MPU 23072
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM
ISLAM
TUGASAN BERDASARKAN MASALAH
Tema/Tajuk: Kebersihan Makanan Dan Minuman
(Isu Halal)
NAMA PELAJAR:
SAIFUL ZALIZAN BIN YAACOB
14DEV19F2032
ISMAEL BIN IDRIS
14DEV19F2031
NURUL HAZWANI BINTI LUKMAN
14DEV19F1800
PENSYARAH:
USTAZAH MUNIRAH BINTI MUSTAFFA
KEBERSIHAN
MAKANan &
MINUMAN
SAIFUL ZALIZAN BIN YAACOB
14DEV19F2032
Pendahuluan
Rujukan
- Artikel 1.1
- Artikel 1.2
Isu-isu berbangkit
Maklum balas
Pengajaran
Peranan kita
Kesimpulan
Pada tahun 2014, umat islam di Malaysia khususnya, dikejutkan dengan
penemuan DNA babi (porcine) yang ditemui pada dua jenis coklat jenama
Cadbury. Keadaan ini menjadi lebih merumitkan sehingga menjejaskan nama
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku pihak berautoriti, kerana
penemuan ini berlaku hanya seminggu selepas audit halal yang menyeluruh oleh
JAKIM dibuat di kilang pengeluar produk berkenaan.
Lebih malang berlakunya pertikaian antara pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) mengenai status halal produk yang diuji namun mengeluarkan hasil
yang berbeza.
Pelbagai andaian dan spekulasi mula dimainkan oleh pihak-pihak tertentu
termasuklah pihak berkepentingan. Apabila keadaan ini berlaku makanya integriti
JAKIM selaku badan yang membuat pengesahan halal mula dipertikaikan oleh umat
islam di Malaysia.
Pelbagai pihak telah mengeluarkan pandangan masing-masing ada yang
mempertahankan dan ada yang menentang, tidak kurang juga ada pihak yang
mengunakan sentimen agama untuk menekan pihak kerajaan tidak kurang juga ada
yang cuba bermain politik.
Peranan pihak-pihak tertentu yang cuba memberikan pandangan masing-masing ini,
dilihat menambahkan lagi kekeliruan dikalangan rakyat terutamanya umat islam.
Akhirnya umat islam mula mempertikaikan kewibawaan JAKIM dalam mengesah
sesuatu produk sebagai halal kerana seolah-olah kekal dengan pendirian produk
berkenaan adalah halal, sedangkan diuji mengandungi DNA babi oleh KKM.
Artikel 1.1: JAKIM Sahkan Coklat Cadbury
Malaysia Adalah HALAL
by Aida SueNovember 19, 2014
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga
seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan
melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Sekitar bulan Mei lalu, negara
kita dikejutkan dengan berita
tentang terdapat kandungan
DNA khinzir (porcine) telah
dikesan dalam coklat Dairy Milk
perisa kacang hazel dan
juga kacang badam. Tentunya
berita ini memeranjatkan orang
ramai kerana coklat tersebut
telah lama bertapak di Malaysia
dan juga dilabelkan Halal oleh
JAKIM. Berikutan dengan itu,
ramai penduduk Malaysia
khasnya yang beragama Islam
mengambil keputusan untuk
tidak memakan coklat Cadbury kerana was-was dengan status halal jenama coklat
popular berkenaan.
Hari ini, satu kenyataan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (yang
diterbitkan pada 18 November) yang mengesahkan bahawa coklat Cadbury
yang dihasilkan dan dijual di Malaysia adalah halal.
Menurut Ketua Hal Ehwal Korporat Cadbury Malaysia, Raja Zalina Raja Safran,
beliau amat berterima kasih kerana JAKIM sekali lagi menyatakan secara mutlak
bahawa produk Cadbury yang dihasilkan dan dijual di Malaysia mematuhi garis
panduan Halal mereka. Selepas spekulasi selama beberapa bulan, mereka
berharap kenyataan yang jelas ini akan menghapuskan sebarang kekeliruan
tentang status Halal Cadbury Malaysia. Kini, pengguna-pengguna boleh kembali
menikmati coklat yang enak ini.
“Produk Cadbury yang kami hasilkan dan jual di Malaysia adalah sentiasa halal.
Apabila dakwaan palsu tentang coklat kami muncul pada bulan Mei lalu, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus menjalankan siastan penuh dan menguji,
bukan sahaja produk-produk tersebut tetapi juga kaedah pemprosesan dan
peralatan yang
digunakan. Dari segi
tahap kebersihan yang
ketat, kualiti serta
piawaian
keselamatan, kami
mematuhi garis
panduan halal JAKIM
sepenuhnya. “
” Namun, pengguna
masih keliru dan
dakwaan yang tidak
berasas ini terus
berlegar-legar dalam
media termasuk media
sosial. Kami percaya
pengguna-pengguna
Malaysia wajar mendapat maklumat yang sebenar. Mereka perlu dimaklumkan
secara jujur tentang isi kandungan makanan yang mereka berikan kepada
keluarga dan rakan-rakan mereka. Kami berkomited akan bertindak dengan tegas
tehadap mana-mana individu atau organisasi yang terus menyebarkan maklumat
palsu tentang produk-produk kami dan secara langsung tidak menghormati
perasaan jutaan rakyat Malaysia yang menggemari jenama kami.” ujar Raja
Zalina.
Kronologi
• 23 Mei 2014: Pengguna laman media sosial telah menyebarkan laporan
bahawa dua jenis coklat Cadbury yang telah diuji oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) didapati mengandungi kesan kandungan DNA
porcine. Laporan yang tidak disahkan itu tidak dikeluarkan secara rasmi
oleh JAKIM ataupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
• 24 Mei 2014: Bagi tujuan penyiasatan, Cadbury Malaysia secara proaktif
mengeluarkan arahan agar kesemua produk yang terjejas di tarik kelu ar
dalam masa sehari berikutnya.Sementara itu, JAKIM telah menarik balik sijil
halal dua produk berkenaan untuk membuat siasatan lanjut mengikut
keperluan prosedur.
• 26 Mei 2014: JAKIM menghantar sampel produk dan bahan mentah dari
barisan pemprosesan yang menghasilkan produk yang terkesan itu ke
makmal Jabatan Kimia untuk diuji. Dalam masa 7 hari, hasil ujian rasmi
dikeluarkan. Laporan itu secara muktamad menyatakan produk-produk itu
tiada DNA babi.
• 3 Jun 2014: JAKIM membuat pengumuman rasmi mengesahkan bahawa
dua produk yang dipersoalkan itu tiada DNA babi . Mereka juga menghantar
satu laporan menyeluruh kepada Mesyuarat Panel Pengesahan Halal
Malaysia.
• 6 Jun 2014: JAKIM mengembalikan semula sijil halal Cadbury Malaysia
dalam masa kurang sepuluh hari selepas laporan yang tidak disahkan itu.
Untuk mengelakkan kesilapan yang sama daripada berulang pada masa hadapan,
suatu prosedur operasi standard sejajar dengan agensi-agensi kerajaan yang lain
termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia telah direka oleh JAKIM. Satu
rangkaian laporan yang diperkukuhkan akan memastikan sebarang perkara
berkaitan pematuhan halal hanya dikendalikan oleh JAKIM.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan tentang isu halal, semua pihak digesa
agar merujuk kepada laman web rasmi JAKIM di http://www.islam.gov.my atau
Portal Rasmi Halal Malaysia di http://www.halal.gov.my dan tidak merujung
kepada sebarang sumber yang tidak sah. Pertanyaan tentang status halal
sebarang produk boleh diajukan kepada Bahagian Hab Halal, JAKIM di 03 -
83150200.
Sumber : Wanista.com
Artikel 1.2 : Halal Haram: Isu DNA Babi Pada Produk Cadbury
Pada mulanya saya hanya
memerhatikan sahaja. Tidak
bercadang untuk bersuara. Namun
lama kelamaan isu DNA babi yang
mencemari produk Cadbury nampak
semakin menggila dan masyarakat
awam memberikan respon yang jauh
dari disiplin ilmu, maka saya tidak
mampu lagi berdiam diri, sekadar
memerhati.
Prinsip saya mudah. Selagi tiada Cadbury Malaysia kepada
kenyataan rasmi, belum disahihkan, atau
saya tidak akan melayan apalagi mewar-warkan
yang lain dan ulas. Saya bimbang ianya fitnah adalah biasa, tidak pelik.
sabotaj. Dalam industri, perkara sebegini
Kemudian media melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan
perkhabaran tersebut dan JAKIM selaku badan yang bertanggungjawab terhadap
pensijilan halal Malaysia menyusul kemudiannya.
Hasil daripada analisa yang dibocorkan dapatlah kita mengeluarkan beberapa noktah
(point).
1.Keputusan analisa bertarikh 27 Februari 2014
2.Sampel: Coklat susu dengan kacang hazel – Cabbury Dairy Milk
3.Ulasan: DNA khinzir (porcine)
dikesan
4.Tiada akreditasi SAMM
5.Keputusan analisa berdasarkan
sampel yang diterima
Merujuk kenyataan JAKIM, audit halal
terakhir dijalan di premis ialah pada
20 Februari 2014. Ini bermakna
sampel ini diambil dan dianalisa
seminggu selepasnya. Sampel di ambil
di pasaran.
Pembocoran Keputusan Analisa
Analisa ini dibocorkan melalui laman sosial dan menjadi viral. KKM hanya membuat
kenyataan dan tindakan setelah 3 bulan berlalu. Berbeza dengan JAKIM yang
mengadakan mesyuarat tergempar pada hari mereka menerima kenyataan rasmi
daripada KKM. Saya tertanya-tanya apakah KKM memandang remeh isu halal haram
yang jenis bukan sahaja umat Islam terkesan bahkan imej Malaysia yang bercita-cita
menjadi Hab Halal Dunia turut dicemari.
Sepatutnya KKM terlebih dahulu bermesyuarat dengan JAKIM. Siapalah pegawai
yang membocorkan maklumat yang tidak ranum, tak tentu sahih.
Makmal Tanpa SAMM
Rujuk Jabatan Standard Malaysia
Perhatikan lagi. Tertera “Tiada
akreditasi SAMM”. SAMM akronim
bagi Skim Akreditasi Makmal
Malaysia. Akreditasi ini dikeluarkan
oleh Jabatan Standard Malaysia di
bawah Kementerian Sains
Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
“SAMM only accredits those
facilities that meet all its criteria
for testing competence and
sound laboratory practice”
supaya “The test was done in
accordance with the stated
specification, test or calibration
method and correct test
environment.”
Ini juga bermaksud mana-mana
makmal yang tidak memenuhi
standard yang ditetapkan dari sudut peralatan, makmal dan kepakaran sememangnya
tidak mendapat SAMM. Bahasa mudahnya, tidak layak.
Persoalan yang berlegar-legar di kepala saya ialah bagaimana etika kerja KKM
bergantung kepada makmal yang tidak punya kompetensi? Bukankah nanti boleh
dipertikaikan? Isu besar sebegini apalagi melibatkan kemaslahatan ummah pasti
besar kesannya. Bukankah sepatutnya sepatutnya Ketua Pengarah Kesihatan KKM
menunggu terlebih dahulu keputusan analisa daripada makmal yang diakreditasi oleh
Jabatan Standard Malaysia, MOSTI?
JAKIM menghantar sampal ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia. Ia merupakan
makmal rasmi yang digunakan oleh Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam
pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia. Makmal Jabatan Kimia ini juga telah diwartakan sebagai makmal makanan
yang kompeten dalam menjalankan analisa makanan selain mendapat akreditasi dari
Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)
berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi
pengujian produk makanan terproses (highly processed food).
Sampel Cadbury
Kenyataan KP JAKIM; “Jakim telah menghantar sampel kedua-dua produk berkenaan
dan produk-produk lain dalam aliran pemprosesan (processing line) yang sama di
kilang tersebut ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan pengujian.”
Ini berbeza dengan KKM yang menganalisa sampel di pasaran. Bukankah ia boleh
terdedah kepada sabotaj?
Jika kita berniaga, mana yang puas hati antara orang ambil sampel produk kita di
tangan orang lain dengan ambil dari tangan kita sendiri?
JAKIM Culas Isu Halal Haram?
Ramai mengomel itu dan ini. “JAKIM tak buat kerja!”,” JAKIM kerja macam UMNO”,
“KKM lebih bagus dari JAKIM”.
Saya tidak menyebelahi mana-mana. Saya bercakap tentang SOP dan praktis kerja.
Prosedur audit pensijilan halal mesti dilakukan sekurang-kurang dua (2) orang auditor;
Pegawai Syariah dan Pegawai Teknikal. Pegawai Syariah daripada JAKIM atau JAIN
manakala Pegawai Teknikal daripada KKM (melibatkan makanan, barang gunaan dan
farmaseutikal) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV, sekiranya berkaitan rumah
sembelihan).
Jika JAKIM melakukan audit tanpa pegawai teknikal, maka audit itu tidak sah dan
ditolak. Audit pensijilan halal bukan hanya mengambil kira aspek Syariah semata-
mata bahkan teknikal sekali. Maka itulah, menjadi syarat untuk 2 pegawai (syariah
dan teknikal) terlibat cakupi dua aspek tersebut.
Pelik benar jika KKM tidak tahu SOP ini. Apalagi ia melibatkan pegawai KKM sendiri.
Untuk rekod, Ketua Auditor Halal di JAKIM sekarang ini pun ialah pegawai teknologi
makanan KKM.
Isu DNA Babi
DNA babi boleh mencemari makanan melalui beberapa cara. Cuma nak dipasti
kemasukannya secara sengaja (ramuan dan aditif itu sendiri) atau tidak.
Sepatutnya semua pihak perlu menunggu analisa daripada Makmal Jabatan Kimia
Malaysia itu nanti.
Bagi memudahkan pemahaman umum, saya bagi dua situasi.
Pertama: Katakanlah anda ada besen dan besen itu pernah dicelup anjing. Anda
sucikan ia sebagaimana yang diajar Islam. Kemudian gunakan besen itu sebagai
bekas menguli tepung untuk buat mi kuning. Katakanlah juga sampel mi kuning itu
ada pelanggan hantar ke makmal dan dikesan DNA anjing (sudah tentulah ada).
Akhirnya anda dituduh mengkhianati kepercayaan pelanggan kerana menjual mi
kuning yang ada DNA anjing. Tidakkah jatuh terjelupuk kita dibuatnya?
Kedua: Duit dalam poket kita boleh jadi sebelum ini berada di tangan penyembelih
atau penjual daging babi. Seterusnya bertukar tangan, bertukar tangan sampailah
kepada kita. Kita pegang dan simpan dalam dompet. Kemudiannya kita uli tepung
untuk buat donat, kasui dan lain-lain. Kalau kita hantar ke makmal, sudah tentu DNA
babi dikesan kerana pencemaran silang telah berlaku tadi. Solat jadi tak sah?
Makanan kita jadi haram? Kena kumur air tanah? Kena cuci darah? Anak-anak kata
kita khianati mereka kerana hidang makanan ada DNA babi?
Penting untuk diingatkan, samak (istilah yang betul, sertu) bukanlah tujuannya
menghilangkan DNA anjing pada badan atau peralatan. Ia hanyalah amalan yang
diperintahkan agama. Samaklah 100 kali pun, DNA itu tetap ada. Bagaimana nak
hilangkannya?
Kalau pada tangan, bakarlah tangan tu. Saya bukan bergurau ni. Saya bersungguh!
Ada Qawaid Fiqhiyyah dalam isu ini.
Al-ashlu baqou ma kana ‘ala ma kana (Hukum asal adalah ketetapan yang dimiliki
sebelumnya)
Al-yaqinu la yazalu bi asy-syak (Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak)
Tulisan saya ini boleh ditolak dan dibahaskan lagi. Faktor mengejar masa atas
desakan rakan-rakan mungkin ada aspek yang saya lupa dan tak sempat untuk
sentuh.
Saya tutupi tulisan ini dengan fatwa Negeri Selangor berhubung isu DNA babi
bertarikh 20 Disember 2012.
HUKUM PENCEMARAN ASID DEOKSIRIBONUKLIEK (DNA) BABI PADA
PRODUK MAKANAN YANG DISAHKAN HALAL : PENELITIAN DARI ASPEK
SAINS DALAM MENENTUKAN KAEDAH PENYELESAIANNYA MENGIKUT
ASPEK SYARAK
1. Produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua
ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci
dan halal serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara
meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan
najis seperti DNA babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau
tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan
atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.
2. Bagi bahan-bahan peralatan pemprosesan yang telah melalui proses samak seperti
yang ditetapkan oleh syarak dengan pemantauan/penyeliaan pihak berkuasa agama,
tetapi masih lagi didapati mengandungi DNA babi, proses samak tidak perlu diulang
lagi.
3. Keputusan ini adalah berdasarkan pensyariatan Islam yang tidak mentaklifkan
kepada manusia apa yang mereka tidak memperlakukannya atau membebankan dan
menyukarkan mereka. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah
ayat 185 yang bermaksud : Allah Taala menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak
menghendaki kesukaran bagi kamu.
Wallahu a'lam.
Sumber: arrazi.blogspot.com
• Terjadinya 2 keputusan berbeza hasil analisis daripada 2 agensi yang
berbeza.
• Hanya 2 produk yang tercemar bukan keseluruhan.
• JAKIM berautoriti mengeluarkan pengesahan halal.
• KKM bertanggungjawab dan bertindak mengikut Akta Makanan 1983 dan
Peraturan-peraturan Makanan 1985 (tiada kuasa menentukan halal)
• JAKIM dituduh mengeluarkan kenyataan supaya selari dengan pihak
berkepentingan (termasuk dalam menentukan halal sesuatu produk)
• Berlakunya kebocoran hasil analisis KKM selain dikatakan tidak layak
menentukan halal, kerana tiada perakuan oleh Skim Akreditasi Makanan
Malaysia (SAMM)
• Tiada penyelarasan antara agensi dalam perkongsian maklumat dan
kepakaran.
• Prosedur dan kaedah yang diguna pakai berbeza antara 2 agensi
• Pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan bahawa sistem dan kaedah yang
diguna pakai dalam menentukan sahkan sesuatu produk itu adalah halal
mengikut piawaian yang telah diiktiraf dan diperakui.
• Produk yang disyaki tercemar telah ditarik balik sijil halal dan pihak pengilang
akan menarik balik produk berkenaan daripada pasaran.
• Pihak KKM telah mengambil tindakan sewajarnya sesuai dengan peruntukkan
undang-undang yang diberikan.
• Orang ramai mahukan isu ini segera diselesaikan bagi mengelakan integriti
JAKIM terus dipersoalkan.
• Pihak berwajib telah mengambil keputusan agar hanya JAKIM sahaja boleh
mengeluarkan kenyataan berkaitan isu halal bagi mengelakkan kekeliruan
orang awam.
Berdasarkan isu yang berlaku, beberapa pengajaran boleh diambil daripadanya,
antaranya;
- Pihak-pihak yang bukan ahlinya tidak wajar bertindak tanpa merujuk kepada
yang pakar terlebih dahulu.
- Sesuatu isu juga boleh berlaku disebabkan berlakunya sabotaj, lemah
pemantauan atau penguatkuasaan dan kurang faham akan sesuatu isu.
- Umat islam amatlah ditegah menyebarkan berita yang tidak benar sehingga
merosakan imej islam.
- Menguji keyakinan umat islam terhadap institusi islam seperti JAKIM, Jabatan
Agama Islam Negeri dan lain-lain badan berkaitan halal.
- Sebagai umat islam mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan yang
disyariatkan kepada kita oleh itu menjadi kewajipan bagi kita untuk memenuhi
tuntutan tersebut.
- Kita juga bertanggungjawab untu mempertahankan intistusi islam supaya ianya
kekal dipandang mulia dan mendapat penuh kepercayaan oleh umat islam.
- Umat islam wajar sentiasa meneliti status halal makanan dan minuman yang
ingin dimakan supaya tidak termakan benda-benda yang haram
- Elakkan memakan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak berkualiti selain
berisiko mengandungi atau tercemar dengan DNA babi dan sebagainya.
- Sekiranya ada sebarang kemuskilan berkaitan sesuatu jenis makanan, ambilah
tanggungjawab untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berwajib
mengunakan saluran yang telah disediakan.
- Secara kesimpulannya, isu halal dan haram yang berlaku berkaitan sesuatu
produk itu, wajar diambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan masalah ini
terus berulang.
- Bagi umat islam pula adalah menjadi suatu keutamaan bagi kita untuk terus
mendapatkan sumber makanan dan minuman yang bersih, suci lagi halal
supaya tidak terjerumus dalam perkara yang syubhat, lebih malang lagi andai
termakan sesuatu yang haram akibat kecuaian dan kerana ambil mudah dalam
menjaga soal pemakanan dan minuman yang halal.
Wanista.com
arrazi.blogspot.com
Astro Awani
http://dinturtle.blogspot.com
ISMAEL BIN IDRIS
14DEV19F2031
JAIPk tarik sijil halal premis pemprosesan makanan hasil laut
(16 JAN 2019)
BAGAN DATUK - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menarik semula sijil halal sebuah
premis pemprosesan makanan berasaskan hasil laut di Hutan Melintang di sini, selepas gagal
menepati Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Penolong Pengarah Unit Pengurusan
Halal JAIPk, Yusri Abdul Rani berkata, premis berkenaan telah diperiksa 14 November tahun
lalu dan didapati terdapat beberapa perkara berbangkit membabitkan prosedur yang
ditetapkan. Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan gagal mengemukakan surat
lantikan penyelia halal di samping pihak syarikat juga masih belum mewujudkan program
sistem jaminan keselamatan makanan."Selain itu, pekerja di premis berkenaan juga didapati
tidak mengamalkan etika berpakaian yang bersesuaian selain pelabelan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Menurut Yusri, premis
pemprosesan makanan laut itu juga membuat produk makanan untuk persatuan nelayan di
Pahang, dan kerana itu JAIPk turut menjalankan pemeriksaan di kilang itu."Sijil halal premis
berkenaan ditarik berdasarkan keputusan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak dan
berkuatkuasa pada 27 Disember lalu kerana gagal mematuhi piawai halal," katanya. Katanya
lagi, sijil halal yang dimiliki premis itu masih belum tamat tempoh yang dijadualkan sehingga
Jun ini selepas ia diperbaharui pada Jun 2017.Jelasnya, pada ketika itu,premis itu mempunyai
lantikan penyelia dan mendakwa sistem jaminan keselamatan makanan masih dalam proses.
"Sepatutnya ia sudah diselesaikan dan notis telah dikeluarkan untuk mereka menyelesaikan
perkara itu dalam tempoh sebulan sehingga 14 Disember lalu, namun tiada maklum balas
diberikan."Justeru, Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Perak mengambil keputusan menarik
semula sijil premis itu dan pembaharuan sijil oleh persatuan nelayan berkenaan juga gagal,"
katanya. Bagaimanapun Yusri berkata, penarikan sijil halal berkenaan tidak menghalang
premis pemprosesan makanan hasil laut seperti bebola dan kek ikan itu mengemukakan
permohonan semula sijil halal mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia. Terdahulu, tular
di laman sosial dan aplikasi Whats App dokumen daripada JAIPk memaklumkan penarikan
sijil halal sebuah syarikat pemprosesan makanan laut di Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/7921/BERITA/Nasional/JAIPk-tarik-
sijil-halal-premis-pemprosesan-makanan-hasil-laut
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
ULASAN
Apabila disebut mengenai halal haram dalam makanan sudah pastinya ia menjadi satu
perkara yang berat dalam setiap umat islam, tambahan lagi pada hari ini kita lihat premis
makanan dan minuman segera tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Persoalannya adakah
kita sebagai umat islam mengambil berat mengenai halal dan haram mahupun sijil halal yang
terdapat di setiap premis tersebut? Sebagai umat islam haruslah mengetahui apa aitu maksud
makanan halal dan haram, makanan halal adalah suatu makanan yang menjaga kesihatan,
rohani dan jasmani. Manakala makanan haram adalah makanan yang boleh menjejaskan
kesihatan, rohani dan jasmani. Oleh demikian dalam hal ini kita seharusnya mengambil berat
mengenai isu halal dan haram dalam makanan. Hal ini demikian jelaslah bahawa, mengambil
makanan yang meberikan kesihatan dengan memilih makanan yang halal dapat dilihat melalui
firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah (2):172. َو ْش َ َت ُ ل ا ِ ْش ُ ْش ْشو ُ ِ ِ لل ِ اوا ُ ْشا ُ و
“ َا ْش ُ َ ْ َشت َ َ َ ِت َ ِي ْش َ ي ِ ُ ُل و ُ و َ َ َ ي ل ِ وا َ اَ َتWahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari
benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada
Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”.
Pada hari ini Sering didengari mengenai isu Pensijilan Halal ditarik balik, Oleh itu, satu artikel
bertarikh berikut menjelaskan. Pada 14 November 2018, Penolong Pengarah Unit
Pengurusan Halal JAIPk, telah berkunjung ke premis pemprosesan makanan hasil laut di
Hutan Melintang, Perak bagi menjalankan pemeriksaan kerana telah gagal menepati Manual
Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Setelah diperiksa dan berdasarkan keputusan Mesyuarat
Panel Pengesahan Halal Perak yang berkuatkuasa pada 27 Disember lalu, bersetuju menarik
Sijil Halal premis tersebut kerana gagal mematuhi piawai halal. Terdapat beberapa perkara
yang melibatkan sijil halal premis tersebut ditarik balik antaranya ialah, premis berkenaan
gagal mengemukakan surat lantikan penyelia halal. Surat lantikan penyelia halal ini amatlah
penting di dalam sesebuah organisasi yang mengendalikan makanan dan minuman yang
halal dalam negara ini kerana bidang tugasnya adalah seperti berikut, memohon lessen
kebenaran premis di memproses produk makanan atau minuman di Pihak berkuasa
Tempatan, menyediakan sijil halal bagi setiap bahan mentah yang digunakan, memastikan
setiap pekerja mengikuti kursus pengendalian makanan oleh pihak Kementerian kesihatan,
memohon pensijilan halal, memastikan setiap pekerja mendapat suntikan thypod, mendaftar
premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, menyediakan carta aliran keluaran produk
dan lain-lain lagi.
Selain dari itu, pihak syarikat juga masih belum mewujudkan Program Sistem Jaminan
Keselamatan Makanan, apa yang dimaksudkan dengan Program Sistem Jaminan
Keselamatan Makanan? PJKM adalah merupakan satu sistem amalan terancang yang
didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan
memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia KKM kepada premis yang terlibat dalam pengilangan
makanan adalah seperti Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good
Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP).
Antara sebab yang ketiga sijil halal premis ini ditarik balik adalah seperti berikut pekerja di
premis berkenaan juga didapati tidak mengamalkan etika berpakaian yang bersesuaian,
Merujuk kepada tafsiran Peraturan-Peraturan Makanan 2009, Akta Makanan 1983 (Akta
281), “Pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang terlibat secara langsung
dalam penyediaan makanan, menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh
makanan dan mengendalikan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus atau perkakas
dalam mana-mana premis makanan. Terdapat beberapa etika pemakaian dalam isu premis
ini yang betul, antaranya perlulah memakai sarung tangan, penutup kepala, kasut getah untuk
mengelakan dari jatuh atau kemalangan yang berlaku akibat lantai licin, penutup mulut dan
muka, baju seragam yang dibekalkan oleh syarikat supaya tidak memakai pakaian harian
yang di pakai kerana khuathir dengan kebersihan.
Sebab yang terakhir mengenai artikel ini adalah, pelabelan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Pelabelan makanan bertujuan untuk membekalkan maklumat yang benar dan
jelas tentang sesuatu produk. Label hendaklah mematuhi PPM 1985 dan tidak boleh
mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Dalam isu artikel ini mungkin mereka
menggunakan hasil ramuan yang dipamerkan di label tidak mengikut syarat yang telah
ditetapkam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Secara keseluruhanya, walaupun pensijilan halal premis ini ditarik, tetapi Pihak Berkuasa
tidak menghalang premis ini untuk membuat permohonan baru bagi mendapatkan pensijilan
halal. Bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan pensijilan halal bagi sesuatu
premis kerana pelbagai aspek dan kriteria yang perlu diambil kira dalam memastikan premis
itu betul-betul bersih, selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan bagi mendapat
pensijilan halal. Sebagai negara islam yang disayangi, pemilik-pemilik premis atau pengusaha
makanan dan minuman hendaklah menjaga dan mengikut ketetapan oleh Kerajaan agar
produk yang dikeluarkan di pasaran dapat memberikan keselamatan dan kesihatan kepada
pengguna ketika makan dan minum. Di dalam islam juga menggariskan makanlah makanan
yang halal. Firman Allah S.W.T يَا أَ ُّي َها ال َّنا ُاس كُلُوا ِّم َّما فِّي ا أْلَ أر ِّ اض َحََل ًال َط ِيّ ًبا
Maksudnya: Wahai sekalian manusia, makanlah kamu dari (hasil) yang terdapat di atas muka
bumi (makanan) yang halal lagi baik. (surah al-baqarah 168). Tuntasnya, kerajaan perlu lebih
pergiatkan lagi memantau dan memastikan setiap premis pengendalian makanan dan
minuman agar mendapat pensijilan halal agar rakyat terutamanya yang beragama islam akan
lebih yakin untuk membeli dan menggunakannya.
RUJUKAN
http://www.myhealth.gov.my/
OfficialJKNKedah
http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/index.php?fbclid=IwAR1WQQMcNacXlbD1-
rLoY030lgkmbIrDlqo5-JES_qOeRJhAUJSZXyy1yGE
https://muftiwp.gov.my/
NURUL HAZWANI BINTI
LUKMAN
14DEV19F1800
Kebersihan makanan; Halal, Pilihan utama
KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil pengesahan
halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd berikutan proses
penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Pekara ini disahkan oleh Pengarah Bahagian
Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat yang
dihubungi Harian Metro.
Menurutnya, setiap pemegang sijil halal bertanggungjawab ke atas sebarang
penyalahgunaan syarat ditetapkan Jakim dan tidak menganggap isu halal sebagai
remeh,kerana kesannya amat serius kepada umat Islam di negara ini.Tindakan Jakim itu
tidak perlu dipertikaikan.
Ini kerana Sijil Pengesahan Halal boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya bila-bila
masa apabila didapati ia menyalahi Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang sudah
ditetapkan atau terdapat perkara atau cara pengendalian yang meragui dari segi hukum
syarak.
Menurut sumber Jakim, sepasukan pegawai penguat kuasa Jakim dengan bantuan pegawai
penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) mengadakan pemeriksaan mengejut di kilang pemprosesan ayam milik syarikat
itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak dan telah terdapat beberapa
kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.
Difahamkan antara kesalahan dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali
selepas penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum
disembelih.
Ini membuktikan ayam terbabit haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan
pantas itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh
pada ayam terbabit yang diwajibkan mengikut syarak. Haram untuk dimakan oleh orang
Islam.
Penguat kuasa Jakim, melakukan soal siasat bergilir-gilir terhadap tukang sembelih ayam
yang bertugas di kilang itu untuk mendapatkan penjelasan terperinci , dan pekerja
berkenaan mengaku ada menyembelih ayam dua kali untuk menjimatkan masa berikutan
terlalu banyak ayam yang perlu diproses.
Proses melayikan ayam menggunakan air panas didapati dikawal oleh pekerja bukan Islam.
Ini secara langsung melanggari syarat sah penyembelihan untuk haiwan halal yang
mewajibkan ia dilakukan oleh individu beragama Islam.
Syarikat itu tidak sekadar menjadi pembekal ayam siap diproses ke pasar raya utama
seluruh negara, malah kepada syarikat makanan segera. produk siap diproses seperti ayam
bersalut tepung dan nugget yang mempunyai logo halal Jakim masih dijual.
Disebabkan ayam yang diproses syarikat itu mendapat permintaan tinggi, katanya, Jakim
sudah menghantar surat rasmi mengenai penarikan sijil pengesahan halal terbabit kepada
pasar raya dan syarikat makanan segera. Surat dihantar kepada pejabat agama Islam dan
pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setiap
negeri.Pusat beli-belah terkemuka, pasar raya dan pemborong perlu menghentikan serta
merta penjualan ayam keluaran syarikat terbabit.
Hukuman lebih berat perlu digubal kerana hukuman sedia ada terlalu ringan, sudah tiba
masanya Akta Halal digubal bagi mengawal kegiatan penyalahgunaan atau penyelewengan
sijil halal Jakim.
_____________________________________________________________
AYAM DINDINGS JUAL BANGKAI KEPADA UMAT ISLAM....
Edisi Nasional METRO: Ayam haram
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Ulasan
Isu halal haram menjadi tumpuan masyarakat Islam. Sekali sekala isu ini timbul
menyebabkan masyarakat semakin prihatin mengenai status halal barangan makanan
mereka seharian. Malangnya ia sekadar dikaitkan dengan makanan, tidak meliputi beberapa
perkara lain yang menjadikan makanan halal bertukar sebagai haram.
Hakikatnya, konsep halal haram ini amat luas. Banyak perkara atau tindakan yang dilakukan
tidak mengikut hukum hakam Islam yang akhirnya membawa kepada apa yang kita makan
itu haram walaupun mempunyai status halal. Mungkin kita lupa atau sengaja buat-buat
tidak tahu mengenai bagaimana kita memperoleh pendapatan sama ada secara sah atau
tidak sah. Tanpa kita sedari banyak perkara yang dilakukan dalam tugasan harian
menjerumuskan kita kepada perbuatan yang terlarang.
Oleh disebabkan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik balik sijil
pengesahan halal yang diberikan kepada syarikat Dindings Poultry Processing Sdn Bhd
berikutan proses penyembelihan ayam di kilangnya meragukan. Setiap syarikat yang
memegang sijil halal perlu menitik beratkan syarat yang ditetapkan oleh Jakim dan tidak
perlu mempertikaikan syarat syarat yang ditetapkan oleh Jakim. Oleh sebab itu, sijil
pengesahan halal boleh ditarik balik jika syarikat tersebut tidak menepati syarat syarat yang
ditetapkan oleh jakim kerana ia berkaitan dengan hukum syarak islam.
Di samping status halal yang mengelirukan, satu perkara lagi yang tidak diambil peduli oleh
kebanyakan pengguna ialah mengenai kebersihan ketika proses penyediaan makanan
dilakukan. Memang realitinya, bungkusan nampak cantik tetapi jika diselak semula proses
penyediaannya, ternyata amat menjijikkan. Seperti yang berlaku di kilang pemprosesan
ayam milik syarikat itu di Kawasan Perindustrian Kampung Aceh, Setiawan, Perak dan telah
terdapat beberapa kesalahan membabitkan proses penyembelihan yang meragukan.
kesalahan yang dikesan Jakim iaitu sesetengah ayam disembelih dua kali selepas
penyembelihan pertama tidak sempurna dan ada ayam sudah mati sebelum disembelih. Ini
membuktikan ayam tersebut haram dimakan. Penyembelihan yang dilakukan dengan pantas
itu menyebabkan tidak putus salah satu urat sama ada urat halkum atau urat marikh pada
ayam tersebut yang diwajibkan mengikut hukum syarak. Haram untuk dimakan oleh orang
Islam. Syarat wajib untuk melakukan proses penyembelihan ayam adalah orang islam.
Orang kita akan lebih mudah percaya dengan nama-nama yang bercirikan Melayu dan Islam.
Maka tidak hairanlah ada pengeluar barangan makanan dan minuman mengambil
kesempatan menggunakan imej atau lambang yang mencerminkan pengeluarnya adalah
orang Melayu Islam sekali gus meyakinkan pengguna mereka tentang status halal produk
berkenaan.
Contohnya menggunakan gambar masjid, kubah, sejadah, songkok, tudung dan sebagainya.
Begitu juga dengan perkataan-perkataan tertentu yang menampakkan ciri-ciri keislaman.
Tidak mustahil juga penggunaan nama orang Melayu Islam sebagai jenama sedangkan
pengeluarnya bukan Islam. Tidak salah jika jenama itu benar-benar mendapat sijil halal
tetapi bagaimana jika sebaliknya? Ada juga yang menggunakan tulisan jawi untuk
menambah keyakinan pengguna. Dalam hal ini, pihak berkuasa yang meluluskan
pendaftaran nama produk syarikat-syarikat ini perlu memberi perhatian supaya pengguna
tidak tertipu. Kita tidak mahu lambang tertentu menggantikan 'halal'.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لعن الله من ذبح لغي الله
“Semoga Allah melaknat orang yang menyembelih (binatang) dipersembahkan untuk selain
Allah” (HR. Muslim)
Dalam hadits ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendo’akan keburukan orang yang
menyembelih binatang yang dipersembahkan untuk selain Allah. Do’a keburukan yang
dimaksudkan di sini adalah do’a laknat yang maksudnya adalah terjauhkan dari rahmat
Allah, ini berarti bahwa menyembelih (binatang) untuk selain Allah adalah dosa besar,
karena pelakunya terancam laknat Allah. Dengan demikian, perbuatan menyembelih
(binatang) untuk selain Allah tersebut dimurkai oleh Allah, berarti sebaliknya, menyembelih
(binatang) untuk Allah semata itu dicintai oleh-Nya. Sedangkan setiap yang dicintai oleh
Allah adalah ibadah. Jadi, tepatlah pendalilan penulis rahimahullahu dengan membawakan
hadits yang mulia ini untuk sebuah kesimpulan bahwa menyembelih binatang (dzabh)
adalah ibadah.
Rujukan daripada https://mt961013.livejournal.com/672334.html