The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luncai_d_great, 2021-04-24 23:58:30

SMKBP - Farah Najwa

SMKBP - Farah Najwa

TAN SRI DATO’ HAJI
HASSAN YUNUS

”BAPA PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI JOHOR”

DISEDIAKAN OLEH : FARAH NAJWA

NAMA : NUR FARAH NAJWA BT MOHD
FADZIL
KELAS : 5UKM
EMAIL : [email protected]
SEKOLAH : SMK BANDAR PENAWAR

PENDAHULUAN

Muar merupakan salah satu daerah yang melahirkan ramai pemimpin yang berwibawa di negeri
johor. Salah seorang daripadanya termasuklah Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus.

Setiap menteri besar memiliki keunikan dan peribadi tersendiri. Begitu juga dengan Tan Sri. Beliau
mempunyai kelainan berbanding menteri besar Johor yang lain. Beliau mempunyai latar
belakangakademik dalam bidang agama. Beliau juga mempunyai sifat kental dan semangat patriotik
yang tinggi. Beliau merupakan antara “ Orang Tujuh” yang menandatangani surat bantahan kepada
sultan dalam menandatangani perjanjian Malayan Union

BIODATA TOKOH

ama sebenar : Tan Sri Dato’ Haji Hassan Bin Haji
Yunus
Lahir : pada tahun 1907, di Muar
Pasangan : Puan Siti Rogayah binti Dato’ Abdullah
Anak : 3 orang anak lelaki
Pekerjaan : Ahli politik
Parti Politik : Parti Perikatan dan UMNO

Tempoh Jawatan : 27 Jun 1959 - 31 Januari 1967
Meninggal dunia : 12 Julai 1968, Johor Bahru.
Tempat Persemadian : Makam Diraja Bukit
Mahmoodiah, Johor Bahru

PENDIDIKAN TOKOH

pernah berguru dengan Muhammad Yusuf bin Ahmad atau
'Tok Kenali' di Kelantan
Menyambung pelajarannya di Makkah.
Setelah menamatkan pendidikan di Makkah, Kerajaan Johor
telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti
Al-Azhar
memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam bidang
Syariah pada tahun 1939.

KERJAYA TOKOH

Berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong
Mufti (1 Januari 1940).
Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memangku jawatan
Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka.
Dilantik untuk menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga
Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.
Ketika menjadi Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunus
menunjukkan iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah
Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai
LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.

KERJAYA Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan
DALAM Melayu Johor.
POLITIK Beliau menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor
yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946.
pernah dicadangkan oleh Dr Ismail Abdul Rahman agar
Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh
oleh Dato' Onn Jaafar.
merupakan seorang 'Orang Tujuh' atau 'Kumpulan Tujuh'
yang mengemukakan bantahan terhadap Malayan Union.
Apabila Dato' Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin
PMJ termasuk Haji Hassan Yunus menguasai UMNO Johor.
Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan
bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi
Penerangan UMNO Muar.

Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau
memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon
Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli
Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunus
memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau
dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem
demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau ialah Menteri Besar
yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya
Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi
pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus
dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari
1967.
Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik
menerusi proses pilihanraya.

SUMBANGAN TOKOH

PROJEK
PERUMAHAN
RAKYAT

Ketika Tan Sri Haji Hassan Yunos menjadi Menteri
Besar Johor, bidang ekonomi negeri Johor
mengalami pertumbuhan memberangsangkan.
Kerancakan pembangunan jelas kelihatan apabila
kerajaan negeri membina projek perumahan sebanyak
1,000 unit di Larkin. Projek seumpama juga
dilaksanakan di Kota Tinggi,Mersing, Kluang, Batu
Pahat dan Muar.

PEMBINAAN

STADIUM

Pada masa Tan Sri Haji Hassan Yunos memajukan
perumahan rakyat, sebuah stadium di Larkin turut
dibina dengan
nama Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Stadium
ini dibina dengan tujuan untuk memajukan sukan di
kalangan belia negeri Johor.

PENUBUHAN LEMBAGA TANAH

KEMAJUAN NEGERI JOHOR

Sebuah badan berkanun dikenali sebagai
Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Johor
(LKTJ) turut ditubuhkan bertujuan membuka
ladang getah dan kelapa sawit yang diagihkan
kepada orang Melayu yang tidak memiliki
tanah untuk dimajukan. Tan Sri Haji Hassan
Yunos sendiri menjadi Pengerusi LKTJ.

Dengan kegigihan beliau, kerajaan negeri
berjaya membuka beribu-ribu hektar tanah
di Kota Tinggi Endau,Muar dan Segamat.
Setiap rancangan terdapat antara 200-300
peserta. Setiap peserta diberi kemudahan
rumah yang bernilai RM4,000 dan
tanah seluas 10 ekar untuk dimajukan.

NILAI KEPIMPINAN YANG
BOLEH DICONTOHI

Keprihatinan beliau terhadap Kegigihan beliau dalam Kebijaksanaan beliau dalam mengatur
penduduk di negeri Johor telah membangunkan negeri strategi ketika dulu telah berjaya
melahirkan generasi yang aktif dalam
menjadikan beliau sentiasa ini telah berjaya bidang sukan sehingga berjaya
dihormat dan sentiasa diingati menaikkan nama Johor membentuk sebuah empayar sendiri
sehingga ke serata dunia. seperti pasukan bola sepak Johor
atas segala jasa yang telah
berjaya beliau tabur. Darul Ta’zim

PENUTUP

Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunus merupakan Bapa Pembangunan Pertanian Negeri Johor.
Pelbagai usaha dan jasa bakti yang telah beliau taburi untuk negeri Johor.Bukan hanya dari
segi aspek pertanian, malah termasuklah dari aspek ekonomi, infrastruktur dan sebagainya.
Oleh kerana kebijaksanaan yang beliau miliki dalam membangunkan negeri Johor, Johor kini
telah berjaya melahirkan ramai anak muda yang bergiat aktif dalam bidang sukan lebih-lebih
lagi dalam bidang sukan bola sepak. Hal ini hanya kerana sebuah stadium yang dulunya
menjadi stadium keramat buat negeri Johor yang telah beliau bina iaitu Stadium Tan Sri Dato’
Haji Hassan Yunus, Larkin yang dinamakan sempena nama beliau telah menjadikan pasukan
JDT kini terkenal di serata dunia dan melahirkan pelapis-pelapis muda yang berbakat.Walaupun
kini stadium tersebut bukan lagi stadium utama di negeri Johor, tetapi legasi yang beliau
tinggalkan akan sentiasa diingati.

SUMBER RUJUKAN

https://web.archive.org/web/20100201205602/http
://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/index.php?
https://m.facebook.com/SejarahMuar/photos/a.192
122377804087/257870981229226/?type=3
http://ukashahcharlie.blogspot.com/2013/04/kenali
-tan-sri-hj-hassan-yunos.html?m=1


Click to View FlipBook Version