The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB2_T2S2.01_NUR AWATIF SYAHEERAH BT HASSAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AWATIF SYAHEERAH BINTI HASSAN IPG-Pelajar, 2024-03-20 15:28:09

PB2_T2S2.01_NUR AWATIF SYAHEERAH BT HASSAN

PB2_T2S2.01_NUR AWATIF SYAHEERAH BT HASSAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR EDUP3153 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN Nama : NUR AWATIF SYAHEERAH BT HASSAN No. K/P : 030307030034 Angka Giliran : 2021202340308 Program : PISMP Ambilan : 2022 Unit : T2S2.01 Nama Pensyarah : DR. ZAKIAH BINTI NOORDIN Tarikh Hantar : 19 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Analisis Instrumen Pentaksiran Disediakan oleh : Nur Awatif Syaheerah bt Hassan T2S2.01 PENTAKSIRAN | EDUP3153


ISI KANDUNGAN 1 PENGENALAN 2 ANALISIS INSTRUMEN 3 PENUTUP 4 SUMBER RUJUKAN 5 LAMPIRAN


PENGENALAN Pada era globalisasi,pendidikan merupakan satu aspek yang wajib dipelajari oleh semua masyarakat tidak kira seseorang itu masih berusia kanak-kanak ataupun telah meningkat dewasa.Melalui penglibatan dalam pendidikan ini, mereka dapat meningkatkan daya kognitif,pengalaman hidup belajar dan melatih diri menjadi seorang yang lebih matang dalam segala aspek.Untuk memastikan pendidikan ini menjadi lebih sistematik , konsep pentaksiran telah diperkenalkan di semua sekolah yang mana pentaksiran ini digunakan untuk menilai tahap keupayaan seseorang murid dan tahap kefahaman seseorang murid terhadap sesuatu pembelajaran. Dalam masa yang sama , pentaksiran ini bertujuan untuk memastikan semua murid mempunyai rekod yang tersendiri dari semasa ke semasa kerana melalui pentaksiran ini,ia dapat mengetahui perkembangan seseorang murid.Hal ini demikian kerana,ia dapat mengubah kehidupan seseorang murid dan dapat meningkatkan kefahaman mereka dalam penguasaan sesuatu pembelajaran. 1 Bukan itu sahaja,perubahan arus semasa telah mengubah kaedah untuk melaksanakan sesuatu pentaksiran iaitu dengan menggunakan teknologi.Berdasarkan pandangan Hanifah & Adila (2021),perkembangan semasa telah membantuguru untuk melaksanakan pentaksiran dan penilaian secara serta merta dan pelajar dapat mengeluarkan hasil pentaksiran tersebut secara terus untuk memudahkan proses kerja pentaksiran guru dengan bantuan teknologi.Maka jelaslah bahawa,penggunaan teknologi dalam pentaksiran adalah aspek yang saling berkaitan dan bergantung antara satu sama lain untuk memastikan proses pelaksanaan menjadi lebih mantap dan sistematik.


Melalui instrumen pentaksiran ini,saya telah menganalisis rancangan pengajaran harian dibawah bidang tajwid yang melibatkan murid Tahun 6 iaitu dari sudut pentaksiran lisan.Pentaksiran lisan ini bertujuan untuk melihat kemampuan seseorang murid dalam menguasai dan memahami pembelajaran tajwid tersebut.Hal ini dapat membantu guru melihat perkembangan murid mereka.Melalui pentaksiran lisan ini,saya melihat banyak kelebihan yang ada dalam perancangan bahawa aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan tahap kemampuan seseorang murid yang mana ia menggunakan kaedah talaqqi dan kemudiannya syafawi dalam pengajaran tajwid dibawah tajuk mad lin.Penggunaan kaedah talaqqi dan syafawi ini dapat membantu murid-murid untuk membaca dengan betul bacaan tajwid tersebut dan dapat menambahkan kefahaman mereka berkaitan dengan harakat dan cara membaca dengan betul tajwid mad lin ini. ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN LISAN KELEBIHAN Selain itu,standard pembelajaran yang ingin diajar adalah bersesuaian dengan objektif dan aktiviti yang akan didedahkan kepada murid.Pelaksanaan standard pembelajaran yang sesuai ini akan mewujudkan berlakunya pentaksiran lisan yang berkesan kepada diri murid dan murid juga dapat memahami segala isi pembelajaran pada hari tersebut untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.Di samping itu,pelaksanaan pentaksiran secara berkumpulan dan mewajibkan setiap individu membaca dengan betul ini dapat memberikan kemudahan kepada guru dan murid untuk mengenal pasti murid yang mampu membaca atau tidak mampu membaca hukum tajwid mad.Secara tidak langsung,ia memberikan semangat kepada murid untuk membaca dengan betul setiap hukum tajwid yang dipelajarinya.


KEKURANGAN Selain itu,standard pembelajaran yang ingin diajar adalah bersesuaian dengan objektif dan aktiviti yang akan didedahkan kepada murid.Pelaksanaan standard pembelajaran yang sesuai ini akan mewujudkan berlakunya pentaksiran lisan yang berkesan kepada diri murid dan murid juga dapat memahami segala isi pembelajaran pada hari tersebut untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.Di samping itu,pelaksanaan pentaksiran secara berkumpulan dan mewajibkan setiap individu membaca dengan betul ini dapat memberikan kemudahan kepada guru dan murid untuk mengenal pasti murid yang mampu membaca atau tidak mampu membaca hukum tajwid mad.Secara tidak langsung,ia memberikan semangat kepada murid untuk membaca dengan betul setiap hukum tajwid yang dipelajarinya. PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan untuk memastikan proses pentaksiran lisan ini lebih sistematik adalah dengan mengaplikasikan penilaian kendiri dalam pembelajaran.Penilaian kendiri ini adalah dengan menilai diri sendiri membaca hukum tajwid mad lin dan sentiasa mengulangi ayat yang sama dalam beberapa kali untuk memastikan bacaan yang betul semasa membaca ayat al-quran.Dalam masa yang sama,penilaian kendiri ini juga boleh dilakukan dengan membuat tanda (/) apabila sudah lancar membaca setiap ayat sehingga betul-betul dapat menguasai sesuatu hukum tajwid tersebut ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN LISAN


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERTULIS Selain itu,pentaksiran yang difokuskan adalah dengan menggunakan tulisan khat yang mengandungi huruf,kalimah dan ayat.Pelaksanaan ketiga-tiga kaedah elemen ini dapat melatih diri murid untuk meneroka penggunaan tulisan khat yang betul dan sesuai.Dalam masa yang sama,ia juga mengikuti langkah-langkah cara penulisan yang sangat sistematik iaitu pentaksiran daripada mudah,sederhana dan susah.Seterusnya,pentaksiran yang dilaksanakan telah melibatkan semua murid iaitu dengan menetapkan penilaian ini dilakukan secara individu.Hal ini demikian kerana,penilaian secara individu ini lebih memberikan gambaran kepada guru dalam menanda dan menguruskan penilaian.Seterusnya,set instrumen ini juga telah dilengkapi dengan rubrik pemarkahan dalam membuat penilaian terhadap seseorang murid yang mana ia merupakan proses pentaksiran. Melalui instrumen pentaksiran bertulis di bawah bidang Jawi dan Khat bagi murid Tahun 6,terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam instrumen pentaksiran ini dalam memastikan proses penilaian dan pentaskiran dalam keadaan yang baik.Antara kelebihan yang terdapat dalam instrumen pentaksiran ini ialah penggunaan aktiviti sebelum memulakan proses pentaksiran adalah sangat sesuai dengan tahap murid iaitu dengan menerapkan aktviti tekap bagi menulis tulisan khat berdasarkan huruf jawi yang telah ditetapkan.Aktiviti tekap ini dapat melatih diri murid-murid yang masih baru dalam dunia khat ini kerana ia memberi peluang kepada murid untuk belajar cara-cara menulis tulisan khat.Hal ini demikian kerana,tulisan khat ini merupakan salah satu kesenian dan lambang negara kita.Secara tidak langsung,aktiviti tekap ini dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid dalam memantapkan pembelajaran berkaitan dengan khat dan jawi ini. KELEBIHAN


Antara cadangan penambahbaikan instrumen pentaksiran dibawah aspek bertulis ini ialah dengan membuat buku skrap yang mengandungi penulisan jawi dan khat.melalui pelaksanaan buku skrap ini,ia dapat melahirkan murid yang bersikap kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan dapat menyerlahkan bakat mereka melalui pentaksiran berasaskan buku skrap ini.Hal ini menunjukkan bahawa,murid-murid juga dapat meningkatkan daya kognitif mereka untuk menghasilkan buku skrap yang mudah tapi bermakna.Secara tidak langsung,ia dapat mengenal pasti minat seseorang murid dan potensi diri dalam menguasai buku skrap ini.Dalam masa yang sama,penghasilan buku skrap ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi murid terhadap pembelajaran jawi dan khat. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara kekurangan melalui instrumen pentaksiran bertulis ini ialah ketika aktiviti secara berkumpulan yang melibatkan pemberian contoh khat daripada ahli kumpulan dan perlu menyipakan contoh tersebut dalam tulisan khat.Melalui aktiviti ini,saya kurang bersetuju kerana murid-murid tidak menguasai keseluruhan tulisan khat ini terlebih dahulu dan perlu menyiapkannya tanpa adanya contoh yang diberikan daripada guru.Penggunaan tulisan khat secara ayat ini akan menguji daya kognitif seseorang murid untuk berfikir cara-cara penulisan tulisan khat yang betul berdasarkan contoh yang dibincangankan bersama ahli kumpulan.Hal ini demikian,memberikan relfeksi bahawa terdapat sesetengah murid dapat menguasainya dan terdapat segelintir murid tidak dapat menguasai aktiviti ini.Secara tidak langsung,kaedah ini juga akan menyebabkan semangat motivasi dalam diri murid untuk mendalami pembelajaran khat ini semakin berkurang. ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN BERTULIS K E K U R A N G A N P E N A M B AIK A N


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN PEMERHATIAN Melalui instrumen pentaksiran di bawah bidang ibadah tahun 5 ini,instrumen yang akan dinilai adalah melalui pentaksiran pemerhatian.Pemerhatian ini adalah merupakan salah satu pentaksiran yang akan dinilai dalam diri seseorang murid yang mana melalui pemerhatian ini ia menunjukkan tahap penguasaan yang ada dalam diri seseorang murid.Kaedah pemerhatian ini juga bertujuan untuk mentafsir dan menganalisis segala ilmu yang mereka dapat melalui proses pembelajaran dan pengajaran.Berdasarkan rancangan pengajaran harian ini,saya dapat lihat bahawa objekitf pembelajaran dan standard pembelajaran adalah selari dan sangat bersesuaian kerana ia berfokuskan tentang murid dapat membezakan syarat sah dan syarat wajib solat jumaat dan juga berkaitan dengan menghuraikan amalan sunnah sebelum solat jumaat.Melalui objektif pembelajaran dan standard pembelajaran ini,saya dapat lihat bahawa aktiviti yang dijalankan untuk mentaksir murid adalah bersesuaian dengan objektif yang ingin dibawa semasa proses pembelajaran dan pengajaran tersebut. Penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam mentaksir murid ini adalah sangat penting untuk memastikan murid dapat memahami apa yang dipelajari di dalam kelas.Selain itu, pengagihan kumpulan yang sistematik semasa proses pelaksanaan pentaksiran pemerhatian merupakan kelebihan yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian ini.Pengagihan kumpulan yang tersusun ini dapat memastikan guru mudah untuk menilai tahap kefahaman murid dan guru juga dapat membuat pemerhatian yang sebaik mungkin terhadap kebolehan seseorang murid dalam menguasai topik pembelajaran.Hal ini demikian kerana,apabila bergerak kerja secara berkumpulan ini akan adanya murid yang terlampau aktif,murid yang aktif dan murid yang pasif.Oleh itu,guru hendaklah bijak dalam membuat penilaian dan tidak boleh bersikap pilih kasih dalam memberikan markah kepada murid. KELEBIHAN


ANALISIS INSTRUMEN PENTAKSIRAN PEMERHATIAN Antara kekurangan yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian dibawah bidang ibadah ini ialah tidak mempunyai senarai semak untuk menilai tahap kefahaman seseorang murid.Kekurangan item senarai semak ini akan menyebabkan seseorang guru itu tidak dapat menilai dengan terbaik tahap penguasaan yang ada dalam diri mereka.Kekurangan ini juga telah menunjukkan bahawa murid-murid tidak dapat mengetahui dengan tepat setiap kebolehan ataupun kekurangan yang ada dalam diri mereka bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik.Selain itu,kekurangan lain yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian ini ialah penggunaan kata tugas eksplisit dalam standard pembelajaran adalah kurang sesuai untuk digunakan iaitu dengan menggunakan kata tugas menjelaskan.Dalam melaksanakan pentaksiran secara pemerhatian ini,antara perkataan yang sesuai yang digunakan adalah menganalisis kerana dibawah konteks ini murid perlu mengeluarkan amalan-amalan sunnah sebelum menunaikan solat jumaat.Melalui penggunaan kata kerja ini ia dapat merumuskan mesej utama pelaksanaan sesuatu objektif ini mestilah berkaitan dengan penguasaan murid terhadap sesuatu pembelajaran. Melalui pelaksanaan penghasilan produk ini ia akan merangkumi tentang aspek syarat wajib solat jumaat ,syarat sah solat jumaat dan juga amalan sunnah sebelum menunaikan solat jumaat.berdasarkan penghasilan produk ini, ia juga dapat menilai dan melatih seseorang individu untuk pandai berkomunikasi bersama ahli kumpulan dan sentiasa bersikap keatif dalam melaksanakan aktiviti kerja berkumpulan kerana penghasilan produk ini merupakan salah satu pentaksiran alternatif yang boleh dilaksanakan untuk mengukur kefahaman murid dalam menguasai sesuatu tajuk pembelajaran.bukan itu sahaja , penghasilan produk juga dapat membantu guru untuk menganalisis daya kemampuan seseorang murid dan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengeluarkan idea mereka terhadap penghasilan produk KEKURANGAN PENAMBAHBAIKAN


CADANGAN RUBRIK


PENUTUP Sebagai kesimpulannya,pentaksiran ini adalah sesuatu aspek yang sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seseorang murid kerana melalui pentaksiran ini ia dapat meningkatkan lagi prestasi pembelajaran mereka ke arah yang lebih cemerlang.Dalam masa yang sama,untuk memastikan proses pentaksiran berjalan dengan lancar,peranan seorang guru adalah sangat penting iaitu dari sudut penyediaan soalan pentaksiran,semasa pentaksiran berlangsung dan juga selepas pentaksiran.Hal ini menunjukkan bahawa,peranan guru sangat besar dalam memastikan pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan baik yang mana seseorang guru itu mestilah mengetahui tanggungjawab dan amanah yang mereka perlu laksanakan sepanjang mengendalikan pentaksiran ini.Bukan itu sahaja,sikap seseorang guru juga mestilah peka dan berpengetahuan tentang penyediaan soalan pentaksiran yang betul dan bersesuaian dengan tahap kognitif seseorang murid iaitu dengan menyediakan soalan merangkumi aspek mudah,sederhana dan sukar. Secara tidak langsung,murid juga dapat menambahkan motivasi dalam diri mereka untuk sentiasa memberikan komitmen yang terbaik apabila menghadapi sesuatu pentaksiran seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),pentaksiran sumatif dan sebagainya.Berdasarkan kata-kata Hariatul & Nazri (2021)pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah signifikan dalam mengoptimumkan penguasaan pembelajaran murid di samping menambahbaik kualiti pengajaran guru.Jelaslah bahawa,melalui pelaksanaan pentaksiran iaitu Pentaksiran Bilik Darjah ini ia dapat memberikan kesan yang positif dalam kehidupan guru dan juga murid yang mana murid dapat menilai tahap kefahaman mereka dan menjadi inspirasi kepada murid yang lain untuk lebih bersemangat dalam pembelajaran.


SUMBER RUJUKAN Hanifah & Adila . 2021 . Pelaksanaan Pentaksiran Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) Berasaskan Teknologi di Sekolah . UPSI : Tanjong Malim https://www.researchgate.net/publication/351657671_Pelaksanaan_Pentaksiran _Pembelajaran_dan_Pemudahcaraan_PDPC_Berasaskan_Teknologi_Di_Sekolah Hariatul,Nazri & Azhar . Pengurusan Pentaksiran Bilik Darjah Mata Pelajaran Bahasa Arab Berasaskan Keperluan Pembelajaran Murid . UM : Kuala Lumpur file:///C:/Users/HP/Downloads/69170%20(3).pdf


LAMPIRAN Kaedah Lisan


LAMPIRAN Kaedah Bertulis


LAMPIRAN Kaedah Pemerhatian


Click to View FlipBook Version