SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM,
JALAN PEMATANG TOK MAHAT,
14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG.
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 1 2021
KAJIAN TENTANG SISA DOMESTIK
DI TAMAN BAKAR ARANG, SUNGAI PETANI,
KEDAH
NAMA : NURULAIN QISTINA BINTI RACHIDI
KELAS : 1 IKMAL
NAMA GURU : NURUL SHUHADA BINTI MAHAT
TARIKH MENGHANTAR TUGASAN : 18 JULAI 2021
JADUAL KERJA
BIL TARIKH/HARI AKTIVITI /PERKARA
1. 15.6.2021 Menerima tajuk tugasan dan mendengar
(SELASA) taklimat tentang kerja lapangan
daripada Cikgu Nurul Shuhada.
2. 15.6.2021 Berbincang dengan guru Geografi iaitu
(SELASA) Cikgu Nurul Shuhada mengenai
kehendak kerja lapangan 2021
3. 19.6.2021 Mencari maklumat lanjut mengenai
(SABTU) konsep, jenis, kesan dan langkah
pengurusan sisa domestik
4. 24.6.2021 Membuat jadual kerja, isi kandungan,
(SELASA) penghargaan dan pendahuluan tentang
kerja lapangan.
5. 26.6.2021 Membuat objektif kajian
(SABTU)
6. 13.7.2021 Membuat kawasan kajian dan peta lakar
(SELASA)
7. 14.7.2021 Pergi ke kawasan kajian dan mengambil
(RABU) gambar kawasan yang mempunyai sisa
domestik
8. 15.7.2021 Melengkapkan senarai kandungan dan
(KHAMIS) jadual kerja
9. 18.7.2021 Menghantar kerja lapangan kepada
(AHAD) Cikgu Geografi untuk disemak.
i
ISI KANDUNGAN
Halaman
1. PENGHARGAAN ------------------------------------------------------------------------------------- 1
2. PENDAHULUAN ------------------------------------------------------------------------------------- 2
3. OBJEKTIF KAJIAN ----------------------------------------------------------------------------------- 3
4. KAWASAN KAJIAN ----------------------------------------------------------------------------- 4
5. PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN ------------------ 5
6. KAEDAH KAJIAN --------------------------------------------------------------------------------------- 6
7. HASIL KAJIAN -------------------------------------------------------------------------------------------------- 7
8. RUMUSAN ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 13
9. RUJUKAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 14
10. LAMPIRAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 15
ii
1. PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur dipanjat Ilahi dengan izin
dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan
kerja kursus Geografi bagi memenuhi kriteria saya
sebagai seorang pelajar Tingkatan 1 bagi tahun
2021 dalam masa yang telah ditetapkan.
Saya, Nurulain Qistina Binti Rachidi ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya, Cikgu Nurul
Shuhada di atas tunjuk ajar tanpa putus asa
kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya
juga mengucapkan terima kasih kepada kedua
ibu bapa saya kerana telah memberi dorongan
dan galakan demi memastikan kajian dijalankan
dengan sempurna.
Seterusnya, terima kasih diucapkan
kepada rakan-rakan saya yang telah banyak
memberikan informasi dan maklumat yang
sewajarnya kepada saya bagi menyempurnakan
kerja kursus di waktu PdPR ini. Walaupun sekarang
kita didepani dengan pendemik covid-19.
1
2. PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan
berkaitan dengan sisa domestik. Saya membuat
kerja tentang jenis-jenis sisa domestik dan kesan
pembuangan sisa domestik yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan taman tersebut. Selain itu,
saya juga bercadang agar pengurusan sisa
domestik secara terancang di taman tersebut.
Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah
kawasan ini berhampiran dengan rumah saya, jadi
memudahkan saya menjalankan kajian.
2
3. OBJEKTIF KAJIAN
Saya melakukan kajian di sekitar Taman Bakar
Arang, bertujuan untuk :
1. Menyatakan konsep, jenis dan contoh sisa
domestik yang terdapat di Taman Bakar Arang.
2. Menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik
yang terdapat di Taman Bakar Arang.
3. Menghuraikan 3 langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di kawasan
sasaran.
3
4. KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya terletak di Taman Bakar
Arang, Sungai Petani, Kedah. Taman Bakar Arang
merupakan sebuah taman perumahan yang
terletak di dalam daerah Sungai Petani iaitu
berdekatan dengan kawasan kajian saya.
Kawasan ini terletak kira-kira 3km daripada
Taman Bakar Arang dan mengambil masa 5 minit
untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di Taman
Bakar Arang ialah, tanah beralun dan saliran.
Terdapat banyak insfrastruktur yang dibangunkan
di tanah pamah seperti tempat beristiadat, sekolah,
petempatan, pasaraya, pokok kelapa sawit dan
sebagainya.
4
5. PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN
DAN TAFSIRAN
Petunjuk : Kelapa sawit
Jalan
Petempatan
Kilang
5
6. KAEDAH KAJIAN
A. Pemerhatian :
Saya telah menjalankan pemerhatian di sekitar
Taman Bakar Arang untuk mengenalpasti jenis-
jenis sisa domestik di kawasan ini.
B. Rujukan :
Saya telah mendapatkan maklumat tentang
konsep sisa domestik dengan merujuk kepada
Buku Teks Geografi dan bahan rujukan lain.
Selain itu, saya juga melayari internet untuk
mencari maklumat tentang kesan-kesan
pembuangan sisa domestik dan cadangan
pengurusan sisa domestik yang terancang.
6
7. HASIL KAJIAN
i) Konsep Sisa Domestik
Menurut Wikipedia, Sisa domestik ialah bahan-
bahan buangan yang dibuang dari kawasan
perumahan seperti sisa makanan,botol plastik,
kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan
toksin pula seperti minyak masak atau enjin,
lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas
organik. Sisa domestic terdiri daripada sisa pepejal
dan sisa cecair. Ianya dapat dikelaskan kepada
bahan organik dan bahan bukan organik.
Kebanyakannya sisa domestic berpunca daripada
aktiviti harian manusia dan selebihnya daripada
tindak balas semulajadi alam sekitar.
7
Jenis-Jenis Sisa Domestik di Taman Bakar Arang
Daripada pemerhatian yang saya jalankan di
Taman Bakar Arang, saya mendapati terdapat dua
jenis sisa domestik di kawasan kilang ini iaitu
terdiri daripada bahan organik seperti, sisa
makanan dan kertas serta bahan bukan organik
seperti, tin, plastik, besi buruk, dan kaca .
Sisa domestik di Taman Bakar Arang ini juga terdiri
daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal
ialah seperti sisa makanan, plastik, kertas, logam,
perabot dan lampin pakai buang. Manakala sisa
cecair seperti minyak masak dan kumbahan.
8
ii) Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik di
Taman Bakar Arang
a) Pencemaran Bau
Melalui kajian yang saya lakukan, didapati
penduduk menghadapi masalah pencemaran bau
di persekitaran Taman Bakar Arang. Longgokan
sampah sarap yang lama terbiar dan tidak dikutip
mengeluarkan bau busuk dan membuatkan
persekitaran kawasan persekitaran Taman Bakar
Arang kotor. Penduduk terpaksa menghidu bau
busuk dari kawasan pembuangan sampah
terutamanya selepas hujan.
b) Wabak Penyakit
Berdasarkan kajian saya juga, penduduk turut
menghadapi masalah seperti wabak penyakit di
persekitaran Taman Bakar Arang. Sisa
pembuangan sampah secara langsung dapat
menjadi tempat penularan wabak penyakit yang
disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan
lalat. Sebagai contoh, penyakit taun, demam
denggi, malaria, zika dan rotavirus.
9
c) Banjir Kilat
Selain itu juga, penduduk menghadapi masalah
seperti berlakunya banjir kilat yang seringkali
berlaku di Taman Bakar Arang. Sikap tidak
bertanggungjawab penduduk yang membuang
sampah ke dalam longkang, parit dan sungai akan
menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan
lebat, jumlah air meningkat secara mendadak
segingga menyebabkan banjir kilat berlaku.
10
iii) Langkah mengurangkan kesan
pembuangan sisa secara bijaksana di
kawasan sasaran.
ii Amalan 3R
Melalui kaji selidik, penduduk mencadangkan aga
Taman Bakar Arang mengamalkan 3R (Recycle,
Reuse, Reduce). Amalam ini dapat mengurangkan
jumlah sampah yang dibuang serta dapat
menjimatkan wang penduduk. Contohnya
penduduk Taman Bakar Arang boleh mengadakan
pertandingan pengubahsuaian barang-barang
terpakai pada hari keluarga tahunan.
a) Gotong Royong
Daripada respon penduduk juga, ada yang
mencadangkan agar diadakan gotong royong.
Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi
kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak
berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.
Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh
melalui pelbagai media social. Jabatan Alam
Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen
seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen
3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.
11
b) Penguatkuasaan Undang-undang
Antara lain juga, penduduk mencadangkan
diperketatkan Penguatkuasaan Undang-undang
sebagai langkah pengurusan sisa domestik lebih
teratur. Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah
menguatkuasakan undang-undang berkaitan sisa
domestik dengan mengenakan denda dan
hukuman yang lebih berat bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam 2007 (Akta 672) dan akta pengurusan sisa
pepejal dan pembersihan awam (Akta 673) dibuat
untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan
sistematik.
12
8. RUMUSAN
Setelah tugasan kerja lapangan ini selesai
disiapkan, saya telah menemui beberapa dapatan
yang berkaitan dengan jenis-jenis sisa domestik di
Taman Bakar Arang. Dapatan ini juga dapat
membantu saya memahami lebih mendalam
tentang kesan kesan pembuangan sisa domistik
disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah
mencadangkan beberapa cadangan untuk
menguruskan sisa domestik dengan lebih
terancang dalam kerja lapangan saya. Dengan itu,
saya berharap kesan-kesan negatif sisa domestik
dapat dikurangkan dan Taman Bakar Arang
makan menjadi semakin bersih dan ceria pada
masa akan datang.
13
9. RUJUKAN
Laman Sesawang
Pencemaran Alam Sekitar :
https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-
sekitar/.
Kepentingan Pengasingan Sisa-Sisa Pepejal :
http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-
pengasingan-sisa-sisa-pepejal-kepada-kesihatan-
awam/.
Pentingnya Penjagaan Alam Sekitar :
https://amirulazmi.weebly.com/kenapa-
pentingnya-penjagaan-alam-sekitar.
Buku Teks
Hisyam Azman bin Ibrahim Mohamad Khairun Fitri
bin Ahmad, 2017, Geografi Tingkatan 3, ERA VISI
SDN. BHD.
14
10. LAMPIRAN
15