The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shahirhamran, 2022-06-12 22:56:41

MUDARAT MESTI F=DIHILANGKAN

MUDARAT MESTI F=DIHILANGKAN

Mudarat mesti
dihilangkan

KUMPULAN 9

AHLI KUMPULAN

01 02

(17DHF21F1072) (17DHF21F1023)

MUHAMMAD SALMAN BIN MUHD HAFIZ BIN ZAINAL
AZHAR ABIDIN

04 05

(17DHF21F1033) (17DHF21F1035)

ADIF ASYRAF BIN ZELMEY MUHAMMAD BAIHAQI BIN
MUHAMMAD NOORDIN

ISI KANDUNGAN

• PENDAHULUAN
• ISI –ISI
• KESIMPULAN
• CADANGAN PEMBAIKAN
• RUJUKAN

KUMUDARATAN MESTI DIHILANGKAN

PENDAHULUAN

• Kaedah ini membawa pengertian bahawa kemudaratan itu harus di hilangkan dengan makna
kemudaratan yang telah terjadi

• Apa keadaan demikian berlaku maka ia wajib di hilangkan

• Kaedah ini juga membawa maksud sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya mestilah
dihapuskan dan perkara yang merbahaya itu juga hendaklah dihilangkan sama

MAKSUD DHARAR DAN DHIRAR DARI BERBEZA PANDANGAN

PANDANGAN PERTAMA PANDANGAN KEDUA

Sebagai ulama Sebagian ulama yang lain mengatakan
mengatakan dharar sama dharar berbeza dengan dhirar, hal ini
dengan dhirar keduanya
bermakna kemudaratan kerana Nabi memunculkan kedua
lafadz tanpa kecuali dan nafikan kata

dhirar sebagaimana dharar

PERBAHASANNYA

emudaratan dalam kaedah ini bermaksud sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi mencapai
kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Dalam
hal ini, kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa tiap-tiap perkara yang boleh mendatangkan bahaya
dan mudarat hendaklah dihapuskan. Kaedah ini adalah bersumberkan hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"(Islam itu) itu tidak boleh bahaya dan membahayakan".

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam mengharamkan segala tindakan yang boleh membawa kepada kemudaratan sama ada kepada diri,
orang lain dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, Islam melarang tindak balas kepada sesuatu tindakan
daripada pihak lain yang boleh memberikan kemudaratan.

.

Peranan Kaedah Fiqh dalam Bidang Pelancongan dan Hospitaliti:

Memudahkan pemahaman terhadap hukum yang digunakan dalam bidang pelancongan dan
hospitaliti - Dengan adanya ilmu kaedah Fiqh, umat Islam dapat memahami hukum yang digunakan
terhadap sesuatu perkara tanpa membabi buta. Penentangan dan pertikaian terhadap hukum yang
lahir tidak akan timbul apabila masyarakat Islam memahami bahawa keselamatan
akidah,nyawa,keturunan, akal dan harta adalah maqasid syariah yang perlu dijaga . Contohnya
percampuran antara lelaki dan perempuan dikolam perlu diasingkan demi menjaga maruah manusia,
terutamanya kaum wanita.

Sebagai Pendorong kepada umat Islam untuk membangunkan industri pelancongan dan hospitaliti-
Islam bukanlah agama yang sempit dan sukar, malahan islam ialah agama yang realistik. Dengan
memahami ilmu kaedah Fiqh, daya kreativiti umat islam dapat dipupuk , khususnya dalam
menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan dan hospitaliti berlandaskan kepada
pendekatan dan prinsip yang diredhai Allah S.W.T. Sebagai contoh, sumber alam digunakan untuk
menghasilkan produk yang mampu menjadi tarikan pelancong seperti perabot, makanan dan pakaian
serta melakukan pelbagai usaha ke arah menjaga kebersihan dan kesejahteraan alam seperti aktiviti
riadah, penanaman semula pokok dan lain-lain lagi.

Kaedah ini menjelaskan bahawa persoalan yang membawa kerosakan, kemudaratan atau bencana, sama ada
yang melibatkan agama, nyawa, harta, keturunan mahupun maruah, hendaklah dihindari. Sekiranya terdapat
dua kemudaratan dalam masa, perkara yang mempunyai kemudaratan yang lebih ringan atau rendah risikonya
hendaklah menjadi pilihan dalam membuat keputusan. Begitu juga apabila berlaku mudarat terhadap
seseorang, maka islam memberi penyelesaian dan keizinan kepada dirinya untuk menghilangkan kemudaratan
tersebut dengan syarat tidak memudaratkan orang lain atau pihak lain.

Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah :

Yang bermaksud :
" Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri ( kamu ) kemudian mereka ( hampir ) habis tempoh idahnya maka
bolehlah kamu pegang mereka ( rujuk ) dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka ( rujuk
semula dengan maksud memberi mudarat) "

( Surah al-Baqarah 2:231 )

Ayat di atas menjelaskan bahawa Islam membenarkan seorang suami yang telah menceraikan isterinya untuk
merujuk kembali isteri yang diceraikan bukan bertujuan untuk menyakiti atau sengaja mendera isterinya .

Aplikasi kaedah keempat dalam bidang pelancongan dan Hospitaliti

1. Kaedah yang keempat ini boleh diaplikasikan dalam pelancongan dan hospitali seperti yang berikut:

2. 1. Pemandu pelancong atau agensi yang terlibat dalam bidang pelancongan tidak dibenarkan membawa
pelancong ke tempat yang berbahaya. Begitu juga pelancong, mereka tidak boleh meminta pemandu
pelancong membawa mereka ke tempat yang boleh membahayakan nyawa pemandu pelancong.

3. 2. Rumah penginapan, sama ada Chalet, homestay,hotel,motel atau yang seumpamanya, tidak boleh
menyediakan makanan yang haram dan memudaratkan kepada tetamu.

4. 3. Majikan rumah penginapan tidak boleh mengarahkan pekerja melakukan perbuatan yang berisiko
terhadap akal, nyawa, agama, harta, maruah, dan keturunan pekerja atau pelanggan.

5. 4. Kemudahan-kemudahan awam seperti tong sampah dan tandas awam dikawasan yang menjadi tumpuan
ramai. Contohnya, tempat perkelahan supaya kebersihan dikawasan tersebut sentiasa terpelihara dan tidak
tercemar sehingga memudaratkan manusia.

6. 5. Pekerja rumah penginapan, tetamu dan pelancong mestilah menjaga etika berpakaian demi mengelakkan
berlakunya kemudaratan seperti pencabulan hak, maruah dan keturunan sesama mereka

KESIMPULAN

Kesimpulan untuk perkara ini;

-kaedah tersebut merupakan satu kaedah yang boleh digunakan demi menjaga keselamatan khususnya
individu dan masyarakat amnya.

-kaedah ini juga menunjukkan betapa agama Islam dan syariatnya itu begitu mengambil berat mengenai
kepentingan manusia tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan serta menolak kemudaratan dan kerosakan
yang berlaku serta yang bakal berlaku.

-semua hukum yang telah diputuskan oleh syarak tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk
mengelakkan daripada berlaku kemudaratan yang menjadi salahsatu tujuan utama mengapa syariat Islam
didatangkan oleh Allah S.W.T. keatas muka bumi ini.

notícias

1 2 3 4

Perbanyakkan Berusaha Mengisi masa Tanamkan rasa
ibadah kepada meninggalkan lapang dengan cinta terhadap
perkara yang melakukan amal
Allah SWT tidak berfaedah ilmu
jariah

RUJUKAN

• https://fliphtml5.com/hdrez/xjul/basic
• http://sisterlyy.blogspot.com/2015/09/kaedah-fiqh-4-kemudaratan-mesti.html
• NOTA YANG DIBERIKAN OLEH PUAN AMALIA


Click to View FlipBook Version