NAMA : NUR AN NISA BINTI AZMI ANGKA GILIRAN: 2021252340648 KELAS : E-PSV2 NAMA PENSYARAH: EN. KIRHEBA MURUGAN A/L KRISHNAN PSVK3462 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PSVK3462 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
Pengenalan Pendidikan Seni Visual (PSV) merangkumi 4 bidang utama iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Tujuan utama PSV adalah untuk memahami dan menghargai seni budaya masyarakat, membentuk ekspresi kreatif, mengasah kemahiran serta mengukuhkan daya kritikal terhadap seni.
Bidang yang Dipilih: Membentuk dan Membuat Binaan
Definisi Diorama Diorama ialah sejenis binaan yang berbentu tiga dimensi (3D) yang menggambarkan suatu peristiwa atau situasi yang sebenar. Diorama boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan tahap ketelitian. Ianya selalu dipamerkan di dalam muzium bagi tujuan penceritaan sesuatu peristiwa sejarah.
Tema: Alam Sekitar Tajuk: Suasana di Dasar Laut
Alat & Bahan: Pensel warna Tali Gunting Lidi Gam Span Cat air Berus Pallete Kertas lukisan A3 Kotak Kertas yang berbentuk hidupan laut Mounting board Pita pelekat Penebuk lubang Alat hiasan (rumpai laut, cangkerang siput, batu-batu kecil)
Teknik yang Digunakan: Teknik Binaan
Lakaran Pelan Bilik Darjah
Pintu Papan Putih Televisyen pintar Meja guru S u d ut p a m era n S u d u t m e m b a c a R a k b u k u Meja murid Papan tayangan hasil kerja murid
Penerangan bagi Lakaran Pelan Bilik Darjah Susunan meja murid disusun dalam bentuk kumpulan kecil yang mengandungi 6 orang. Susunan meja memenuhi konsep pembelajaran abad ke-21. Meja guru terletak di sudut bilik darjah bagi kegunaan guru. Bilik darjah ini mempunyai televisyen pintar bagi memudahkan penayangan video atau slaid pembelajaran. Bilik darjah ini juga memiliki sudut pameran yang menayangkan hasil kerja murid terutamanya bagi subjek PSV. Sudut membaca disediakan di sudut belakang bilik darjah yang disertai dengan meja dan kerusi agar dapat menggalakkan amalan membaca dalam diri murid. Rak buku juga disediakan bagi menyimpan buku-buku di dalam bilik darjah. Tong sampah diletakkan di tepi sudut membaca supaya murid dapat membuang sampah ke tempat yang betul. Bilik ini turut memiliki papan putih yang dapat membantu dalam pengajaran guru.
Lakaran Pelan Bilik Seni
Pintu Papan Putih Meja demonstrasi Rak alat & bahan Sudut hasil kerja murid Meja guru Televisyen pintar Te el v si yen p ni tar Me aj mur di Pe mr a di ani Singki Papan tayangan hasil ker aj mur di
Penerangan bagi Lakaran Pelan Bilik Seni Aktiviti yang akan dijalankan di bilik ini ialah aktiviti membuat diorama. Susunan meja murid disusun dalam bentuk kumpulan kecil yang mengandungi 3 orang. Susunan meja memenuhi konsep pembelajaran abad ke-21. Meja guru dan papan putih terletak di bahagian depan bilik seni bagi kegunaan guru. Bilik seni ini mempunyai televisyen pintar bagi memudahkan penayangan video atau slaid pembelajaran. Bilik seni ini juga memiliki sudut hasil kerja murid yang dihiasi dengan permaidani kecil yang dapat menayangkan hasil kerja murid. Meja demonstrasi diletakkan di bahagian tengah bilik agar dapat membantu guru dalam membuat demonstrasi sewaktu pengajaran. Rak alat dan bahan disediakan di sudut belakang kelas yang disertai dengan tong sampah dan singki.
Video Penghasilan Karya Sila imbas saya untuk melihat video pengajaran
Proses Penghasilan Karya Murid mewarnakan bentuk hidupan laut dengan menggunakan pensel warna Murid mengguntingkan hidupan laut mengikut bentuknya menggunakan gunting Murid menampal hidupan laut mengikut bentuk di atas mounting board dan mengguntingkannya
Proses Penghasilan Karya Murid melekatkan bentuk hidupan laut yang sama pada bahagian lain mounting board tadi Murid menebuk lubang pada hidupan laut yang akan digantung menggunakan penebuk lubang Murid mewarnakan lidi dengan menggunakan cat air, keringkannya dan lekatkan pada bentuk hidupan laut yang ingin dicucuk pada span menggunakan pita pelekat.
Proses Penghasilan Karya Murid mengukur kotak pada kertas A3 dan mengguntingkannya untuk dijadikan sebagai latar belakang diorama Selepas kering, murid melekatkannya di bahagian dalam kotak. Murid mewarnakan kertas A3 tersebut sebagai latar belakang dasar laut menggunakan cat air
Proses Penghasilan Karya Kemudian, murid mewarnakan span menggunakan cat air dan melekatkan pita pelekat dua muka pada bahagian belakang span tersebut. Murid dibantu oleh guru dalam menebuk lubang pada bahagian atas kotak bagi tujuan pencahayaan Murid menyusun span-span yang telah diwarnakan di bahagian bawah kotak diorama untuk dijadikan sebagai tapak dasar laut
Proses Penghasilan Karya Murid mengikat tali pada hidupan laut yang ingin digantung dan tali digunting mengikut kepanjangan yang dikehendaki. Murid mencucuk hidupan laut yang berlidi di atas span. Murid juga melekatkan kertas warna biru pada bahagian tepi kotak.
Proses Penghasilan Karya Murid menggantungkan hidupan laut yang bertali pada bahagian atas kotak dengan menggunakan pita pelekat. Murid melakukan kemasan akhir terhadap diorama yang dihasilkan Murid menghias diorama dengan menggunakan rumpai laut, cangkerang siput dan batu-batu kecil.
Gambar Akhir Karya Diorama “Suasana di Dasar Laut”
Rujukan
Terima Kasih