The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT AJK KARIAH MSUAK KALI PERTAMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulnizamhazari, 2022-04-21 01:54:03

MINIT MESYUARAT AJK KARIAH MSUAK

MINIT MESYUARAT AJK KARIAH MSUAK KALI PERTAMA

MINIT MESYUARAT AJK KARIAH
MASJID SAIDINA UMAR AL-KHATTAB ( MSUAK )

PADANG MEIHA, TAMAN DESA AMAN
KALI PERTAMA

Tarikh : 15 April 2022 bersamaan 13 Ramadhan 1443 H
Hari : Jumaat
Masa : 2.20 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat (MSUAK)

Pengerusi Mesyuarat : En. Mohamad Pauzi Bin Saidin ( Timbalan Pengerusi MSUAK)

Kehadiran :
Tidak Hadir 1. Ustaz Mat Hanipah Bin Mat Zain
2. En. Mohamad Pauzi Bin Saidin
3. Ustaz Mohd Khairul Nizam Bin Hazari
4. En. Saiful Bahari Bin Zainuddin
5. Ustaz Mohd Shafie Bin Arshad
6. Ustaz Mohd Tanazi Bin Rahman
7. En. Abd Halim Bin Othman
8. Dr. Talib Bin Ria Jaafar

: - Bersebab ( Masuk Hospital )
1. Mohd Shukriy Bin Hashim

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mesyuarat memulakan majlis dengan membaca Ummul Kitab
dan memberikan ucapan salam serta berterima kasih kepada semua ahli
mesyuarat yang hadir dalam Mesyuarat AJK Kariah Padang Meiha MSUAK
bagi kali yang pertama ini.

1.2 Pengerusi mesyuarat juga mengucapkan ssetinggi-tinggi tahniah dan
penghargaan diatas pelantikan AJK Kariah Padang Meiha ( MSUAK ) yang
baharu di pilih oleh anak kariah dan AJK.

1.3 Selain itu, pengerusi juga berharap agar semua jawatankuasa yang
baharu ini dapat bergerak dalam pasukan untuk kita sama-sama
mengimarahkan lagi ( MSUAK ).

1

1.4 Di samping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ustaz
Mohd Khairul Nizam Bin Hazari kerana telah selesai menghantar Laporan
Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa dan AJK Kariah Masjid Saidina Umar
Al-Khattab ( MSUAK ) Padang Meiha yang berlangsung yang bertarikh 8
April 2022 yang lalu kepada pihak Pejabat Agama Daerah Kulim ( PADK )
pada 14 April 2022 .

Makluman dan Tindakan : Semua Jawatankuasa

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Tiada pembentangan minit mesyuarat lepas kerana Setiausaha yang baharu masih
belum menerima minit tersebut daripada Mantan Setiausaha.

3. PERKARA BERBANGKIT
- Tiada perkara berbangkit

4. PELANTIKAN DAN PENENTUAN PORTFOLIO JAWATAN AJK KARIAH ( MSUAK )

4.1 Pengerusi mesyuarat membuka cadangan kepada sidang mesyuarat untuk berbincang
bagi menentukan Portfolio Jawatan AJK Kariah ( MSUAK ) dan hasil perbincangan
mesyuarat telah sebulat suara seperti ketetapan dalam Jadual 1 maklumat berikut :

JADUAL 1 :

BIL NAMA JAWATAN CATATAN
1. Ustaz Mat Hanipah Bin Mat Zain
Pengerusi / Tuan Imam Sedang menunggu surat
2. En. Mohamad Pauzi Bin Saidin pelantikan Imam
Timbalan Pengerusi & daripada PADK
3. Ustaz Mohd Khairul Nizam Bin Hazari Lajnah Seranta
4. En. Saiful Bahari Bin Zainuddin Setiausaha Di tentukan dalam
5. Mohd Shukriy Bin Hashim Bendahari mesyuarat akan datang
6. Ustaz Mohd Shafie Bin Arshad Lajnah Dakwah & Tarbiah
7. Ustaz Mohd Tanazi Bin Rahman Lajnah Ekonomi & Dana Di tentukan dalam
8. Dr. Talib Bin Ria Jaafar Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan mesyuarat akan datang
9. En. Abd Halim Bin Othman Lajnah Pembangunan & ICT Di tentukan dalam
10. En. Muhamad Nazri Bin Abdul Wahab Lajnah Tugas-tugas Khas mesyuarat akan datang
11. En. Asrol Anuar Bin Abdul Razak / Lajnah Tanah Perkuburan Islam
Lajnah Syabab
Tn. Hj. Zulfadli Bin Ahmad
13. Pn. Rozita Bt Abd Latif Lajnah Hal Ehwal Muslimat
14. En. Ayob Khan Juruaudit Dalaman 1

15. En. Azmi Juruaudit Dalaman 2

2

4.2 Pengerusi mesyuarat juga mengingatkan kepada semua sidang mesyuarat bahawa
semua Jawatan dan Lajnah-lajnah yang telah dilantik ini mestilah membentuk
jawatankuasa masing-masing bagi melancarkan segala gerak kerja yang akan dilakukan.

4.3 Jumlah minimum AJK adalah seramai 3 orang dan maksimum seramai 5 orang.

4.4 Semua jawatan dan lajnah-lajnah yang telah di lantik perlu menyediakan anggaran
perbelanjaan dan perancangan aktiviti mingguan, bulanan, dan tahunan serta
mengadakan mesyuarat lajnah masing-masing sebelum atau pada 31 Mei 2022.

4.5 Perincian semua tugasan bagi semua jawatan dan lajnah-lajnah yang telah di lantik ini
akan di bincangkan dan diperhalusi dalam mesyuarat yang akan datang.

Makluman dan Tindakan : Semua Jawatankuasa
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Sidang mesyuarat sebulat suara meluluskan permohonan sumbangan bantuan daripada
Pusat Dakwah Saidatina Aishah di kawasan perumahan Semi D Taman Desa Aman
sebanyak RM 3000.00 sahaja.
Makluman dan Tindakan : Semua Jawatankuasa

5.2 Ustaz Mat Hanipah Bin Mat Zain memaklum dan mencadangkan :

(a) Selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti tandas MSUAK akan di audit oleh pihak daripada
MPKK dan mohon semua bersedia tentang hal tersebut.
Makluman dan Tindakan : Semua Jawatankuasa

(b) Mencadangkan kepada Lajnah Dakwah & Tarbiah menjemput Mantan Imam Masjid
Negeri ( Masjid Zahir ) untuk buat program Tahsinul Quran ( Sanad Surah Al-Fatihah).

Makluman dan Tindakan : Lajnah Dakwah & Tarbiah

(c) Mencadangkan kepada Lajnah Dakwah & Tarbiah untuk mengadakan program
menyantuni Muallaf ( Saudara Baru ) dalam kariah MSUAK.
Makluman dan Tindakan : Lajnah Dakwah & Tarbiah

3

(d) Memohon Ustaz Mohd Shafie Arshad selaku Ketua Lajnah Ekonomi mencari
alternatif untuk menambah pendapatan MSUAK antaranya :
(i) Meneruskan proses Projek A Nano MSUAK sehingga boleh dipasarkan.
(ii) Menyelengara Mesin Air Tapis ( berkoin) sedia ada untuk mudah dibeli oleh
anak kariah.
(iii) Menyemak semula kontrak Menara pemancar MSUAK yang disewa
(iv) Lain-lain yang boleh menjana pendapatan MSUAK

Makluman dan Tindakan : Lajnah Ekonomi

5.3 Ustaz Tanazi Bin Abd Rahman mencadangkan agar bayaran saguhati kepada tenaga
pengajar kuliah-kuliah dan majlis ilmu di MSUAK di kaji semula supaya bersesuaian
dengan kadar semasa.

Makluman dan Tindakan : Lajnah Dakwah & Tarbiah

5.4 Ustaz Mohd Khairul Nizam Bin Hazari mencadangkan agar perancangan untuk Program
Qurban dan Aqiqah anjuran MSUAK pada Aidil Adha nanti sudah boleh dimulakan.
Sehubungan dengan itu sidang mesyuarat sebulat suara bersetuju dan memberi mandat
tersebut kepada En. Halim Bin Othman selaku Ketua Lajnah Tugas-tugas Khas untuk
memulakan langkah gerak kerja berkaitan hal tersebut.

Makluman dan Tindakan : Lajnah Tugas-tugas Khas

5.5 Ustaz Mat Hanipah Bin Mat Zain mohon untuk Setiausaha ( MSUAK ) memaklumkan
kepada Ketua Cawangan Pas Taman Desa Aman menghantar surat permohonan
kebenaran untuk meletakan Tabung Pas di MSUAK dan Tabung ini dikawal selia oleh
Bendahari MSUAK. Sidang mesyuarat sebulat suara telah bersetuju berkaitan hal
tersebut.

Makluman dan Tindakan : Setiausaha

5.6 En. Mohamad Pauzi Bin Saidin memaklumkan perkara-perkara seperti berikut :

(a) Pihak Tabung Darah Hospital Kulim akan hadir ke MSUAK pada 19 April 2022 jam
6.00 petang untuk Program Derma Darah daripada anak kariah yang akan bermula
dari jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam dan memohon pihak MSUAK untuk
menyediakan kerusi dan meja bagi melancarkan program tersebut.

Makluman dan Tindakan : Lajnah Seranta

4

(b) Pihak MSUAK akan menganjurkan Program Tadarus Remaja pada 29 April 2022 hari
jumaat bermula jam 3.00 petang sehingga selesai solat maghrib yang bertempat di
MSUAK.

Makluman dan Tindakan : Lajnah Seranta
Makluman dan Tindakan : Lajnah Dakwah & Tarbiah
Makluman dan Tindakan : Lajnah Muslimat

Disediakan oleh : Disemak :

………………………………………………………….. ……………………………………………….
(Ustaz Mohd Khairul Nizam Bin Hazari) ( En. Mohamad Pauzi Bin Saidin )
Setiausaha Timbalan Pengerusi
Masjid Saidina Umar Al-Khattab Masjid Saidina Umar Al-Khattab
Kariah Padang Meiha, Taman Desa Aman Kariah Padang Meiha, Taman Desa Aman
Padang Serai Padang Serai
Kedah Darul Aman Kedah Darul Aman

5


Click to View FlipBook Version