KEBAIKAN DAN
KEBURUKAN MEDIA
SOSIAL
MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA: AISNE A/P S.A.GOPPALAN
(26DRT21F1028)
NAMA PENSYARAH: PN. ROSNAH
BINTI TAHAR
DEFINISI
Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas
talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna
dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media
adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan,
manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan
pergaulan.
Andreas Kaplain dan
Micheal Haenlein.
“Media Sosial desifinisikan sebagai satu
kumpulan aplikasi berasaskan internet yang
berkembang atas dasar ideologi dan teknologi
web 2.0”
PENGENALAN
Facebook Pada masa ini, penggunaan
laman sosial melalui internet
Laman sesawang rangkaian sosial amat popular di Malaysia.
tersebut telah menjadi satu trend
dalam kehidupan masyarakat masa kini.
WhatsApp
Remaja kini telah menjadikan penggunaan
laman sosial di internet ini sebagai medium
untuk mengisi kekosongan waktu mereka.
twitter
Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat
di laman sosial yang canggih dapat menarik
perhatian masyarakat di Malaysia.
KEBAIKAN MEDIA
SOSIAL
Sebagai alat SOCIAL Kemudahan untuk
perhubungan MEDIA menyebarkan
maklumat
Sebagai alat untuk
memantau pergerakan Perkongsikan
maklumat dan ilmu
anak-anak
Sebagai alat
pemasaran produk
Sebagai alat perhubungan
o Menambah kenalan yang baru di samping
hubungan yang telah lama terputus dapat
dieratkan semula. Laman sosial juga
dijadikan sebagai alat perhubungan di antara
pemimpin dan masyarakat dan juga di antara
pelanggan dan pengeluar produk.
Sebagai alat untuk memantau pergerakan
anak-anak
o Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun
laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh
dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-
anak mereka. Mengenali kawan-kawan kepada anak
mereka. Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita
masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa.
Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak
mereka. Ini adalah salah satu caranya.
Sebagai alat pemasaran produk
o Membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman
sesawang sosial seperti Facebook dan Twitter. Laman
sesawang sosial tersebut sebagai alternatif untuk
menambahkan pendapatan bulanan mereka. Maklumat
terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui
dengan cepat.
Perkongsikan maklumat dan
ilmu
o Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan
mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan
yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi
bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan
tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan
mahkamah diketahui dengn serta merta melalui twitter dan
laman web tertentu.
Kemudahan untuk menyebarkan
maklumat
o Di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis
jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-
rakan masing-masing. Tapi kini dengan
kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di
letakkan di sana dan dimaklumkan kepada
rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan
bantuan cemas seperti derma darah jens
tertentu untuk membantu pesakit tenat juga
dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah
penjenayah dapat disebarkan dalam usaha
membanteras jenayah.
KEBURUKAN MEDIA
SOSIAL
Pembaziran masa. Pencerobohan
akaun.
Mengurangkan
produktiviti. Sebagai satu media
untuk menyebarkan
Penipuan.
fitnah
Kebocoran
maklumat.
Pembaziran Masa
➢ Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan
pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai
pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti
Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian
kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang
secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-
kerja yang tidak berfaedah.
Mengurangkan Produktiviti
➢ Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti
kerja. Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari
melayari laman sosial. Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari
laman sosial dengan mem”block” laman-laman tersebut. Namun demikin
kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut
dilayari dengan menggunakan telefon bimbit.
Penipuan 90% 40% 55%
40% 70% 50%
➢ Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman
sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di
laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh
penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat
yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi
begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk
menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang
tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman
sosial.
Pencerobohan Akaun
➢ Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat
peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan
sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak
bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan
tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita
mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya
diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar.
Sebagai Satu Media Untuk
Menyebarkan Fitnah
➢ Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan
fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa
pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik
akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka. Add Friends
hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke?
Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.
Kebocoran Maklumat
➢ Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit
tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh
memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat
harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai
dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh
memberi kesan yang buruk kepada syarikat tersebut sekiranya maklumat
tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza,
jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut.
Cara mengatasi
1 Fahami Alasan Kurangi Kebiasaan Bermain 4
Penggunaan Media Sosial
Telefon Bimbit di Pagi Hari
2 Matikan Notifikasi Detoks Digital 5
Media Sosial
3 Hindari Kebiasaan Peranan Ibu Bapa – 6
Memegang HP Mengehadkan Penggunaan
Media Sosial.
Sebelum Tidur
Jika kamu membuka media sosial setiap hari, lebih baik tahu alasannya. Apakah
untuk mencari informasi menarik, sebagai hiburan, kebutuhan pekerjaan, komunikasi
dengan teman jauh, atau hanya sekadar melihat kehidupan orang lain. Alasan sangat
penting untuk diketahui agar kamu tidak membuang banyak waktu untuk hal yang
kurang diperlukan. Gunakan waktu di media sosial untuk menunjang kehidupan
seperti pendidikan, pekerjaan, atau memperluas jaringan pertemanan.
Notifikasi media sosial sengaja diciptakan untuk memberikan kabar
terbaru agar seseorang itu merespon cepat dan memegang gadget
Kembali. Oleh kerana itu, jika kamu ingin terhindar dari kecanduan media
sosial, nyahaktifkan notifikasi media sosial. Caranya adalah cek di fitur
pengaturan, pilih bahagian notifikasi, dan pilih aplikasi apa saja yang ingin
dinyahaktifkan.
Tidak dapat dipungkiri bahawa penggunaan telefon bimbit dapat merusak jadual tidur
seseorang. Bahkan sebanyak 45% orang memilih untuk berselancar di media sosial
daripada tidur. Maka dari itu, penting untuk kamu meletakkan telefon bimbit di meja atau
di sisi lain ruangan. Jika telefon bimbit berada di luar jangkauan, godaan untuk melihat
jadi berkurang. Sebagai gantinya, kamu akan membangun kebiasaan lain seperti
membaca buku atau menulis kegiatan yang ingin kamu lakukan di esok harinya.
Setelah meletakkan telefon bimbit di luar jangkauan tempat tidur, bukan bererti seseorang akan
langsung terhindar untuk bermain media sosial. Saat bangun pagi, banyak orang memiliki respon untuk
mencari keberadaan telefon bimbit dan melihat media sosial. Apabila banyak kandungan menarik yang
telah dilihat, kebanyakan orang akan bertahan di tempat tidur dengan telefon bimbit di tangan dalam
waktu yang lama. Kebiasaan itu tentu akan mengganggu produktiviti.
Hal terbaik yang dapat dilakukan seseorang pada era digital adalah belajar hidup tanpa media
sosial. Hal ini tidak bererti meninggalkan media sosial, melainkan dapat menentukan
bahagian dan kebutuhan untuk media sosial. Hal ini disebut juga dengan detoks digital.
Manfaat dari detoks digital adalah membuat seseorang menyedari bahawa mereka memiliki
lebih banyak waktu untuk diri sendiri dalam sehari dan dapat membebaskan fikiran. Detoks
digital juga akan membuat seseorang itu belajar dan bekerja tanpa mudah terganggu dengan
media sosial. Selain itu, detoks digital juga dapat mengeratkan pertemuan dengan keluarga,
teman, atau komuniti.
Ibu bapa perlu mengehadkan masa penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak.
Sebagai contoh, anak-anak hanya dibenarkan untuk mengakses media sosial dengan
pemantauan daripada ibu bapa selama satu jam sehari. Mungkin anak-anak ingin mendapatkan
info daripada guru, rakan-rakan atau mengakses Internet untuk bahan rujukan pembelajaran.
Selain itu,Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau penggunaan media sosial dalam
kalangan anak-anak yang dibawah umur bagi memastikan setiap maklumat yang diakses adalah
maklumat yang berguna untuk anak-anak. Ibu bapa boleh mengambil alternatif yang lain
antaranya meletakkan komputer di ruangan yang terbuka sama ada di ruang tamu atau di sudut-
sudut yang boleh dilihat oleh ibu bapa.
Statistik Pengguna Media
Sosial Mengikut Umur
50% 70% 80% 60% 30% 15% 5% 3%
13-15 16-18 19-24 25-34 35-44 45-54 55-63 64++
KESIMPULAN
Kesimpulannya, penggunaan laman
sosial ini mendatangkan pelbagai
kebaikan dan keburukan kepada
golongan remaja. Namun impak
negatif yang wujud harus diberi
perhatian yang serius oleh pihak
berkuasa untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya terhadap laman
sesawang sosial yang tidak
bertanggungjawab. Sebagai manusia
yang berakal pastinya kita perlu
menangkis setiap perkara yang buruk.
Pepatah ada mengatakan bahawa
“mencegah itu lebih baik daripada
mengubati”.
Rujukan internet
❑ https://afiqrosli92.we ❑ https://cmnacademy. ❑ https://cari-
ebly.com/artikel/keba com/kebaikan-dan- idea.blogspot.com/20
ikan-dan-keburukan- keburukan-media- 20/04/apa-itu-media-
laman-sosial sosial/
sosial.html
RUJUKAN buku
Aina Umairah Ansari 400 Adab di Media
Sosial(2021) Putrajaya : PTS Publishing
House
Teuku Iskandar. Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hilda Rachmawati, S.P.,M.M. Komunikasi
Merek Di Media Sosial & Penerapannya
Pada TV Berita (2021). Indonesia :Penerbit
Buku Pendidikan Deepublish.
Dato’Seri Zainal Rahim Seman. Penerapan
Etika Penggunaan Media Sosial Dalam
Sektor Awam(2022). Kuala Lumpur: Sk
Setapak
TERIMA KASIH