The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkharnaim, 2021-04-23 08:58:52

FORMAT HANDPHONE

FORMAT HANDPHONE

Mahu format handphone android tapi takut data dan apps anda hilang? Janganbimbang!
Ikuti cara berikut.

Seperti komputer, handphone juga boleh diformat. Istilah
format untuk handphone juga dikenali sebagai factory reset.
Tidak kiralah apa jenis handphone – samsung, lenovo, huawei,
asus, oppo dan sebagainya, asalkan ia android, cara format
telefon hampir sama sahaja

Setelah selesai format hp, keadaan handphone anda kembali
seperti keadaan asal sewaktu anda mula-mula beli dahulu.

Kelas hari ini membincangkan panduan lengkap cara nak format
handphone daripada membuat backup kemudian pergi kepada
cara reset/format/factory reset dan akhirnya cara untuk restore
semula backup.

Kenapa Dalam kebanyakkan kes, keputusan untuk format
mahu handphone atau pun factory reset disebabkan oleh 2
format perkara berikut:
handphone?
1. Kerana hendak jual atau memberikan handphone
tersebut kepada orang lain dan tidak mahu maklumat
peribadi terikut sama.

2. Kerana merasakan keupayaan handphone tersebut
semakin lemah atau tidak berfungsi seperti asalnya.

Jika hendak jual handphone tersebut, maka perlu back-
up fail dan data untuk dipinda ke handphone yang
baru.

Jika disebabkan oleh prestasi handphone yang
semakin lemah, tetap perlukan backup untuk contact
no, data dan fail.

Tidak kiralah samaada mahu memformat handphone atas mana-mana sebab, kita perlu
mengetahui cara untuk buat back-up dan cara reset yang betul.

Secara ringkasnya, untuk format handphone, anda perlu lakukan 3 langkah berikut:
1. Buat backup data : Contact no, apps, foto, video, setting, password wifi dan
sebagainya.
2. Factory Reset @ Format
3. Restore kembali backup yang dibuat

Mari kita lihat satu persatu langkah diatas dengan lebih terperinci.

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk membuat backup seperti
berikut.

Backup data guna Android backup services

Langkah ini akan mengaktifkan Android backup servis
dan akan membuat backup untuk semua data seperti
contact number, setting sistem, apps, password wifi.

Backup dibuat secara automatik ke dalam google drive
atas nama akaun google anda. Berikut merupakan cara-
cara untuk mengaktifkan dan menggunakan Android
backup services.

1. Buka bahagian setting pada handphone anda.

2. Pergi ke bahagian System > Backup & reset

3. Pilih Back up my data

4. Tukarkan @ pastikan ia dalam keadaan On

5. Periksa bahagian Backup account, pastikan ia
betul @ akaun google anda

6. Pergi ke bahagian Automatic restore (dibawah
Backup account), pastikan ia dalam keadaan On,
berwarna hijau.

Backup foto dan video guna Google Photos

Foto dan juga video tidak dapat dibackup menggunakan Android backup servis
sendiri. Ia memerlukan bantuan daripada salah satu lagi apps keluaran google yang
dikenali sebagai Google Photos.

Pastikan anda mempunyai apps Google Photos dan juga sambungan internet. WIFI
adalah pilihan terbaik kerana aktiviti ini akan memakan data @ bergantung pada
jumlah saiz foto pada handphone anda.

1. Buka aplikasi Google Photos - Jika jumlah foto, video

2. Pada bahagian atas, pilih menu - terlalu banyak
meyebabkan proses

3. Pergi ke bahagian Settings > Backup & sync backup memakan masa,

atau pun mempunyai
4. Pastikan Back up & Sync dalam keadaan aktif, berwarna biru batasan dari segi data

5. Pastikan Backup account betul, akaun google anda. internet, boleh gunakan
cara manual >>>

6. Aplikasi anda akan mula membuat backup.

Process ini mungkin akan mengambil masa jika ini merupakan kali pertama anda
melakukannya. Bergantung pada jumlah foto dalam handphone anda.

Backup foto dan video secara manual

Dalam proses ini di perlukan kabel USB dan juga komputer/Laptop.
1. Sambung kan handphone anda ke komputer menggunakan kabel USB.
2. Notifikasi pilihan akan muncul pada handphone anda seperti berikut:

4. Pergi ke My Computer atau This PC pada komputer.
5. Pilihan untuk handphone anda akan muncul. Nama handphone adalah bergantung
pada jenis handphone.

6. Klik pada ikon handphone.
7. Pilih Internal Storage > DCIM. Senang cerita, copy semua fail yang ada dalam DCIM
ke dalam komputer anda.

Backup data foto dan video untuk apps

Hampir kesemua aplikasi android sekarang mempunyai fungsi backupnya sendiri.
Contohnya aplikasi WhatsApp. Jika tiada pun, kesemua fail jenis gambar atau video
boleh dibackup menggunakan aplikasi Google Photos.

Jika anda tidak berpuas hati atau bimbang, anda boleh melakukan backup secara
manual seperti berikut.

1. Ulang semula langkah backup foto dan video secara manual dari langkah 1 hingga 6.

2. Cuba periksa fail yang berkaitan dengan mana-mana aplikasi yang anda gunakan
dan copy fail gambar atau video untuk backup.

3. Contohnya untuk aplikasi CamScanner, pilih fail CamScanner dan copy fail images.

Backup data Apps

Jika telah mengaktifkan Android Backup Services seperti yang dinyatakan pada
awal tadi, bermakna kesemua aplikasi telah dibackup.

Ini termasuklah setting apps, terutama pada aplikasi games. Tidak perlu risau
kehilangan level atau terpaksa bermula dari level 0.

Penting: Untuk mereka yang menggunakan akaun Guest pada aplikasi
permainan, sila sambungkan akaun pada akaun google atau facebook. Jika
tidak mungkin akan kehilangan akaun tersebut.

Backup WhatsApp

Oleh kerana WhatsApp merupakan aplikasi yang digunakan hampir semua orang,
berikut merupakan cara-cara untuk backup WhatsApp.

WhatsApp backup automatik

Pastikan anda mempunyai sambungan internet.
1. Buka WhatsApp
2. Pada bahagian atas kanan, tekan menu.

3. Pilih Setting > Chats > Chat backup

4. Pastikan akaun anda betul – akaun google

5. Tekan butang BACK UP

Process ini akan mengambil masa dan juga akan menggunakan data internet.
Jika mahu membuat backup secara manual ikuti cara berikut.

Untuk restore/mengembalikan WhatsApp selepas format handphone
teruskan membaca ke bahagian restore

WhatsApp backup manual

1. Rujuk pada bahagian Backup foto dan video secara manual pada bahagian
sebelum ini.
2. Ulang langkah 1 hingga 6.
3. Di dalam internal storage pilih fail WatsApp.
4. Copy 2 fail berikut: Databases dan Media
5. Simpan fail berikut di tempat selamat dalam komputer.

Untuk restore semula WhatsApp secara manual lihat / baca bahagian restore.

Langkah 2: Lakukan Format / Factory Reset

Cara untuk format atau factory reset ringkas saja, seperti berikut.

Factory reset dari setting

1. Pergi ke bahagian Setting handphone.

2. Pergi ke bahagian System > Backup & Reset.

3. Pilih Factory data reset.
4. Notifikasi sebelum yang menyatakan ini dan itu
akan dipadamkan akan muncul, seperti berikut:

5. Tekan Reset phone untuk meneruskan

6. Jika handphone anda mempunyai password
atau pattern password, anda akan di minta
untuk memasukkan sebelum meneruskan.

7. Tekan Erase everything.

Ada kalanya handphone kita membuat hal dan tidak
boleh factory reset dengan cara biasa. Untuk keadaan
seperti ini cuba factory reset melalui mod recovery.

Factory reset dari mod recovery

Cara untuk akses mod recovery mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone.
Untuk akses mod recovery cuba setiap cara berikut hingga berjaya:

• Tekan dan tahan butang power dan butang kecilkan suara dengan serentak
selama beberapa ketika.

• Tekan dan tahan butang power, butang kecilkan suara, dan butang home
dengan serentak untuk beberapa ketika.

• Tekan dan tahan butang power dan butang besarkan suara dengan serentak
untuk beberapa ketika.

• Tekan dan tahan butang kecilkan suara dan besarkan suara dengan serentak
untuk beberapa ketika.

• Tekan dan tahan butang kecilkan suara, selepas beberapa ketika tekan butang on
dan jangan lepaskan butang kecilkan tadi sehingga mod recovery muncul.

Jika tidak dapat mengakses recovery mode menggunakan cara diatas, cuba minta
bantuan encik google. Mungkin Teknik Pencarian Google dapat membantu.

Mod recovery untuk android secara amnya kelihatan seperti berikut:

Mungkin juga berbeza, mengikut jenis android.

Berikut merupakan cara untuk factory reset dari mod recovery:
• Gunakan butang pembesar dan pengecil suara untuk mengerakkan pilihan ke
atas/bawah.
• Pilih wipe cache partition, tekan yes, kemudian tunggu hingga selesai.
• Selepas selesai pilih wipe data/factory reset, tekan yes, kemudian tunggu
hingga selesai.
• Pilih reboot system now untuk meneruskan.

Nota: Start-up kali pertama selepas factory reset
mengambil masa agak panjang sedikit. Jangan panik.

Tunggu sahaja

Langkah 3: Restore Semula Backup Pada Handphone

Berikut merupakan cara untuk restore semula handphone android
selepas reset/format/factory reset.

Restore guna Android backup services

Android backup services adalah fungsi pertama yang akan anda jumpa selepas
format handphone. Berikut merupakan panduan menggunakan fungsi ini.

1. Pilih bahasa dan tekan anak panah dalam bulatan kuning untuk meneruskan.

2. Sambungkan kepada WIFI.
(untuk muat turun backup yang anda buat)

3. Tekan NEXT untuk meneruskan.
4. Paparan seperti dibawah akan muncul.

5. Untuk tujuan restore semula, pilih No thanks.

6. Anda akan diminta untuk memasukkan butir-butir akaun google anda,
username(email) dan password.

7. Tekan NEXT untuk meneruskan.
8. Paparan berikut akan muncul, pastikan semua pilihan aktif.

9. Seterusnya paparan berikut
akan muncul, meminta anda
memasukkan email lain selain
google jika ada, pilih Not now
untuk menyenangkan.

10. Seterusnya paparan berikut akan muncul, meminta anda untuk mengaktifkan
sistem perlindungan untuk handphone anda.

11. Teruskan sehingga anda sampai ke bahagian
restore yang bertajuk “Which device“.

12. Pilih restore daripada “Nama handphone anda“,
backup yang anda buat. Tekan simbol ” > ” untuk
meneruskan.

13. Paparan seperti berikut akan muncul.

14. Di sini, anda boleh memilih untuk menginstal
semula semua aplikasi anda yang telah dibackup
ataupun memilih aplikasi tertentu sahaja.

15. Jika anda ingin menginstall kembali semua aplikasi,
tidak perlu buat apa-apa perubahan pada bahagian ini.
Terus sahaja tekan RESTORE.

16. Jika anda tidak mahu menginstall semua aplikasi,
hanya aplikasi tertentu, tekan Restore all xx apps untuk
membuka bahagian pilihan.

17. Tandakan (tik) aplikasi yang anda
ingin install, setelah selesai teruskan
dengan menekan RESTORE.

18. Tunggu sehingga proses restore
selesai. Proses ini mengambil masa
untuk siap…

19. Paparan berikut akan muncul
setelah proses ini selesai.

Setelah selesai, terdapat satu lagi perkara yang perlu dilakukan, iaitu proses install dan
update apps.

Pastikan anda menggunakan WIFI kerana proses ini akan memakan data dalam jumlah
yang agak besar bergantung pada jumlah aplikasi yang anda pilih untuk restore.

Daripada pengalaman saya, (bergantung pada kelajuan WIFI) proses untuk restore
semula 54 Apps mengambil masa dalam 4 jam.

Silalah bersabar…

Restore foto dan video guna Google Photos

Cara untuk restore foto dan video anda menggunakan Google Photos adalah
sangat mudah, seperti berikut:

1. Pastikan anda sudah install aplikasi Google Photos.

2. Buka aplikasi Google Photos.

3. Paparan berikut akan muncul. Google Photos akan
menggunakan akaun google yang anda telah setkan.

4. Tekan DONE untuk meneruskan.

5. Paparan seterusnya akan menyatakan saiz
kesemua foto dan video anda dan memberikan
pilihan sama ada Start atau tunggu sehingga
ada sambungan WIFI.

Restore foto dan video secara manual

Seperti proses backup, anda perlukan kabel USB dan juga komputer atau laptop.

1. Sambungkan handphone anda kepada komputer/laptop menggunakan kabel USB.

2. Paparan notifikasi berikut akan muncul pada handphone anda:
3. Pilih transfer file (MTP).

4. Cari dan Copy semula fail foto dan video
yang anda backup sebelum ini dalam
komputer/laptop anda.

5. Pergi ke My Computer atau This PC, klik
pada ikon handphone anda.

6. Pilih Internal Storage > DCIM.

7. Paste kesemua fail tadi dalam DCIM.

Restore WhatsApp

Cara untuk restore semula whatsApp juga sangat mudah dan ringkas.

Pertama, anda akan diminta untuk membuat pengesahan no telefon dengan
menerima code melalui sms atau pun voice call.

Selepas itu pilihan untuk restore semula WhatsApp daripada google drive akan muncul.
Ikut sahaja arahan yang diberikan.

Jika anda ikuti setiap langkah diatas dengan betul, saya pasti anda berjaya
format dan restore kembali back-up handphone anda.

Nyatakan sebarang komen, pertanyaan atau pendapat pada tugasan anda
nanti

Mahu lebih banyak tips? Sertai kami!

hadir kan diri secara maya dan bersemuka tepat pada waktunya serta berdoa
mohon kekuatan diri untuk terus mendapatkan ilmu dan skill kemahiran bagi
menjana pendapatan melalui GIATMARA MACHANG KELANTAN kerana ia
sentiasa membatu anak bangsa di seluruh pelusuk bumi malaysia.

Penafian:

Anda boleh juga boleh melayari mengenai projek DIY Membaiki telefon yang banyak
terdapat di sesawang. Perkongsian ini adalah melalui pengalaman dan bukan dari
pengalaman seorang yang pakar dalam bidang ini.

Risiko adalah tanggungjawab sendiri dan pembelian alat ganti terpulang kepada anda
untuk memilih penjual yang boleh dipercayai.

Selamat mencuba dan kongsikan nanti hasilnya.

TUGASAN:
Di tugasan ini anda di kehendaki mencari satu hand phone untuk di format, model
mengikut pilihan sendiri serta rekod dan selesaikan tugasan dengan sempurna bagi
mendapatkan skill kemahiran dan ulang langkah demi kangkah sekiranya terdapat
kemuskilan dalam tugasan atau wasap ke grub ITE321-01-21(3) supaya rakan-rakan
dapat membantu anda. Semoga berjaya dalam tugasan ini.
Sekian Terima kasih “ kita jaga kita” pendemik covid19.

*** Sediakan laporan dengan lengkap dan emaikan ke [email protected]
untuk penilaian serta sila cetak laporan anda.




Click to View FlipBook Version