The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-buletin Edisi Jan-Jun 2023 Bahagian Pembangunan Kompetensi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiz Hawari, 2023-09-20 02:01:46

E-buletin Edisi Jan-Jun 2023

E-buletin Edisi Jan-Jun 2023 Bahagian Pembangunan Kompetensi

2 0 2 3 K K M BERITA, AKTIVITI & PROGRAM BAHAGIAN DARIPADA JANUARI HINGGA JUN 2023 e-Buletin


Bengkel Strategik KSU bersama Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah JKN (Pengurusan) 02 SIDANG REDAKSI 03 BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK KETUA SETIAUSAHA BERSAMA PENGARAH HOSPITAL DAN TIMBALAN PEGARAH KESIHATAN NEGERI (PENGURUSAN) 03 PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT / TALENT DEVELOPMENT PROGRAM (TDP) 05 KURSUS / BENGKEL ANJURAN BPK PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN WEBINAR LAWATAN KE AGENSI LUAR 25 26 30 03 E - B U L E T I N B P K 01 Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan (Pengurusan 06 Pentadbiran Kontrak) Kursus Pemanduan 08Ambulans 08 Bengkel My Portfolio


Sidang Redaksi 02 KETUA EDITOR PENYELARAS SIDANG EDITOR PENAUNG


Sesi kajian kes diadakan untuk memberi peluang kepada para peserta bagi membincangkan dan membentangkan perkara dan isu-isu di lapangan secara komprehensif kepada pengurusan tertinggi pada hari kedua bengkel. MERCURE LIVING HOTEL 23 - 24 JUN 2023 Bengkel ini disertai oleh 214 orang peserta yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, Setiausaha Bahagian/Ketua Cawangan/Ketua Unit di Ibu Pejabat KKM, Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital dan Timbalan Pengarah Negeri (Pengurusan). Ianya merupakan satu sesi percambahan fikiran dan perkongsian idea untuk membincangkan isu-isu strategik untuk mendapatkan solusi kreatif dan inovatif bagi mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian dan mutu perkhidmatan fasiliti kesihatan KKM. Bengkel ini dapat merangka cadangan penambahbaikan dan pelan tindakan bagi isu-isu pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan, pengurusan aset (perubatan dan bukan perubatan), pengurusan hospital serta sistem maklumat hospital (Hospital Information System). Bengkel ini juga dilengkapi dengan sesi perkongisan ilmu oleh penceramah daripada sektor awam dan swasta antaranya adalah seperti Microsoft Corporation, Bank Negara dan AJM International Academy. BENGKEL STRATEGIK KETUA SETIAUSAHA BERSAMA PENGARAH KESIHATAN NEGERI, PENGARAH HOSPITAL DAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PENGURUSAN) 03


Program Pembangunan Bakat (Talent Development Programme- TDP) Kohort 4 Modul 7 dan Majlis Penutupan telah diadakan di Hotel Vouk, Pulau Pinang pada 10 – 14 Januari 2023. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Gred 48 dan 52 daripada pelbagai skim di KKM telah menyertai program ini. Sesi Executive Talk telah disampaikan oleh mantan KSU, YBhg. Datuk Harjeet Singh. PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT (TALENT DEVELOPMENT PROGRAMME) KOHORT 4, MODUL 7 04 10 - 14 JANUARI 2023 Hotel Vouk, Pulau Pinang


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN PROGRAM PEMBANGUNAN BAKAT KOHORT 5 Majlis Perasmian Program Pembangunan Bakat (Talent Development ProgrammeTDP) Kohort 5 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Emillia Rosnizar binti Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Kompetensi bertempat di Hotel The Pearl Kuala Lumpur. TDP Kohort 5 Modul 1: Neuro Linguistics Programming (NLP) for Leaders ini diadakan sepanjang 15-20 Mei 2023 yang melibatkan seramai 30 orang pegawai Gred 41 hingga 44 pelbagai skim di KKM. 15 - 20 MEI 2023 05


Kursus yang diadakan di Blok C, Jalan Cenderasari telah dihadiri oleh 28 orang pegawai BPK memberi tumpuan kepada perkara berikut: peranan Jawatankuasa yang terlibat dalam proses ePerolehan; penyediaan spesifikasi senarai semak dan skema pemarkahan; penentuan harga indikatif dan varian; dan penetapan skor teknikal, kewangan dan skor keseluruhan. MODUL PEMBELIAN TERUS & SEBUT HARGA / TENDER Ceramah telah disampaikan oleh pegawai penyelaras dari Commerce Dot Com Sdn Bhd. Kursus Hands-On Pengurusan Fail dan Rekod Rasmi yang dihadiri oleh 30 pegawai BPK telah diadakan di Bilik Serbaguna, Blok C, Jalan Cenderasari. Kursus ini adalah sebagai refresher course bagi meningkatkan kesedaran dan pendedahan berhubung aspek pengurusan fail dan rekod. Hasil pembelajaran peserta adalah seperti berikut: Pengetahuan asas mengenai pengurusan fail dan rekod kerajaan secara teori dan amali Memahami tugas-tugas pemgendalian fail dan rekod pada peringkat pewujudan, penggunaan, pemeliharaan dan pemisahan Kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod sepertimana dalam Akta Arkib Negara 2003 dan pekeliling berkaitan. PENGURUSAN FAIL & REKOD RASMI 06


Secara atas talian Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan (Pengurusan Pentadbiran Kontrak) telah diadakan secara hibrid (bersemuka dan dalam talian) di Institut Integriti Malaysia (IIM) 614 peserta daripada PTJ luar Lembah Klang KURSUS PENGURUSAN PEROLEHAN 25 - 27 Januari 2023 07 Ceramah disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM, Pejabat Penasihat UndangUndang KKM, Cawangan Audit Dalam KKM dan syarikat Commerce Dot Com. 58 orang peserta Gred 22 hingga 54/56 yang terlibat dalam pengurusan perolehan di Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital sekitar Lembah Klang Secara fizikal


Kehidupan lebih produktif melalui kelestarian kegemberiaan ketika bekerja Kehadiran peserta seramai 50 orang pegawai KKM Gred 19 - 36 daripada pelbagai skim di KKM iaitu jururawat, juruteknologi makmal perubatan, juruterapi, pegawai perkhidmatan pelanggan, pembantu pembedahan pergigian, pembantu pustakawan, pembantu setiausaha pejabat, pembantu tadbir, penolong akauntan, penolong pegawai farmasi, penolong pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai penyediaan makanan, penolong pegawai perhubungan awam, penolong pegawai perubatan dan penolong pegawai tadbir. 7 - 9 Februari 2023 08 Kursus Creating a Happy Work Culture Melalui kursus ini peserta dapat: Menghuraikan prinsip asas kebahagian dan kepentingannya Mengenalpasti kebahagian individu serta merenung keadaan emosi Mengaplikasikan kemahiran Emotional Intelligence (EQ) untuk menyokong kesejahteraan emosi dan mampu memupuk budaya kerja gembira bagi meningkatkan lagi produktiviti penjawat awam Menyediakan pelan tindakan untuk meningkatkan kemahiran EQ dan mampu mencari penyelesaian berkesan bagi setiap cabaran yang dihadapi untuk mewujudkan budaya kerja yang gembira di dalam organisasi. Dalam Talian Pengisian kursus: Kebahagian di tempat kerja: apa dan bagaimana? Emotional intelligence & keterkaitannya di tempat kerja. Kegembiraan & produktiviti: apa & bagaimana? Penilaian kendiri tahap kebahagian & emosi cara CTC Membina tabiat & kemahiran lebih bahagia cara NLP Melestarikan budaya kerja ceria dan mampan Kegembiraan dalam masa kritikal cara HYPNONLP-CTC Rawat stress, anger & emotional pain dalam pembentukan kegembiraan di tempat kerja


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Hasil pembelajaran kursus adalah: 14 - 16 FEBRUARI 2023 Kursus ini telah diadakan di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan telah dihadiri oleh 38 orang pegawai yang terdiri daripada Gred 41 - 44 dari pelbagai skim di bawah KKM. Menerangkan tentang teori kepimpinan dan membuat perbandingan antara pelbagai gaya serta kualiti kepimpinan; Mengenal pasti gaya kepimpinan dan kekuatan dalam diri; Mengenal pasti dan menganalisa isu serta cabaran berkaitan kepimpinan; dan Mengaplikasi kemahiran kepimpinan secara berkesan agar dapat mencapai keberhasilan yang disasarkan di dalam organisasi. 09 ESSENTIALS LEADERSHIP OF KURSUS


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada 12 modul meliputi pemahaman, pengetahuan, kemahiran kompetensi pemanduan ambulans yang berhemah termasuk kesihatan psikososial pemandu ambulans. Antara penceramah yang terlibat adalah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Doktor Pakar Perunding daripada Hospital Sungai Buloh dan Pegawai Psikologi Klinikal, Hospital Mesra Bukit Padang, Kota Kinabalu. 6-10 MAC 2023 ILKKM SULTAN AZLAN SHAH, PERAK SIRI 1 : ZON SABAH 20-24 FEBRUARI 2023 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SIRI 2 : ZON UTARA AMBULANS JKN Sabah dan Hospital Universiti Malaysia Sabah (UMS) JKN Perak, JKN Pulau Pinang, JKN Kedah serta Penolong Pegawai Perubatan dari Lembah Klang pemandu ambulans pemandu ambulans 10


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN Unit Inovasi dan Kualiti, BPK telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pelaksanaan myPortfolio bagi Pegawai Penyelaras myPortfolio di KKM pada 28 Februari 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi Pegawai Penyelaras myPortfolio yang baru dilantik serta memberi refresher course kepada pegawai penyelaras sedia ada tentang format dan penyediaan myPortfolio dan sub modul myPortfolio di dalam Sistem HRMIS. Seramai 66 orang pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana telah menyertai bengkel ini. 11 28 Februari 2023


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN 12 ORGANISATIONAL CULTURE OF EXCELLENCE KURSUS 7 - 9 MAC 2023 Kursus yang telah diadakan secara dalam talian ini telah disertai oleh 50 orang pegawai KKM Gred 41 - 52 yang bertugas di Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, Hospital, Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian, Pejabat Kesihatan Daerah dan Institusi Kesihatan. Melalui kursus ini, peserta dapat: Memahami konsep dan kepentingan budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam; Mengenalpasti cara-cara penyampaian perkhidmatan berkualiti dalam budaya kerja cemerlang; Memupuk dan meningkatkan semangat kerja berpasukan dan pergaulan antara pekerja Mewujudkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan berkesan.


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Kursus ini diadakan khusus untuk Pegawai Kesihatan Daerah/Bahagian/Kawasan KKM telah memberi pendedahan tentang ilmu dan kemahiran kepimpinan dan perbincangan serta penyelesaian isu-isu tadbir urus yang berlaku di fasiliti KKM. Kursus telah dirasmikan oleh Puan Maizura Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha Bahagian, BPK manakala majlis penutupan kursus telah disempurnakan Dr. Nik Jasmin Nik Mahir, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam dan turut dihadiri oleh Puan Emillia Rosnizar Ahmad Hanipiah, Setiausaha Bahagian, BPK. 13 - 15 Mac 2023 Tadbir Urus dan Kursus Pemantapan Seramai 30 orang pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah dari seluruh negara telah hadir ke kursus ini. Kepimpinan 13


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN ilmu secara teori dan hands-on berhubung pengendalian MCP dan penstriman langsung. jenis peralatan yang digunakan semasa pengoperasian penstriman langsung mengaplikasikan kemahiran penggunaan peralatan untuk mengendalikan acara rasmi secara penstriman langsung menggunakan pelbagai platform serta menghasilkan rakaman atau video yang berkualiti. Kursus ini telah memberi pendedahan tentang: Seramai 16 orang pegawai BPK telah menghadiri kursus ini yang telah diadakan di Infra Minda Global Sdn. Bhd. 14


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Kursus Penulisan Rasmi, Teks Ucapan dan Pengurusan Majlis Pengenalan komunikasi, pengucapan awam, teks ucapan, protokol, hierarki VVIP dan panggilan hormat serta analisa majlis; Memahami format teks ucapan dan mengatur bahan, isi kandungan dan teknik pengenalan serta penyusunan teks; Menggunakan laras bahasa dan tatabahasa yang betul bagi tujuan penghasilan teks ucapan Kerajaan; dan Amali menulis teks ucapan, pembentangan, isi kandungan dan penutup teks ucapan. OBJEKTIF 31 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023 Asian International Arbitration Centre Kursus yang telah diadakan di Asian International Arbitration Centre ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta daripada kakitangan bahagian pembangunan kompetensi. 15


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN BahasaMelayu Kursus Penataran Siri 1 / 2023 28 - 30 Mac 2023 Kursus yang telah diadakan secara dalam talian ini telah disertai oleh 80 orang pegawai KKM Gred 41 - 52 yang bertugas di Ibu Pejabat KKM, Jabatan Kesihatan Negeri, Institut Latihan KKM, Hospital, Klinik Kesihatan, Klinik Pergigian, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Kesihatan Pergigian. Hasil pembelajaran kursus: 16 Prinsip penulisan pelbagai jenis dan format dokumen rasmi di sektor awam perlu menggunakan laras bahasa Melayu yang berkualiti Siri 2 / 2023 9 - 11 Mei 2023


B E N G K E L R E K A Y A S A P E R K H I D M A T A N D I FASILITI KESIHATAN KKM Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Bengkel yang telah diadakan di Hall 7, Level C, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini telah dihadiri oleh 60 orang peserta daripada Ibu Pejabat KKM, Hospital, Klinik Kesihatan dan Institut Kesihatan KKM. Berkongsi pengalaman Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan; Penggunaan teknologi dalam peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan kesihatan: Menyemak semula rantaian nilai/proses perkhidmatan kesihatan; dan Membangun pelan tindakan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan. Fokus utama bengkel adalah: 17 15 - 17 MAC 2023


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Bengkel yang telah diadakan pada 28 hingga 30 Mac 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini telah dihadiri oleh pengamal perubatan dan pegawai yang menggunakan sistem-sistem berkenaan di hospital atau klinik kesihatan/ klinik pergigian. Modul kesihatan digital yang dibangunkan akan dijadikan sebagai penanda aras bagi membangunkan bakat warga KKM melalui pelaksanaan kursus berkaitan. B E N G K E L P E M B A N G U N A N M O D U L KESIHATAN DIGITAL 28 - 30 MAC 2023 18 Pengukuhan kompentensi dan pembudayaan digital amat diperlukan untuk pembangunan kapasiti modal insan melalui latihan dan program


KURSUS Memahami konsep dan kepentingan komunikasi berkesan untuk kecemerlangan organisasi dan individu; Memahami hubungkait di antara jenis-jenis komunikasi dengan elemen tingkah laku, pemikiran dan hierarki organisasi; Mengaplikasi kemahiran komunikasi non-verbal dalam perhubungan dan mengelakkan konflik dalam organisasi; Menerangkan kaedah dan langkah untuk menerima maklumbalas/ kiritikan/ bantahan; dan Memahami teknik Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam komunikasi berkesan. Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan penjelasan tentang konsep dan kepentingan pengurusan komunikasi berkesan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Antara objektif penganjuran kursus ini adalah:- Seramai 75 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan daripada gred 19 hingga 52 telah hadir ke kursus ini. SIRI1: 9 - 10 MEI 2023 SIRI 2 :13 - 15 JUN 2023 “A good communication is the bridge between the confusion and clarify” 19


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN KAMUS KOMPETENSI FUNGSIAN (KKF) SIRI 1 : 22 - 23 Mei 2023 SIRI 2 : 19 - 20 Jun 2023 SIRI 3 : 21 - 22 Jun 2023 Penyediaan KKF bagi setiap skim/profesion mengikut fungsi jabatan adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010 – Penetapan Ketua Perkhidmatan Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan. Keperluan KKF ini juga adalah selaras dengan perubahan yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada MyPerformance. Terdapat 4 elemen prestasi yang telah diubah dalam MyPerformance yang merangkumi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) kepada Sasaran Kerja Umum (SKU), Kualiti Peribadi kepada Kompetensi Tingkah Laku dan Nilai Sepunya, Ilmu Pengetahuan dan Kepakaran kepada Kompetensi Fungsian serta Kegiatan dan Sumbangan kepada Penglibatan dan Sumbangan. Setakat Januari - Jun 2023, sebanyak 3 siri bengkel pembangunan dan pemurnian KKF KKM telah dilaksanakan bermula pada 22 hingga 23 Mei 2023 dengan penglibatan wakil daripada JPA selaku fasilitator. Secara keseluruhan, sejumlah 45 profesion yang melibatkan seramai 211 pegawai daripada setiap profesion tersebut telah menghadiri bengkel yang dilaksanakan. 20


KURSUS PERSEDIAAN KENAIKAN PANGKAT KE GRED 36 & 48 PEGAWAI-PEGAWAI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 1/2023 Secara dalam talian (online) 12 hingga 15 Jun 2023 Kursus ini merupakan sebahagian daripada training roodmap para peserta kursus bagi memperkukuhkan dan memperkasakan ilmu tadbir urus dan kemahiran kepimpinan agar para peserta adalah lebih bersedia untuk mengalas tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pegawai Gred 36 atau Gred 48 di KKM kelak. Seramai 30 orang peserta Gred 36 dan 32 orang peserta Gred 48 telah mengikuti kursus ini. 21


Objektif Bengkel: Adalah untuk memberi penerangan mengenai BPR kepada pegawai - pegawai KKM serta mengenal pasti peluang untuk mencipta sistem/proses baru, penambahbaikan atau pengubahsuaian agar cara kerja warga KKM lebih efisyen dah produktif. Bengkel ini dikendalikan oleh pihak MAMPU. Bengkel ini dihadiri seramai 30 orang peserta dari pegawai pelbagai gred jawatan di Ibu Pejabat KKM yang akan menjadi pegawai penyelaras bagi Program/Bahagian/Jabatan masing-masing dalam usaha menjalankan Business Process Reengineering di KKM. BENGKEL PROCESS REENGINEERING (BPR) SIRI 1/2023 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA MAMPU 22 Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Business Process Reengineering (BPR) pada 20 dan 21 Jun 2023 di Connexion Conference & Event Centre @ Nexus, Bangsar South, Kuala Lumpur.


Objektif Kursus Bahagian Pembangunan Kompetensi telah mengadakan Kursus Kecemerlangan Kepimpinan dan Penyeliaan Berkesan secara atas talian. Kursus ini dihadiri oleh 40 orang pegawai yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan di KKM. . 20 - 22 Jun 2023 Mengenalpasti teknik dan prinsip asas bagi kepimpinan yang berkesan dalam sesuatu organisasi; Menghuraikan kepentingan penyeliaan yang berkesan dalam menguruskan dan menyelia pasukan; Menghuraikan teknik pemikiran analitikal dan kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk sesebuat jabatan; dan Memahami konsep Key Perfomance Indicator (KPI) dan kepentingan prestasi kepada organisasi 23


21 - 23 JUN 2023 01. Memahami dan mempraktikkan kaedah pengurusan yang berkesan dalam aspek sumber manusia, aset, aduan awam dan protokol majlis rasmi kerajaan. Mengetahui dan menilai isu-isu audit yang pernah dilaporkan di dalam laporan audit supaya perkara yang sama tidak berlaku di organisasi masing-masing Menerangkan kepentingan integriti dan bahaya rasuah serta penyalahgunaan kuasa ketika menjalan tugas-tugas awam. Di akhir kursus ini, peserta dapat: Kursus ini dihadiri oleh 30 orang Pakar Perubatan Keluarga (FMS). FMS juga memainkan peranan sebagai ketua klinik perlu memastikan pengurusan dan pentadbiran klinik kesihatan berjalan dengan lancar dan teratur. Latar Belakang 02 Objektif Kursus . KURSUS KEPIMPINAN DAN PEMANTAPAN TADBIR URUS PAKAR PERUBATAN KELUARGA (FMS) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SIRI 1/2023 24


Siri 1 Tahun 2023 73 Calon 8 Skim Perkhidmatan Peperiksaan Subjek Jabatan Kementerian Kesihatan Malaysia Siri 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 16 dan 17 Mac 2023 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh. Seramai 73 orang calon daripada 8 skim perkhidmatan telah hadir bagi menduduki peperiksaan tersebut. Peperiksaan Subjek Jabatan KKM merupakan salah satu syarat bagi pengesahan dalam perkhidmatan. Peperiksaan ini perlu diduduki oleh pegawai lantikan baharu dalam tempoh satu hingga tiga tahun. 25 PEPERIKSAAN SUBJEK JABATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Unit Digital dan Teknologi, BPK telah menganjurkan Live Webinar bertajuk “Adaptasi Digital Dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan” secara penstriman laungsung melalui Facebook BPK pada 10 Februari 2023. Panel jemputan adalah Dr. Mohd Aizuddin bin Abd. Rahman daripada Institut Kesihatan Kebangsaan. Seramai 266 peserta telah mengikuti Live Webinar ini. Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Webinar 10 Februari 2023 26 Fokus perbincangan webinar adalah tentang revolusi kesihatan digital di negara sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan Kementerian Kesihatan Malaysia 2021-2025. Teknologi kesihatan digital wajar diadaptasi dan diperkasakan di fasiliti kesihatan seiring dengan arus peredaran zaman.


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN bpk.kkm Stress adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan PENGURUSAN STRES WEBINAR Managing it, not avoiding it Pn Noraffy Ahmad Pen. Pengarah (Psikologi) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM Pn Noratika Hanim 27 Panel Moderator 12 April 2023 Tujuan utama webinar ini adalah untuk menerangkan konsep pengurusan stres dan mengenalpasti masalah yang menyumbang kepada stres serta mengaplikasi kaedah dan teknik pengurusan stres dalam membentuk budaya kerja tanpa stres di tempat kerja. Sesi webinar ini telah berlangsung menerusi live streaming di Facebook.


awarenessofcoaching Webinar 27 Mei 2023 Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama International Coaching Federation (ICF) Malaysia, telah menganjurkan webinar bertajuk "Awareness of Coaching" pada 27 Mei 2023 yang disampaikan oleh Ms. Kareen Woo dan Puan Azamila Marni. Seramai 127 orang telah menghadiri sesi webinar ini menerusi live streaming di Facebook. 28


Webinar ini juga boleh ditonton semua di pautan berikut Youtube : https://www.youtube.com/watch? v=SluvWJrlu9s Sempena National Training Week 2023 anjuran HRDP Corporation, Unit Inovasi & Kualiti, Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan satu sesi webinar bertajuk ”Keseimbangan Belajar - Kerja - Kehidupan untuk Wanita: Adakah Mustahil?” pada 30 Mei 2023 yang disampaikan oleh Dr. Hartini binti Yahya. Sesi webinar ini merupakan perkongsian ilmu dan pengalaman Dr Hartini sebagai wanita menghadapi cabaran kerja, belajar dan kehidupan. Seramai 460 orang telah menghadiri sesi webinar ini menerusi aplikasi Zoom. 29 30 Mei 2023


Bahagian Pembangunan Kompetensi JAN-JUN Seramai 20 pegawai dan kakitangan BPK diketuai oleh Timbalan Setiausaha Bahagian, Puan Maizura Binti Abdul Rashid telah menghadiri lawatan ke Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Kuala Lumpur. LAWATAN KE INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) SESI PENERANGAN DISAMPAIKAN OLEH ENCIK SURESH KUMAR, PENGARAH PUSAT DIPLOMASI BAHASA DAN BUDAYA IDFR. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu, kaedah, pendapat dan pengalaman IDFR berkaitan pembangunan modal insan, pelaksanaan pembangunan bakat, perancangan modul latihan serta kaedah pemantauan/penilaian latihan. 30 22 Februar i 2023


Click to View FlipBook Version