ABU UBAIDAH AMIR BIN MOHAMMAD HANAFI
14DTP20F2009
MOHAMMAD SYAFIQ IMRAN BIN MOHAMMAD SHAMHARI
14DTP20F2006
NAQIB SYAFREE BIN NOORMAIZAN
14DTP20F2011
HAZEEQ HAFIZI BIN NORHISHAM
14DTP20F2005
KHYREL IMRAN BIN ABD AZIZ
14DTP20F2004
GROUP 5 [MEMPERKASA INTEGRASI]
MPU 21032
KANDUNGAN
❑ Pengenalan
❑ Faktor
❑ Peranan
❑ Strategi
❑ Kesimpulan
❑ Rujukan
PENGENALAN PROSES UNTUK MENCAPAI SEBUAH MASYARAKAT BERINTEGRASI BUKAN
SESUATUYANG MUDAH DAN DAPAT DICAPAI DALAM WAKTUYANG
SINGKAT.
MENURUT TING (1987),INTEGRASI IALAH SUATU PROSES YANG SANGAT
KOMPLEKS.
TAHAP-TAHAP HUBUNGAN ETNIK BOLEH DILIHAT DARI SEGI DARJAH
KEDEKATAN BERMULA DENGAN HUBUNGAN TERPISAH,IAITU SEGREGASI
SEHINGGA HUBUNGAN BERBENTUK SEBATI IAITU AMALGAMASI.
HUBUNGAN YANG LEBIH RAPATANTARA WILAYAH DAPAT
MEWUJUDKAN INTEGRASI DALAM BIDANG POLITIK DAN NILAI.
HUBUNGAN INI SETERUSNYA MAMPU MENGURANGKAN KONFLIK DAN
MENGUTAMAKAN PERSEFAHAMAN,SERTA MEWUJUDKAN SEMANGAT
PERPADUAN ANTARA PELBAGAI ETNIK.
FAKTOR PENCETUS
PERPECAHAN
• Terdapat beberapa faktor yang boleh mencetuskan
perpecahan dalam masyarakat antaranya, prasangka,
perkauman, diskriminasi, stereotaip, rasisme dan
etnosentrisme.
• Kos hidup yang terus meningkat, perkhidmatan awam
yang kurang memuaskan, pengangguran, kemiskinan,
keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam
masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan wujudnya
banyak kumpulan samseng.
• Konflik bukan sahaja disebabkan perbezaan budaya dan
agama, tetapi turut berpunca daripada faktor
kemiskinan dan keterpinggiran. Contohnya, rusuhan
kaum di Kampung Medan, Selangor dikaitkan dengan isu
kemiskinan dan pembangunan (Mansor 2006).
PERANAN KERAJAAN
• MEMUPUKSEMANGAT HUBUNGAN
ETNIKYANG HARMONI MENJADIAGENDA
UTAMAKERAJAAN YANG DILAKSANAKAN
MENERUSI PERANCANGAN DAN
PELAKSANAAN DASAR-DASARTERTENTU.
• Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib
TunRazak memperkenalkankonsep 1Malaysia
denganslogan "rakyat didahulukan
pencapaiandiutamakan".
STRATEGI KESEIMBANGAN EKONOMI
• Faktor yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan
antara etnik selalunya dikaitkan dengan sentimen
etnosentrisme,prejudis serta tanggapan dan
kedudukan sosioekonomi antara etnik yang tidak
seimbang.
• Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara
etnik dan antara wilayah serta mengurangkan
pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.
• Mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara
etnik dan antara wilayah serta mengurangkan
pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi.
STRATEGI SISTEM PENDIDIKAN
• Wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat
prasekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi
dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
perantara dan menyeragamkan kurikulum, kokurikulum,
peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai
pengiktirafan yang sama.
• Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga menerapkan
sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian
perpaduan negara,Antara sikapnya ialah kesejahteraan,
bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan
agama, taat setia dan cinta kepada negara.
• Kerajaan juga membenarkan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan bahasa ibunda kaum tertentu
seperti bahasa Mandarin,Tamil, Iban dan Kadazan Dusun
di peringkat sekolah rendah dan menengah.
STRATEGI
PENGGUNAAN
BAHASA KEBANGSAAN
• Penggunaan satu bahasa juga
membolehkan pelbagai kaum
dan keturunan berkomunikasi
antara satu sama lain dengan
selesa.
• Satu bahasa rujukan yang
sama untuk
menginterpretasikan alam dan
realiti dan mewujudkan satu
ciri persamaan antara mereka
sebagai unsur utama
pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
STRATEGI KEBUDAYAAN
• Kerajaan juga menentukan bahawa pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan tidak bermakna
mengabaikan kebudayaan sukuan.
• Kebudayaan sukuan yang tidak menjadi sebahagian
daripada Kebudayaan Kebangsaan seperti ciri-ciri
tertentu dalam kebudayaan Melayu,Iban,Kadazan
Dusun, Cina, India termasuk kebudayaan Barat
bebas diamalkan selagi tidak menjejaskan nilai-nilai
kesopanan dan kesusilaan.
KESIMPULAN
Setiap golongan etnik di Malaysia mempunyai jati dirinya sendiri dan diamalkan mengikut etnik
masing-masing. Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tidak sewajarnya
dicerobohi. Usaha ke arahmeraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu difahami oleh semua
lapisan masyarakat demi mewujudkan keharmonian hubungan antara etnik.Usaha ke arah
mewujudkan integrasi etnik di Malaysia perlu melibatkan pelbagai pihak dan tidak seharusnya
diserahkan kepada pihak kerajaan sematamata. Kerajaan dengan pelaksanaan pelbagai dasarnya
perlu disokong oleh badan-badan bukan kerajaan dan juga pihak swasta bagi memastikan
hubungan etnik sentiasa berada dalam keadaan harmoni. Penglibatan semua pihak mampu
menjayakan usaha ke arah meneratkan hubungan tersebut.