The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Konsep Moral dan Nilai.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariannamay.tony, 2022-09-13 10:12:12

MPU13022

Konsep Moral dan Nilai.

Keywords: Konsep Moral

KOD KURSUS : MPU13022
NAMA KURSUS : PENDIDIKAN MORAL
NAMA PENSYARAH : PUAN LIU TSE HUI

NAMA PELAJAR : ARIANNA MAY ANAK TONY
ISABELLA EVY ANAK CLEMENT

NO.PENDAFTARAN : Q02STM21F501
Q02STM21F513

KONSEP MORAL
DAN NILAI

Konsep Moral

• Moral merupakan satu perkara yang lebih merujuk kesedaran tingkah
laku betul dan salah.

Moral juga dapat dilihat melalui keadaan di sekeliling kita contohnya Adat
resam dalam pelbagai kaum,agama dan bangsa.

AGAMA KRISTIAN Orang Kristian yang paling awal tiba di China pada
AGAMA ISLAM 735T.M. ialah orang Kristian Nestoria dari Syria. Pada
kurun ke-13, golongan Jesuit tiba dengan membawa
ilmu sains. Apabila China membuka pintunya selepas
Perang Candu, mubaligh-mubaligh Protestan dan
Roman Katolik tiba.Kebanyakan anak muda Cina dan
generasi yang berpendidikan 8 tertarik dengan agama
Kristian dan konsep ketuhanan yang dibawanya.
Pembaharuan dan kebangkitan agama Kristian telah
melahirkan unsur-unsur liberal dan toleransi. Walaupun
para mubaligh Kristian membuka sekolah, universiti
dan hospital, agama Kristian tidak pernah menjadi
agama popular di China.

Orang Cina yang menganut Islam dikenali sebagai
mualaf atau saudara baru. Di Malaysia , Islam tidak
merupakan agama yang dominan di kalangan
masyarakat Cina tetapi di negara China penganutnya
dianggarkan melebihi 60 juta penduduknya. Islam
sampai ke China melalui Laluan Sutera bersama-sama
saudagar Arab dan Parsi disekitar abad ke-7. Di China,
masjidnya dibina untuk beribadat dengan berasaskan
ciri-ciri kesenian Cina dan warna merah masih menjadi
lambang utamanya.Sekalipun beragama Islam, Cina
Muslim di sana masih mengekalkan cara hidup seperti
menggunakan penyepit untuk makan dan berbahasa
Mandarin untuk tujuan keagamaan.

AGAMA BUDDHA Agama Buddha lahir di negara India sebagai manifestasi
terhadap agama Hindu. Pengasasnya ialah Siddhartha
Gautama yang dikenali sebagai Gautama Buddha oleh
pengikut-pengikutnya. Agama Buddha dibawa ke China
melalui Laluan Sutera oleh saudagarsaudagar India.
Sami-sami China kemudian menjelajah ke India dan Sri
Lanka untuk membawa balik kitabkitab dan sutra
Sanskrit dan menterjemahkannya ke bahasa China
untuk penganut-penganut China

AGAMA CONFUCIOUS Ajaran Confucius pula bukanlah satu agama tetapi lebih
kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan
moral dan menjaga etika manusia. 5 Diasaskan oleh
Kong Fu Tze yang lahir pada tahun 551 S.M oleh ibunya
Chiang Tsai yang berumur 70 tahun ketika itu. Seorang
yang bijak sejak kecil lagi dan menjadi pegawai kerajaan
yang kemudian menjadi guru falsafah moral. Beliau
terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika
berumur 32 tahun. Confucius banyak menulis bukubuku
moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak
diikuti oleh penganut ajarannya

CONTOH-CONTOH TINGKAH LAKU YANG TIDAK BERMORAL
-Mencuri
-Merogol
-Membunuh

1.2 KONSEP NILAI

Dari berbagai pendapat tentang nilai ini dapat dikemukakan sebuah batasan nilai
(tentatif) iaitu nilai adalah sesuatu yang dipentingkan manusia sebagai subjek,
menyangkut segala sesuatu yang baik atau buruk sebagai yang abstraki, pandangan
atau maksud dari berbagai pengalaman dengan perilaku yang ketat. Batasan ini
bersifat universal tetapi untuk suatu maksud pembicaraan tertentu dapat mengacu
kepada salah satu batasan sebelumnya.

Contoh-contoh nilai :

1. Nilai Kepercayaan kepada Tuhan.
Untuk dapat berhubungan dengan Tuhan, seseorang manusia yang beriman
haruslah beribadah menurut agama masing-masing. Semua agama mengunjung nilai
agama, namun prosedurnya berbeza. Hal ini kerana setiap agama mempunyai
pegangan yang berbeza dan sebagai contohnya penganut Kristian, kita tidak boleh
melanggar 10 perintah Allah yang telah ditetapkan di dalam Bible.

2. Nilai Toleransi.
Nilai toleransi ialah sikap saling menghormati antara individu atau kumpulan dalam
masyarakat walaupun terdapat perbezaan pendapat, pandangan, agama, bangsa,
budaya dan lain-lain perbezaan. Sebagai contohnya, Alvin memberi bantuan kepada
mangsa bencana alam yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.

3. Nilai Semangat Patriotik.
Memupuk sikap cinta hati terhadap negara dan kesanggupan untuk berkorban segla-
segalanya untuknya.Sebagai contoh, Geena ialah seorang patriotik yang mampu
menyayangi bangsa dan negaranya tanpa mengharapkan keuntungan peribadi pada
dirinya sendiri. Hal ini dapat menimbulkan rasa solidarity dalam diri seseorang demi
mencapai kesejahteraan bangsanya.

1.3 PERBEZAAN ANTARA MORAL DAN NILAI

• Moral dan nilai adalah konsep yang sangat dekat dengan makna dan
bertujuan untuk memastikan kita berada di landasan yang betul semasa hidup
dan berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat.

• Nilai adalah sistem kepercayaan dalaman yang dipegang oleh individu
yang memandu tingkah laku mereka.

• Nilai adalah peribadi dan subjektif manakala moral adalah universal dan
objektif.

Perbezaan antara moral dan nilai

• Akhlak adalah kod perilaku yang memberitahu kita apa yang betul dan
apa yang salah, dan kebanyakannya berasal dari agama dan masyarakat.

• Nilai boleh berubah sementara moral tetap sama

MORAL NILAI
Universal dan objektif Peribadi dan subjektif

Sejajar dan tatasusila dan peraturan Standard dan prinsip seseorang,ukuran
masyarakat yang membantu individu mengenalpasti
kedudukanya dalam sesuatu isu atau
Contoh:Merompak,mencuri,berlaku moral
maksiat merupakan perbuatan yang
keji dan tidak bermoral Contoh:Seseorangg itu akan datang awal
atau tepat pada masa yang dijanjikan
sebab beliau merupakan seseorang yang
menghargai masa.

KESIMPULAN

Konsep nilai dan moral sememangnya harus dipupuk sejak kecil lagi. Hal ini
kerana, bagi melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia kepada
masyarakat dan negara. Dengan adanya memupuk nilai-nilai ini dalam diri,
negara Malaysia akan mewujudkan suasana yang harmoni dan bebas daripada
perkara negatif yang boleh menimbulkan pertengkaran atau perselisihan
faham antara satu sama lain.

RUJUKAN

1. https://waqafilmunusantara.com/wp-
content/uploads/2021/04/08_ARTICLE_Etika-Moral-Kerohanian
2. https://ms.weblogographic.com/difference-between-values-and-

morals11748
3. https://www.scribd.com/doc/6125022/Unit-1-PENGENALAN-

KONSEPASAS-MORAL
4. https://www.studocu.com/my/document/universiti-

teknologimara/values-and-civilization-ii/konsep-moral-
keperluanetikamoral/27247033
5. https://arti-definisi-pengertian.info/pengertian-konsep-nilai/


Click to View FlipBook Version