SIFAT ALLAH “KALAM”
(MAHA BERKATA-KATA)
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
(Rujuk Buku Teks Pen. Islam 82)
PENGERTIAN
KESAN BERIMAN DALIL NAQLI
SIFAT KALAM
ALLAH
SIFAT ALLAH:
KALAM
KISAH NABI DALIL AQLI
MUSA
BERCAKAP
DENGAN ALLAH
▶ Sifat Kalam Allah bermaksud Allah Maha berkata-kata.
▶ Allah Maha berkata-kata tanpa sebarang alat, bantuan atau
perantaraan.
▶ Cara Allah berkata-kata sama sekali tidak sama dengan makhluk
▶ Al-quran merupakan Kalam Allah yang merupakan satu mukjizat
yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan
membacanya merupakan ibadah
▶ Kita wajib beriman bahawa Allah bersifat Kalam
▶
MAKSUDNYA :
Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara
langsung, tidak ada perantaraan).
(Surah An-Nisa ayat 164)
▶ Jika Allah SWT tidak boleh berkata-kata, maka berlakulah
kekurangan bagiNya
▶ Sedangkan mustahil bagi Allah untuk bersifat kekurangan
▶ Sesungguhnya bagi Allah segala sifat kesempurnaan dan
kemuliaan
▶ Nabi Musa merupakan Nabi yang telah diutuskan kepada Bani Israil
▶ Di antara mukjizat Nabi Musa ialah bercakap dengan Allah
▶ Ianya telah diceritakan di dalam banyak di dalam Al-Quran antaranya
ialah :
i) Surah An-Nisa ayat 164
ii) Surah Al-A’raf ayat 143
iii) Surah Taha ayat 11-15
Surah • Firman Allah :
An-Nisa • Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara
• langsung, tidak ada perantaraan).
(ayat
164 )
Surah al- • Firman Allah
A’raf • Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya,
(ayat
143) maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci)
supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi
pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu,
Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan
gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci
Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)
Surah • Firman Allah
Taha • 11. Maka apabila dia sampai ke tempat api itu (kedengaran) dia diseru: Wahai Musa! -
(Ayat • 12. Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.
11-15)
• 13. Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.
• 14. Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah
sembahyang untuk mengingati Daku.
• 15. Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya supaya
tiap-tiap diri dibalas akan apa yang dia usahakan.
Mengakui Menjadikan al- Mengikut segala
kebesaran dan Quran sebagai perintah Allah
keagungan Allah pegangan di
dalam kehidupan dan
Meninggalkan Dikasihi dan di
apa yang rahmati oleh
dilarang oleh Allah
Allah
INFO :
Sifat Kalam Allah mengandungi suruhan dan tegahan, serta
pemberitahuan yang berupa wahyu seperti, Taurat, Injil,
Zabur dan al-Quran
SEKIAN TERIMA KASIH,
JANGAN LUPA BACA AL-QURAN YANG
MERUPAKAN KALAMULLAH…