The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-69322205, 2021-05-26 21:51:49

Panduan Gerhana Bulan Penuh

BUKU KECIL

GerhanaBUKUKECIL Panduan

Bulan Penuh

(Super Flower Blood Moon)
26 Mei 2021/Rabu

Gerhana

Bulan Penuh

1Fenomena Gerhana Bulan Penuh ini berlaku hanya ketika bu-
lan purnama.

2Ianya terjadi apabila matahari, bumi dan bulan berada pada
kedudukan sejajar dalam satu garisan yang sama.

Matahari Bumi Bulan Umbra

Penumbra

Orbit bulan
mengelilingi bumi

3Pada ketika ini keadaan bulan tidak sepenuhnya gelap kera-
na sebahagian cahaya masih mampu sampai ke permukaan
bumi oleh pantulan atmosfera bumi.

4Apabila berlakunya gerhana, umat Islam dituntut untuk
menunaikan Solat Sunat Gerhana dan hukumnya adalah Su-
nat Muaakad.

2

5Gerhana Bulan Penuh akan berlaku pada 26 Mei 2021 mulai
jam 16:47 dan berakhir pada jam 21:50 waktu Malaysia.

7Masyarakat Malaysia hanya dapat menyaksikan fenomena
tersebut ketika fasa Gerhana Separa (Sabah dan Sarawak)
dan fasa Gerhana Maksimum (Semenanjung).

Sabah Sarawak Semenanjung

3

Dalil

Daripada Abdullah bin Umar r.a bahawa memberitakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda:

Bahawasanya Matahari dan Bulan itu dua tanda daripada se-
gala tanda- tanda yang menunjukkan Keesaan dan Kekuasaan
Allah taala. Tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau
hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hen-

daklah kamu sembahyang hingga hilang gerhana”.

Gerhana bukanlah
kemurkaan Allah

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi meru-
pakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga
berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan
nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenom-
ena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan
iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku
pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan
dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik
kurun.

4

Hukum Solat

Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang
yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki
atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah
atau bersendirian.

Waktu Solat

1Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata
berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerha-
na dan naik matahari.

2Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam den-
gan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika ter-
benamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat.

3Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka ter-
dapat dua pendapat iaitu :

Qaul Qadim : Tidak Qaul Jadid : Ada
ada solat gerhana solat gerhana kera-
kerana kekuasaan bu- na kekuasaan bulan
lan telah hilang bila masih ada sehingga-
terbit fajar (subuh ). lah terbit matahari

(syuruk).

*Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku
gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

5

Cara Solat

Pelaksanaan Solat

3Disunatkan mandi sebelum Solat Sunat Gerhana.
3Boleh dimulakan ketika mula berlakunya gerhana sehingga
gerhana tamat.
3Tiada iqamah, sekadar ucapan:

3Sunat dinyaringkan suara pada bacaan al-Fatihah dan su-
rah-surah pilihan.
3Sunat membaca khutbah selepas solat, walaupun gerhana
telah berkahir.

Lafaz Niat

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan :

Ertinya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat
kerana Allah Taala.”

6

7

Khutbah Solat Gerhana

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita
kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, iaitu istiqamah da-
lam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala lar-
angan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan men-
jadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah SWT
di dunia dan di akhirat.

8

Muslimin yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 5 -6 surah Yunus :

“Dialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-ben-
derang) dan bulan bercahaya dan Dialah yang menentukan
perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tem-
pat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat
mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak men-
jadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan
gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tan-
da-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu
mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya). Sesungguhn-
ya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada
segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tan-
da-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan
Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.”
Di dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi, Allah SWT men-
jelaskan beberapa tanda kekuasaan-Nya yang beredar di se-
keliling kita. Antaranya adalah matahari yang bersinar meman-
carkan cahayanya untuk kita beroleh manfaat daripadanya;
bulan yang bercahaya hasil pantulan cahaya matahari untuk
kita mengetahui bilangan tahun dan waktu; malam untuk kita
berehat dan mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan pe-
nuh tawadhuk dan siang untuk kita bertebaran mencari nafkah

9

di atas muka bumi ini. Semuanya ini sebagai kemudahan bagi
manusia untuk menyusun dan mengatur kehidupan mereka di
muka bumi Allah ini.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim
ayat 33:

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa
beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang men-
jadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”
Gerhana bulan yang berlaku pada hari ini adalah suatu per-
istiwa yang menakjubkan kepada seluruh umat manusia. Ger-
hana bulan berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayan-
bayang bumi yang menyebabkan bulan tidak dapat menerima
cahaya matahari untuk dipantulkan kepada penduduk bumi.
Terdapat beberapa jenis gerhana bulan iaitu gerhana bulan pe-
nuh, gerhana bulan separa dan gerhana bulan penumbra.
Gerhana bulan pada kali ini adalah jenis gerhana bulan penuh;
namun kemungkinan kita tidak dapat menyaksikan kemuncak
gerhana ini kerana ia berlaku ketika mana bulan mula terbit di
sebelah timur. Insya Allah, jika ada rezeki kita dapat menyak-
sikan gerhana bulan separa sehingga jam 8.53 malam sebagai
satu tanda kekuasaan Allah SWT yang mengatur perjalanan dan
pergerakan setiap makhluknya sama ada di bumi mahupun di
langit. Setiap sesuatu yang diciptakan itu mempunyai hikmah
dan tujuan yang menjadi panduan buat manusia mencari dan
memikirkannya.

10

Firman Allah SWT dalam surah ali-‘Imran ayat 190 – 191:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada per-
tukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebi-
jaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang
berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan menginga-
ti Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mere-
ka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang
kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami!
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,
Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.”
Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu tanda
keagungan dan kebesaran Allah SWT yang berlaku melalui sis-
tem peredaran bumi, matahari dan bulan pada orbitnya mas-
ing-masing; di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang
amat mudah bagi Allah Ta’ala melakukannya.
Kejadian gerhana matahari atau bulan ini bukanlah merupakan
suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatir-
kan, tetapi gerhana itu berlaku atas kehendak dan kuasa Allah
atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua
kekuatan pun di dunia ini.

11

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 117:

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (un-
tuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya menga-
takan kepadanya: “Jadilah”. Lalu jadilah ia.”
Justeru itu, Islam menganjurkan umatnya untuk melaksanakan
solat sunat Gerhana ketika berlakunya gerhana bulan atau
matahari. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW daripada Aisyah
Radhiallahu ‘Anha:

“Dan sesungguhnya telah jelas cahaya matahari, maka Rasu-
lullah SAW berkhutbah dihadapan orang ramai sambil memuji
Allah SWT dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua
daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku
bukan disebabkan mati atau hidup seseorang. Apabila kamu
melihat terjadi gerhana matahari atau bulan, maka hendak-
lah kamu berdoa kepada Allah dan mendirikan solat dan ber-
sedekah. Sabda Nabi SAW: “Wahai umat Muhammad, jikalau
kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu sedikit ketawa
dan banyak menangis.”

(Riwayat al-Bukhari).

12

Hadirin sekalian,
Mengakhiri khutbah gerhana bulan pada malam ini, mimbar
menyeru supaya:
1. Umat Islam wajib meyakini bahawa segala fenomena alam
yang berlaku termasuk gerhana bulan pada hari ini adalah den-
gan izin dan kekuasaan Allah SWT.
2. Umat Islam hendaklah mempertingkatkan iman dengan
memperbanyakkan amal soleh pada setiap masa.
3. Umat Islam hendaklah menjauhi segala perbuatan, bentuk
kepercayaan dan khurafat yang dikaitkan dengan fenomena
gerhana.
4. Umat Islam hendaklah sentiasa memohon keampunan dari-
pada Allah SWT di atas kealpaan dan kesilapan yag dilakukan.

13

“Katakanlah: Bagaimanakah pandanganmu jika Allah menjadi-
kan malam kepadamu tetap selama-lamanya hingga ke hari
Kiamat; siapakah selain Allah yang dapat membawakan ca-
haya yang menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu
tidak mahu mendengar? Katakanlah: Apakah pendapatmu
jika Allah menjadikan siang kepadamu tetap selama-lamanya-
hingga ke hari Kiamat; siapakah tuhan selain dari Allah, yang
dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu be-
rehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?
Dan di antara rahmat-Nya, Ia menjadikan untukmu malam dan
siang, supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu beru-
saha mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan supaya kamu
bersyukur.”

(Surah al-Qasas : 71-72)

14

Rujukan

1. Jabatan Mufti Negeri Selangor
2. Jabatan Mufti Negeri Sarawak

3. Falakonline.net
4. Agensi Angkasa Malaysia
5. Jabatan Agama Islam Selangor

15

16


Click to View FlipBook Version