SENI BAHASA
DAN SASTERA
DALAM
PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
YEOH POH SHUANG
NURUL FARA ASHIKIN BINTI MD
NORDIN
PENSYARAH : DR ROSELITA BT ALI @
YUSOF
Pengenalan
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pengalaman awal yang
penting dalam dunia pendidikan (Samsudin & Bakar, 2018). Hal ini
dikatakan demikian kerana pendidikan awal kanak-kanak akan
menjejas perkembangan kanak-kanak dari segi sosial, fizikal dan
emosi. Dengan ini, pendidikan yang berkesan sejak awal akan
memberikan kemahiran, keyakinan serta tingkah laku yang positif.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal
kanak-kanak adalah lebih berkesan melalui bermain. Menurut
Moyles (2005) bermain adalah keutamaan kepada kanak-kanak.
Oleh itu, bermain akan jadi pengalaman dan pembelajaran yang
terbaik kepada mereka. Bukan itu sahaja, melalui permainan kanak-
kanak dapat belajar dalam perasaan gembira dan dapat belajar
objektif pengajaran dengan cepat. Hal ini dibuktikan kerana kanak-
kanak akan memberikan tumpuan yang sepenuh apabila dapat
bermain. Hal ini dikatakan demikian kerana bermain adalah
( ,sebahagian daripada dunia kanak-kanak Aliza Ali & Puteh
)2011 . Justeru, kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran
yang bermakna serta prosesnya menjadi lebih baik kepada kanak-
kanak. Oleh itu, kaedah bermain sambil belajar hendaklah
dilaksanakan oleh guru malah ibu bapa untuk menjadikan kanak-
kanak lebih gemar untuk belajar serta dapat fokus kepada
pencapaian akademik.
PELAKSANAAN ELEMEN SENI
BAHASA DAN SASTERA
Seni bahasa dan sastera telah dianggap menjadi salah satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak
dalam pendidikan awal. Hal ini dikatakan demikian kerana “seni
bahasa” dapat membahagikan kepada dua konsep. Selain itu,
untuk perkataan “seni” ia membawa maksud kepada suatu bentuk
teks yang penuh dengan nilai keindahan yang menyeronokkan
seperti nyanyian dan lakonan. Sementara “bahasa” pula merujuk
maksud elemen dalam bentuk nahu atau tatabahasa (Othman &
Jamian, 2013). Walau bagaimanapun, pembelajaran untuk kanak-
kanak tidak boleh mengandungi permainan sahaja tetapi objektif
pengajaran dan pembelajaran masih perlu diberi perhatian seperti
yang ditetapkan oleh sukatan pelajaran. Dengan ini, kanak-kanak
dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran melalui
aktiviti-aktiviti berikutnya. Bukan itu sahaja, guru-guru juga
hendaklah sentiasa membuat persediaan sebelum kelas bermula
supaya pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan semasa
belajar sambil berhibur. Selain itu, menurut Bernard (1973) sastera
kanak-kanak hendaklah mencerminkan harapan, keseronokan dan
mengandungi unsur optimis. Ini adalah untuk memberikan
pengetahuan dan pengalaman baharu kepada kanak-kanak
sebagai pembaca, penyampai dan pendengar. Seterusnya, sastera
juga dapat menjadi bacaan kanak-kanak yang akan meluas dan
memperkayakan pengalaman mereka terhadap kehidupan
manusia.
ELEMEN NYANYIAN
Di samping itu, nyanyian dan muzik juga merupakan salah satu
cara yang berkait dengan seni untuk membuatkan kanak-kanak
lebih terhibur semasa belajar. Hal ini terjadi kerana muzik dan
nyanyian dapat memberikan kesan positif untuk menarik perhatian
kanak-kanak (Harriet et al., 2014). Oleh itu, melalui nyanyian kita
dapat mengembangkan minda kanak-kanak masa nyanyi di dalam
kelas. Dengan ini, kanak-kanak akan memberikan perhatian,
memahami rentak, irama dan sebutan melalui muzik yang
dimainkan (Samsudin & Bakar, 2018). Hal ini juga menjadikan
nyanyian dapat digunakan secara kreatif dan efektif oleh guru-guru
di dalam bilik darjah. Bukan itu sahaja, penggunaan nyanyian
membantu kanak-kanak untuk menguasakan kosa kata mereka.
Hal ini dikatakan demikiam kerana hasilan daripada kajian Muhd
Amirul (2014) menunjukkan lagu digunakan untuk kanak-kanak di
taska seawal tiga tahun dalam penguasaan kosa kata Bahasa
Inggeris. Oleh itu, kita hendaklah mengambil pengalaman daripada
kajian ini dan menggunakannya untuk membantu kanak-kanak
menguasai bahasa yang lain. Dengan ini, guru perlulah
menjalankan aktiviti nyanyian untuk meluaskan perkembangan
bahasa kanak-kanak dan menjadikannya sebagai suatu peluang
kepada kanak-kanak untuk belajar pelbagai bahasa. Hal ini penting
kepada kita kerana Malaysia adalah negara yang mempunyai
bagai-bagai kaum.
ELEMEN PUISI
Karya sastera kanak-kanak dihasilkan oleh pengkarya yang
mempunyai seni bagi mengeluarkan hasil seni sastera yang
bermutu hebat. Namun sebelum tercetusnya seni tersebut, seluruh
keprluan perlu dinilaikan serta diambil kira bagi memudahkan
proses penghasilan karya kanak-kanak. Setiap inci aspek seperti
emosi, intelek dan rohani mereka perlu dititikberatkan bagi
mengelakkan berlakunya keciciran. Puisi kanak-kanak adalah
suasana yang unik dengan peraturan dan kualiti tersendiri. Sudah
sedia maklum bahawa dalam karya puisi kanak-kanak ini mereka
perlu berunsurkan daripada faktor yang berada di sekeliling
mereka. Puisi kanak kanak paling acap ditulis menggunakan laras
Bahasa yang paling rendah supaya mudah untuk disampaiakan dan
difahami oleh kanak kanak seusia mereka. Berikutan hasil karya
seni tersebut diungkapkan dengan wujudnya pelbagai ciri-ciri yang
Pendidikan dan adanya nilai -nilai yang murni. Oleh hal yang
demikian,Menurut Dra. Caecilia T.S (2002) elemen puisi kanak-
kanak dirangkumkan melalui keseluruhan iaitu intrasitif dengan
bentuk penyampaian mahupun seni tari yang boleh dikaitkan
dengan aktiviti mereka. Justeru, penggunaan elemen puisi ini
membolehkan kemenjadian kelompok kanak-kanak tersebut dalam
proses pembelajaran. Sebagai contohnya, Lagu Rasa Sayang yang
boleh ditukar menjadi puisi pada rangkap kedua, ketiga dan
keempat. Rangkap-rangkap tersebut menyatakan bahawa perihal
umum mengenai budi bahasa. Hal ini jelas menunjukkan dalam
puisi dapat menghubungkaitkan dengan elemen yang
berpengajaran yang dapat diserapkan secara dominan.
ELEMEN LAKONAN
Seterusnya, sastera lakonan diadakan bagi pertunjukan adalah
medium yang besar berkaitan dengan latihan pengajaran dan
pembelajaran. Melalui sumbangan dalam latihan dramatisasi,
pelajar digesa untuk meningkatkan semua bahagian wawasan
dalam diri mereka. Ini sesuai dengan kepelbagaian wawasan yang
telah digabungkan sebagai keupayaan yang bernilai tambah dalam
latihan. Latihan dramatisasi juga merupakan latihan tertumpu
kepada pelajar, memandangkan proses penciptaan rancangan itu
sendiri pastinya merangkumi sokongan dinamik mereka. Pelajar
yang mengambil bahagian dalam latihan persembahan akan
menyiasat bahagian penting yang berbeza dalam kemajuan diri
mereka. Drama Instruktif membayangkan menyediakan anak muda
untuk membincangkan ekspresi manusia atau latihan persembahan
yang dimasukkan ke dalam latihan. Untuk situasi ini, arahan
membayangkan mendapatkan maklumat, namun secara lebih
kritikal adalah cara yang paling biasa untuk memperoleh dan
menguasai kebolehan, maklumat dan perkembangan mentaliti
pelajar yang berkenaan. Melalui latihan persembahan yang
berbeza, pelajar yang disertakan boleh mengenali diri mereka
dengan lebih jelas, mengetahui ruang dan iklim, mendapatkan
teman dan mengusahakan kapasiti mereka dalam sudut pandangan
yang berbeza. Dramatisasi dalam Pendidikan membolehkan kami
menyediakan pelajar untuk mengasah kesedaran mereka,
meningkatkan pemahaman dan amalan tentang kelebihan terhormat
masyarakat umum dan budaya mereka, menyemai watak awam,
dan memupuk minda kreatif, inovatif, fokus, keyakinan diri dan
kebolehan perhubungan.Latihan dramatisasi boleh diisi sebagai
teknik untuk rawatan yang membantu pelajar dengan isu yang
menyeronokan dan sebenar. Dramatisasi dan pertunjukan juga
memainkan peranan dalam membentuk individu yang baik dan
mesra dari segi ilmiah, dunia lain, keseronokan dan fizikal. Ini
selaras dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KESIMPULAN
Dari keseluruhan diperoleh yang terdapat
didalam elemen-elemen tersebut
menunjukkan bahawa setiap satunya
mempunyai matlamat yang tersendiri
bagi memperkasakan cara penyampaian
pembelajaran oleh kanak-kanak dimana
mereka membentuk dan memelihara
situasi yang sesuai bagi menjana
perkembangan emosi dan fizikal mereka
sekaligus dapat menyemai sikap-sikap
yang positif dalam diri mereka melalui
seni sastera didalam pendidikan awal
kanak-kanak ini.
RUJUKAN
Aliza Ali & Puteh. (November, 2011). Pendekatan
Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi
Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1(2), 1-15.
Haji Omar (Disember, 2012). Kesusasteraan Dan
Peranan Puisi Dalam Kehidupan Kanak-Kanak.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak Kanak
Kebangsaan, 1, 87 - 121.
Othman & Jamian (Disember, 2013).
Pelaksanaan Elemen Sastera Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum
Standard Sekolah Rendah. Jurnal Bahasa, 13(2),
292-312.
Bakar & Samsudin (Mei, 2018). Kepentingan
Muzik dan Nyanyian dalam Pendidikan
Prasekolah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
ResearchGate.https://www.researchgate.net/publi
cation/33829346_Kepentingan_Muzik_dan_Nyan
yian_dalam_Pendidikan_Prasekolah
Caecilia Tridjata, S., & Pekerti, W. (November
2002). Wawasan Seni dan Pendidikan Kesenian
di Taman Kanak-kanak.
https://pustaka.ut.ac.id/lib/wp
content/uploads/pdfmk/PAUD4206-M1.pdf
TERIMA
KASIH