The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqiszahirah, 2021-03-27 05:56:35

Document

Document

Draf flipbook profil mara

1.isi kandungan
2.visi
3.misi
4..pengenalan
5..sejarah mara dan mrsm
4.profil mara

• pengerusi mara-YB DATO’HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA HAJI MOHD DUN
• ahli majlis mara-10 ORANG
• Pengarah mara-YBHG DATO’AZHAR BIN ABDUL MANAF
• timbalan ketua pengarah mara-3 ORG
• pengarah bahagian pendidikan menengah-WAN AINIZAH BINTI ARIFIN
• pembangunan luar bandar-

VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia

MISI
Menyediakan peajaar Bumiputera yang berpotensi tinggi dalam semua bidang terutamanya dalam
bidang sains dan teknologi.

pengenalan mrsm kuala klawang

Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuala Klawang ditubuhkan pada 20April 1987,yang dikenali
sebagai MRSM Jelebu.Maktab ini melaksanakan sistem pendidikan IGCSE sejak 2017.Kampus ini
mula beroperasi di bangunan sementara berhampiran Balai Undang di Pekan Kuala Klawang
berhadapan dengan sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.Maktab ini mula beroperasi pada 14 April
1987 apabila kumpulan pertama staf mula melaporkan diri.Pengambilan seramai 129 orang dibuat
6Jun 1987.Pengetua pertama ialah Encik Bahari Bin Ab Wahab.Bilangan staf pda waktu itu ialah 26
orang staf pentadbiran dan 12 orang staf akademik.

selepas beroperasi selama kurang lebih 3 tahun,usaha untuk menubuhkan ampus telah
dilakukan.Hasilnya,pada 12 februari 1990 majlis pecah tanah kampus tetap telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri,YAB Encik Ghafar Baba di Ladang Jelebu,Mukim Gelami Lemi,Jalan
Titi,Jelebu.Penubuhannya berkonsepkan mini MRSM.Kampus baru ini. terdiri daripada 5 blok iaitu
bok pentadbiran ,bilik darjah dan makmal sains,blok asrama puteri,blok asrama putera,blok dewan
selera dan surau.

Tanggal 2 Ogos 1993,MRSM Jelebu telah dipindahkan sepenuhnya ke kampus tetapna di Maktab
Rendah Sains Mara Kuala Klawang.Dengan perpindahan ini,MRSM Jelebu telah bertukar nama
kepada MRSM Kuala Klawang.Konsep awal penubuhannya masih lagi kekal iaitu pengambilan
pelajar tertumpu kepada pengambilan tingkatan 1 hingga 3.

Kampus MRSM Kuala Klawang ini telah mengalami dua kali pembesaran.Pembesaran pertama
bermula pada bulan Jun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999.Projek pembesaran tersebut
termasuklah pembinaan asrama putera, penambahan satu blok akademik,pengubahsuaian asrama
putera kepada bilik darjah,pembinaan dewan besar,penambahan blok asrama puteri dan
pembesaran surau.Selepas pembesaran,kampus ini mampu menempatan seramai 600 orang pelajar
pada satu satu satu masa bermula tahun 2000.

Pembesaran kedua bermula 24 Mei 2005 dan siap pada Disembar 2007.Pembesaran meliputi
pembinaan asrama puteri,dewan selera,tiga unit rumah warden dan satu unit rumah ketua
warden.Pembesaran juga melibatkan pengubahsuaian asrama puteri kepada makmal sains,dewan
selera kepada pusat sumber pembelajaran dan makmal komputer.

Pada bulan Disembar 2010,keseluruhan bangunan yang terlibat dalam projek pembesaran telah
diserahkan secara rasminya kepada pengurusan maktab.

sejarah mara

Majlis Amanah Rakyat(MARA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Usahawan Malaysia.Mara dibentuk pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parliimen sebgai badan
berkanun dan autonomi.Pengerusi pertama Mara ialah Dato’ Abdul Rahman bin Musa.Objektif utama
penubuhan MARA adalah untuk menambah dan meningkatkan penyertaan kaum Bumiputera dalam
kegiatan perdagangan dan perindustrian serta meningkatkan taraf ekonomi dan sosial Bumiputera
sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru.

Ini dilakukan dengan menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera dalam kegiatan
perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga Bumiputera yang berjaya.

Penubuhan MARA adalah berasaskan cetusan idea dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama
yang telah diadakan pada tahun 1965 di Kuala Lumpur. Melalui Kongres tersebut, resolusi yang
mahukan agar RIDA disusun semula telah diluluskan. RIDA atau Rural and Industrial Development
Authority ditubuhkan pada tahun 1953 bagi membangun dan memajukan masyarakat di kawasan
luar bandar.

Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Penguasaan
ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk
memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya.

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Setiausaha
dan lapan orang anggota lain, dua daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis
dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Sejarah MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang
dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) hampir di setiap negeri di Malaysia. Maktab Rendah Sains
MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai
satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. MARA
merupakan badan berkanun mempunyai sistem kewangan yang tersendiri bagi membantu
menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan di kalangan Bumiputera.

MARA mula memperkenalkan MRSM menerusi penubuhan MRSM yang pertama pada tahun 1972
yang dikenali sebagai MRSM Seremban. Ianya dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan pada ketika itu, Tunku Ja’afar ibni Almahum Tuanku Abdul Rahman. Objektif pengenalan
MRSM ini adalah untuk menambah bilangan bumiputera profesional yang mampu berdaya saing
dalam bidang sains dan teknologi dan dikhususkan kepada golongan kurang berkemampuan dan
luar bandar. Seramai 150 orang pelajar yang merupakan kumpulan perintis mendaftar masuk ke
MRSM Seremban. Pada tahun 1974 pula, peperiksaan SRP diadakan dan ini merupakan peperiksaan
utama pertama kali diadakan di MRSM. Di awal penubuhan MRSM, Lembaga Peperiksaan
meletakkan institusi MRSM sebagai sekolah persendirian kerana berpendapat MRSM beroperasi
secara berasingan daripada sistem pendidikan Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 1973, MARA membina MRSM kedua, MRSM Kota Bharu yang terletak di negeri Kelantan
Seramai 149 orang pelajar dan 20 orang kakitangan merupakan kumpulan perintis mendaftar
masuk. Manakala, merupakan MRSM ketiga yang telah dibina dan dirasmikan pada tahun 1974[1].
Kumpulan pelajar perintis di MRSM Kuantan ini mula menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran

(SRP) dan Lower Certificate Education (LCE) buat pertama kali pada tahun 1976, dan kumpulan ini
berjaya mencatatkan kelulusan penuh 100%.

Sistem Pendidikan MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sekolah berasrama penuh di bawah kelolaan
Majlis Amanah Rakyat(MARA).Sebgai salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan
Luar Bandar,sistem pendidikan MRSM ini diwujudkan untuk merealisasikan matlamat MARA dalam
melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya maju.Sistem pendidikan MRSM digubal
berteraskan sains,teknologi,kejuruteraan dan matematik berpaksikan kepada pembinaan karakter
para pelajar supaya mereka menjadi insan yang holistik,inovatif dan berintergriti.

Terdapat enam jenis sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM. Setiap institusi MRSM hanya
menjalankan satu program sahaja. Sebelum pengenalan kepada program khusus, kesemua MRSM
hanya menjalankan program pendidikan biasa di mana mereka menggunakan kurikulum KBSM dan
KSSM dan khas MARA sebagai kurikulum piawai. Walaupun terdapat beberapa sistem pendidikan
yang berbeza, sistem-sistem ini masih lagi berasaskan kepada kurikulum KBSM dan kini bertukar
kepada KSSM dan MARA.

Antara sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM ialah

• Pendidikan biasa
• IGCSE
• Ulul Albab
• International Baccalaureate Middle Years Programme
• Teknikal
• Sains Keusahawanan

Program Sains Keusahawanan merupakan sistem pendidikan terbaru yang ditawarkan MARA di
mana MRSM Imtiaz YT Ketengahmerupakan MRSM perintis untuk program ini. Manakala, hanya
MRSM Bentong sahaja yang menawarkan program Teknikal. Sebahagian besar daripada MRSM di
seluruh Malaysia menjalankan sistem pendidikan biasa.

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS AMANAH RAKYAT(MARA)




Click to View FlipBook Version