The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lyeen194, 2021-05-15 10:22:39

HARI GURU

PANITIA SEJARAH

SK SIDAM KIRI

PANITIA SEJARAH

SAMBTAN HARI GURU
KE- 49

1

2

3

TARIKH SAMBUTAN HARI GURU DI
NEGARA SELURUH DUNIA

Hari Guru merupakan hari istimewa khas bagi meraikan
jasa guru. Tarikh sambutan Hari Guru adalah berbeza

bagi setiap negara, bergantung kepada sejarah
sambutannya. Walaubagaimanapun, tarikh yang
dipersetujui sebagai tarikh Hari Guru Sedunia adalah
pada 5 Oktober. Manakala sambutan

pula adalah pada 16 Mei pada setiap tahun.
Tanpa kita sedari, terdapat beberapa tarikh yang
menjadi tarikh rasmi bagi sambutan Hari Guru di negara
lain. Sebagai contoh, terdapat hampir 20 negara
meraikan Hari Guru mereka pada 5 Oktober, dan 11
negara meraikan Hari Guru mereka pada 28 Februari.
Jom kita tengok tarikh sambutan Hari Guru bagi

negara-negara lain di seluruh dunia:

Januari
15 - Venezuela
16 - Thailand
29 - Sepanyol

30 - Greece
Februari
28 - Algeria, Mesir, Jordan, Libya, Maghribi, Oman, Arab
Saudi, Tunisia, UAE, Yaman

4

Mac
07 - Albania
09 - Lubnan

18 - Syria
28 - Republik Czech, Slovakia

April
13 - Ecuador
30 - Paraguay

Mei
02 - Bhutan, Iran,

06 - Jamaica
15 - Colombia, Korea Selatan, Mexico

16 - Malaysia
Minggu pertama - Amerika Syarikat

Jun
05 - Romania
06 - Bolivia
22 - El Salvador
25 - Guatemala
Ahad pertama - Hungary

Julai
06 - Peru

Ogos
September
05 - India
10 - China, Hong Kong
11 - Argentina

5

17 - Honduras
23 - Brunei
28 - Taiwan

Jumaat pertama - Singapura
Oktober

01 - Iraq, Sudan, Uzbekistan
04 - Armenia, Bangladesh
05 - Hari Guru Sedunia

05 - Afghanistan, Azerbaijan, Bulgaria, Cameroon,
Estonia, Filipina, Jerman, Kanada, Kuwait, Lithunia,
Macedonia, Maldives, Mauritius, Moldova, Myanmar,

Netherlands, Pakistan, Qatar, Russia, Serbia, UK
06 - Sri Lanka
07 - Laos
14 - Poland
15 - Brazil
16 - Chilli

29- New Zealand
Ahad pertama - Belarus, Latvia, Ukraine

Minggu pertama - Mongolia
Jumaat terakhir - Australia

November
20 - Vietnam
22 - Costa Rica

24 - Turki
25 - Indonesia

Disember
01 - Panama

6

Sambutan pula

adalah pada

16 Mei pada setiap tahun.

PADA 22 Mac 1972 – buat pertama

kalinya sambutan Hari Guru

diperkenalkan dan diraikan pada

16 Mei 1972.

Kementerian Pelajaran ketika

mengisytiharkan tarikh tesebut

memberitahu, 16 Mei diambil kerana

pada hari tersebut dalam

tahun 1956, Majlis Undang-Undang

Persekutuan menerima cadangan

Laporan Jawatankuasa Pelajaran

sebagai dasar pelajaran negara.

Dokumen tersebut dikenali sebagai

Laporan Razak

7

Kenapa 16 Mei Dipilih Sebagai
Hari Guru?

Dah sambut hari guru tiap-tiap
tahun, tapi tahu tak kenapa 16 Mei
dipilih sebagai Hari Guru di
Malaysia?

Mengapakah Malaysia memilih
16 Mei untuk menyambutnya?
Maklumat
dari http://www.moe.gov.my/v/har
iguru:

8

9

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai
Hari Guru kerana pada tarikh yang
sama dalam tahun 1956 Majlis
Undang-Undang Persekutuan Tanah
Melayu (Federal Legislative Council)
telah menerima cadangan-cadangan
Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education
Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali
sebagai Laporan Razak (Razak
Report) telah menjadi Dasar
Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

10

Apa kandungan LAPORAN RAZAK tu???

Antara yang terkandung dalam Penyata
Razak ialah:

1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan
bahasa pengantar di sekolah
2. Mengeratkan perpaduan antara kaum
Melayu, Cina dan India sebagai satu
rumpun bangsa di Tanah Melayu
3. Mengembangkan sistem pendidikan
agar jurang perbezaan antara kaum dapat
dikurangkan
4. Menyediakan kemudahan pendidikan
yang mencukupi untuk melahirkan
masyarakat yang berdisplin, terlatih,
liberal dan progresif.
5. Mewujudkan sistem pengurusan
pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
6. Mewujudkan masyarakat yang
bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral
dan progresif
7. Memenuhi keperluan negara yang
merdeka dan memperkembangkan sistem
pendidikan.

11

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
1.Menitikberatkan peranan guru dalam
pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan
dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang
ramai kepada peranan penting kaum guru
dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan
muhibah di antara guru.
4.Meninggikan martabat dan taraf guru dalam
masyarakat.
5.Memberi peluang untuk memajukan
kecekapan guru melalui seminar-seminar,
persidangan-persidangan, dan sebagainya yang
diadakan pada Hari Guru.
6.Menilai secara objektif peranan guru dengan
berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil
langkah-langkah supaya peranan itu lebih
berkesan.

12

Tema Hari Guru 2021

“Berguru Demi
llmu,

Bina Generasi
Baharu”

Huraian Tema

1. Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan

dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang
dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru
merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu
memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran
dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat
(lifelong learning).Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh
daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran
yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan
berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang
mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru.
Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan
keperibadian seseorang

2. Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang

tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih menikmati
kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas
untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan
kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka
bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan yang
mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

3. Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa

hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru
menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada
ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi
baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan

4. KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi llmu, Bina Generasi

Baharu’ ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta
murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu
dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

13

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami

Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan

kami
Pada cita-cita murni pekerjaan

kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

14

15

Guru,

Kau mencurah ilmu, tak kenal lelah, tak
tahu jemu; itulah cikgu, itulah guru,besar

jasanya sejak dahulu.
Guru,

Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,

Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra

Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.

“Sesungguhnya Allah dan
seluruh malaikat-Nya serta

penghuni langit dan bumi,
memohon kerahmatan ke atas

orang yang mengajarkan
kebaikan kepada manusia”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

16

161166

Daripada kami:

PANITIA SEJARAH SKSK

17


Click to View FlipBook Version