The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguhaza83, 2022-08-02 08:18:15

KOMPONEN ASAS DAN PENJAGAANNYA 1

KOMPONEN ASAS DAN PENJAGAANNYA 1

8. STERENG

8.1. Tujuannya:-
8.1.1. Membolehkan kenderaan dikawal
oleh pemandu di dalam menentukan
arah dan tujuan.

8.2. Kerosakan Stereng:-

8.2.1. Terlalu banyak gerak bebas pada
stereng

Sebab-Sebabnya:-
a) Kehausan dan kesalahan sambungan-sambungan

pada system rod (tie rod).

b) Bearing roda hadapan rosak atau haus.
c) Gear stereng di dalam kotak gear stereng (stereng box)

sudah haus.

8.2. Kerosakan Stereng:-

8.2.2. Stereng ketat atau keras

Sebab-Sebabnya:-

a) Tekanan tayar depan terlalu rendah.

b) Penjajaran tayar depan (front wheel alignment) kurang
tepat.

c) Kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam
kotak gear stereng.

d) Kekurangan atau kerosakan gris pada sambungan-
sambungan rod stereng atau pada bearing tayar
depan.

e) Penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan
pengemudian.

8.2. Kerosakan Stereng:-

8.2.3. Stereng cenderung berputar ke satu
arah.

Sebab-Sebabnya:-

a) Tekanan angin tayar kiri dan kanan tidak sama.
b) Diameter luar rim kiri dan kanan tidak sama.

c) Penyelarasan penjajaran roda depan (front wheel alignment)
kurang tepat.

d) Absorber/spring depan sudah lemah, patah atau kurang baik.

e) Bearing roda depan sudah rosak atau kurang baik
penyelarasannya.

f) Brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.

8.2. Kerosakan Stereng:-

8.2.4. Stereng bergegar:-

Sebab-Sebabnya:-
a) Tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sam
b) Kehausan tayar depan tidak sama.
c) Kehausan atau kelonggaran sambungan-sambungan system

kemudi atau kotak gear stereng bergoyang.
d) Roda depan tidak seimbang.

8.2. Pelarasan/Penyelenggaraan/Penjagaannya:-

8.2.1. Ketatkan sambungan-sambungan yang longgar.

8.2.2. Minyakkan/Gris semua linkage.
8.2.3. Pastikan bearing tayar baik.
8.2.4. Pastikan tie rod masih baik dan getah pelindung tidak pecah.
8.2.5. Griskan tempat-tempat yang perlu.
8.2.6. Pastikan angin tayar cukup dan seimbang.
8.2.7. Pastikan absorber dan spring masih baik.
8.2.9. Pastikan penjajaran roda depan tepat.
8.2.10. Pastikan saiz tayar dan rim adalah betul.

8.2.11. Pastikan minyak stereng mencukupi.



9. TAYAR

9.1. Tujuannya:-

9.1.1. Sebagai perendam di antara jalan dan roda
kenderaan untuk menyerap hentakan di jalan
yang kasar serta mengurangkan hentakan
kepada penumpang.

9.1.2. Menyediakan geseran di antara roda dan jalan

untuk memberikan tarikan yang baik ketika

pemecutan pantas, mengurangkan

kecenderungan daripada kelinciran ketika

membelok dan berhenti.

9.2. Saiz tayar:-

Diukur berasaskan lebar dan tinggi keratan rentas tayar.
Contoh :-

205 - lebar dinding sisi ke dinding sisi dalam mm.
55 - Nisbah bidang (tinggi dan lebar tayar).
V - Kadar kelajuan 240 km/j.
R - Jenis lapisan bulatan radial.
16 - Garis pusat rim (in).



Jenis binaan lapisan:-

B – Lapis Serong Lintang
R – Lapis Radial
D – Lapis Serong



9.3. Kesan Tekanan Angin Yang Rendah:-

9.3.1. Tayar cepat rosak.
9.3.2. Mengakibatkan kehilangan 25% daripada

jangkahayat bunga.
9.3.3. Bahagian tepi tayar cepat haus.

9.4. Kesan Tekanan Angin Yang Berlebihan:-

9.4.1. Bahagian tengah tayar bengkak.
9.4.2. Cengkaman tayar kepada jalan kurang.
9.4.3. Tayar cepat rosak.



9.5. Kerosakan Tayar :-

9.5.1. Tayar sering kurang angin:-

Sebab-sebabnya:-

a) Tiub injap tayar sudah rosak atau longgar.
b) Terdapat paku, batu tajam dan lain-lain yang

berada di antara aliran bunga.
c) bibir rim bengkok
d) tayar tamat tempoh dan retak

9.5. Kerosakan Tayar :-

9.5.2. Kehausan bunga tayar yang tidak sekata
(kehausan pada bunga dalam dan bunga
luar)

Sebab-sebabnya:-

a) Tekanan angin tayar kurang.

b) Beban yang berlebihan.

9.5. Kerosakan Tayar :-

9.5.3. Kehausan yang tidak sama pada bunga
tayar (haus pada salah satu bahagian)

Sebab-sebabnya:-

a) Penjajaran tayar depan kurang tepat.
b) Rod pengikat (tie rod) bengkok.
c) Kenderaan sering berjalan di atas jalan yang

tidak sama tinggi.

9.5. Pelarasan/Penyelenggaraan/Penjagaannya:-

9.5.1. Tukar tayar jika kedalaman bunga kurang daripada
indicator kehausan tayar

9.5.2. Tukar tayar jika terdapat pecah, bengkak atau
terbelah.

9.5.3. Periksa tekanan angin tayar setiap dua (2) minggu
sekali atau setiap kali mengisi minyak atau
sebelum memulakan perjalanan jauh apabila
membawa beban yang lebih.

9.5.4. Pastikan penjajaran tayar adalah tepat.

9.5.5. Pastikan tayar dan rim seimbang.
9.5.6. Pastikan nut tidak rosak.



10. PENJAJARAN RODA

10.1. Tujuan:-

10.1.1. Memberikan kawalan maksima kepada
kenderaan.

10.1.2. Supaya roda berputar dengan sempurna dalam
semua keadaan jalan.

10.2. Balancing

10.2.1. Keseimbangan tayar disemua bahagian.

10. PENJAJARAN RODA

10.3. Camber

10.3.1. Jumlah darjah kecondongan
roda dipandang dari hadapan
kereta.

10.3.2. camber Positif
-Roda bahagian atas condong keluar.

10.3.3. camber Negatif
-Roda bahagian atas condong ke dalam.





7. DRIVE SHAFT (ACI PEMACU)

5.1. Tujuannya/ Fungsi:-

Memindahkan pergerakan daripada
gear box ke roda.

7. DRIVE SHAFT (ACI PEMACU)

1.2. Pelarasan/Penyelenggaraan/Penjagaannya :-

•Ganti minyak grease dalam boots drive shaft
•Ketatkan atau kemaskan click boots drive
shaft supaya grease di dalam boots semasa
berpusing tidak terkeluar.
•Pastikan nut screw kepala drive shaft diikat
dengan ketat supaya semasa drive shaft
berpusing nut screw tidak tercabut
•Pastikan boots drive shaft tidak koyak atau
bocor.

TANDA-TANDA AWAL KEROSAKAN DRIVE
SHAFT

• c.v joint berbunyi semasa membelok
kenderaan

• kelihatan minyak grease yang merecit pada
rim tayar

•Getah boots drive shaft crack/bocor

•Bunyi ketukan sebelum memulakan
perjalanan


Click to View FlipBook Version