The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI PN NAZIAH BINTI HUSSIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hana naqibah kepli, 2020-10-29 09:08:21

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI PN NAZIAH BINTI HUSSIN

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI MENYANJUNG BAKTI PN NAZIAH BINTI HUSSIN

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI
MENYANJUNG BAKTI

PN. NAZIAH BINTI HUSSIN

Tarikh : 30 Oktober 2020 (JUMAAT)
Masa : 10.00 pagi
Medium : Gmeet

Aturcara Majlis :

1. Ucapan aluan pengerusi majlis
2. Bacaan doa – Tn. Hj Mohd Sahfrizal Anuar Bin Baharuddin
3. Ucapan Pengerusi KGS 2020 - En. Azimin Bin Halim
4. Ucapan Pn. Pengetua - Pn. Zaini Binti Mohd Shah
5. Ucapan PK Pentadbiran – Pn. Misliah Binti Ahmad@Jono
6. Ucapan PK HEM – Pn. Hjh Sabaria Binti Darut
7. Ucapan PK Kokurikulum – Pn. Noor Shariza Binti Noor Kamar
8. Ucapan PK Petang - En. Norshamsul Azlan Bin Mohd Nor
9. Ucapan yang diraikan - Pn. Naziah Binti Hussin
10. Persembahan Slaid Semanis Kenangan Tautan Kasih
11. Persembahan Video Titipan Kata Semanis Bicara
12. Majlis Tamat

DIRIKU

NUKILAN: PN. SARINAH BINTI MD YATIM

Wahai diriku
Tiga dekad telah berlalu memaksa kutinggalkan dunia yang ku singgahi

Dalam tawa ria suka duka esak tangis silih berganti
Mendatangi kalbu menagih merayu simpati
Andai masa bisa diberhenti

Wahai diriku
Akhirnya ku tinggalkan jejak itu
Bersama serpih rindu menikam jantung hatiku
Cuba menghabisi bara cintaku
Meninggalkan sejuta kenangan indah tak terungkapkan
Dihujung pena maupun di lisan

Wahai diriku
Mampukan kukutip rindu yang berserakan
Berdayakah aku melepas cinta yang erat ku genggam
Tegakah aku memadam potret-potret kenangan yang tersangkut di dinding usia
Ataukah aku tewas kelelahan menggapai masa silam yang kulepaskan

Wahai sahabat seperjuangan
Sudah sampai aku pada garis masa yg ditetapkan
Tidak mungkin lagi kaki ini bisa menari bersamamu di gelanggang
Tidak mungkin lagi bahu bergandingan menjulang amanah nusa menghidupi jiwa bangsa
Titik pada garis masa tidak pernah keluar landasan

Wahai sahabat seperjuangan
Dengarkan rintih rayu hatiku walau nyata aku tidak bersama

Sambungkanlah tali setia mendidik anak bangsa
Yang kalian genggam sepenuh jiwa

Bawalah semangatku yang masih membara walau dupanya tiada harga

Wahai sahabat seperjuangan
Saat ku dipaksa melambai tangan tanda perpisahan
Percayalah di hatiku sepenuhnya mengharapkan ini bukan sebuah pengakhiran
Sungguh kita terlontar jauh dari takdir berdampingan
Namun doa tulus bisa kupanjatkan Kerana manis cinta bekasnya tak hilang

Kerana harum rindu tetap mewangi di hati
Kerana kasih sejati sandarannya Allah yang Maha kekal abadi

Wahai sahabat
Terima kasih tidak terhingga
Tak mampu diucap tak mampu dibicara
Tangan yang kau hulur saat ku perlu
Lidah yang meluruskan saat ku terlepas bicara
Hati yang ikhlas tika tanganmu diangkat kepadaNya

Wahai sahabat
Kolam yang jernih jua dinodai lumut melata
Pena bijaksana juga mampu merobek rasa Inikan pula diriku insan biasa
Sejuta kemaafan ku hulurkan sepenuh jiwa
Jika lidah silap menyusun bicara Jika santun terlupa dibawa

Jika tingkah tak kena dimata

Wahai anak-anak didik yang kutinggalkan
Buanglah rajukmu pandanglah ke hadapan
Di sana ada guru-guru yang sudi menyambutmu
Mengubati jiwa lesumu mewarnai kitaran hidupmu
Memimpin tanganmu menggapai bintang-bintang terang seperti yang pernah

kujanjikan

Wahai Tuhan
Syukur tiada tandingan atas segala qada qadarMU

Terima kasih kerana mengizinkanku
Menghabiskan usia pinjaman

Di pentas yang penuh amal jariyah
Yang bisa kujadikan bekal utk perjalanan panjang

Menuju redhaMu di alam kekal

AJK PELAKSANA MAJLIS

Penaung :
Pn. Zaini Binti Mohd Shah (Pengetua)

Penasihat :
Pn. Misliah Binti Ahmad @ Jono (PK Pentadbiran)

Pn. Hjh. Sabaria Binti Darut (PK HEM)
Pn. Noor Shariza Binti Noor Kamar (PK Kokurikulum)

En. Norshamsul Azlan Bin Mohd Nor (PK Petang)
Pn. Hjh Sarinah Binti Md. Yatim (Pen. PK Petang)

Pengurus Majlis :
Pn. Khatijah Binti Abu Bakar

Setiausaha :
Pn. Nor Aniza Binti Yahaya

Bendahari :
Pn. Norizan Binti Sharudin

Pengacara Majlis :
Pn. Siti Noor Hidayah Binti Abdul Latif

Pn. Liza Fahrani Binti Safri

Bacaan Doa :
Tn. Hj Mohd Sahfrizal Anuar Bin Baharuddin

AJK Hadiah :
Pn. Hjh Aliza Binti Hj Ismail
Pn. Khatijah Binti Abu Bakar
Pn. Haslina Binti Hj Affendi
Pn. Fatin Nabillah Binti Mohd.

AJK Persembahan :
Pn. Norizan binti Sharudin
Pn. Nor Aniza binti Yahaya

AJK Video dan Media :
Pn. Noraini Binti Romlie
Pn. Noordiana Binti Zainal Abdin

AJK Buku Program :
Pn. Hana Naqibah Binti Kepli

AJK Seranta :
Pn. Norizan Binti Shafie

PENGHARGAAN

AJK Pelaksana
Kelab Guru dan Staf Sesi 2020

Pihak Pentadbir SMKSS
Semua Guru SMKSS

Kakitangan Pengurusan SMKSS
Pembantu Makmal SMKSS

Ahli Keluarga Pn. Naziah Binti Hussin
Pn. Hjh Noor Hidah Binti Mokhtar- Wakil Rakan Sejawat Yang Sudah Bersara

Nurmegasari binti Ghazali - Wakil Murid 2 Bakti
Juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Pohon kemaafan atas

segala kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian majlis norma baharu ini.


Click to View FlipBook Version