PENILAIAN
FORMATIF DAN
SUMATIF
51
Kaedah Penilaian Penerangan
Formatif
Semua strategi pelaksanaan Program/Aktiviti dinilai
setiap tahun;
Penilaian formatif mengambil kira pemantauan yang
telah dilakukan;
Penilaian formatif dilaksanakan secara konsisten dan
berkala
bagi memastikan isu-isu/masalah dapat ditangani
pada peringkat pelaksanaan
Tindakan pembetulan akan diambil ke atas strategi
pelaksanaan Program/Aktiviti bagi meningkatkan
keberhasilan; dan
Keputusan penilaian Program/Aktiviti akan
dikemukakan kepada MOIC
52
Kaedah Penilaian Penerangan
Sumatif
Kementerian wajib melaksanakan penilaian bagi
semua Program/Aktiviti sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh lima tahun
Penilaian sumatif Program/Aktiviti dilakukan mengikut
Peringkat kitaran hayat Program/Aktiviti yang telah
ditentukan dalam Rancangan Penilaian Program dan
Aktiviti aBB
Penilaian sumatif dilaksanakan bagi menentukan
kesesuaian dan keberkesanan Program/Aktiviti aBB
dalam mencapai keberhasilan;
Pengubahsuaian kepada Program/Aktiviti aBB (sama
ada menambah/ mengurang bilangan Program/Aktiviti
dan/atau memperluaskan/memperkecilkan skop
Program/Aktiviti sedia ada) akan dilakukan sekiranya
laporan penilaian mendapati bahawa wujudnya
kekurangan/kelemahan kepada Program/ Aktiviti.
53
Dalam penilaian program terdapat empat proses yang harus dinilai
agar dapatan yang diperolehi nanti adalah lebih telus dan adil. Justeru,
keseluruhan proses tersebut hendaklah dinilai agar tidak mempunyai
unsur bias dalam pelbagai aspek
54
3.1 Penilaian Aspek Input
3.1.1. Penilaian Input
Aspek penilaian input terdiri daripada dua input iaitu input sumber
manusia dan input sumber bukan manusia. Input sumber manusia
melibatkan manusia dalam program tersebut dan akan dilihat dari segi
jantina dan sebagainya berdasarkan aspek demografi yang ingin dikaji.
Seterusnya input sumber bukan manusia pula adalah sesuatu benda
yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program tersebut
yang mana ke semua input tersebut akan dinilai dari segi
keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan.
3.1.2 Penilaian Aspek Proses
Penilaian proses pula adalah penilaian dari aspek proses yang
berkaitan dalam pelaksanaan program tersebut yang terdiri daripada
Dimensi Perancangan, Dimensi Pelaksanaan, Dimensi Pemantauan
dan Dimensi Penilaian dalam menilai proses pelaksanaan program
tersebut.
55
3.1.3 Penilaian Aspek output
Penilaian produk adalah penilaian terhadap output program yang
ingin dicapai.
3.1.4 Penilaian aspek Impak
Penilaian impak yang dimaksudkan adalah impak terhadap aspek
penilaian OBB iaitu keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan.
Penilaian ini akan membantu dalam mengenal pasti dan menilaihasil,
sama ada hasil itu positif atau negatif, sama ada berbentuk jangka
pendek atau jangka panjang (Randall,1969).
(A) Penilaian keberkesanan
Menepati objektif yang ingin disasarkan daripada pelaksanaan
program MBI tersebut. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rossi et
al, (1999); Alford dan Baird (1997). Manakala Perbendaharaan (2002)
menetapkan:
i Sejauh manakah objektif aktiviti tercapai?
ii Apakah sumbangan outcome Aktiviti kepada pencapaian
impak yang dirancang?
iii Apakah impak yang tidak dirancang dan/
atau yang negatif yang timbul daripada
pelaksanaan Aktiviti berkenaan?
56
B) Penilaian Kesesuaian
Penilaian kesesuaian adalah berkaitan dengan kesesuaian program
yang dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor-faktor
berikut (Perbendaharaan, 2002) iaitu:
i Setakat mana Aktiviti dapat mengatasi masalah dan/atau
memenuhi keperluan asas pelanggan?
ii Setakat mana objektif Aktiviti berkenaan masih relevan?
iii Sama ada dasar-dasar yang dilaksanakan di bawah Aktiviti
adalah sesuai dan berpatutan dari segi skop dan liputan?
C) Penilaian Kecekapan
Kecekapan adalah berkaitan dengan kos faedah (cost benefit) dan
keberkesanan kos (cost effectiveness) yang terhasil daripada
pelaksanaan program. Seseorang penilai akan mendapat maklumat
yang cukup sekiranya penilaian tersebut memfokuskan kedua-dua
aspek tersebut. Ini kerana aspek-aspek tersebut adalah saling berkait
dan akan menghasilkan kecekapan dalam pelaksanaan sesuatu
program (Rossi et al, 1999).
57
Menurut Perbendaharaan (2002) pula kecekapan adalah jawapan bagi
persoalan-persoalan tersebut iaitu :
i Bagaimana aktiviti berkenaan boleh dilaksanakan secara lebih
cekap?
ii Sama ada input yang digunakan untuk mengeluarkan
outcome adalah berpatutan?
iii Adakah aktiviti berkenaan melengkapkan, bertentangan,
bertindih ataupun menjalankan fungsi-fungsi yang sama dengan aktiviti
yang lain?
58
4.1 Konsep rubrik
Rubrik adalah instrumen yang berbentuk senarai semak. Instrumen
ini banyak digunakan dalam menilai pencapaian pelajar (Peirce,
2006). Antara fungsinya adalah seperti membantu tenaga pengajar
untuk membuat penilaian dengan lebih konsisten dan berkesan,
membantu pelajar mengetahui dan mengecapi ekspektasi
pengajarnya. Selain daripada itu, instrumen ini juga adalah sebagai
alat untuk membekalkan maklumat tentang penambahbaikan yang
perlu dilakukan terhadap sesuatu program (Mertler, 2001).
59
Manakala menurut Andrade (1997) pula menjelaskan bahawa
terdapat banyak kebaikan menggunakan rubrik dalam melakukan
penilaian ke atas hasil pelajar atau penilaian terhadap sesuatu
aktiviti. Kerana rubrik dapat meningkatkan pencapaian pelajar,
memantau perkembangan pembelajaran pelajar di samping
mencapai ekspektasi gurunya, menyedarkan pelajar akan tahap
penguasaannya ke atas hasil kerja sendiri, memupuk semangat
berdikari dan bertanggungjawab.
Dalam kajian oleh Tee., Mimi, Jailan, Baharom, Widad dan Yee (2010)
mendapati instrumen rubrik juga telah digunakan bagi menilai tahap
kefahaman pelajar seperti peta minda oleh Buzan (2002a) yang
menggunakan senarai semak oleh Doss (2008).
60
JENIS-JENIS RUBRIK
RUBRIK RUBRIK
61
RUBRIK ANALITIK
Instrumen rubrik analitik ini digunakan kerana konstruknya lebih
teliti dan spesifik untuk menilai sesuatu penilaian yang memerlukan
penelitian ke atas bahagian-bahagian kecil atau spesifik (Gavin,
2005).
Menurut Peirce (2006), beliau menekankan bahawa rubrik analitik
membekalkan lebih maklumat berbanding rubrik holistik. Ini kerana
rubrik analitik sangat berguna dalam penilaian ke atas sesuatu
projek. Menurut Peirce (2006) juga, rubrik boleh digunakan untuk
menilai sesuatu program, kursus atau projek. Ini kerana rubrik
adalah suatu alat penilaian yang membekalkan maklum balas
tentang kekuatan dan bahagian yang perlu penambahbaikan
(Andrade, 1997) sebagaimana template rubrik analitik berikut:
62
Jadual 2.3 Template Rubrik Analitik
63
RUBRIK HOLISTIK
Rubrik holistik digunakan untuk menilai secara keseluruhan sesuatu
penilaian. Mertler (2001) menerangkan rubrik holistik memerlukan
guru untuk menilai hasil kerja pelajar secara keseluruhan dengantidak
menilai bahagian atau komponen kecil secara terperinci. Rubrik
holistik adalah lebih bersifat umum (Peirce, 2006). Sebagaimana
template rubrik holistik berikut:
64
Jadual 2.4 Template Rubrik Holistik
65
RUBRIK DUA LAPIS DALAM
PENILAIAN PROGRAM
Penggunaan instrumen rubrik dua lapis (double layer rubric) dalam
penilaian program di Malaysia amatlah sesuai dan lebih menepati
kehendak soalan yang dikemukakan. Di Malaysia instrumen rubrik
dua lapis merupakan bentuk penilaian baharu yang belum
digunakan secara meluas lagi. Instrumen Rubrik Dua Lapis adalah
instrumen yang berbentuk rubrik iaitu senarai semak yang
menggunakan skala untuk menilai pencapaian sesuatu program atau
pelajar (Mertler, 2001).
Instrumen ini dirujuk daripada literature yang berkaitan bagi setiap
konstruk yang dibina dan seterusnya pembinaan instrumen tersebut
dibina berdasarkan Jadual Pembinaan Instrumen (JPI) rubrik oleh
Mohd Sahandri (2013). Instrumen ini menggunakan dua skala
pengukuran untuk mendapatkan maklumat kecil yanglebih spesifik.
Pertama melalui skor min markah yang berdasarkan0 (tiada), 1
(sebahagian) dan 2 (sepenuhnya).
66
Seterusnya akan jumlahkan dan diterjemahkan ke skala ordinal 5
markah iaitu markah 1 (1-2), 2 (3-4), 3 (5-6), 4 ( 7-8) dan 5 (9-10) dan
dibina berdasarkan Jadual Penentuan Instrumen (JPI) Mohd Sahandri
et. al (2013). Instrumen rubrik dua lapis ini telah mula digunakan di
Malaysia sebagai satu bentuk transformasi baharu dalam pembinaan
instrumen. Transformasi baharu ini telah dipelopori oleh MohdSahandri
Gani dalam artikel yang bertajuk ”Transformasi Pembinaan Instrumen
Kajian Dalam Pendidikan (2013) dan “Development of the Double Layer
Rubric for the Study on the Implementation of School- Based Assessment
Among Teachers" (2015). Seterusnya instrumen telah digunakan juga
oleh beberapa orang pelajar doktor falsafah padatahun 2015 dan 2016
dalam kajian tesis doktor falsafah dan mendapati penggunaan
instrumen ini lebih menepati kehendak soalan dan lebih spesifik.
67
4.4 Contoh Pembinaan Instrumen rubrik
68
Penilaian program amat sesuai dilaksanakan bagi memastikan
program yang dilaksanakan tidak sia-sia dan mengelak dari
berlakunya pembaziran sama ada dari segi wang, masa dan
tenaga kerja yang terlibat. Melalui penilaian program juga dapat
memastikan program yang dilaksanakan berada pada landasan
yang betul dan tidak lari dari matlamat asal program yang
dilaksanakan. Dengan melaksanakan semua prosedur tersebut,
dapatan penilaian kita nanti lebih telus dan menepati semua
aspek ini.
69
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 1. Asas
Statistik
Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 2. Asas
Statistik
Penyelidikan. Mc Graw Hill. Kuala Lumpur.
Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat & Badrul
Hisham Alang
Osman (2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan
DPLI, Perak:
Percetakan Lee Sdn. Bhd.
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner.
Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Lomax, P. (1995). Action research for professional practice , British
Journal of In-
Service Education, 21:1, 49-57
70
Mariam Mohamed Nor & Abd.Halim Bin Ibrahim. (2004). HBET 2303
Writing in an esl
context. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London:
Routledge
Mohd Hasani, D., Salleh, A.R., dan Mohammed Sani, I. (2006). Konsep
Profesionalisma
Keguruan. Dalam Kesediaan Profesionalisme Guru Novis. Institut
Pengajian Tinggi Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatankuasa
Penyelerasan Pendidikan Guru. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan,
UKM.
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010. (2006). Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , 2013-2025. (2013).
Kementerian Pengajian
Tinggi. Putrajaya: KPT.
71
Stenshouse, L. (1975). An introduction to curriculum research and
development,
Heinemann
Whitehead, J. (1985). An analysis of an individual's educational
development – the basis for personally orientated
action research. Published in Shipman, M. (Ed.)
Educational Research: Principles, Policies and
Practice, pp. 97-108; Falmer; London.
72