The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adieffarhanmohdfaizal, 2022-12-24 19:21:20

Kerja Lapangan Geografi 2022

AMALAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

Keywords: GEOGRAFI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

Bil. Kandungan Mukasurat

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Jadual Kerja 3

4. Objektif Kajian 4-5

5. Kaedah Kajian 6

a)Pemerhatian
c)Soal Selidik

6. Dapatan Kajian 7-8

a)Konsep dan Takrifan Teknologi Hijau

b)latar Belakang Kawasan Kajian

c)Dapatan Tentang Penggunaan Teknologi
Hijau di Kawasan Kajian

d)cadangan Usaha meningkatakan
pengunaan Teknologi Hijau yang
bersesuaian

e)Membentangkan Laporan Kawasan Kajian

7. Rumusan 9
8. Sumber Rujukan 10
9. Lampiran 11-14

1.0 PENGHARGAN

Saya melalui peluang keemasan ini,ingin mengucapkan sekalung
penghargaan yang dan ribuan terima kasih yang ditujukan kepada guru
mata pelajaran Geografi saya, Cikgu Hanifah Binti Jamaluddin atas segala
bimbingan,tunjuk ajar,nasihat dan didikan yang membantu serta telah
menjaya dan menyempurnakan tugaan ini.

Tidak lupa juga ,ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
kepada ibu bapa saya iaitu Encik Faizal Bin Maskar dan Puan Azlinda Binti
Mokhtar yang elah memri sokongan yang padu dan dorongan yang
banyak dalam pelbagai aspek dalam membatu saya menyiapkan tugasan
ini.

Saya melalai kesempatan ini ingin meyampaikan penghargaan kepada
semua rakan kelas saya kerana telah membri saya banyak tunjuk ajar dan
bersama memberi dan berkongsi idea atau pendapat yang sedikit
sebanyak telah membantu.
Saya juga ingin mohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan
kekurangan dalam tugasa saya ini .segala kekurangan dan kelemahan
pada tugasan ini harap dapat dipertimbangkan dan dimaafkan .

1

2.0 PENDAHULUAN

Saya, Adief Farhan Bin Mohd Faizal merupakan salah seorang pelajar
tingatan 2 di Sekolah Menegah Kebangsaan Sultan Ismail.Kajian yang
saya jalankan ialah berkaintan PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU.
Kawasan kajian ialah Taman Cahaya Masai ,Pasair Gudang, Johor yang
merupakan kawasan tempat tinggal saya .saya telah membuat
peninjauan dan pemarhatian yang meluas bagi melihat jenis-jenis
penggunaan teknologi hijau yang diamalankan dan diterapkan oleh
masyarakat setempat .

2

3.0 JADUAL KERJA

Bil. Tarikh Perkara
1. 12/12/2022
2. Mendengar taklimat daripada guru matapelajaran

Pergi ke tempat kajian

*Membuat pemantauan dna pemerhatian di tempat
kejadiaan

*Mengenal pasti penggunaan teknologi hijau di
tempat kajian

3. 13/12/2022 Merekodkan kajian

*menyenaraikan maklumat yang diperoleh daripada
pemerhatian dibuat

4. 14/12/2022 Menulis penghargaan dan pendahuluuan
5. 15/12/2022 Membuat soalan soal selidik

*Membuat soalan soal selidik dengan menggunakan
“Google Form”

6. 16/12/2022 Menyebarkan soaln soal selidik

*Menyebarkan soalan kepada penduduk di tempat
kajian melalui apiksai “Whatsapp”

7. 17/12/2022 Memindahkan data dan maklumat

*Memindahkan maklumat dan data ke dalam
komputer

*Menganalisis dan memanipulasi data daripada hasil
soalan soal selidik yang telah disebarkan

*Menyatakan penggunaan teknologi hijau yanag
diterapakan oeh masyarakat di tempat kajian

8. 25/12/2022 Menghantar tugasan kepda guru

4.0 Objektif Kajian

Diakhir kajian ini,saya akan dapat:

⮚ Definisi Teknologi Hijau:

Teknologi hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi
produk,peralatan serta system untuk memelihara alam sekitar dana lam
se,ula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.Teknologi Hijau di dorong oleh pembangunan
sains dan teknologi yang mampan bagi menghasilkan produk dan
peralatan yang berkonsepkan Teknologi Hijau.

1) Teknologi Hijau Yang Terdapat Di Pusat Kajian:

Menurut pemerhatian saya di kawasan Taman Cahaya Masai,Pasir
Gudang,Johor ,masyarakat setempat sudah mempunyai kesedaran bagi
memasang panel solar dilampu halaman mereka dan di atap rumah yang
dapat mengurangan kos penggunaan elektrik .Selain itu, mereka juga
gemar menggunakan “Elektrik Scooter” untuk ke sesuatu tempat yang
dapat mungurangkan penggunaan bahan bakar yang mengeluarkan
asap.

2) Kepentingan Teknologi Hijau:

Tidak dapat dinafikan lagi teknologi mepunyai kepentingan kapada
ekonomi negara mahupun sosial.Antara kepentingan Teknologi Hijau
adalah dapat meningkatakan nilai aset dan produktiviti pekerja.Hal ini
turut dapat menyumbang kepada pendapatan keluaran dalam kasar
negara (KDNK).Selain itu ,teknologi hijau dapat meningkatkan keselesaan
dan kesihatan masyarakat.Hal ini disebabkan pengguanan Teknologi
Hijau yang mesra alam.Di samping itu,Teknologi Hijau dapat
meningkatakan kualiti udara.Sebagai contoh, kerea hibrid dapat
mengurangkan pembakaran bahan bakar yang mengeluarkan
asap.Seterusnya,Teknologi Hijau dapatmeneroka peluang megeksport
produk hijau yang telah dihasilkan .Hal ini disebabkan Teknologi Hijau
semakin banyak permintaan dan dan mendapat tempat di hati
masyarakat secara globlalisasi.

4

3) Punca Amalan Teknologi Hijau Tidak Diterapkan Dalam
Kehidupan Seharian:

Dalam era penggunaan Teknologi Hijau yang meluas,terdapat beberapa
punca yang menghalang pengguna menggunakan Teknologi
HIjau.Antaranya puncanya adalah kos untuk mendapatkan teknologi
adalah tinggi dan penjual yang meletakkan harga yang tingg di
pasaran.Lantaran itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang
bagi mengawal harga produk Teknologi Hijau.Selain itu,mereka kurang
kesedaran bagi menerapkan penggunaan Teknologi Hijau dalam
kehidupan seharian.Jesturu itu,kerajaan perlu mengambil peranan dalam
menggalakkan penggunaan Teknologi HIjau secara meluas.Di sampinng
itu,produk Teknologi Hijau sukar didapati di sesetengah tempat yang
kurang membangun.Di sebabkan itu,kerajaan perlu menarik peniaga dan
perusahawan Teknolgi Hijau untuk melabur dan membuka cawangan ke
serata tempat.Selain daripada itu,mempunyai batas dan tidak mampu
beroperasi dengan cepat .Oleh itu, pencipta dan pengusaha Teknologi
Hijau perlu mencari jalan supaya masalah ini tidak menjadi titik punca
amalan Teknologi Hijau tidak diamalkan.

4) Langkah-Langkah Dan Strategi Yang Boleh Dibuat Bagi
Meningkatkan Penggunaan Teknologi Hijau:

Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan mengawal
harga produk yang berkonsepkan Teknologi Hijau.Halini dapat
mengurangkankan beban pembeli untuk memiliki sesebuah produk
yang berkonsepkan Teknologi Hijau.Selain itu,kerajaan boleh
mengadakan kempen bagi memberi kesedaran akan kebaikan
Teknologi Hijau kepada alam sekitar dan kehidupan seharian.Hal ini
dapat mendorong mereka supaya menggunaan produk berkonsepkan
Teknologi Hijau.Disamping itu,kerajaan boleh memberikan
peruntukan bagi memastikan setiap kediaman memiliki satu panel
solar.Alhasil,penggunaan elektrik dapat dikurangkan.

5

5.0 Kaedah Kajian

Penentuan kaedah kajian adalah amat penting bagi dalam mennghasilkan
kajian yang tepat .Dengan kaedah kajian yang tepat kajian,sesuatu maklumat
berkaitan tajuk kajian akan diperolehi dengan mudah dan tepat .Antara kaedah
yang saya gunakan ialah:

✔ Pemerhatian:

Pemerhatian merupakan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan.Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan
data.Melalui pemerhatian,penyelik dapat mengamati seuatu tingkah laku
subjek berpandukan pemboleh ubah yang telah diknal pasti.

✔ Temubual:

Temubual merupakan kaedah perbualan antara penyelidik dengan
masyarakat di tempat kajian dengan bertujuan mendapatkanmakluamat
yang tepat dan releven.melalui temubual, data diperoleh daripada
pemerintahan dapatdi perkukuh dan diperlengkapkan.

✔ soal selidik:

Soal selidik ialah persoalan yang dikemukakan pada masyarakstbdi sekita
tempat kejadian.Penyelidik akan merangka beberapa soalan untuk
dikemukakan.Kaedah ini merupakan cara yang boleh memberi maklumat
dan pendapat penduduk di tempat kajian dengan lebih mendalam dan
releven.

6

6.0 Dapatan Kajian

(a)Konsep dan Takrifan Teknologi Hijau:

(i) WikipediA:

Menurut WikipediA,Teknologi Hijau adalah penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber dan mengawal kesan negative
kepada aktiviti seharian untuk sepsis,bangsa dan keturunan
manusia.Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi
alam seitaryang bermaksud penyelesaian yang perlu mengambil kira
aspek sosial,ekonomi dana alam sekitar.

(b)Latar Belakang Kawasan Kajian:

Kawasan Taman Cahaya Masai terletak di daerah Pasir Gudang yang
sedang pesat membangun dengan bidang perindustrian.Kawasan ini
terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang
(MBPG).Kawasan ini terletak lebih kurang 7.1 kilometer dai pusat
pentadbiran Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang telah dirasmikan
pada tahun 2014.Di situ terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan bagi memastikan kesahteraan penduduk di daerah Pasir
Gudang seperti stesen bas, Urban Tranformation Center (UTC) dan
pusat membeli belah.Pusat kajian secara amnya merupakan bandar
perindustrian yang pesat membangun yang dapat membua peluang
perkerjaan kepada penduduk setempat.Namun begitu,kegiatan
perindustrian yang pesat telah memberikan kesan yang negatif
kepada lam sekitar.Trategi Sungai Kim-Kim menjadi titik hitam bagi
pendudduk di pasir gudang.Oleh tu pelbagai langkah telah diambil
bagi mengelakan tragedi itu hitam berulang kembali termasuklah
penggunaan Teknolgi Hijau secara meluas .

7

(c)Penggunaan Teknologi Hijau Di Tempat Kajian:

⮚ Menurut maklumat daripada hasil daripada beberapa kaedah
kajian yang telah saya lakukan mendapati masyarakat di tempat
kajian telah menerapkan amalan penggunaan Teknolgi Hijau dalam
kehidupan seharian mereka.menurut pemerhatian saya,hampir
segenap kediaman di kawasan kejadian telah dilengkapi dan
dipasang dengan panel solar.Mereka berpendapat bahawa
memasang panel solar sedikit sebanyak dapat mungurangkan
penggunaan elektrik yang turut dapat menjimatkan wang.

⮚ Tambahan pula,peniaga makanan di sana telah menggunakan
pembungkus makanan yang telah dikitar semula bagi pelanggan
yang hendak membugkus makanan mereka.Hal ini menjadi bukti
bahawa kesedaran masyarakat di kawasan kejadian tentang
penggunaan produk Teknolgi Hijau.

⮚ Tidak kurang juga,pihak berkuasa turut menggunakan panel solar
bagi memasang lampu di taman permainan.Hal ini telah
menjimatkan kos pembayaran bil elektrik.

(d)Cadangan Usaha Meningkatkan Penggunaan Teknologi
Hijau Yang Bersesuaian:

Berdasarakan beberapa maklumat dan data yang telah
diperoleh,kebanyakkan pendududk mencadangkan beberapa usaha yang boleh
dibuat oleh pelbagai pihak.Antara caranya ialah dengan mengawal harga
produk yang berkonsepkan Teknologi Hijau .Hal ini kerana mereka berpendapat
bahawa produk Penggunaan Teknologi Hijau masih diluar kemampuan mereka
lagi.Selin itu mereka mencadangkan supaya produk yag berkonepkan teknologi

hijau ini supaya mudah didapati di serata tempat.Hal ini kerana kebanyakan
diantara mereka menyuarakan kesusahan dalam mencari produk Teknolgi Hijau

7.0 Rumusan

Sebagai intihahnya,setelah menjalankan tugasan kerja lapang
ini,saya mendapati beberapa sumber yang berkaitan dengan
penggunaan Teknologi Hijau di kawasan Taman Cahaya Masai
,Pasir Gudang .Antaranya ialah penggunaan panel solar,”scooter
elektrik” dan pembukus makanan kitar semula.Kajian inu turut
meyedarkan saya dan masyarakat setempat akan kepentingan
penggunaan Teknologi Hijau bagi memelihara bumi dan alam
sekitar yang kian musnah dan era permodenan yang semakin
rakus.Antara kesan yang dapat dilihat ialah pemanas global yang
semakin meruncingkan.Langkah-langkah yang represif perlu
diambil bagi mempresentasikan akan kepentingan Teknologi Hijau
.

Akhirulkalam,saya berharap penduduk di kawasan Taman Cahaya
Masai lebih bersikap reseptif bagi menerima dan menerapkan
amalan penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan seharian
mereka dengan lebih meluas demi kelangsungan generasi yang
akan datang yang akan mengikut jejak langkah yang sama bagi
memastikan alam sekitar terpelihara.

8.0 Rujukan

8.1 Internet

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau

8.2 Buku Teks

Buku Teks Geografi muka surat 152-153

9.0 Lampiran

Foto 1
Foto 1 menunjukkan penggunaan panel solar di salah satu rumah di

sekitar kawasan kajian.

Foto 2
Foto 2 menunjukkan penggunaan salah satu lampu solar di taman permainan

Borang Soal Selidik (Google Form)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfPU4iq
ZcarvCG3rllKUNSDAb_V26JodC7ll6te1t3kvck2rQ/vie
wform?usp=sf_link

A) Latar Belakang Pekerjaan Responder:
B)Latar Belakang Penempatan Responder:

C)Peratusan Penggunaan Teknologi Hijau Dalam Kehidupan Seharian:


Click to View FlipBook Version