The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thurans, 2022-03-03 19:28:33

Bahasa Klasik ke Bahasa Standard

Bahasa Klasik ke Bahasa Standard

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis
semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah

bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka
ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai, anakku, yang bapamu itu
sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana
Hulubalang Ratu Melaka,”
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka
Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh
membunuh bapaku itu, supaya negeri Majapahit ini habis
kubinasakan?”

Dipetik daripada kepimpinan Melalui Teladan
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

TEKNIK MENJAWAB

BM Klasik BM Standard
❖ Ayat songsang ( predikat + ❖ Ayat susunan biasa

subjek ) ( subjek + predikat) – kenal pasti
subjek dan predikat
❖ Ayat panjang dan berjela ❖ Jadikan ayat majmuk dengan
❖ Menggunakan perkataan menggunakan kata hubung.
❖ Gantikan perkataan klasik
klasik dengan perkataan BM Standard.
❖ Ayat pasif ❖ Tukar tatabahasa yang sesuai.
❖ Ayat aktif.

SUBJEK

(Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya

pun menangis, seraya berkata, “Hai, anakku, yang bapamu itu sudah mati

dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu

Melaka,”) PREDIKAT

•Predikat terlalu panjang. Maka, jadikan ayat majmuk dengan menggunakan
kata hubung.

Jawapan : PREDIKAT

SUBJEK

Ibu Kertala Sari (menangis selepas mendengar kata-kata daripada anaknya itu.)
Selepas itu, kata ibu Kertala Sari “Wahai anakku, bapamu itu sudah mati dibunuh
oleh orang Melayu yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka”.

1. kata kerja menangis dan mendengar digabungkan dalam satu ayat yang ringkas.
2. “ Hai, anakku” ditukar kepada “Wahai anakku,” – tukar mengikut kesesuaian.
3. Kata ‘yang’ digugurkan : yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh.... ditukar

kepada bapamu itu sudah mati dibunuh oleh....
4. Satu ayat yang panjang telah ditukarkan kepada dua ayat.

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari
pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu,
supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”

JAWAPAN :

Selepas Kertala Sari mendengar kata-kata daripada ibunya itu,
dia pun berasa marah dan berkata, “ Siapakah yang disuruh
membunuh bapaku, akan aku binasakan negeri Majapahit ini
sehingga semuanya musnah”.

•Kata : Setelah ditukar kepada selepas.
•Tambahan kata ganti nama diri ketiga (Kertala Sari diganti
kepada dia).
•Tukar tatabahasa yang sesuai.

Sila baca dan fahamkan. Perbincangan lebih lanjut akan
dilakukan di dalam kelas. Sebarang pertanyaan boleh
pm cikgu Rabi atau dalam whatsApp grup bm.

SEKIAN TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version