The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kiruthika1006, 2022-06-12 21:05:10

Emel Permohonan Program Bantuan Kemanusiaan di Shah Alam, Selangor.

P.Kiruthika
4 Razzi

Kepada : [email protected]

Daripada : [email protected]

Subjek : Permohonan Program Bantuan Kemanusiaan di Shah Alam, Selangor.

Salam hormat Puan Siti Norakma Binti Muhammad Ariffin,

Berkaitan dengan perkara di atas, saya Kiruthika A/P Pushpanathan, selaku Setiausaha Kelab
kebajikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau ingin memohon bantuan puan
bagi melaksanakan Program Bantuan Kemanusiaan di Shah Alam, Selangor.

Program ini bertujuan menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan, dan mengekalkan
harga diri kemanusiaan mangsa- mangsa banjiryang terlibat di Kampung Sungai Sireh, Shah
Alam. Pada masa yang sama, kita kekurangan dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir
yang memerlukan pertolongan segera. Oleh itu, kami ingin memohon sumbangan dari pihak
puan untuk membantu kami menolong dan membelikan barang-barang yang mencukupi
kepada mereka. Dengan bantuan puan, kami dapat suatu pengalaman yang sangat berguna
untuk berkomunikasi dengan orang luar serta dapat meringankan beban mangsa banjir yang
terjejas teruk di Shah Alam. Tambahan pula, pelajar dapat menanam rasa
tanggungjawab dalam diri pelajar untuk membantu golongan yang memerlukan. Dengan ini,
sifat keprihatinan dapat dilahirkan dalam diri seorang dengan mengikuti program seperti ini
secara rela hati.

Saya berharap agar puan akan mempertimbangkan yang sewajarnya mengenai permohonan
saya bagi melaksanakan program ini dengan lancar. Kita seharusnya melupakan batasan
geografi dalam menghulurkan bantuan dan tidak manjadi enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing. Saya akhiri setakat ini dengan ucapan terima kasih dari saya diatas masa dan
ketelusan budi bicara puan membaca surat permohonan ini.

Yang benar,

Kiruthika


Click to View FlipBook Version