Budi bukan hanya seorang guru yang rajin, tetapi juga seseorang yang sangat komited menjalankan tanggung jawabnya terhadap perkembangan para pelajarnya. Setiap pagi, Budi tiba di sekolah lebih awal dari waktu yang ditentukan. Ia memanfaatkan waktu itu untuk mempersiapkan pelan pembelajaran yang berstruktur dengan baik, sesuai dengan keperluan setiap pelajar di kelasnya. Dia memahami bahawa setiap pelajar memiliki keperluan pembelajaran yang berbeza, dan tugasnya adalah untuk memastikan bahwa setiap pelajar mendapat perhatian yang mereka perlukan. Selain itu, Budi juga aktif berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar. Dia menyedari bahawa kolaborasi antara sekolah dan rumah sangat penting dalam sokongan perkembangan pelajar. Oleh kerana itu, ia secara rutin mengadakan pertemuan dengan orang tua untuk membincangkan perkembangan akademik dan perilaku pelajar . Namun, kesedaran Budi tentang akauntabiliti guru tidak berhenti di situ. Setiap kali ia memberikan tugas kepada pelajarnya, ia selalu memastikan bahwa tujuan pembelajaran dan kriteria penilaian jelas dan dapat dipahami oleh semua pelajar. Selain itu, ia memberikan maklum balas yang konstruktif dan mampan kepada pelajar agar mereka dapat terus memperbaiki kualitii pekerjaan mereka. Tidak hanya fokus pada akademik, Budi juga memperhatikan aspek pengembangan karakter pelajar. Dia secara aktif mengintegrasikan nilainilai seperti kerjasama, ketekunan, dan integriti dalam setiap kegiatan pembelajaran. Dengan demikian, Budi tidak hanya bertanggung jawab atas kemajuan akademik pelajar, tetapi juga membantu mereka menjadi individu yang beretika dan menyumbangi positif dalam masyarakat. Pada akhir tahun ajaran, ketika melihat kemajuan pelajar-pelajarnya, Budi merasa bangga. Bukan hanya karena nilai akademik mereka yang meningkat, tetapi juga karena perkembangan karakter dan sikap mereka yang positif. Bagi Budi, itulah bukti nyata dari kompetensi dan akauntabiliti seorang guru. Jasad di SP , Hati di JB - Nif PJ
Terima kasih kepada bakal guru kumpulan F2E yang berjaya menulis buku yang mengandungi cerpen pendek yang memberi mesej yang cukup bermakna kepada semua guru agar terus kompeten dalam kerjaya mereka. Kumpulan ini berjaya menghasilkan buku ini dengan baik kerana adanya kata sepakat dan kerjasama dalam melaksanakan kerja yang diberikan kepada mereka. Semoga semua guru yang membaca cerpen pendek hasil karya kumpulan F2E akan memahami mesej yang ingin disampaikan oleh kumpulan ini dan mengambil iktibar dari cerita-cerita ini untuk menjadi guru yang kompeten.