The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mels.melton, 2021-11-24 02:20:34

BUKU PERTUNANGAN-5

BUKU PERTUNANGAN-5

9.45AM ATURCARA MAJLIS
10.00AM
- Kedatangan rombongan keluarga
lelaki
Kedatangan tetamu jemputan

- Doa pembukaan
- Perbincangan adat
- Upacara pertunangan dipimpin

oleh Sr. Dorothy
- Upacara memotong kek & Sesi

bergambar
- Jamuan makan
- Bersurai

2

UPACARA PERTUNANGAN

Lagu Pembukaan

Ku Mahu Cinta Yesus

Ku mahu cinta Yesus selamanya
Ku mahu cinta Yesus selamanya
Meskipun badai silih berganti dalam hidupku
Ku tetap cinta Yesus selamanya

Ya Abba Bapa ini aku anak-Mu
Layakkanlah seluruh hidupku
Ya Abba Bapa ini aku anak-Mu
Pakailah sesuai dengan rencana-Mu

Ku mahu cinta Yesus selamanya
Ku mahu cinta Yesus selamanya
Meskipun badai silih berganti dalam hidupku
Ku tetap cinta Yesus selamanya

Ya Abba Bapa ini aku anak-Mu
Layakkanlah seluruh hidupku
Ya Abba Bapa ini aku anak-Mu
Pakailah sesuai dengan rencana-Mu
Pakailah sesuai dengan rencana-Mu

3

PEMBUKAAN

P: Demi nama Bapa, Putera dan Roh Kudus.

U: Amin

P: Semoga rahmat dan damai Tuhan beserta saudara-saudari
sekalian.

U: Sekarang dan selama-lamanya.

P: Saudara Jacky dan Saudari Melveroline, para ahli keluarga
dan hadirin sekalian yang dikasihi: Pertunangan adalah
langkah pertama ke arah perkahwinan bahagia. Walaupun
sudah sewajarnya kita mengharapkan tunangan berdua ini
nanti diikat dalam perkahwinan dan sama-sama menempuhi
jalan hidup bahagia, namun ajaran gereja dengan tegas
menyatakan bahawa pertunangan bukan janji atau sumpah
untuk perkahwinan. Kerana itu, jika kemudian ternyata

4

bahawa Tuhan mengkehendaki agar mereka memilih teman
hidup yang lain, maka mereka masing-masing bebas, tidak
ada soal ingkar akan janji atas sumpah setia.

Apabila kita bersama-sama menyampaikan doa restu atas
saudara-saudari berdua ini, kita memohon kepada Tuhan
untuk membimbing mereka ke arah perkahwinan yang
bahagia, sesuai dengan kehendak-Nya yang kudus dan
berguna bagi keselamatan mereka berdua.

P: Marilah berdoa;

Allah yang mahakuasa dan kekal, Engkau mengkehendaki
agar manusia sendiri mencari jalan kehidupannya.
Sebahagian besar kebahagiaan atau kemalangan bergantung
dari kami sendiri, sebab cara kami mengatur kehidupan itu
ada di tangan kami sendiri.

Maka kerana itu kami mohon kepada-Mu bagi pertunangan
di antara Jacky dan Melveroline, sudilah memberkati mereka

5

yang mahu mempersiapkan diri untuk mencari jalan
kehidupan yang akan membahagiakan mereka. Sudilah
mendampingi mereka dengan rahmat-Mu agar mereka
menggunakan tenaga dan fikiran mereka dengan baik dan
menjadi bahagia bersama-sama.

Demi Kristus, pengantara kami.

U: Amin

BACAAN KITAB SUCI

P: Saudara-saudari sekalian, dasar hidup bahagia ialah
mengamalkan cinta kasih. Marilah kita mendengarkan dan
merenungkan sabda Allah mengenai cinta kasih itu.

PEMBACAAN
Dipetik dari surat pertama Rasul Paulus kepada umat di
Korintus 13:1, 4-8

6

“Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak cemburu.
Sekalipun aku dapat berkata-kata dengan semua bahasa
manusia dan bahasa malaikat, tetapi jika aku tidak
mempunyai kasih, aku sama dengan gong yang
berkumandang dan canang yang gemerincing.

Kasih itu sabar; kasih itu murah hati; ia tidak cemburu; ia tidak
memegahkan diri dan tidak sombong; ia tidak melakukan
yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri;
ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain;
ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tetapi kerana
kebenaran. Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala
sesuatu, mengharapkan segala sesuatu, sabar menanggung
segala sesuatu. Kasih tidak berkesudahan, Nubuat akan
berakhir, bahasa Roh akan berhenti, pengetahuan akan
lenyap.”

Demikianlah sabda Tuhan.

U: Syukur kepada Allah.

7

BACAAN INJIL
Dipetik dari Injil karangan Santo Yohanes 15:12-16

“Inilah perintah-Ku, iaitu supaya kamu saling mengasihi,
seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih
besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya
untuk sahabat-sahabatnya. Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau
kamu berbuat apa yang Ku perintahkan kepadamu, Aku tidak
menyebut kamu lagi hamba, sebab hamba tidak tahu apa
yang diperbuat oleh tuannya, tetapi Aku menyebut kamu
sahabat, kerana Aku telah memberitahu kepadamu segala
sesuatu yang telah Ku dengar dari BapaKu.”

P: Demikianlah sabda Tuhan

U: Terpujilah Kristus.

HOMILI/PENGAJARAN SINGKAT

8

TUKAR CINCIN/HADIAH

P: Cincin-cincin (dan hadiah-hadiah) yang saling saudara Jacky
dan saudari Melveroline serahkan adalah tanda dan lambang
cinta kasih dan sekaligus juga tanda dan lambang
penghargaan akan bimbingan Tuhan ke arah perkahwinan
bahagia.

P: Marilah berdoa;

Allah yang mahakuasa dan kekal, sudilah menjadikan cincin
dan hadiah ini sebagai lambang cinta kasih mereka antara
satu sama lain. Semoga hidup mereka berlandaskan cinta
yang sejati dan murni.

Ya Tuhan, berkatilah mereka yang mengharapkan bimbingan-
Mu ke arah perkahwinan bahagia supaya mereka mengatur
jalan hidup mereka sesuai dengan kehendak-Mu yang kudus.

Demi Kristus, pengantara kami.

9

U: Amin.

(Cincin-cincin/hadiah-hadiah dipercik dengan air berkat.
Sesudah itu, tunangan lelaki menyarungkan cincin kepada jari
manis tangan kanan tunangan wanita dan/atau
menyerahkan hadiah kepadanya. Sementara itu pemimpin
berkata;)

P: Semoga Tuhan memberkati cita-cita yang kini saudara
saudari nyatakan.

DOA UMAT

P: Marilah kita sekarang mendoakan saudara-saudari yang
bertunang ini:

Ya Tuhan, penuhilah kedua-dua saudara-saudari yang

bertunang ini dengan berkat Ilahi-Mu supaya mereka menjadi

bahagia.

10

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Berilah mereka damai ya Tuhan dan jauhkanlah mereka dari
segala yang dapat menghalang kebahagiaan hidup mereka.

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Tolonglah mereka dalam segala kesulitan dan kecemasan
terutama dalam masa persiapan ini.

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Ajarilah mereka supaya mereka dapat mengatur hidup sesuai
dengan kehendak-Mu yang kudus.

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Nyalakanlah dalam hati mereka api cinta dan belas kasihan

yang tidak akan padam.

11

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Lindungilah mereka seperti Engkau melindungi Maria dan
Yosef di masa pertunangan mereka.

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Semoga mereka menjadi sukacita bagi ibu bapa mereka dan
menerima ganjaran daripada-Mu kerana menghormati
mereke.

U: Kami mohon, kabulkanlah doa kami ya Tuhan.

P: Allah yang maha kuasa dan maha baik, sudilah mengabulkan
doa-doa kami bagi saudara-saudari berdua ini. Bukalah pintu
belas kasihan-Mu dan berilah mereka harta kebaikan-Mu
yang tidak terhingga. Peliharalah mereka dan seluruh kaum
muda dengan bantuan rahmat-Mu.

12

Demi Kristus, pengantara kami.

U: Amin

PENUTUP

P: Semoga saudara-saudari dilimpahi berkat Allah yang
mahakuasa dan semoga cinta kasih-Nya dicurahkan dalam
hati saudara saudari.

Demi Kristus, pengantara kami.

U: Amin

P: Saudara saudari sekalian, semoga rahmat Allah yang
maha kuasa menyertai kita.

Demi nama Bapa, Putera dan Roh Kudus.

U: Amin

13

P: Dengan ini upacara pertunangan antara Jacky dan
Melveroline sudah selesai. Semoga damai Kristus menyertai
kita semua.

U: Amin
LAGU PENUTUPAN: DALAM YESUS (M/S: 15)

14

LAGU PENUTUPAN

Dalam Yesus
Dalam Yesus kita bersaudara
Dalam Yesus kita bersaudara
Dalam Yesus kita bersaudara,

sekarang dan selamanya
Dalam Yesus kita bersaudara.

Dalam Yesus ada sukacita
Dalam Yesus ada sukacita
Dalam Yesus ada sukacita,
sekarang dan selamanya
Dalam Yesus ada sukacita.

15


Click to View FlipBook Version