The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peraturan-peraturan, kategori kesalahan disiplin dan tindakan yang akan diambil.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hapizah Haron, 2023-10-16 00:15:19

Peraturan Sekolah Kebangsaan Meru

Peraturan-peraturan, kategori kesalahan disiplin dan tindakan yang akan diambil.

Keywords: sk meru

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH 1. KEHADIRAN 1.1 Waktu persekolahan bermula dan berakhir mengikut sesi pada pukul : Pagi Masuk 7.30 pagi (Isnin- Jumaat) Pulang 1.20 petang – Isnin, Selasa dan Rabu 12.50 tengahari – Khamis 11.50 pagi – Jumaat Petang Masuk 1.20 petang – Isnin, Selasa dan Rabu 12.50 tengahari – Khamis 2.10 petang – Jumaat Pulang 6.40 petang – Isnin 6.10 petang – Selasa, Rabu , Khamis 6.00 petang - Jumaat 1.2 Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95) 1.3 Kehadiran diambil oleh guru mata pelajaran pada setiap waktu pertama pengajaran. 1.4 Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab tertentu hendaklah memberitahu guru kelas/ pihak sekolah melalui surat makluman bertulis daripada ibu bapa/penjaga atau Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan (sekiranya sakit) 1.5 Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah mengemukakan Surat Akaun Doktor atau makluman bertulis daripada Ibu bapa/Penjaga 1.6 Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan biasa dan wajib dihadiri.


1.7 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guruguru yang telah diberi kuasa oleh Guru Besar. Hanya ibu bapa atau penjaga sahaja dibenarkan membawa murid keluar. 1.8 Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Ibu bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya sepanjang urusan tersebut. Murid – murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah masingmasing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah. 1.9 Murid yang memerlukan rawatan perubatan (Janjitemu) harus mendapat kebenaran bertulis/surat pengesahan daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah bersama ibu bapa atau penjaga murid berkenaan. 1.10 Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru kelasnya/guru subjek. 1.11 Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan bawa bersamanya pas kebenaran keluar kelas. 1.12 Murid-murid yang mengambil mata pelajaran pilihan (Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/Pendidikan Moral) hendaklah berada di tempat yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran. 1.13 Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon kebenaran daripada Guru Besar atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah. 1.14 Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan dia tidak boleh terlibat. 1.15 Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.


2 PAKAIAN SERAGAM 2.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki : a) Seluar panjang warna biru gelap. b) Baju kemeja putih lengan pendek/panjang. c) Kasut kanvas hitam dengan stoking hitam atau kasut kanvas putih dengan stoking putih. d) Lencana sekolah dan tanda nama. e) Memakai tali leher. 2.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan Bukan Islam a) Pinafore biru gelap dan kemeja putih lengan pendek. b) Kasut kanvas hitam dengan stoking hitam atau kasut kanvas putih dengan stoking putih. c) Lencana sekolah dan tanda nama. d) Memakai tali leher. e) Memakai pengikat rambut atau cekak rambut warna hitam atau biru gelap sahaja. 2.3 Pakaian Seragam Murid Perempuan Islam a) Baju kurung pesak, leher teluk belanga, warna putih. b) Memakai kain sarung warna biru gelap. c) Memakai kain tudung kepala berwarna putih, berbentuk segi tiga yang bersesuaian dengan murid yang memakainya. d) Memakai anak tudung kepala berwarna hitam atau putih sahaja. e) Kasut kanvas hitam dengan stoking hitam atau kasut kanvas putih dengan stoking putih. f) Lencana sekolah dan tanda nama. 2.4 Pakaian Pengawas Sekolah a) Pengawas lelaki memakai kemeja biru muda, seluar biru gelap , vest dan bertali leher pengawas. b) Pengawas perempuan memakai baju kurung pesak warna biru muda, leher teluk belanga, kain biru gelap, vest pengawas atau baju kemeja lengan panjang biru muda, skirt labuh warna biru gelap, vest dan bertali leher pengawas. c) Kasut kanvas hitam dengan stoking hitam. 2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di atas saku baju 2.6 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali


dibenarkan oleh Guru Besar. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan. 2.7 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan. 2.8 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam, lebar di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa hiasan. 2.9 Murid-murid dilarang sama sekali membawa dan menggunakan alat solek serta barang-barang kemas atau perhiasan termasuk inai atau pewarna kuku sepanjang waktu sesi persekolahan. 3 Pakaian Pendidikan Jasmani (PJ) (Bil. 12/78) 3.1 Pakaian PJ murid lelaki a) T-shirt sukan sekolah/t-shirt kokurikulum/ t-shirt putih tanpa corak b) Track bottom panjang berwarna hitam atau biru gelap tanpa sebarang tulisan, corak atau jalur yang ketara. Seluar tiga suku TIDAK dibenarkan. c) Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa. d) Memakai kasut sekolah kanvas berwarna hitam dan stoking warna hitam sahaja. e) Saiz pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa serta dapat meresap peluh. 3.2 Pakaian PJ murid perempuan a) T-shirt sukan sekolah/t-shirt kokurikulum/ t-shirt putih tanpa corak b) Track bottom panjang berwarna hitam atau biru gelap tanpa sebarang tulisan, corak atau jalur yang ketara. Seluar tiga suku TIDAK dibenarkan. c) Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna gelap atau berbentuk luar biasa. d) Memakai kasut sekolah kanvas berwarna hitam dan stoking warna hitam sahaja. e) Saiz pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dan selesa serta dapat meresap peluh. f) Tudung berwarna hitam tanpa corak dan lengkap dengan tanda nama serta lecana sekolah. 4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76) 4.1 Murid-murid lelaki a) Di belakang: rambut tidak melebih garisan di bawah cuping telinga.


a) Di sisi: rambut tidak mencecah atau menutup kedua-dua belah telinga atau sebahagian daripadanya dan sideburn melebihi garisan tengah hidung. b) Di atas: rambut tidak lebih daripada 4 inci panjang. c) Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail “budak sekolah” yang dibenarkan dan bukan mengikut fesyen semasa. Botak (skinhead) tidak dibenarkan. 4.2 Murid - murid Perempuan a) Rambut tidak boleh dibiarkan jatuh sehingga ke bahu. Tetapi jika ada yang berambut panjang, mereka hendaklah mengikat rambut sebagai tocang atau ekor kuda dengan reben berwarna biru gelap atau hitam sahaja. b) Murid Islam digalakkan memakai tudung. Sila rujuk para 2.3(c) 4.3 Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asal. 4.4 Rambut hendaklah sentiasa kemas iaitu disisir rapi. Boleh gunakan minyak rambut yang bukan gel. 5 Yuran dan Harta Benda Sekolah 5.1 Setiap murid digalakkan menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam tempoh yang ditetapkan. 5.2 Harta benda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat akan dikenakan hukuman setimpal/membuat ganti rugi. 5.3 Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan. a) Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipinjamkan kepada murid-murid. b) Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku tersebut. c) Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut. d) Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-mana bahagian dalam buku tersebut. e) Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu. f) Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan buku tersebut maka pihak


sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut. g) Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku latihan. h) Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Guru Besar i) Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut. j) Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak koperasi sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh dirampas. 6. Tatatertib 6.1 Semasa sesi pembelajaran sepanjang waktu persekolahan a) Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran. b) Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas. c) Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa sesi pembelajaran dan semasa berlaku pertukaran subjek. d) Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah. e) Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan, perpustakaan dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan teratur mengikut barisan masing-masing. f) Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lainlain peralatan elektrik. g) Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa. h) Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiaptiap hari persekolahan. i) Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini. j) Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. k) Murid dilarang mengambil bahagian dalam apa sahaja bentuk pertandingan ratu cantik, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.


l) Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu rehat (kecuali pada waktu hujan). m) Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan. n) Murid-murid akan diberi mata merit bagi setiap perbuatan yang baik dan mata demerit bagi setiap pelanggaran disiplin atau pelanggaran peraturan sekolah o) Kawasan larangan: Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di kawasan-kawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah tanpa kebenaran daripada Guru Besar. p) Murid-murid yang melanggar undang-undang negara atau melakukan perbuatan jenayah atau berbentuk jenayah akan dilaporkan ke pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya. 6.2 Perhimpunan Sekolah a) Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin, kecuali diberitahu ada perubahan. Kehadiran guru dan murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh diadakan pada bila-bila masa jika diperlukan dengan izin Guru Besar sekolah. b) Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya c) Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau menggangu majlis tersebut. d) Murid-murid wajib memakai seragam sekolah kecuali murid-murid yang akan menjalani pelajaran Pendidikan Jasmani pada hari itu. e) Kedudukan murid perlu disusun dan diatur mengikut kesesuaian majlis perhimpunan tersebut 7 Peraturan Khusus Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk: a) Bilik makmal sains / Bilik Seni / Bilik Muzik b) Bilik KH c) Perpustakaan Alminak / Pusat Sumber / Gymnasium d) Kantin. e) Makmal Komputer. f) Bilik mesyuarat Dewan Cikgu Shaari g) Koperasi / Kedai Buku Sekolah h) Surau Nur Muslimin i) Pejabat. j) Gelanggang-gelanggang permainan. k) Bilik Alaf21 l) Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah. 8 Amalan Ibadat


8.1 Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada masa dan tempat yang sesuai. 8.2 Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-mana agama. 9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Ujian Sesi Akademik 9.1 Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib. 9.2 Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius dan tekun. 9.3 Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau tidur semasa peperiksaan. 9.4 Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin. 9.5 Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau ketidakjujuran dalam peperiksaan. 9.6 Untuk peperiksaan UPSR murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 9.7 Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah adalah kesalahan serius. 9.8 Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa atau penjaga. 10.0 Kegiatan Kokurikulum 10.1 Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti: a) Kegiatan sukan. b) Kegiatan persatuan c) Kegiatan Persatuan pakaian seragam. d) Kegiataan keagamaan. 10.2 Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan Pasukan Pakaian Seragam dan satu kegiatan Kelab / Persatuan 10.3 Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir untuk setiap kegiatan yang dijalankan.


10.4 Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin. 10.5 Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki dan memakai pakaian seragam yang sesuai. 10.6 Untuk kegiatan persatuan dan kelab, murid-murid diwajibkan memakai tshirt kokurikulum dan track bottom bewarna hitam atau biru gelap. 11. Kesalahan-kesalahan Disiplin (Bil 9/75) 11.1 Kesalahan Berat a) Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga b) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram. c) Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. d) Memukul guru-guru. e) Mengancam guru-guru atau Guru Besar. f) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan Jabatan Pendidikan. g) Menulis kepada surat khabar tanpa kebenaran pihak yang berkuasa sekolah. h) Sengaja merosakkan harta benda sekolah. i) Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid. j) Mencuri / merompak / memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan k) Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya. l) Merokok dan mengambil dadah. m) Berjudi / melibatkan diri dengan aktiviti pertaruhan n) Meminum minuman keras atau yang memabukkan. o) Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran. p) Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Guru Besar. q) Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. r) Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. s) Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api. t) Melacur / merogol / mencabul / melakukan seks luar tabii / meliwat u) Menulis / melukis / menunjukkan isyarat / mengeluarkan kata-kata lucah sama ada melaui perkataan atau gambar v) Mengintai murid lelaki / perempuan w) Membuli / penderaan atau paksaan terhadap murid lain tidak kira secara fizikal / perkataan / bahasa badan / mental


x) Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun persekolahan y) Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran 11.2 Kesalahan Sederhana a) Melakukan mana-mana kesalahan ringan sebanyak tiga kali b) Menyalahguna / menggunakan peralatan / sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran c) Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran d) Tidak amanah / menipu / berbohong dan meniru ketika ujian / pentaksiran e) Ponteng sebarang acara rasmi sekolah f) Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan. g) Fesyen rambut keterlaluan seperti ‘punk’ / ‘skinhead’ dan mewarnakan rambut. h) Menconteng pada harta benda sekolah i) Memakai barang kemas 11.3 Kesalahan Ringan a) Menyimpan misai / janggut / jambang. b) Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu c) Bermain dalam bilik darjah, kaki lima atau kawasan yang dilarang. d) Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang e) Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran f) Berada di kantin pada waktu pembelajaran (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran. g) Menyimpan atau menggunakan alat permainan ke sekolah tanpa kebenaran. h) Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran. i) Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas. j) Membawa, memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam. k) Makan dan minum di bilik darjah atau tempat selain kantin kecuali dengan arahan pihak sekolah. l) Melakukan pembaziran air / elektrik m) Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap n) Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja sekolah, tidak memberi perhatian, mengganggu pembelajaran) o) Datang lewat ke sekolah p) Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal. q) Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.


r) Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah. s) Berjalan-jalan tanpa kebenaran t) Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan. u) Mengganggu kawasan v) Mengganggu guru w) Lewat masuk kelas x) Megotorkan kelas y) Tidak duduk setempat z) Kesalahan-kesalan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini. 12 Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid (Disiplin Sekolah) 1959) 12.1 Peraturan 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guruguru dan murid-murid sekolah itu. 12.2 Peraturan 6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar. 12.3 Peraturan 7. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik. a) Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian. b) Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang. c) Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. d) Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat. e) Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau sebarang calon yang


bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan. 12.4 Peraturan 8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah: a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah; atau b) yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah. 12.5 Peraturan 11 Sjil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini. 12.6 Peraturan 12 Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oelh pihak berkuasa yang membuatkannya. a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau b) diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran Pendaftar Besar. 12.7 Surat menyurat. a) Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri. b) Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui Guru Besar. 12.8 Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. 12.9 Murid-murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen. 12.10 Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut tanpa kebenaran:- persekitaran Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor sekolah.


12.11 Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77) 12.12 Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78) 12.13 Lain-lain yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam. 12.14 Larangan – larangan lain a) Murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit kecuali dengan kebenaran b) Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya dengan Guru Besar atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh ambilnya apabila masa persekolahan tamat. c) Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah. d) Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini adalah tidak sihat. e) Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-barang kemas. f) Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid paper di sekolah. Murid dilarang menjerit sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan nama-nama guru atau pekerja sekolah atau murid lain. g) Murid dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar berdekatan dengan sekolah h) Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan pergaduhan. i) Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran. 13 Lawatan dan Pelawat-pelawat 13.1 Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-lawatan 1957) 13.2 Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah dipertugaskan.


13.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau ke dalam bilik darjah. 13.4 Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada Guru Besar hendaklah didapati dahulu. 14 Kebersihan 14.1 Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-murid mestilah: a) Selalu menjaga kebersihan pakaian. b) Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan keseluruhan badan. 14.2 Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97) 15 Merokok / mengambil dadah / inhalan / vape 15.1 Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja, murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993) 15.2 Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka, mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83) 15.3 Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok. 15.4 Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan dengan pintu/ pagar sekolah. 15.5 Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) 16 Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95) 16.1 Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50 setahun. 16.2 Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia. 16.3 Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh setahun dan tamat pada hujung tahun.


17 Usaha Menyemai Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94) 17.1 Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu” dan melafas ikrar Rukun Negara pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula. 17.2 Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu semasa perhimpunan sekolah. 17.3 Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeri dinyanyikan 18 Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah. 18.1 Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga nama baik sekolah. 18.2 Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah. 18.3 18.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah. 19 Peraturan Bilik Darjah. 19.1 Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 7.40 pagi waktu hari persekolahan. 19.2 Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing. 19.3 Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi. 19.4 Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka dan melaporkan nama mereka kepada Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya mereka tidak berbuat demikian. 19.5 Ponteng kelas/sekolah: a) Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan yang munasabah dianggap ponteng. b) Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah. c) Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin. d) Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru kelas, melalui Guru Besar akan menghantar surat amaran pertama kepada ibubapanya. e) Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan dihantar kepada ibubapanya. f) Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga, iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar kepada ibubapa. g) Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya gagal berbuat demikian, guru kelas akan membatalkan nama murid tersebut daripada buku kedatangan murid dan pihak


sekolah akan mencatatkan namanya dalam pulangan bulanan sekolah. h) Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila Guru Besar, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan terima kasih apabila mereka keluar dari kelas. i) Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas, merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas, tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka. j) Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab memberitahu Guru Besar /P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut. k) Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran. l) Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut: i. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru ii. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas. iii. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan sampah dalam laci meja. iv. Menggunakan meja dan kerusi guru. v. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh merosakkannya. vi. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas. vii. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang dipamerkan. viii. Menconteng atau menanda buku teks. ix. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Guru Besar. x. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru. 19.6 Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru. 20 Jenis-jenis salah laku dan tindakan Bil Tema Kesalahan/ perlakuan Pekililing rujukan Tindakan sekolah 1. Tingkahlaku jenayah Salahguna dadah Pek. Iktisas Bil. 7/75 1. Melaporkan kepada Pengarah Pendidikan.


2.Menghubungi pegawai kebajikan masyarakat. 3.Merujuk kepada doktor – melalui pegawai kebajikan masyarakat untuk pengesanan. 4.Rawatan doktor. 5.Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Tindakan Guru Besar. 1.Nasihat/amaran – Surat panggilan kepada ibubapa. 2.Melaporkan kepada polis 3.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 4.Gantung sekolah 2. Mengedar dadah 1.Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah (Pengarah Pendidikan) 2.Melaporkan kepada polis 3.Memanggil ibubapa 3. Mencuri Pek. Iktisas Bil. 9/75 Murid boleh digantung persekolahan atau dibuang sekolah. Tindakan Guru Besar: 1.Memulangkan balik barang yang dicuri atau mengikut nilai. 2.Meminta maaf pada empunya barang dengan disaksi oleh Guru Besar. 3.Amaran 4.Hukuman rotan


5.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa untuk berkelakuan baik. 6.Memanggil ibubapa 4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 9/75 1.Memulang balik barang diambil/nilainya. 2.Diberi amaran keras – akhir. 3.Hukuman rotan/gantung sekolah 4.Akaun bertulis ibubapa dan murid. 5.Memanggil ibubapa 6.Hukuman kerja amal Jika melibatkan senjata. 7.Penggantungan sekolah 8.Laporan kepada polis. 5. Berjudi -sda- 1.Nasihat 2.amaran keras 3.Hukuman rotan. 4.Pengakuan bertulis murid dan ibubapa. 5.Kerja amal 6.Digantung persekolahan 7.Laporan kepada polis 6. Memukul, bergaduh dan mencedera -sda- 1.Hukuman rotan 2.Dipaksa berdamai dan meminta maaf. 3.Digantung persekolahan.


4.Kerja amal 5.Memanggil ibubapa 6.Pengakuan bertulis 7. Membawa senjata dan berniat jahat -sda- 1.Senjata dirampas 2.Memanggil ibubapa 3.Hukuman rotan. 4.Digantung persekolahan. 5.Amaran dan dilaporkan kepada polis. 8. Merosak harta benda -sda- 1. Membayar ganti rugi. 2.Hukuman rotan 3.Panggil ibubapa 5.Digantung persekolahan. 6.Pengakuan bertulis. 9. Ahli kumpulan haram Fitnah Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75 -sda- - ibubapa dihubungi - kaunseling - amaran/ digantung sekolah 10. Tingkahlaku lucah Membaca, menunjuk dan menyebar bahanbahan dan gambar lucah. -sda- 1.Dirampas dan disimpan dengan berlakri sebagai bukti. 2.Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling 3.Kerja amal 11. Mengintai muridmurid perempuan -sda- 1.Rotan dan rujuk kepada guru kaunseling 2.Kerja amal


12. Menulis surat cinta -sda- 1.Amaran dan nasihat 2.Rujuk kepada guru bimbingan 3.Kerja amal 13. Bercumbu/berduaduan dan bercinta dalam kawasan sekolah -sda- 1.Amaran dan nasihat 2.Gantung persekolahan 3.Panggil ibubapa 4. Buang sekolah 14. Ditangkap kerana berkhalwat dan didenda di mahkamah -sda- Rujuk kepada Pengarah Pendidikan. -panggil ibubapa 15. Menggunakan katakata lucah -sda- 1.Hukuman rotan 2.Kerja amal 3.Rujuk kepada guru kaunseling. 16. Menulis dan melukis kata-kata lucah -sda- 1.hukuman rotan 2.kerja amal 3.rujuk kepada guru kaunseling 17. Meraba dan/ memeluk murid perempuan -sda- 1.Rotan 2.Kerja amal 3.Rujuk kepada guru kaunseling 4.Panggil ibubapa 5.Gantung persekolahan 6.Laporan kepada polis 18. Menganggu murid perempuan -sda- 1.Rotan 2.Kerja amal


3.Rujuk kepada guru kaunseling 19. Pelacuran/Zina/ hamil/homo/ lesbian/kahwin/ nikah gantung 1.Panggil ibubapa 2.Rujuk kepada Pengarah Pendidikan 20. Tingkahlaku anti sosial Sengaja mengotori sekolah atau kelas Pek. Iktisas Bil. 9/75 School (Gen. Reg. 1951 1.Kelas tahanan 2.Hukuman rotan 3.Bayar ganti rugi 4.Kerja amal 21. Sengaja menganggu ketenteraman sekolah/kelas Pek. Iktisas Bil. 9/75 1.Hukuman rotan 2.Kerja amal 3.Rujuk kepada guru kaunseling 22. Bergaduh dengan murid lain 1.Panggil ibubapa 2.Rotan 3.Nasihat dan amaran 4.Diarah berdamai dan minta maaf 5. Digantung sekolah 23. Berkelakuan biadab dan angkuh -sda- 1.Hukuman rotan 2.Rujuk kepada guru kaunseling 3.Amaran dan nasihat 4.Kerja amal 5.Panggil ibu bapa 6.Digantung sekolah


24. Conteng menconteng Pek. Ikt. 9/75 1.kelas tahanan 2.hukuman rotan 3.bayar ganti rugi 25. Benci dan tidak menghormati peraturan sekolah dan undang-undang negara -sda 1.diberi nasihat 2.rotan 3.kerja amal 4. Panggil ibu bapa 5. Digantung sekolah 6. dilapor kepada polis 26. Makan dalam kelas -sda- 1. nasihat 2. membersihkan kelas 27. Tidak menghormati NegaraKu, lagu Negeri -sda- 1. nasihat 2. rotan 3. amaran 4. Digantung sekolah 28. Ponteng perhimpunan/ majlis rasmi -sda- 1. amaran 2. nasihat 3. kerja amal 4. hukuman rotan 5. Panggil ibu bapa 29. Sengaja membuat sesuatu yang boleh memalukan sekolah -sda- 1. nasihat/amaran 2. hukuman rotan 3. kerja amal 4. digantung sekolah 30. Tingkahlaku tidak jujur PONTENG SEKOLAH (termasuk murid yang berada di sekolah tetapi tidak melapor kepada KP(BS)8458/12/(17) Borang OM 9.2.77 1. Surat pemberitahuan kepada ibubapa, amaran, rotan, nasihat 2. Panggil ibu bapa. 3. Kerja amal


guru kelas dan masuk ke kelas) 4. digantung sekolah 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari berturutturut, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan 6.Jika murid ponteng sekolah 60 hari secara selang seli, Sijil Berhenti Sekolah akan dikeluarkan 31. Ponteng kelas(meninggalkan satu sesi penggajaran dan tidak kembali) -sda- 1. nasihat 2. kerja amal 3. hukuman rotan 4. digantung sekolah 5. panggil ibubapa 32. Keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru -sda- 1. diberi amaran 2. kerja amal 3. kaunseling 4. hukuman rotan 33. Meniru dalam peperiksaan -sda- 1. markah peperiksaan dibatalkan 2. nasihat 3. kerja amal 4. hukuman rotan 5. memaklumkan kepada ibu bapa 34. Membohong -sda- 1. nasihat 2. rujuk kepada guru kaunseling 3. amaran keras 4. hukuman rotan untuk kesalahan seterusnya


35. Tingkahlaku tidak sopan Berkelakuan dan berbahasa kasar, memaki dan mencarut guru/murid Per. Ikt. Bil 9/75 1. memohon maaf 2. nasihat 3. hukuman rotan 4. amaran 5. kerja amal 6. kaunseling 7. panggil ibu bapa 36. Tidak menghormati/ memcabar arahan pengawas -sda- 1. amaran 2. hukuman rotan 3. kaunseling 37. Tingkahlaku tabiat (Habitual) Tidak berpakaian kemas (tidak masuk baju ke seluar, tidak pakai kasut, tidak menggunakan tanda nama, memakai subang, gelang, rantai) Pek. Ikt. Bil. 3/71,2/72, 4/76. 1. teguran/amaran 2.hukuman rotan 3. kerja amal 4. panggil ibu bapa 38. Berambut panjang Pek. Ikt. Bil 2/76 1. diberi amaran 2. rambut dipotong 3. hukuman rotan 4. digantung sekolah 39. Tidak menepati masa Pek. Ikt. Bil 9/75, school (general) regulation, 1951 1. amaran dan nasihat 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. digantung sekolah panggil ibu bapa 40. Tidak membawa buku teks/buku latihan dan lain-lain keperluan muridan Peraturan Am sekolah 1951 1. diberi nasihat/amaran 2. kaunseling 3. hukuman rotan


4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah 41. Tidak menyiapkan kerja kursus, latihan dan kerja rumah/tugasan -sda- 1. amaran/nasihat 2. kaunseling 3. hukuman rotan 4. kerja amal 5. panggil ibu bapa 6. digantung sekolah 42. Membuat bising dalam kelas Pek. Ikt. Bil 9/75 1.diberi amaran 2. kaunseling 3. hukuman rotan 43. Buang sampah merata-rata Peraturan am sek. 1951 Pek. Ikt. Bil 9/75 1.diberi amaran/nasihat 2. kaunseling 3. diarah membersihkan kawasan 4. kerja amal 5. hukuman rotan 44. Enggan bayar yuran sekolah Peraturan Am sekolah 1951 1. diberi nasihat 2. ibubapa dihubungi 3. sijil-sijil ditahan 45. Tidak memulangkan/ hilang buku teks -sda- 1. Membayar nilai buku tersebut 2. Tidak layak diberi buku teks pada tahun seterusnya 46. Merokok Pek. Ikt.Bil 6A/75, 4/1997 1. hukuman rotan 2. nasihat/kaunseling 3. digantung sekolah


4 panggil ibu bapa 5.buang sekolah selepas 5 kali ditangkap 47. Membawa barang yang dilarang ke sekolah (rujuk kepada peraturan sekolah kad Merit Demerit Kod D5) 1. dirampas dan dituntut balik oleh ibu/bapa. 2. dirampas dan disimpan dan diberi balik pada hujung tahun. 3. Dirampas dan dimusnahkan. 48. Membawa/bermain mercun di kawasan sekolah 1. hukuman rotan 2. kaunseling 3. digantung sekolah 4. panggil ibu bapa 5. laporan kepada polis


Click to View FlipBook Version