The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUTORIAL M15 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnazifa358, 2022-05-19 09:45:22

TUTORIAL M15 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

TUTORIAL M15 KESUSASTERAAN & KEBUDAYAAN MELAYU

RUMUSAN BAHAGIAN SATU : URUSAN DASAR

BAB 1 : Unsur-unsur budaya tradisional dengan keperibadian kebangsaan Malaysia
terbahagi kepada lima iaitu :

I ) Pembentukan kebudayaan nasional berdasarkan kepada konsep berikut :
- Satu kebudayaan nasional dapat diwujudkan integrasi antara ,masyarakat dan budaya
yang berbagai ;
- Kebudayaan nasional mengandungi ciri-ciri kesinambungan yang memberi landasan
sejarah dan ciri-ciri perubahan yang memenuhi kehendak masa ;
- Satu daya praktik untuk memupuk kebudayaan nasional adalah menerusi “hasil-hasil
ciptaan nasional” , terutama dalam bidang-bidang kesenian, falsafah dan pemikiran
kreatif yang merupakan manifestasi nilai-nilai, etika dan estetika ;
- Unsur-unsur kebudayaan nasional hendaklah disebar dan disalurkan melalui
institusi-institusi sosial yang berlaku pada peringkat nasional.

II ) Unsur-unsur tradisional itu dapat memberi identiti kebangsaan kerana sifat-sifat sejarahnya
yang berkaitan dengan rantau ini.

III) Oleh kerana praktiknya, unsur-unsur budaya tradisional yang dapat menjadi asas kepada
“hasil-hasil penciptaan nasional”, seperti dalam kesenian, falsafah dan lain-lain dalam bidang
penciptaan kreatif, hendaklah diberi keutamaan.

IV) Unsur-unsur budaya tradisional itu hendaklah diberi tanggapan baru yang bukan sahaja
sesuai dengan kehendak masa, tetapi juga yang dapat diterima akhir-akhirnya oleh semua
rakyat Malaysia dengan rasa cinta dan kasih.

V) Unsur-unsur budaya tradisional yang dipilih dan diolah semula sebagai unsur-unsur
landasan yang mengisi konsep kebudayaan nasional itu hendaklah disemai dalam kalangan
generasi muda menerusi sistem pendidikan, sebaran am dan kegiatan-kegiatan kebudayaan.

VI) Memikirkan bahawa tiap-tiap unsur budaya itu berubah, maka setiap purisme hendaklah
menerima perubahan-perubahan yang munasabah.

2) Cara kerajaan memelihara dan mengembangkan teater tradisional
- Menugaskan kementerian yang bertanggungjawab bagi menjaga nilai-nilainya
- Mengadakan persembahan dan pertunjukan melalui radio dan televisyen
- Mengadakan panggung
- Mengadakan rombongan luar negeri
- Menjalankan kajian dan menerbit buku

3)Mewujudkan satu rupa bangsa dan kebudayaan Malaysia
● Menggalakkan pakaian yang menggambarkan kebudayaan dan keperibadian Melayu.
● Menukarkan nama jalan, bangunan, monumen, tempat, pelabuhan dan lain-lain
kepada nama tokoh atau peristiwa bersejarah.
● Membina bangunan menggunakan unsur-unsur tradisional.
● Menggunakan lambang-lambnang negara dan bangsa bagi mencerminkan perpaduan
negara dan menunjukkan keperibadian negara kepada masyarakat luar.
● Menggabungkan semua jenis alat muzik di negara Malaysia dalam menggambarkan
satu suasana dan bentuk kerajaan.
● Menjadikan Bahasa Malaysia yang merupakan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
dalam urusan rasmi seperti urusan-urusan kerajaan dan upacara rasmi.
● Pemakaian adat istiadat tradisional kaum-kaum perlu diperluaskan melalui
upacara-upacara rasmi dan menyesuaikannya dengan semua jenis istiadat di Malaysia.
● Menyalur dan memupuk kesedaran dan pengetahuan melalui sistem pengajaran.

4)Rupa bangsa dan kebudayaan bercorak kebudayaan Malaysia
-menggunakan hukum Islam ke atas orang Islam sahaja
- undang-undang Inggeris diselaraskan dengan mengkaji hubungan dengan dikaji semula
hukum-hukum dan undang-undang itu bagi menghapuskan pertentangan dan
menguatkuasakan di Malaysia barat dan Timur.
-Undang-undang digubal semula supaya menjamin dan melindungi adicita dan kepribadian
masyarakat Malaysia
-Berdasarkan keputusan hakim di Malaysia
-Membuat keputusan menggunakan dasar Islam.

5) Terdapat beberapa tindakan yang disarankan untuk mewujudkan rupa bangsa dan
kebudayaan dari pelbagai segi yang diperkatakan:

- Mempelbagaikan kajian secara mendalam tentang unsur dan aspek budaya
tradisional yang dijadikan teras kebudayaan kebangsaan;

- Meluaskan kesedaran dan pengetahuan tentang unsur budaya tradisional
dengan menggunakan hasil-hasil kajian sebagai bahan pelajaran di
sekolah-sekolah dan bahan bacaan umum;

- Memelihara dan mengembangkan unsur-unsur budaya tradisional sebagai teras
kebudayaan kebangsaan dengan menyesuai, menyelaras dan mengintegrasikan
unsur-unsur tradisional baru mengikut keperluan dan penerimaan masyarakat
Malaysia.

BAB 2 : Peranan pusat-pusat pengajian dalam pemupukan keperibadian kebangsaan
Malaysia

Peranan pusat-pusat pengajian dalam pemupukan keperibadian kebangsaan Malaysia

Justeru, sebagai usaha bagi mengukuhkan asas pelaksanaan kebudayaan kebangsaan,
pusat-pusat pengajian haruslah memainkan peranan yang penting dalam pemupukan
keperibadian kebangsaan Malaysia iaitu semua universiti hasuslah mempelbagaikan kaedah
bagi mempamerkan identiti nasional dengan mengenepikan aktivit-aktiviti yang bercorak
kolonial. Misalnya, mengadakan upacara-upacara yang bersifat kebudayaan nasional seperti
pemakaian pakaian yang bercorak kebangsaan berbanding pakaian yang berfesyen barat.
Selain itu, pengkajian semula kedudukan mahasiswa haruslah diambil cakna bagi
menggalakkan penghayatan kebudayaan nasional dalam kalangan mahasiswa seperti
mewujudkan dan memberikan pengajaran tentang mata pelajaran-mata pelajaran yang bersifat
seni kepada semua penuntut dari fakulti sendiri dan semua fakulti dan memberikan
pengiktirafan dan anugerah kepada penciptaan drama dan sastera yang baik. Malahan, pihak
universiti juga haruslah menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan sebagai usaha
bagi menormalisasikan perkembangan budaya nasional dan mengurangkan pengamalan
budaya luar negara seperti mewajibkan mahasiswa mengambil mata pelajaran yang berkaitan
budaya bangsanya seterusnya mengelakkan isu kepincangan yang wujud dalam masyarakat
berbilang kaum.

Kebudayaan nasional harus berteraskan kepada kebudayaan Melayu. Hal ini
menjadikan kebudayaan ini harus diperkenalkan kepada semua peringkat sama ada universiti,
sekolah menengah mahupun sekolah rendah dengan memasukkan unsur-unsur kebudayaan
kebangsaan dalam sukatan pelajaran yang berdasarkan Dasar Pelajaran Malaysia.

Penubuhan Fakulti Kesenian di sebuah universiti atau sebuah Universiti kesenian boleh
ditimbangkan dengan segera bagi:

● Menjalankan penyelidikan tentang kesenian lama serta meningkatkan mutunya.
● Memperkenalkan kebudayaan nasional
● Melahirkan penuntut yang berbakat dalam seni untuk kepentingan badan swasta atau

menjadi guru seni di sekolah
● Mewujudkan corak reka bentuk yang bersifat keperibadian kebangsaan dan bukan

peniruan dari luar negara.
● Membentuk semua kaum supaya hidup lebih bersifat saling mengerti dan percaya

antara satu sama lain

Pihak Swasta

● Menjalankan dasar pelajaran yang mengandungi unsur-unsur kesenian dan kebudayaan
● Mendapat peluang belajar secara sendirian
● Berbanding bahu dengan kerajaan
● Menyelaraskan dasar-dasar bahasa kerajaan untuk menggalakkan penglibatan

masyarakat-masyarakat desa dalam bidang-bidang swasta
● Cuba mengeluarkan penuntut-penuntut yang lebih bertanggungjawab, rajin dan berani

terutama dalam bidang sains dan teknologi
● Memenuhi kepentingan negara dan mementingkan citra keperibadian kebangsaan

Malaysia

BAB 3 :
Tajuk : Peranan Sebaran am dalam usaha mewujudkan
1) Sebaran am merupakan alat yang paling berkesan dalam memupuk keperibadian
kebangsaan negara melalui rasa cinta akan negara dan meluaskan pengetahuan terhadap
negara ini iaitu dari segi sejarahnya, bahasanya dan sebagainya. Sebaran am ini perlulah
dalam keadaan menghidup dan sentiasa memajukan konsep kekitaan tanpa memikirkan hal
–hal perkauman dan kebudayaan. Alat sebaran am seperti radio, televisyen dan lain–lain boleh
mengambil langkah yang lebih tegas bagi menggalakkan pembinaan ciptaan dan persembahan.
Perkara ini perlulah dihasilkan dengan berlatarbelakangkan kebudayaan Malaysia serta
mengandungi unsur-unsur keperibadian masyarakat Malaysia. Bahasa Melayu iaitu bahasa
kebangsaan juga digalakkan untuk digunakan sepenuhnya ketika siaran televisyen selari
dengan hasrat untuk memupuk keperibadian kebangsaan. Namun, untuk sementara waktu bagi
tujuan sebaran am, dibolehkan untuk menggunakan bahasa lain di mana-mana sahaja.

2) Kebanyakan muzik dan tarian yang disiarkan bersifat Kebangsaan. Bagi menggalakkan
penghasilan karya yang bermutu penilaian dan penghargaan perlu diberikan. Satu “Akademi
Kesenian” patut ditubuhkan. Seterusnya bahan muzik, tarian dan drama juga perlu dibukukan
dan dijual dengan murah tanpa mengambil keuntungan. “Orkes Simfoni Kebangsaan” yang
sederhana bilangan ahlinya elok ditubuhkan untuk menjadikan persembahan itu berkesan dan
bertaraf antarabangsa. Sekali-sekali Orkes dan pertunjukan muzik etnik hendaklah menjelajah
ke luar negara untuk dipersembahkan kepada rakyat di luar negara. Bahan-bahan permainan
muzik hendaklah diselidiki. Alat sebaran am juga perlulah menyebarkan segala istimewa yang
berperibadian kebudayaan Malaysia. Selain itu, jabatan-jabatan am juga perlu mempergiatkan
lagi usaha-usaha mereka.

3) Kekurangan pakar dalam negara perlu dilatih dengan cara bukan menghantar mereka
berlatih di luar negara.

Bukan penyakit ‘buta huruf’ tetapi masalah kemiskinan penduduk dan kekurangan bahan
bacaan serta kecenderungan membaca. Harga buku dan bahan bacaan di negara ini juga
mahal disebabkan bahan-bahannya diimport dari luar. Kerajaan disyorkan mengkaji kedudukan
perusahaan percetakan dan penerbitan buku-buku dengan tujuan memurahkan harga supaya
tabiat membaca dapat dipupuk dalam diri setiap individu. Majlis Perkembangan Buku-buku
Kebangsaan hendaklah men

Surat kahbar juga dapat menghancurkan tali silaturahim antara kaum. Antaranya ialah
menonjolkan titik-titik persamaan antara golongan di negara ini, menafsirkan masalah satu
golongan kepada golongan lain, memperkenalkan hasrat hidup kepada golongan yang lain.

BAB 4 : Daya cipta Bahasa Malaysia dalam pembentukan keperibadian kebangsaan.

Bahasa Malaysia berperanan sebagai alat pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK)
dani alat penyebaran pengetahuan (informatif) serta asas kebudayaan kebangsaan. Oleh itu
disyorkan supaya Bahasa Malaysia digunakan dengan seluasnya pada papan-papan
kenyataan, nama-nama kedai dan syarikat- syarikat di Malaysia manakala nama-nama kedai
dan syarikat-syarikat yang dipilih bolehlah diambil daripada nama-nama orang-orang yang
terkenal seperti pahlawan-pahlawan, dermawan-dermawan, pemimpin-pemimpin masyarakat,
seniman-seniman dan lain-lain. Nama-nama itu hendaklah sesuai dengan keperibadian
Malaysia.

Selain itu, setiap rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang berperanan penting
dalam masyarakat seperti doktor, peguam, jurutera dan lain-lain hendaklah bertutur dalam
Bahasa Kebangsaan Malaysia di segala bidang kegiatan hidup mereka bagi menjadikan
Bahasa Malaysia sebagai alat pembentukan identiti Kebangsaan.. Di samping itu, radio dan
televisyen hendaklah menggunakan sebanyak mungkin Bahasa Malaysia di udara supaya
warganegara yang belum fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia terbiasa dengan sistem
bunyi Bahasa Malaysia. Melalui cara ini, kita dapat menjamin bahawa Bahasa Malaysia dapat
kekal sebagai bahasa yang memberikan bangsa Malaysia satu identitinya sendiri.

Sebuah badan kawalan dan penyelarasan penggunaan Bahasa Kebangsaan Malaysia
eloklah ditubuhkan dan ianya bolehlah merupakan suatu bahagian di dalam Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) dan bukan sebagai satu unit yang berasingan memandangkan dari segi
ekonomi kakitangan, bangunan, perbelanjaan dan lain-lain. Badan-badan yang dicadangkan ini

haruslah diberi kuasa dan status undang-undang supaya dapat menjalankan tugas-tugas

dengan lebih berkesan. Tugas-tugas ini termasuklah menyelaraskan penggunaan Bahasa

Kebangsaan Malaysia, menerbitkan buku atau risalah mengenai kesalahan-kesalahan bahasa

dan memberikan panduan dan nasihat tentang penggunaan bahasa yang betul dan semua

bangunan swasta perlu menggunakan nama-nama yang sesuai dan penggunaan tatabahasa

yang betul.

Akhir sekali, istilah-istilah yang dicipta tidak boleh bertentangan dengan istilah yang

digunakan di universiti, maktab dan pengajian tinggi. Kerajaan perlu mencari solusi mengenai

masalah dalam ejaan Bahasa Melayu agar Bahasa Kebangsaan Malaysia mempunyai satu

"sistem ejaan" yang standard yang tiada perbezaan ejaan yang boleh mengelirukan.

Mempopularkan penggunaan imej Bahasa Melayu dengan memupuk keperibadian

kebangsaan.

BAB 5 :Nilai-nilai sosial yang penting di sisi pemupukan keperibadian Malaysia
1. Sejarah bahasa dan kesusastraan melayu itu mesti dirumpunkan sebagai sejarah
bahasa dan kesusastraan islam. Nilai-nilai akliah yang disediakan islam belum
benar-benar dipertimbangkan
2. Bahasa Melayu telah digunakan dalam membincangkan soal saintifik tentang keutuhan
dan soal-soal falsafah yang rumit.
3. Perkara yang harus diberi perhatian:
a. Nilai sejarah islam patut diberi keutamaan dalam aspek nilai rasionalisme
,keadilan,keinsafan atas kemulian diri dan kebebasan peribadi seseorang
b. Harus diutamakan yang saintifik daripada estetika dan yang batin daripada yang
zahir. Harus ditulis semula dengan berpandukan keinsafan tentang peranan
islam dalam mewujudkan bahasa dan kesusastraan.
c. Nilai-nilai kesatuan dalam penulisan sejarah dan sejarah kesusauteraan harus
dianggap lebih benar daripada nilai yang menganjurkan panduan
4. Tidak wajar bagi sesuatu nilai sosioekonomi yang dianuti oleh masyarakat -masyarakat
Melayu pada masa yang lampau tetapi dipilih untuk dihidupkan kembali dan tidak wajar
bagi sesuatu nilai sosioekonomi yang sedang dalam proses untuk dilupa tetapi dipilih
untuk menjadi nilai kebangsaan.
5. Sikap rasional ekonomi orang melayu adalh dikongkong oleh banyak ikatan dan
sekatan. Bagi tujuan mencapai keutuhan ekonomi orang melayu, usaha yang
bersungguh hendaklah dijalankan bagi melenyapkan faktor itu. usaha ini perlu dilakukan
dengan saluran seperti pelajaran, sebaran am dan memberi daya perangsang.
6. Institusi gotong-royong merupakan contoh nilai sosioekonomi orang Melayu yang wajar
dipupuk menjadi nilai sosioekonomi kebangsaan.
7. Satu prinsip yang menjadi panduan dalam usaha memilih nilai sosioekonomi Melayu
hendaklah ditetapkan.

8. Nilai sosial bagi wanita adalah rendah dan tidak seimbang dengan kaum lelaki,kaum
wanita patut mendapatkan jawatan yangs sesuai dengan kedudukan.

9. Satu orientasi perlu diadakan mengenai sikap masyarakat terhadap kedudukan kaum
dalam usaha memupuk keperibadian bangsa.cc

10. Masyarakat melayu kini sedang dalam peralihan dan oleh kerana itu wujud unsur-unsur
keebudayaan lama dan baru yang kadang-kadang bercampuran dan kadang-kadang
pula bertentangan

11. Sistem-sistem ekomoni -politik dalam kebudayaan lama itu adalh yang berccorak feudal.
Daripadanya timbul bermacam jenis ketidakadilan,sifat jiwa hamba serta kepercayaan
yang karut-karut. Unsur-unsur kebudayaan yang sudah usang ini perlu dikikis dan untuk
melakukan pentinglah perombakan sistem-sistem ekonomi

12. Sistem ekonomi-politik yang mencorakkan kebudayaan baru sekarang telah ditetntukan
asas-asasnya oleh penjajahan barat. Unsur ini menjadi unsur kapitalis barat yang
menerbitkan manusia individualistik yang hanya mementingkan kebendaan dan
mengakibatkan keruntuhan akhlak

BAB 6 : Penyelidikan , penulisan dan pengajaran sejarah tanah air untuk memupuk
keperibadian kebangsaan Malaysia.

Memandang kepada kepentingan penyelidikan, penulisan dan pengajaran Sejarah Tanah Air
untuk pupuk keperibadian Kebangsaan Malaysia, perkara tersebut mesti diberi pertimbangan
dengan segera.

1) Perhatian yang lebih berat terhadap penyelidikan, penulisan dan pengajaran Sejarah
Tanahair dan mempergiatkan pengumpulan bahan baik dari dalam dan luar negeri.
Tidak terhad terhadap bahan tertulis namun sejarah lisan dan warisan purba turut
diterima.

2) Kerajaan hendaklah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Sejarah Kebangsaan untuk
menyusun dan menyunting bahan-bahan sejarah. Selain itu, memastikan tulisan sejarah
itu lebih teratur dan berkesan.

3) Ilmu dan pendidikan serta pengetahuan tentang sejarah perlu dititikberatkan dan diajar
dari bangku sekolah rendah hingga tingkatan 5 di setiap sekolah.

4) Semua pihak di dalam negara ini perlu memainkan peranan masing-masing dalam
memupuk keperibadian kebangsaan Malaysia.

5) Sukatan Pelajaran Sejarah yang digunakan di sekolah dan maktab perlu dikaji semula
oleh Kementerian Pendidikan agar sesuai dengan kehendak negara untuk menimbulkan
dan memupuk keperibadian Kebangsaan dan perlu meliputi Malaysia Timur.

6) Ciri-ciri kebudayaan yang berbilang bangsa perlu disalurkan dalam keperibadian
kebangsaan.

7) Mata Pelajaran Sejarah diwajibkan bagi semua aliran dari sekolah rendah hingga
tingkatan V di sekolah menengah.

8) Kerajaan perlu menganjurkan seminar Sejarah Kebangsaan untuk mengkaji aspek
sejarah Tanahair.

9) Perhubungan sosio-budaya yang lebih erat perlu digalakkan di seluruh Malaysia
10) Memelihara tugu-tugu dan tempat bersejarah.
11) Kongres menyeru kerajaan supaya berusaha mendapatkan semua bahan sejarah yang

ada dari luar negara.


Click to View FlipBook Version