The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nnazifa358, 2021-10-18 07:20:40

Kemahiran Berfikir

Tugasan GKEB1072-Kumpulan

KEMAHIRAN
BERFIKIR

AHLI KUMPULAN
1. NUR NAZIFA IZWIN BINTI
ROSLI
2.FATHIAH AINA BINTI ABD
AZIZ
3.MUHAMMAD IMRAN BIN
FEDILLAH

MAKSUD KEMAHIRAN BERFIKIR

➢Pemikiran ialah sesuatu proses menggunakan minda untuk mencari
makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah
yang timbul

➢Permasalahan ini diselesaikan dengan pelbagai cara, membuat
pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan
munasabah terhadap proses yang dialami seseorang

➢Terdapat beberapa jenis pemikiran antaranya ialah Pemikiran
Lateral, Pemikiran Kritis, Pemikiran Kreatif dan Pemikiran Reflektif

3

PEMIKIRAN LATERAL Pemikiran Lateral ialah satu
cara penyelesaian masalah
4 yang menggunakan daya
imaginasi dan bukan secara
logik atau tradisional.
Pemikiran ini bukan bertujuan
menyingkirkan corak pemikiran
yang sedia ada tetapi ianya
adalah untuk mencari jalan
terpantas dan lebih berkesan
untuk menyelesaikan masalah.

FAKTOR PENTING YANG DIAMBIL KIRA DALAM PEMIKIRAN LATERAL

MENGENAL PASTI IDEA-IDEA Mengenal pasti idea-idea
dominan utama dalam masalah
yang dihadapi

MASALAH Melihat sesuatu masalah daripada sudut-
sudut yang berlainan

CARA PEMIKIRAN Melonggarkan cara-cara pemikiran yang terkawal

5

TEKNIK PEMIKIRAN -Teknik perkaitan bebas = menghasilkan idea
LATERAL atau pandangan semasa melakukan aktiviti
contohnya semasa pengajaran dan
pembelajaran
-Kaedah ‘reversal’= menilai sesuatu keadaan
yang biasa secara terbalik
-Kaedah cabaran= mencabar cara-cara atau
sesuatu perkara yang dilakukan menggunakan
cara atau keadaan sedia ada. Maksudnya,
pemikiran murid tidak terhad kepada
pemikiran yang sedia ada tetapi berfikir
secara luar kotak.
-Menganalisa masalah= memecahkan masalah
kepada bahagian yang lebih kecil.

PEMIKIRAN KRITIS

➢Pemikiran kritis ialah suatu penerokaan yang bertujuan untuk mengkaji situasi, fenomena,
dan persoalan untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang
ada. Ianya merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan
sesuatu situasi dan melibatkan kebolehan menganalisis nilai sesuatu. Penerokaan yang
berlaku bagi kalangan pemikiran kritis sangat berkaitan dengan pengalaman yang
dialami melalui bahan bacaan, pemerhatian, mendengar, dan melihat atau
menempuhinya sendiri. Sementara sumber yang diperolehi ini akan diaplikasi pada
pelbagai situasi yang sedang dihadapi.

➢Ianya melibatkan pemikiran secara reflektif, produktif dan menilai bukti-bukti untuk
memperoleh dapatan yang logik dan tepat.

7

PEMIKIRAN KREATIF

OPERASI BERFIKIR YANG DAPAT MENGEMBANGKAN IDEA ATAU MENCIPTA IDEA, HASIL, METAFORA, ANALOGI DAN DEFINISI
ATAUPUN MEREKA-CIPTA SESUATU YANG BARU. PEMIKIRAN KREATIF TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA CIRI IAITU

KEBERANIAN IMAGINASI
-Diperlukan untuk menjana -Imaginasi yang
idea yang baru dan pelbagai mencapah
-Tanpa dikongkong oleh idea- -Kemahiran sintesis untuk
menghasilkan idea-idea
idea lama baru

PERKEMBANGAN IDEA REKA CIPTA
-Menyediakan pelbagai -Dicipta berasaskan
kemahiran sintesis untuk
alternatif idea yang menghasilkan idea yang
baru dalam membuat
penyelesaian masalah baru

8

PEMIKIRAN REFLEKTIF Pemikiran reflektif adalah
satu cara pemikiran untuk
9 menyelesaikan sesuatu
masalah secara peringkat,
kritis, kreatif, imbas
kembali pengalaman yang
berkaitan dan penilaian
terhadap kemungkinan
penyelesaian atau refleksi.

KOMPONEN DAN PROSES PEMIKIRAN REFLEKTIF YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MENYELESAIKAN SESUATU
MASALAH IALAH MELALUI BEBERAPA PERINGKAT.

MEMBACA DAN MENTAFSIR MAKLUMAT Dengan cara memahami masalah
melalui pemikiran kognitif.

MENENTU DAN MENYUSUN Dengan cara memproses dan menganalisis
MAKLUMAT data dengan pemikiran secara kritis.

MENCARI HUBUNGAN Dengan cara mengingat kembali perhubungan
MASALAH pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan
penyelesaian masalah melalui cadangan hipotesis.
10

Sekian Terima Kasih

11


Click to View FlipBook Version