KERTAS KONSEP
PROGRAM TV PSS BATU 8 CHANNEL
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8, CHANGLUN
06010, CHANGLUN KEDAH DARULAMAN
1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan dan
kelulusan daripada Tuan Guru Besar dan memanjangkan permohonan untuk
mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan daripada agensi tertentu untuk
mengadakan Projek TV PSS Batu 8 Channel, SK Batu 8, Changlun
2.0 PENGENALAN
TV PSS adalah satu projek khas inovasi Pusat Sumber Sekolah bagi
menyokong PdPc Abad ke-21 berasaskan ICT yang mampu mendepani cabaran
perkembangan digital dunia tanpa sempadan.
Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut
menjadi semakin penting pada masa kini. Kepentingan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21
yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan.
Oleh yang demikian, pihak sekolah SK Batu 8, Changlun melalui Unit Pusat
Sumber Sekolah berhasrat untuk mengangkat program TV PSS sebagai satu
program pembelajaran berterusan sebagai satu strategi penting bagi menyokong
peningkatan kemahiran yang lebih kompleks terutama sekali bagi menyediakan
pelajar yang berdaya saing di abad ke-21.
3.0 VISI
Memacu aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang berimpak tinggi dan bertaraf
antarabangsa
4.0 MISI
Melestarikan kemenjadian murid berteraskan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21
5.0 MATLAMAT
Membentuk murid-murid yang mempunyai nilai tambah berkualiti serta mampu
bersaing di pasaran terbuka selepas alam persekolahan dan mempunyai jati diri
yang beracuan negara Malaysia
KERTAS KONSEP PROGRAM
1 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
6.0 HALA TUJU
Mengangkat taraf TV PSS ke peringkat Antarabangsa dan mampu mendepani
cabaran perkembangan digital dunia tanpa sempadan seiring dengan
pembelajaran abad ke-21.
7.0 OBJEKTIF
i. Melatih murid berkomunikasi bertepatan dengan kemahiran literasi maklumat
di sekolah serta meningkatkan keyakinan diri dalam bidang media dan
pengacaraan.
ii. Melahirkan murid yang berani dan mampu mendepani cabaran serta
Menyokong ciri-ciri dan kemahiran pembelajaran abad ke-21
iii. Memupuk kreativiti dan pemikiran kritis di kalangan murid serta mampu
memberikan idea secara spontan.
iv. Membudayakan sifat kerja kolaboratif di kalangan murid dan organisasi serta
masyarakat.
v. Melahirkan murid yang mampu berdiri dengan sendirinya dan mahir dalam
penghasilan video kreatif bagi menyampaikan maklumat kepada semua
golongan.
vi. Merupakan satu medium yang membolehkan warga sekolah dan waris pelajar
mendapatkan maklumat tentang aktiviti sekolah.
vii. Menyokong ciri-ciri serta kemahiran pembelajaran abad ke -21.
8.0 CADANGAN AKTIVITI
Diantara aktiviti yang akan dijalankan melalui Program TV PSS ini adalah :
1. Pencarian KRU
Guru membuat pemilihan murid yang berminat untuk menyertai TV PSS
2. Mesyuarat Agung
Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) TV PSS dikalangan murid
3. Latihan/Kursus/Bengkel
Meningkatkan kemahiran murid di dalam proses penerbitan video.
4. Terbitan Bahan PdPc
Bahan sokongan kepada guru dan murid di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
KERTAS KONSEP PROGRAM
2 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
5. Dokumentasi
Setiap aktiviti dan program sekolah akan didokumentasikan.
6. Pertandingan
Sokongan dan penggerak kepada sekolah di dalam menyertai pertandingan
berbentuk video.
7. Studio HUB PdPc Abad Ke-21
Menjadikan studio tempat yang menarik untuk membuat PdPc dan berkongsi
kepakaran penerbitan video kepada guru dan murid.
8. Penghargaan
Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada murid yang menyertai TV PSS
diatas khidmat bakti yang diberikan.
9.0 SUMBER/IMPLIKASI KEWANGAN
9.1 Sumber kewangan bagi melaksanakan program ini adalah menggunakan
peruntukan kerajaan mengikut Surat Siaran dan Pekeliling yang berkuat
kuasa dan sumbangan Agensi/individu
9.2 Keseluruhan kos pelaksanaan program ini melibatkan RM 4150.00.
BIL ITEM KUANTITI HARGA JUMLAH
1 Lampu pencahayaan (RM) (RM)
2 RM 150.00 RM 300.00
2 Wireless Mic 1 RM 150.00 RM 150.00
3 Banner/Backdrop/Label Studio 2 RM 100.00 RM 200.00
4 Ruang Temuramah (Meja & 1 RM 300.00 RM 300.00
Kerusi)
5 Komputer Suntingan 1 RM 2500.00 RM 2500.00
6 Alat Rakaman Asas 1 RM 200.00 RM 200.00
7 Set Green Screen 1 RM 500.00 RM 500.00
JUMLAH RM 4150.00
KERTAS KONSEP PROGRAM
3 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
10.0 JAWATANKUASA PROGRAM
PENASIHAT : Cikgu Mafezzul bin Mohamad
PENGERUSI Guru Besar
TIMB. PENGERUSI 1
TIMB PENGERUSI 2 : Cikgu Mahazir bin Ramlee
PENYELARAS Penolong Kanan Pentadbiran
SETIAUSAHA
: Cikgu Rosita binti Ahmad
Penolong Kanan HEM
: Hafizfuddin bin Saad
Penolong Kanan Kokurikulum
: Cikgu Nuruljannah Abu Seman
Penyelaras PSS
: Cikgu Norimani binti Ahmad
BENDAHARI : Cikgu Naritashema bt. Samsuddin
AHLI JAWATANKUASA : Cikgu Masrol Nizam Mastafar
Editor /ICT Based Learning Cikgu Mohd. Saputra b Ahmad
Kewartawanan : Cikgu Norimani binti Ahmad
Teknikal : Cikgu Ishak B. Ibrahim
Studio : Cikgu Maizatul Azlina binti Hj Arshad
KRU TV PSS : Cikgu Nuruljannah Abu Seman
KERTAS KONSEP PROGRAM
4 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
11.0 STRATEGI PELAKSANAAN
STRATEGI TINDAKAN
Plan • Perbincangan dengan pengurusan sekolah
• Mesyuarat bersama pengurusan sekolah
• Lantikan AJK
Do • Draf kertas kerja
• Lantikan krew (Sesi temuramah)
• Mencipta nama dan logo TV PSS
• Mendaftar Channel di You Tube
Check • Menyemak keperluan.
i. Alatan
ii. Pakaian
iii. Kemahiran
iv. Tenaga kerja
v. Tempat/bilik studio
• Kemaskini kertas kerja
Action • Pembelian peralatan
• Kursus/bengkel
• Rakaman dan suntingan
11.0 PELAN RISIKO
ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI RISIKO
Kewangan Peruntukan Mengubahsuai aktiviti/program
tidak dengan mengoptimumkan
disediakan penggunaan peruntukan sedia ada
Mengenalpasti dan melaksanakan
aktiviti/program mengikut
keutamaan
Pengetahuan Guru kurang Melaksanakan Self Direct
kompetensi memahami Learning.
profesionalisme guru. budaya kerja
dan kemahiran Menganjurkan kursus atau
dalam bidang seminar di peringkat sekolah
yang
diperlukan. Mengadakan program jalinan dan
jaringan
KERTAS KONSEP PROGRAM
5 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
13.0 PENUTUP
Program TV PSS ini merupakan platform terbaik sebagai satu strategi
penting bagi menyokong peningkatan kemahiran yang lebih kompleks terutama
sekali bagi menyediakan pelajar yang berdaya saing di abad ke-21.
Bagi merealisasi matlamat ini, kerjasama dan sokongan yang berterusan
dan berkesan adalah kunci yang diperlukan. Sehubungan dengan itu, semua
pihak diharapkan dapat memberikan kerjasama dan komitmen terbaik dalam
melaksanakannya. Semoga program ini akan dapat berjalan dengan jayanya serta
mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.
KERTAS KONSEP PROGRAM
6 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH
14.0 PENGESAHAN, SEMAKAN, SOKONGAN DAN KELULUSAN
A. Disediakan oleh :
_____________________________
()
B. Ulasan Ketua Unit Pentadbiran:
Tarikh :
Tandatangan:_______________________
C. Kelulusan oleh Guru Besar :
Kertas kerja/Program/Aktiviti ini diluluskan/tidak diluluskan.
Tarikh :
Tandatangan:_______________________
KERTAS KONSEP PROGRAM
7 PROGRAM TV PSS SK BATU 8, CHANGLUN, KEDAH