The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizwajdiy, 2022-06-02 00:56:46

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

1

MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE – 47 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8, CHANGLUN KEDAH

TARIKH : 2 JUN 2022
HARI : KHAMIS

MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN HJ AHMAD KASA,

SK BATU 8 CHANGLUN

1

ISI KANDUNGAN PERKARA 2
BIL
MUKA SURAT
1. Notis Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 kali ke-47 2022
2. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 kali ke-47 2022 3
3 Tentatif Program 4
4. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batu 8 Sesi 2021-2023 7
5. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Batu 8 Kali Ke-47 Tahun 2022 8
6. Laporan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Batu 8 Tahun 2022 9
7. Penyata kewangan PIBG SK Batu 8 berakhir 31 Disember 2021 13
8. Usul dan cadangan Waris 15
9. Usul dan cadangan AJK PIBG 16
10. Penghargaan 17
18

2

3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8,

06010 CHANGLUN,

KEDAH DARUL AMAN

No. Tel/Faks : 04-9244278

Emel : [email protected]

________________________________________________________________________________

Rujukan : SKBL100-3/1/4(4)

Tarikh : 12 Mei, 2022

Ibu bapa / Waris / Guru

Sekolah Kebangsaan Batu 8, Changlun

Tuan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8 KALI KE-47
TAHUN 2022

Perkara di atas adalah dirujuk.

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 8, Kali ke-47, 2022 akan diadakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 02 Jun, 2022 ( Khamis )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Haji Ahmad Kasa, SK Batu 8
2. Sehubungan dengan itu, tuan selaku ahli PIBG Sekolah Kebangsaan Batu 8 adalah dijemput
untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut.
3. Bersama-sama notis mesyuarat ini juga dilampirkan surat jawapan untuk mengesahkan
kehadiran tuan ke mesyuarat agung nanti. Sekiranya tuan mempunyai sebarang usul atau cadangan
sila tuliskan pada ruangan kosong bersama-sama surat jawapan. Tuan sebagai pembawa usul juga
perlu hadir ke mesyuarat agung nanti untuk membincangkan usul tersebut.
4. Usul atau cadangan hendaklah dikembalikan kepada guru kelas anak tuan untuk dipanjangkan
kepada Setiausaha PIBG. Usul atau cadangan tersebut perlu sampai kepada Setiausaha PIBG selewat-
lewatnya pada hari Ahad, 21 Mei, 2022.
5. Kerjasama dan sokongan tuan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”

Yang menjalankan amanah,

........................................................
(DATUK HJ SAMSUDDIN BIN HJ AHMAD)
YANG DI-PERTUA PIBG,
Sekolah Kebangsaan Batu 8,
06010 Changlun Kedah.

3

4

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47, TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8, 06010 CHANGLUN

KEDAH DARUL AMAN
2 JUN 2022 ( KHAMIS )
DEWAN HAJI AHMAD KASA, SK BATU 8

Penasihat : Cikgu Mafezzul bin Mohamad (Guru Besar)
Pengerusi
Naib Pengerusi : Datuk Haji Samsuddin bin Hj Ahmad (YDP PIBG)
Setiausaha
Bendahari : En. Nik Kun bin Nik Man (NYDP)

: Cikgu Mahadzir bin Abd Hamid

: Cikgu Naritashema binti Samsuddin

SENARAI AJK DAN DISKRIPSI TUGAS

AJK Sambutan : PKP Penyambut Tetamu / VIP
Memilih murid dan menyiapkan murid untuk
Cikgu Mahazir bin Ramlee sambutan
Cikgu Rusita bt Ahmad
Ustaz Hafizfuddin bin Saad - Bunga manggar (2 murid lelaki)
Cikgu Mahadzir bin Abd Hamid - Bunga telur (2 murid perempuan)
AJK PIBG ( Waris) - Sirih junjung (2 murid perempuan)
Cikgu Nor Asma binti Baharom
Ustazah Sharfiza bt Shariff - Menyediakan manisan
- Menyediakan borang pendaftaran kehadiran
AJK Pendaftaran Waris / Sambutan : PK HEM jemputan secara online.
-Scan QR Code untuk isi kehadiran
Cikgu Maznah bt Md Zin (K) -sediakan laptop untuk isi kehadiran
Cikgu Nasterah bin Bakar -Mendaftar kehadiran waris
Cikgu Dg Shahirah Afiqa bt Pg Abd Rahman -Menyambut kehadiran waris

AJK Gimik Perasmian : PK KO Menyediakan gimik pelancaran Smart Edu Tech
Program & FELDA Digital Maker Hub Robotic
Cikgu Ishak bin Ibrahim (K)
Cikgu Maizatul Azlina binti Hj Arshad
Cikgu Nuruljannah binti Abu Seman
Cikgu Masrol Nizam bin Mastafar

4

5

AJK Persiapan tempat dan meja mesyuarat : PK
KO

Cikgu Mohd Asyik bin Ishak (K) Menyusun meja dan kerusi di dalam dewan
Ustaz Ahmad Razman bin Abd Razak Menyusun meja dan kerusi untuk mesyuarat
Ustaz Zulkifli bin Ahmad Memastikan dewan dan persekiran dewan dalam
Cikgu Mohd Saputra bin Ahmad keadaan bersih dan ceria.
Ustaz Amir bin Abdul Aziz

AJK pentas / ‘back drop’ / Banner : PK KO

Cikgu Noraini bt Ahmad (K) Menempah banner
Cikgu Norjannah binti Othman Memasang banner serta menghias pentas
Cikgu Norhaliza bt Shaari Menyediakan peralatan yang perlu untuk perhiasan
Puan Rohana binti Ahmad pentas
Ustazah Noriza bt Mohd Akhir Menyediakan pentas untuk persembahan di bawah
Ustazah Noorlizawati bt Harun dewan

AJK Jamuan Waris dan Guru : PK HEM Mengenal pasti tempat untuk menyediakan makanan
Menyediakan peralatan seperti pinggan, gelas dan
Cikgu Siti Rahmat bt Hj. Kasim (K) lain lain
Cikgu Naritashema binti Samsuddin
Cikgu Norlila bt Zulkifli
Ustazah Sharifah binti Shaadan
Ustzah Umi Kalsom bt Othman
Ustazah Salina bt Abdul Samad
Pn Che Ton binti Ismail

Juruacara : PK HEM Menyediakan teks pengacara majlis
Pn. Aznita binti Ahmad Mengacarakan majlis daripada awal hingga ke akhir

AJK Siaraya : PK KO Menyediakan peralatan siaraya seperti keperluan
majlis
Cikgu Masrol Nizam bin Mastafar (K) Memastikan peralatan berfungsi dengan baik
Cikgu Mahadzir bin Abdul Hamid sepanjang majlis berlangsung.
Cikgu Nor Imani bin Ahmad Menyusun slide dalam perisian OBS/ Slide Power
Cikgu Nuruljannah binti Abu Seman Point mengikut tentatif program

5

AJK Buku Mesyuarat : PK KO 6
Cikgu Mahadzir bin Abd Hamid (K)
Menyediakan buku mesyuarat yang lengkap dengan
AJK Pencatat Minit : PK PENTADBIRAN segala maklumat.
Cikgu Norjanah binti Othman Mencetak bilangan buku mesyuarat mengikut
Ustazah Sharfiza bt Shariff keperluan mesyuarat
Cikgu Nor Asma binti Baharom
Mencatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat
berlangsung.

Bacaan doa : PK PENTADBIRAN Membaca doa semasa permulaan majlis.
Ustaz Mohd Khairuddin bin Hj Hasan

AJK Cenderamata VIP, Cenderamata Hari Guru Mengenal pasti dan menyediakan cenderamata yang
dan Sijil : PK HEM hendak diberi kepada tetamu undangan.
Menyediakan sijil
Cikgu Naritashema binti Samsuddin
Pn Enny Syaffrina binti Abdullah

AJK Dokumentasi dan Fotografi : PK P Menyediakan satu salinan dokumentasi perjalanan
mesyuarat.
Ustazah Nor Suzana bt Saidin (K) Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas
Ustazah Harisshun bt Abu Hassan mesyuarat.
Cikgu Faiqah binti Mohd Faudzi Merekod video persembahan dan gimik pelancaran.
Cikgu Asmirul bin Ahmad Wahab
Mencari penyumbang untuk hadiah sempena program
AJK Cabutan Bertuah : PK HEM Menyediakan dan melaksanakan cabutan bertuah
ketika program.
Cikgu Naritashema binti Samsuddin
AJK PIBG

6

2.30 ptg 7
3.00 ptg
Tentatif program
4.00 ptg
6.00 ptg - Pendaftaran
- Ketibaan VIP diringi Kumpulan Warisan Gendang Silat Felda Laka

Selatan dan pasukan Tomoi Sobandit Lembah Palas
- Nyanyian lagu Negaraku
- Persembahan Tomoi Sobandit Lembah Palas dan Kumpulan Warisan

Gendang Silat Felda Laka Selatan
- Aluan pengerusi majlis
- Bacaan Doa oleh Ustaz Khiruddin bin Hassan
- Laporan Cikgu Mafezzul binti Mohamad, Guru Besar SK Batu 8
- Ucapan Datuk Hj Samsuddin bin Hj Ahmad, YDP PIBG SK Batu 8
- Selingan : Persembahan oleh Band Seri Telipung ,Felda Batu 8
- Ucapan Perasmian oleh Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar, Pengarah

Besar Felda
- Penyerahan Mock Cheque dan komputer riba untuk program Felda

Digital Maker Hub oleh Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar, Pengarah
Besar Felda, kepada Guru Besar
- Penyampaian cenderamata kepada guru oleh Dato’ Amiruddin bin
Abdul Sattar, Pengarah Besar Felda, sempena sambutan Hari Guru 2022
- Penyerahan Mock Cheque Smart Edu Tech Program kepada YDP PIBG
- Penyampaian cenderamata kepada Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar,
Pengarah Besar Felda
- Persembahan oleh Band Seri Telipung SK Batu 8
- Nyanyian Lagu Negeri Kedah
- VIP diiring ke kelas 4 Kreatif dan bilik robotik untuk simulasi
pembelajaran Smart Edu Tech Program dan Felda Digital Maker Hub
- Mesyuarat dimulakan
- Bersurai

7

8

AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BATU 8, CHANGLUN SESI 2021 -2023

Bil Nama Jawatan
1 En. Mafezzul bin Mohamad Penasihat (GB)
2 Datuk Hj. Samsuddin bin Hj. Ahmad Yang Dipertua
3 En. Nik Kun bin Nik Man Naib Yang Dipertua
4 En. Mahazir bin Ramlee PK 1
5 Pn. Rusita binti Ahmad PK HEM
6 Ust Hafizfuddin bin Saad PK KO
7 En. Mahadzir bin Abd Hamid Setiausaha
8 Pn. Naritashema binti Samsuddin Bendahari
9 En. Asmirul bin Ahmad Wahab AJK (Guru)
10 En. Mohd Saputra bin Ahmad AJK (Guru)
11 Pn. Nor Suzana binti Saidin AJK (Guru)
12 Pn. Norjanah binti Othman AJK (Guru)
13 Pn. Siti Rahmat binti Hj. Kasim AJK (Guru)
14 Pn. Salina binti Abdul Samad AJK (Guru KAFA)
15 Tn. Hj. Dewa bin Yahya AJK (Waris)
16 En. Mohd Yusoff bin Idris AJK (Waris)
17 En. Abd Rahman bin Hj Ahmad AJK (Waris)
18 Pn. Robiza binti Abdullah AJK (Waris)
19 Pn. Enny Syaffrina binti Abdullah AJK (Waris)
20 Pn. Che Ton binti Ismail AJK (Waris)
21 Pn. Zaharah binti Ali AJK (Waris)

8

9

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2020 - 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8, CHANGLUN KEDAH

(GOOGLE MEET)

Tarikh : 26 Jun, 2021
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Kehadiran Ahli : 98 orang
Kehadiran AJK : Semua hadir
Tidak hadir : Tiada

I Ucapan Aluan YDP PIBG

1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran guru besar, naib Yang

DiPertua PIBG, barisan penolong kanan, setiausaha, bendahari, para AJK waris dan guru serta

menyatakan kesyukuran serta terima kasih atas penyertaan para ibu bapa waris ke mesyuarat agung
yang diadakan secara ‘Google Meet’.

Beliau juga menyatakan bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan mesyuarat pada kali ini yang
sepatutnya diadakan pada tahun 2020 telah ditunda ke 2021 lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dan arahan daripada KPM yang tidak membenarkan sebarang bentuk perhimpunan bersemuka
diadakan di sekolah . Keadaan yang perlu diterima oleh semua pihak. Beliau juga meminta agar
semua berdoa supaya Covid-19 segera berakhir . Bacaan Alfatihah oleh semua yang menyertai
mesyuarat.

II Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-44 2019

2 Encik Mahadzir bin Abd Hamid, Setiausaha PIBG, membentangkan minit mesyuarat kali ke-44
untuk disemak dan disahkan.

3 Encik Abd. Rahman bin Hj. Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat di terima dan
disahkan.

Encik Azrimal Safizal menyokong.

III Perkara-perkara Berbangkit

4 Tiada perkara berbangkit bagi minit mesyuarat kali ke-44 kerana setiap isu dan masalah telah
diambil maklum serta diselesaikan dengan baik.

IV Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2019 dan
Berakhir pada 31 Disember 2020

9

10

5 Puan Naritashema binti Samsuddin, Bendahari PIBG, membentangkan penyata
kewangan untuk disemak dan disahkan.

6 Puan Siti Shuhailah binti Azudin mencadangkan agar penyata diterima dan disahkan.
Encik Mohd Firdaus bin Salim menyokong.

V Pembubaran Jawatan Kuasa PIBG Sesi 2018 - 2020

7 Datuk Hj. Samsuddin bin Hj. Ahmad, YDP PIBG mengumumkan pembubaran Jawatan Kuasa
PIBG Sesi 2018 – 2020. Mesyuarat sebulat suara melantik Encik Mafezzul bin Mohamad, Guru
Besar SK Batu 8 sebagai pengerusi majlis.

8 Encik Anuar bin Idris, mencadangkan agar AJK yang masih mempunyai anak bersekolah
dilantik semula untuk sesi 2021 – 2023. Guru Besar bersetuju dengan cadangan dan menambah
supaya dilantik juga AJK yang sedia ada serta meminta sokongan.

Encik Mohd Firdaus bin Salim menyokong.

9 Puan Zaharah binti Ali, mencadangkan agar AJK dilantik dalam kalangan waris yang ada anak
bersekolah. Mesyuarat bersetuju.

10 Encik Mafezzul mencadangkan agar dilantik 3 daripada 6 orang AJK yang dilantik ada anak
bersekolah. Mesyuarat bersetuju.

11 Norjaimee Yusof mencadangkan Che Ton Ismail waris ( Nur Aishah Yusrina 1 Inovatif)
sebagai AJK. Mesyuarat bersetuju.

12 Datuk Hj. Samsuddin bin Hj. Ahmad mencadangkan Puan Zaharah binti Ali, Encik Abd
Rahman bin Hj. Ahmad sebagai AJK baharu serta mengekalkan Tuan Hj. Dewa bin Yahaya dan
Encik Mohd Yusof bin Idris sebagai AJK. Mesyuarat bersetuju sebulat suara.

VI Membentang dan Membahaskan Usul serta Cadangan

Usul

13 Datuk YDP menyatakan sumbangan PIBG RM20.00. Setiausaha menjelaskan jumlah
sumbangan ialah RM35.00 setahun termasuk RM10.00 untuk photostat dan RM5.00 untuk ICT.

14 Puan Norjaimee mencadangkan jumlah dinaikkan kepada RM50.00 setahun. Sokongan oleh
Puan Che Ton binti Ismail dan Ustazah Salina binti Abd Samad.

15 Datuk YDP meminta agar usul ini dibawa ke PPD.

10

11

Cadangan

16 Puan Nurjaimee binti Yusof menyatakan bahawa bahan untuk PdPR perlu dicetak sedangkan
kedai komputer ditutup. Beliau menyokong pemberian modul kepada murid-murid.

Guru Besar memaklumkan sekolah perlu mendapat arahan KPM untuk pergerakan guru dan waris ke
sekolah. Bagi murid yang tiada modul bolehlah menggunakan buku aktiviti dan buku teks. Sekiranya
mempunyai sebarang masalah boleh hubungi guru besar. Beliau nmengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa dan waris atas kerjasama dalam memudahkan PdPR anak-anak. Beliau
memaklumkan bahawa sehingga awal Jun Cuma 24 orang sahaja yang tidak menyertai PdPR dan
meminta para ibu bapa dan waris bersabar menghadapi PdPR sehingga 16 Julai 2021.

17 Puan Nurjaimee mencadangkan nombor akaun PIBG diletakkan pada ‘facebook’ sekolah
bertujuan supaya sesiapa sahaja yang ingin menginfakkan atau menderma kepada sekolah boleh
berbuat demikian pada bila-bila masa.

Datuk YDP mencadangkan supaya derma disalurkan melalui aplikasi ‘WhatsApp’ kelas
masing-masing dengan meletakkan nombor akaun PIBG dalam ‘group’ atau melalui ‘facebook’
sekolah.

Guru Besar memaklumkan bahawa ‘facebook’ sekolah telah diwujudkan dan perkara ini akan
diambil perhatian.

18 Puan Alina bertanyakan tentang surat untuk hadir ke sekolah mengambil modul.
Guru besar memberitahu arahan melalui ‘WhatsApp’ boleh ditunjukkan sekiranya diminta oleh

pihak berkuasa.

19 Puan Monaslila Mahmud bertanyakan tentang masalah talian Internet dan ketiadaan gajet.
Guru besar meminta kepada waris yang menghadapi masalah tersebut atau mendengar tentang

masalah tersebut supaya memaklumkan kepada pihak sekolah.
Datuk YDP bertanyakan tentang bantuan gajet.
Guru Besar memaklumkan tiada bantuan setakat ini cuma kutipan data sahaja yang telah

dihantar.

20 Puan Nurjaimee memaklumkan bahawa kod sekolah boleh digunakan untuk memperolehi
Internet daripada syarikat telekomunikasi YES.

Guru Besar memberitahu belum ada maklumat bantuan daripada syarikat tersebut.

VII Hal lain

21 Encik Mahadzir bin Abd Hamid, Setiausaha PIBG, mengucapkan terima kasih kepada semua
atas lantikan semula sebagai setiausaha.

22 Encik Nik Kun bin Nik Man, Naib Yang Di-Pertua PIBG, mengucapkan tahniah kepada
pentadbir dan semua guru atas 90% penyertaan murid dalam PdPR.

23 Datuk YDP mengucapkan tahniah atas pelantikan Encik Nik Kun bin Nik Man sebagai
Timbalan Pengurus Besar MADA bahagian teknikal.

11

12

24 Puan Che Ton binti Ismail mengucapkan terima kasih kerana dilantik sebagai AJK yang baharu
dan berjanji akan berusaha memberikan sumbangan kepada pihak sekolah.

25 Encik Abd Rahman bin Hj. Ahmad, mengucapkan tahniah kepada PIBG kerana dapat
mengadakan mesyuarat dan terima kasih atas pelantikan beliau sebagai AJK yang baharu.

26 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan waris yang turut serta dalam
mesyuarat ini serta tahniah kepada AJK yang baharu dilantik dan AJK lama yang dilantik semula.
Sejak tahun 2018 beliau memaklumkan PIBG berjalan dengan baik. Sejak setahun lebih yang lalu
banyak program dan aktiviti yang telah dirancang tergendala akibat pandemik Covid-19. Namun
begitu beberapa aktiviti menambah baik sekolah seperti mengecat semula bangunan sekolah dan
kemudahan ICT telah dibuat.

Pihak sekolah juga telah mewujudkan saluran ‘Youtube’ sekolah iaitu Batu 8 ‘Channel’ bertujuan
untuk berkongsi bahan-bahan pembelajaran dengan murid. Selain itu studio rakaman khas untuk guru
dan murid telah diadakan yang menggunakan konsep asas sahaja iaitu ‘green screen’ dan ‘lighting’.

Beliau mengharapkan saluran Youtube sekolah ini akan menjadi tumpuan ramai. Beliau
memaklumkan tentang saluran Didik TV yang menayangkan tentang info pendidikan serta boleh
ditonton oleh semua murid di televisyen. Beliau juga memaklumkan bahawa Ustaz Hafizfuddin bin
Saad, Penolong Kanan Ko Kurikulum yang baharu merupakan seorang personaliti dan penyampai di
saluran Didik TV tersebut.

27 Guru Besar membacakan senarai AJK yang baharu.

VIII Ucapan Penangguhan

Datuk Hj. Samsuddin bin Hj. Ahmad, YDP PIBG, mengucapkan terima kasih atas

kepimpinan guru besar dan komitmen yang baik semua guru dan warga sekolah. Beliau juga mengucapkan

terima kasih atas penyertaan ibu bapa dan waris ke mesyuarat yang julung kali diadakan secara atas talian iaitu
‘Google Meet’.

Beliau juga memaklumkan bahawa kedudukan kewangan PIBG tidak kukuh dan memohon supaya
waris dapat menjelaskan sumbangan PIBG setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.50 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………….. ………………………………………………….
(MAHADZIR BIN ABD HAMID) (DATUK HJ. SAMSUDDIN BIN HJ. AHMAD)
Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Batu 8, Sekolah Kebangsaan Batu 8,
06010, Changlun Kedah 06010, Changlun Kedah

12

13

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 8 2022

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Batu 8 sentiasa berusaha untuk meningkatkan sahsiah dan
pencapaian akademik murid-murid terutamanya dalam menghadapi anjakan pendidikan selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu,
pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan. Antara program yang telah dan akan dijalankan ialah:

1 PROGRAM FELDA DIGITAL MAKER HUB: CODING & ROBOTIC
Sekolah Kebangsaan Batu 8 telah terpilih untuk program Felda Digital Maker Hub. Inisiatif ini akan
menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum melalui kelab robotik di 270 buah sekolah kebangsaan di
kawasan rancangan FELDA. Ia adalah usaha FELDA dalam memacu generasi baharu kea rah IR4.0 dan
mesra teknologi. Seorang guru RBT, Cikgu Ishak bin Ibrahim telah menghadiri kursus berkaitan
pengoperasian program tersebut. Sebuah bilik operasi untuk program tersebut juga telah diwujudkan.
Yang Berbahagia Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar, Pengarah Besar Felda telah berbesar hati
menyumbang sebanyak RM 15,000 untuk peralatan robotik program tersebut. Diharapkan program akan
berjalan lancar dan seterusnya dapat melahirkan generasi pelajar yang berkebolehan untuk mengendalikan
peralatan berkaitan robotik sesuai dengan keperluan perindustrian negara.

2 SMART EDU TECH PROGRAM
Program pembelajaran berasaskan penggunaan smart TV yang ditempatkan di setiap kelas. Buat masa ini
smart TV telah dipasang di kelas tahap 1, tahun 1,2 dan 3. Pihak PIBG telah berusaha mendapatkan
sumbangan daripada bekas pelajar sekolah, pihak swasta, Mara dan lain-lain bertujuan menambah bilangan
smart TV untuk ditempatkan di kelas tahap 2, tahun 4,5 dan 6. Diharapkan dengan program ini, dapat
memudahkan PdPc para guru dan lebih menarik minat pelajar serta memberi impak yang maksima dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

3 KEM MOTIVASI DAN KEPIMPINAN PELAJAR
Pihak PIBG dan sekolah juga turut mengadakan kem motivasi kepada murid-murid dan juga kepada para
pemimpin kecil sekolah khususnya pengawas sekolah agar mereka dapat membentuk disiplin diri serta
sahsiah terpuji seterusnya beroleh momentum untuk terus belajar bersungguh-sungguh. Penceramah yang
berpengalaman dari luar dijemput untuk menjayakan kem ini.

4 HARI INTERAKSI WARIS
Hari Interaksi Waris diadakan setiap kali selepas peperiksaan. Semua ibu bapa dan waris dijemput
hadir untuk menandatangani rekod kemajuan anak masing-masing. Ibu bapa dan waris juga berpeluang
untuk berinteraksi dengan guru tentang prestasi akademik dan sahsiah anak-anak mereka.

5 LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Lawatan diadakan untuk menambah pengetahuan dan pengalaman serta memotivasikan murid-murid.
Lawatan juga diadakan ke Sekolah Berasrama Penuh dan universiti. Impak dari program ini diharapkan
menjadi pencetus semangat untuk murid-murid belajar seterusnya mencapai kejayaan.

6 PROGRAM CAKNA WARIS
Lawatan bersama pihak pentadbiran sekolah diadakan ke rumah murid-murid yang kerap tidak hadir
ke sekolah. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang masalah
ketidakhadiran murid ke sekolah seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

13

14
7 AKTIVITI GOTONG ROYONG

Aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah diadakan bersama komuniti Felda dan
kampung berhampiran. Ia bertujuan agar murid-murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dalam
keadaan persekitaran yang bersih, selamat dan selesa.
8 MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
Mengadakan mesyuarat ahli jawatan kuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun yang bertujuan
mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dijalankan seiring dengan keputusan mesyuarat
terdahulu. Perbincangan diadakan untuk melihat kelebihan dan kekurangan dalam pelaksanaan setiap
keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat. Mesyuarat ahli jawatan kuasa kali pertama 2022 telah
diadakan pada Ahad, 27 Mac 2022, jam 12.30 tengah hari bertempat di bilik mesyuarat sekolah.

14

15

PENYATA KEWANGAN PIBG SK BATU 8 BERMULA 1.1.2021 HINGGA 31.12.2021

PENDAPATAN RM PERBELANJAAN RM
BAKI PADA 31.12.2020 165.88 1) SUMBANGAN T/SHIRT AJK PIBG 250.00
1. DERMA PIBG 2) SUMBANGAN KECERIAAN KELAS 200.00
2. DERMA ICT 1,320.00 3) SUMBANGAN AKTIVITI TUSPA 205.00
380.00 SEKOLAH BATU 8
3. DERMA FOTOSTAT 4) SUMBANGAN BANNER KECERIAAN 500.00
760.00 KELAS (12 KELAS)
4. SEWA GARAJ 5) MESYUARAT AJK PIBG 390.00
5.SUMBANGAN SMART TV 360.00 6) PENYELENGGARAAN MAKMAL 700.00
(INDIVIDU) 250.00 KOMPUTER
6. SUMBANGAN AJK PIBG (PN. 7) BAYARAN PHOTOSTAT MODUL 609.00
SALINA – GURU KAFA) 400.00 PEMBELAJARAN PKP 2.0
7. *SUMBANGAN INDIVIDU UNTUK 8) RACUN POKOK KELAPA MATAQ 85.00
BENGKEL PEMANTAPAN GOOGLE 150.00 SEKOLAH
CLASSROOM 200.00
150.00
9) BANNER SEKOLAH (TEMBOK)
10) *SUMBANGAN INDIVIDU UNTUK 20.00
BENGKEL PEMANTAPAN GOOGLE
CLASSROOM
11) HALF-YEARLY SERVICE CHARGE

JUMLAH JUMLAH PERBELANJAAN 3,309.00
BAKI DI BANK PADA 31.12.2021 476.88
3,785.88 JUMLAH
3,785.88

Bahawa kami dengan ini telah memeriksa buku tunai, resit, baucer dan bil-bil seperti yang ditunjukkan kepada kami dan diakui adalah
betul.

…………………………... …………………… ……………………… ……………………….
(NARITASHEMA SAMSUDDIN)
(SAMSUDDIN HJ. AHMAD) ( NOR ASMA BINTI BAHAROM ) (SHARFIZA BINTI SHARIF)
BENDAHARI
YANG DIPERTUA PIBG PEMERIKSA KIRA-KIRA 1 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2

15

16

USUL DAN CADANGAN WARIS

1 Rozane binti Yasin - ( Aina Fatihah MySara – 2 Inovatif )

Meminta pihak sekolah mengadakan aktiviti keceriaan dan kebersihan kelas.
-

Mempelbagaikan makanan berkhasiat di kantin sekolah seperti buah-buahan dan kuih-muih
-

Menaiktaraf kebersihan tandas murid
-

2 Khadijah binti Ismail - ( Nur Afrina Batrisya binti Mohd Rafi – 3 Inovatif )

Memohon kepada para guru agar memberi maklumat lebih awal jika murid memerlukan bahan mentah untuk
aktiviti sekolah contohnya, keperluan untuk subjek PSV
-

3 Noraliza binti Sayed Ali - ( Nur Ain Sufina – 3 Inovatif )

Memohon agar sumbangan PIBG dikurangkan kepada RM30.00
-

4 Nur Hazuwany binti Dewa - ( Aqqil Rayqal – 3 Kreatif )

Memohon agar tandas murid dibaik pulih supaya lebih bersih, kemas dan mesra pelajar
-

Membuka 2 pagar laluan masuk dan balik supaya tidak sesak.
-

5 Zainab binti Abu Bakar - ( Ahmad Thaqif Syahmi - 6 Kreatif )

Adakan kelas tambahan kepada pelajar tahun 6
-

Mohon guru-guru sokong dan usahakan murid untuk mendapat tempat di 5 buah sekolah menengah yang
mempunyai aliran khas seperti Kelas Aliran Agama (KAA) dan Kelas Rancangan Khas (KRK)

6 Noor Aslina binti Ayob – ( Abdul Wafi bin Abd Fatah – 1 Inovatif )

Murid-murid perlu menjaga kebersihan di dalam dan luar kelas
-

Murid-murid perlu beratur dengan baik semasa datang dan pulang untuk mengelakkan sebarang kecederaan.
-

16

17

USUL AHLI JAWATAN KUASA PIBG

1 Menambah perkataan Felda pada nama sekolah daripada Sekolah Kebangsaan Batu 8 kepada Sekolah
Kebangsaan Felda Batu 8. Hal ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dengan Sekolah Kebangsaan Batu 8, Sik
Kedah dan juga disebabkan kedudukan sekolah yang berada dalam kawasan Felda.
Dipersetujui sebulat suara.
2 Meminta setiap waris menyumbang sepasu pokok bunga. Setiap murid akan menjaga pokok yang dibawa
sehingga mereka tamat persekolahan. Setiap pokok akan diletak nama murid. Ketika murid tamat persekolahan
pokok tersebut akan diserahkan kembali kepada mereka. Ini bertujuan menyemai semangat jati diri murid
terutamanya disiplin mereka dalam memastikan pokok yang dijaga terus subur dan membesar.
Dipersetujui sebulat suara
3 Membina surau baharu di tapak yang telah dikenal pasti berhampiran surau lama. Surau yang sedia ada
tidak dapat menampung jumlah pelajar yang bersembahyang jemaah setiap waktu sembahyang. Satu tabung
pembinaan surau akan dilancarkan atas nama PIBG sekolah.
Dipersetujui sebulat suara
4 Memohon pihak KPM membina bangunan kantin yang baharu. Ini kerana kantin yang sedia ada sudah
uzur terutamanya pada bahagian bumbung yang berlaku kebocoran setiap kali hujan. Keadaan ini juga
dikhuatiri mengundang bahaya kepada murid-murid.
Dipersetujui sebulat suara
5 Memohon KPM menaik taraf bilik guru dengan memperbesarkan ruang sedia ada. Bilik guru tidak dapat
menampung jumlah guru yang ada. Juga memohon dipasang dengan alat pendingin hawa. Ini bertujuan
memberi keselesaan kepada guru dalam menjalankan tugas seharian.
Dipersetujui sebulat suara
6 Memohon KPM agar mewujudkan ‘digital library’ agar murid lebih terdedah dengan teknologi terkini
berkaitan dengan pusat sumber seterusnya memupuk minat membaca yang bukan sahaja melalui buku di rak
tetapi juga dengan menggunakan kemudahan e-book.
Dipersetujui sebulat suara
7 Memohon agar KPM menaikkan peruntukan makanan untuk murid pra dari RM2.00 kepada RM 5.00
agar murid dapat dibekalkan dengan makanan yang lebih berkhasiat dan sihat.
Dipersetujui sebulat suara

17

18

SEKALUNG PENGHARGAAN

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Batu 8, Changlun dan Ahli
Jawatan kuasa PIBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih
kepada:

Yang Berbahagia
Dato’ Amiruddin bin Abdul Satar
Pengarah Besar FELDA

Yang Berusaha,
Wani Suryani binti Mohd Sapuan
Timbalan Pengarah,
Bahagian Pendidikan dan Sukan,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi
Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur

Yang Berusaha,
Encik Md Zulkifli bin Md Na’am
Pengarah Wilayah,
FELDA Wilayah Alor Setar

Yang Berusaha,
Encik Badrol bin Baharom
Pengurus Felda Batu 8/Guar Napai
Pejabat Felda Batu 8 Changlun

Yang Berusaha,
Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu
Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu

serta

semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-47 2022, pada 2 Jun 2022.

18

19
19


Click to View FlipBook Version